test

Rabu, 17 Disember 2008

Hyperinflasi Berlaku selepas Deflasi Sementara?

Sila baca artikel di DollarDaze Bertajuk How Deflation Creates Hyperinflation oleh Eric deCarbonnel.

Ia menceritakan bagaimana dulu, sebelum berlakunya "Great Depression", ada berlaku deflasi sedikit.


Deflation Creates Hyperinflation


Despite the glacial rate money is moving through the economy, the dollar has started to fall again, and gold has begun to rally. As this continues, investors will begin to questions the safety of treasuries, and sell them off. The money coming out of treasuries will add fuel to gold's rise and the dollar's fall. Once the dollar hits new lows and gold breaks convincingly over $1000, Investors expecting deflation will begin to panic, and a flood of money will come out of treasuries. It is then that hyperinflation will begin in earnest.


Kini "Deflasi Sementara" yang dimaksudkan itu sedang berlaku, harga komoditi jatuh, minyak jatuh, penoreh pening kepala dan sebagainya. Dalam blog ini saya panggil "False Dollar Rally".

Agak menyeramkan pula apabila ianya dikatakan berakhir. Hari ini emas naik ke USD 85x.
Perak yang mingu lepas 9.4x kini 11.x

Jangan panik.

Soalan Terbuka Buat Prof Hamirdin

Prof Hamirdin...

Semasa Seminar Bloggers nanti, peserta dibenarkan memakai kasut atau tidak?

Manalah tahu, kalau peserta terpengaruh dengan Kempen Mari Baling Kasut.

Kavi tanya: bukankah ia sepatutnya dipanggil Bahasa Malaysia?

Saudara Kavi telah bertanya bukankah ia sepatutnya dipanggil Bahasa Malaysia? pada topik  Protes Selamatkan Bahasa Melayu & Anti PPSMI..


Ada 2 sebab kerana nama "Bahasa Melayu" adalah lebih tepat.

"Bahasa Melayu" adalah nama bahasa yang asal bagi Bahasa Melayu, "Bahasa Malaysia" adalah nama bahasa yang diberikan kepadanya hanya disebabkan politik. Ianya panggil Bahasa Malaysia, kononnya untuk perpaduan.

Mana mungkin bahawa warisan ratusan tahun yang lalu ditukar begitu sahaja.

Sebab kedua, ialah Malaysia tidak mempunyai hak untuk menukar bahasa yang digunakan oleh penutur bahasa melayu yang bukan warga negara Malaysia.

Di Singapura,Indonesia, Brunei , Patani agak ramai yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka dan mereka bukan Malaysia. Mereka terus menggunakan nama "Bahasa Melayu"  tanpa menukar nama bahasa kepada Bahasa Malaysia. Pembentukan Malaysia tiada kaitan dengan bahasa Melayu yang mereka gunakan.

Bayangkan satu situasi sebegini, sebahagian wilayah yang didominasikan penutur tamil telah keluar dari India untuk merdeka. Negara mereka itu ialah Tamilisia. Mereka mahu bahasa Tamil ditukar nama kepada Bahasa Tamilisia.

Perlukah penutur tamil di Malaysia perlu ikut nama bahasa baru itu?

Para bahasawan antarabangsa satu dunia bersependapat, nama bahasa perlu kekal pada nama asal.

Di Malaysia, mungkin kita boleh "paksa" untuk menggunakan nama "Bahasa Malaysia", akan tetapi, orang Jerman orang Sweden masih mengangap nama bahasa Melayu sebagai sesuatu yang diterjemahkan daripada "Malay".

Dari sudut istilah pula, orang Sweden memanggil Bahasa Melayu sebagai  "Malajiska", orang Jerman memanggilnya "Malaiisch", orang Poland pula memanggilnya "Malajski".

Menurut ISO 639, Bahasa Melayu kodnya ialah "ms" dan ianya "Malay". Orang ISO pasti tidak menerima penukaran nama Bahasa kepada Bahasa Malaysia kerana ia juga melibatkan orang bukan Malaysia.

Jika keseluruhan faktor politik dibuang, maka ianya Bahasa Melayu.

Nama "Bahasa Malaysia" dan "Bahasa Kebangsaan" hanya sesuai sebagai nama panggilan sahaja.

Disebabkan politik semasa yang seolah-olah "anti Melayu" , Adakah patut nama "Bahasa Melayu" juga tidak boleh digunakan?


Adakah segala yang berkaitan dengan "Melayu" dikira menyerupai UMNO?

Saudara Shen Yee Aun, orang kuat DAP, ini pesanan beliau:

Jangan risau. Bahasa Ibunda sama - sama kita angkat dan bergerak seiring maju dengan Bahasa Kebangsaan. Dengan mematarbatkan bahasa Kebangsaan tidak semestinya kita mesti meminggirkan bahasa lain di negara kita.

Sebelum ini rakyat kita terlalu dipolitikkan oleh pemimpin tertentu sehingga ramai bukan Melayu memandang serong atau takut kepada kebangkitan Bahasa Melayu.
Bahasa Kebangsaan Tunjang Kemegahan Negara 

Selasa, 16 Disember 2008

Pakej Rangsangan Jepun vs Harga Minyak Malaysia

Dulu, Najib sibuk perkatakan pakej rangsangan 7 bilion untuk ekonomi Malaysia, apabila ditanya daripada mana datangnya 7 bilion, jawapan yang diberikan adalah daripada penjimatan subsidi minyak.

Akan tetapi harga minyak diturunkan lagi pada saat rakyat tidak berapa memerlukannya. Rakyat lebih mahukan penurunan tarif elektrik, gas memasak.

Jadi mengapa kerajaan seolah-olah menghadkan pakej rangsangan itu pada 7 bilion sahaja?

Negara Jepun punya pakej rangsangan ialah 251 bilion USD, malaysia hanya 2 bilion USD.

Isnin, 15 Disember 2008

Protes Selamatkan Bahasa Melayu & Anti PPSMI.





Protes Selamatkan Bahasa Melayu & Anti PPSMI.

Tarikh: 16 Disember 2008

Masa: 4.15 pm

Tempat: Putrajaya International Convention Center, Putrajaya.

Shaberry Chik Kurang Faham Sensitiviti Kaum - rujuk Malaysiakini

Diberitakan bahawa MCA membantah pengurangan waktu berita Mandarin di Malaysiakini.

Saya bukannya sokong MCA kerana Dasar Bahasa yang ke'beijing'an.

Slot Bahasa Mandarin digambarkan sebagai slot untuk orang Cina. Agak menghairankan juga kenapa tiada berita Hokkien tetapi MCA tidak bantah.

Walau apapun, bahasa berita itu samada Hokien atau Mandarin, tetap "Slot untuk orang cina" dikurangkan oleh Shabbery Chik.

Ada yang berpendapat tembok perkauman sudah runtuh.

Orang Melayu bagaimana, marah atau tidak?

Dasar baru RTM memindahkan waktu "Warta Berita" yang sudah berpuluh tahun duduk selesa pada "Jam 8 malam" ke 9 malam. Tidakkah ada orang Melayu marah?

Warta Berita jam 8 malam di RTM 1 adalah gaya hidup segelintir Melayu sejak berpuluh tahun yang lalu, kini dilambatkan kerana mengutamakan slot untuk orang cina dan orang India.

Orang India marah tidak?

Saya bukan nak menggalakkan supaya orang Melayu Cina India bergaduh kerana berebut slot, akan tetapi slot-slot untuk sasaran kaum tertentu sebenarnya perkara sensitif bagi sesetengah orang. Bukan semua, ada segelintir, maka sensitiviti mereka perlu dijaga.

Andai kata pada petang sabtu ada siaran langsung perlawanan badminton yang mengorbankan Slot Hindustan petang sabtu, akan tetapi apabila pelawanan belum selesai, ditamatkan siaran itu kerana slot cerita Mandarin, maka ia akan mencetuskan ketidakpuashatian penonton india.

Bukan semua, akan tetapi pasti ada yang tidak puas hati.

Maka, rancangan untuk memendekkan slot Mandarin dan memindahkan Warta Berita pada waktu tradisi pukul 8 malam, pasti akan mencetuskan ketidakpuashatian kaum-kaum yang terlibat.


Jikalau benar Berita hendak dijadikan satu alat perpaduan kaum, mengapa kandungan berita juga diasingkan mengikut kaum?

Adakalanya cerita kemalangan juga diasingkan mengikut bahasa.
Orang Cina kemalangan keluar di Berita cina, tidak keluar di berita Melayu.

Artis Melayu bercerai hanya keluar di Berita Melayu tidak di Berita Mandarin.

Mengapa?

Orang Melayu pun nak tahu juga siapa penyanyi Mandarin tempatan, ada skandal atau tidak.

Catatan Terhangat kini di Beras Padu, bukan Malaysiakini

Terima kasih kepada Solehpolysas yang menulis tentang feedjit, walaupun catatannya ringkas mengenai Feedjit, tetapi dia telah membangkitkan idea kepada saya.

Daripada situ, saya menjumpai catatan popular di Malaysia berdasarkan Feedjit.


Kemudian saya mendapat ilham untuk mewujudkan wiget "Terhangat Hari ini" di Beras Padu




Jadi tidak perlu ke laman Feedjit.

Catatan yang timbul disitu adalah catatan yang popular dikalangan pengguna Feedjit, bagaimana ia popular, tanyalah tuan punya catatan itu sendiri. Mungkin kerana penulis itu sendiri popular.

Sila ke Beras Padu

Google+ Hasbullah Pit