test

Isnin, 15 Disember 2008

Protes Selamatkan Bahasa Melayu & Anti PPSMI.





Protes Selamatkan Bahasa Melayu & Anti PPSMI.

Tarikh: 16 Disember 2008

Masa: 4.15 pm

Tempat: Putrajaya International Convention Center, Putrajaya.

Shaberry Chik Kurang Faham Sensitiviti Kaum - rujuk Malaysiakini

Diberitakan bahawa MCA membantah pengurangan waktu berita Mandarin di Malaysiakini.

Saya bukannya sokong MCA kerana Dasar Bahasa yang ke'beijing'an.

Slot Bahasa Mandarin digambarkan sebagai slot untuk orang Cina. Agak menghairankan juga kenapa tiada berita Hokkien tetapi MCA tidak bantah.

Walau apapun, bahasa berita itu samada Hokien atau Mandarin, tetap "Slot untuk orang cina" dikurangkan oleh Shabbery Chik.

Ada yang berpendapat tembok perkauman sudah runtuh.

Orang Melayu bagaimana, marah atau tidak?

Dasar baru RTM memindahkan waktu "Warta Berita" yang sudah berpuluh tahun duduk selesa pada "Jam 8 malam" ke 9 malam. Tidakkah ada orang Melayu marah?

Warta Berita jam 8 malam di RTM 1 adalah gaya hidup segelintir Melayu sejak berpuluh tahun yang lalu, kini dilambatkan kerana mengutamakan slot untuk orang cina dan orang India.

Orang India marah tidak?

Saya bukan nak menggalakkan supaya orang Melayu Cina India bergaduh kerana berebut slot, akan tetapi slot-slot untuk sasaran kaum tertentu sebenarnya perkara sensitif bagi sesetengah orang. Bukan semua, ada segelintir, maka sensitiviti mereka perlu dijaga.

Andai kata pada petang sabtu ada siaran langsung perlawanan badminton yang mengorbankan Slot Hindustan petang sabtu, akan tetapi apabila pelawanan belum selesai, ditamatkan siaran itu kerana slot cerita Mandarin, maka ia akan mencetuskan ketidakpuashatian penonton india.

Bukan semua, akan tetapi pasti ada yang tidak puas hati.

Maka, rancangan untuk memendekkan slot Mandarin dan memindahkan Warta Berita pada waktu tradisi pukul 8 malam, pasti akan mencetuskan ketidakpuashatian kaum-kaum yang terlibat.


Jikalau benar Berita hendak dijadikan satu alat perpaduan kaum, mengapa kandungan berita juga diasingkan mengikut kaum?

Adakalanya cerita kemalangan juga diasingkan mengikut bahasa.
Orang Cina kemalangan keluar di Berita cina, tidak keluar di berita Melayu.

Artis Melayu bercerai hanya keluar di Berita Melayu tidak di Berita Mandarin.

Mengapa?

Orang Melayu pun nak tahu juga siapa penyanyi Mandarin tempatan, ada skandal atau tidak.

Catatan Terhangat kini di Beras Padu, bukan Malaysiakini

Terima kasih kepada Solehpolysas yang menulis tentang feedjit, walaupun catatannya ringkas mengenai Feedjit, tetapi dia telah membangkitkan idea kepada saya.

Daripada situ, saya menjumpai catatan popular di Malaysia berdasarkan Feedjit.


Kemudian saya mendapat ilham untuk mewujudkan wiget "Terhangat Hari ini" di Beras Padu




Jadi tidak perlu ke laman Feedjit.

Catatan yang timbul disitu adalah catatan yang popular dikalangan pengguna Feedjit, bagaimana ia popular, tanyalah tuan punya catatan itu sendiri. Mungkin kerana penulis itu sendiri popular.

Sila ke Beras Padu

Catatan Blog Paling Popular di Malaysia Hari Ini

Saya terjumpa satu URL dimana cukup sesuai untuk kita rujuk, apakah catatan blog paling popular hari ini di Malaysia.

Walaubagaimanapun, catatan blog popular itu hanyalah dikalangan pengguna feedjit sahaja.


Sila tandabuku URL ini

http://feedjit.com/news/MY/?s=p


atau

dalam Bahasa melayu sahaja
http://feedjit.com/news/MY/10/lang-ms/

Sabtu, 13 Disember 2008

Bulan Mengambang Besar Malam tadi?

Saya terbaca artikel berita yang mengatakan bulan mengambang paling besar pada tahun ini sedang berlaku.

Kenapa bulan boleh mengambang kecil dan besar?

Jarak bulan dengan bumi adalah berubah-rubah.

Before you write that into your homework assignment, you've got to realize that the Moon travels around the Earth in an ellipse. That means it gets closer and further, depending on where it is in its orbit. At its closest point, the Moon gets to 363,104 km (225,622 miles), and at its furthest point, it's 405,696 km (252,088 miles).


 Apabila saya melihat glunarclock, jarak  dengan bulan adalah 356,303 km.


 Hairan pula, mengapa glunarclock memaparkan jarak bulan yang lebih dekat berbanding jarak bulan minimum.

Perlu tanya bulanpenuh.?

Bailout Industri Permotoran Amerika ditentang Senat

Masih ingatkah lagi ketika krisis ekonomi 1998, banyak syarikat pembuat kenderaan telah dibaham oleh syarikat kenderaan Amerika.

Kali ini mereka bermasalah, tapi mahu dibailout pula. Mujur senat tidak luluskan.

Apa punya sistem, apabila kita orang lain susah, mereka baham yang susah, tetapi apabila mereka susah, mereka seolah-olah tidak rela dibaham oleh sesiapa.

Kalau GM atau Ford nak telungkup, biarkan.

Stok banyak tidak boleh dijual?
Apa salahnya kalau harga dikurangkan sehingga dibawah kos.

Pakdi dan Gaji Minimum

Pakdi seolah-olah tidak berapa setuju dengan "Gaji Minimum". Sebenarnya, saya pun begitu.

Idea "Gaji Minimum" adalah idea sosialis, memperjuangkan hak pekerja.

Pakdi menceritakan bagaimana swasta akan sukar untuk memberi gaji minimum, kerana ia akan meningkatkan kos, dan seterusnya harga produk dinaikkan. Sekiranya berlaku kenaikan harga lagi dan lagi, yang minimum itu tiada ertinya.

Kalau tidak salah saya, saudara Ikram , pengunjung blog ini pernah mengatakan bahawa gaji minimum yang diminta oleh MTUC itu untuk sektor tertentu.

Saya sebenarnya tidak berasa risau sangat tentang nasib pekerja yang masih ada MTUC yang pertahankan.

Sekiranya gaji minimum dilaksanakan, maka siapa mahu kerja kedai makan dan kedai runcit milik orang tempatan?

Untung sebulan pun belum tentu melebihi RM 1500.

Kebanyakan pekerja di syarikat perniagaan kecil tidak didaftarkan ke PERKESO dan KWSP.
Bagi saya itu masalah yang lebih besar daripada meletakkan gaji minimum bagi pekerja yang sudah ada 2 kemudahan itu.

Tidak hairan juga, syarikat swasta yang mempunyai pekerja yang ramai mempunyai beberapa peratus pekerja yang tidak didaftarkan ke PERKESO dan KWSP hanya kerana tidak mahu ikut syarat gaji minimum.

Siapa pula akan bela mereka?

Idea gaji minimum, kalau sehingga tahap RM 1500, bagi saya terlalu tinggi untuk dituruti oleh semua orang atau sektor tertentu.

Saya telah menerangkan kepada Jed, ketika dia singgah di Melaka bahawa saya tidak bersetuju tentang kawalan harga. Kawalan harga menyebabkan ekonomi tidak nyata. Margin peniaga menjadi kecil. Kalau peniaga tidak untung banyak, bagaimana dia mahu mengambil pekerja.

Dalam Malaysia ini cukup banyak kedai runcit yang, dia lah tauke, dia lah kuli, kalau ada hal, anak isteri tolong jaga.

Bayangkan kalau sektor peruncitan kecil-kecilan mampu mendapat untung agak lumayan sehingga boleh adakan peluang pekerjaan?

Kalau 1 kedai tambah 1 pekerja, berapa banyak peluang pekerjaan mampu disediakan seluruh negara?

Jikalau benar mahukan negara yang pendapatan rakyatnya tinggi. Satu perkara yang rakyat Malaysia perlu lakukan ialah caj perkhidmatan mesti dinaikkan kerana perkhidmatan melibatkan manusia.

Upah jahit perlu tinggi, upah betulkan kereta perlu tinggi, upah gunting rambut perlu tinggi, betulkan itu ini menjadi tinggi.

Jangan takut kalau ia tinggi kerana ia baik untuk ekonomi. yang mendapat upah tinggi itu ialah masyarakat yang ada lebih kuasa beli.

Apabila keadaan sebegitu berlaku, maka akan banyak kegiatan betulkan kerosakan sendiri dan seterusnya membentuk masyarakat yang lebih mahir. Budaya D.I.Y akan lebih banyak.

Tapi bagaimana upah baiki televisyen tinggi kalau TV bagi lebih murah daripada upah yang dikenakan oleh pembaiki TV.

Salahkan konsumerisme.

Konsumerisme menyebabkan ribuan pekerjaan "tukang baiki" lenyap dimuka bumi.

Saya kurang berminat dengan agenda sosialis, kerana ia terlalu lebihkan pekerja tetapi bergantung pada sistem majikan-pekerja. Serupa macam kapitalisme juga cuma kapitalisme lebihkan majikan, sosialisme lebihkan pekerja.

Umar Vadillo ketika ucapan awamnya tempoh hari ada menceritakan tentang alternatif kepada sistem majikan-pekerja, tetapi saya tidak berapa faham.

Google+ Hasbullah Pit