test

Isnin, 17 November 2008

MacBook Air Parody, versi Apa pula? Malaysiakini?

Lanjutan kepada Parody terdahulu,

Ada yang kata  "qualiti sangat teruk."

Maka, ada yang baru




Kalau tak puas, ada banyak lagi.

Ahad, 16 November 2008

Tempurung Pemikiran Perkauman, Tempurung Pemikiran Politik

Apabila adanya kepada babi yang disangkut umpama enjin sangkut di Masjid Tanah Melaka, Saudara Adly membidas sikap Ali Rustam yang begitu mudahnya mengkaitkan babi dengans sesuatu etnik.


Terdapat juga blogawan UMNO yang terang-terang mengkaitkan "bangsa" lain dengan kejadian itu

Ayuh...pemuda sekelian janganlah kamu semua leka, sedangkan bangsa lain telah menghina bangsa kita dan agama kita. Jangan biarkan agama dan bangsa kita dihina...Sekarang ini parti yang disanjungi PKR dan PAS, dengan rakusnya telah menunjukkan mereka ingin melenyapkan islam di Malaysia.....

Jika mangsa itu adalah ahli UMNO, maka ianya mudah dikaitkan dengan politik.
Tuduhan terhadap kaum lain, kemungkinan ahli UMNO dan sebagainya.

Di sini saya ingin mengatakan bahawa, tidak semestinya ahli UMNO menjadi mangsa, semuanya mesti dikaitkan dengan politik.

Mungkin ada orang kecewa kerana pinangan ditolak.
Orang marah sebab tertipu dengan skim cepat kaya?
"Dengki"

1001 kemungkinan.

Maka tidak semestinya pertuduhan itu ditujukan kepada badan politik.

Sabtu, 15 November 2008

MacBook Air Parody, versi Tempatan

Entah bagaimana saya terjumpa banyak video Parody iklan MacBook Air.

MacBook Air Parody 

Big Mac Air (MacBook Air Parody)

MacBook Air Parody 


Maka saya buatlah satu parody ....

Untukku Agamaku, Untukmu ideologimu

Ketika hangatnya isu penentangan fatwa "pengkid" oleh segolongan manusia, penentangan itu usahah dilihat sebagai penentangan penganut agama yang bukan islam, akan tetapi penganut ideologi liberalisme.

Kavi telah membuat ulasan penafian bahawa penganut hindu tidak membantah fatwa pengkid itu.

saya beragama Hindu... bagi saya, saya langsung tiada kena-mengena dengan apa-apa hukum bagi umat Islam kerana ia tidak melibatkan agama saya. Maka saya pun tidak mempersoalkan apa-apa.

saya harap saudara-saudari faham bahawa bukan semua orang yang beragama bukan Islam menentang atau mempersoalkan fatwa. Hanya segelintir daripada mereka yang terlibat dalam demonstrasi tersebut. Mungkin mereka ingin menyuarakan pendapat dari segi pandangan kebebasan wanita. Namun begitu, saya tidak pasti apakah tujuan utama mereka.

Saya harap para pengulas tidak "generalise" yang semua umat bukan Islam ingin sibuk mencampuri hal ehwal Islam. Bukan semua orang bersifat begitu. Tetapi saya faham yang setitik nila boleh merosakkan susu sebelanga.
Memang saya tidak menganggap semua orang bukan islam itu sebagai menentang fatwa.

Dan sememangnya penentang fatwa itu melabelkan diri mereka sebagai mewakili agama tertentu.

Bukannya persatuan Kristian Bandar X, atau Organisasi Hindu Negeri Y yang membantah fatwa itu.

Pembantah fatwa itu tidak mewakili agama.

Mereka mewakili apa?

Jika dilihat apa yang dikatakan oleh Ivy, mereka mempersoalkan kenapa ada agama yang hendak mengawal itu dan ini.

Jika dilihat pendemonstrasi ala "pom pom girl", juga bercakap soal kebebasan individu.

Ideologi Liberalisme yang betul-betul taksub kepada kebebasan individu sehingga menjangkaui ketuhanan.

Bagi umat Islam, telah diajar untuk tidak mencampuri agama lain.
Begitu juga penganut agama bukan islam, tidak sentuh agama Islam.

Sama-sama faham.

Akan tetapi, apa yang terjadi sekarang ialah bukan ketegangan antara agama, tetapi ketegangan antara agama dengan ideologi.

ideologi liberalisme, feminisme telah dianggap oleh sebahagian manusia sebagai lebih tinggi dari agama.

Bagi penganut liberisme, mereka tidak rela agama mengawal "hak individu", bagi mereka hak individu dituntut oleh semua individu dalam muka bumi ini.

Penganut liberalisme tidak pula berkata, "Untukku ideologiku Untukmu agamamu" sebagaimana "untuk ku agamaku untuk mu agamamu".

Ianya tidak berlaku.

Penganut liberalisme yang percaya kepada kebebasan individu, tidak pula percaya kepada kebebasan individu untuk melaksanakan apa yang dituntut oleh agama yang dianuti individu.

Tidakkah ia agak pelik?

Tidak semua manusia dalam dunia ini percaya kepada kebebasan mutlak sebagai "segalanya".

Pornografi itu kebebasan juga, budak-budak tak boleh dewasa boleh?
Kebebasan bersuara itu perlu tetapi ada batasnya. Mengfitnah, menghina secara keterlaluan juga adalah kebebasan bersuara.

Adakah kebebasan itu akan menbuatkan dunia ini lebih baik.

Ya kebebasan diperlukan untuk membuatkan dunia ini lebih baik, tetapi bukan kebebasan adalah matlamat nombor 1.

Kebebasan bersuara diperlukan untuk saling imbang mengimbangi, agar satu pihak tidak dijatuhkan sehingga tak dapat bersuara. Tetapi liberalisme bukan tuhan.

Khamis, 13 November 2008

UZAR Tak Kata Segala Bentuk KEUMPILAN adalah HARAM

Binatang apa itu keumpilan?

Klik untuk baca 



Keumpilan adalah leverage.

Hari ini terdapat satu catatan Pakdi yang mempersoalkan adakah UZAR mengatakan keumpilan secara umum adalah haram? (mesti baca)

Tapi apabila saya lihat balik catatan UZAR, ianya tidak pula mengatakan segala bentuk keumpilan adalah haram.

Jika benarlah apa yang saya gambarkan ini, transaksi forex menggunakan Leverage ini adalah HARAM kerana ia dikira menjual matawang yang tidak di dalam milik anda.

UZAR hanya mengatakan bahawa transaksi jenis sebegitu yang haram bukan keumpilan secara umum.

Namun UZAR telah pun membalas catatan blog Pakdi dengan penuh bergaya . (mesti baca)


Jangan lupa catatan Dr Azwan tentang keumpilan yang mengandungi persoalan berikut

Pada hari ini saya ingin menulis tentang satu konsep yang sentiasa ada di dalam mana-mana buku-buku kewangan dan pelaburan iaitu konsep leverage. Apa yek bahasa melayunya?

 Sudah terjawapkah persoalan itu?

Bantah Fatwa: Tempurung Pemikiran Feminisme? Westernisme? -rujuk Malaysiakini

Apabila wujudnya fatwa mengenai "Pengkid" maka ada pihak yang cuba protes.

Bermula dengan Ivy Josiah yang memperbodohkan Fatwa
kemudiannya terdapat demonstrasi kecil-kecilan ala pom pom girl di KLCC.

Ramai blogawan muslim yang membantah demonstrasi ini kerana ianya mencabar majlis fatwa.
Fatwa itu ianya terang-terang tidak melibatkan bukan islam namun mungkin tidak dapat difahami oleh mereka.

Mungkin ada diantara mereka keliru dinatara "Diharamkam" (dalam konteks semua orang) dengan difatwakan haram.

Istilah "mengharamkan" boleh ditakrifkan sebagai "ban".

Manakala difatwakan sebagai haram, maksudnya perkara semasa yang tidak jelas hukumnya samada haram halal dinyatakan sebagai hukum haram.

"Hukum" pula tidak boleh ditakrifkan sebagai "hukuman"

Fatwa tiada kaitan dengan mengawal seseorang, ianya hanya menjelaskan sesuatu hukum pada sesuatu perkara.

Apabila seseorang bukan islam mempersoalkan fatwa, ianya adalah lebih kurang sama dengan orang islam mempersoalkan hukum yang ada pada agama lain.

Orang islam tidak pernah mengatakan hukum haram bagi orang hindu memakan lembu sebagai "stupid" secara terang-terangan.

Begitu juga ramai bukan islam yang terlibat dalam perbankan, memahami hukum riba adalah haram bagi umat islam.

Tetapi mengapa sesuatu hukum terhadap orang islam, dikatakan "stupid fatwa" oleh orang bukan islam?

Fatwa mengawal rakyat?
Agaknya dalam konteks ini siapa yang kawal siapa?



Fatwa untuk rang islam sudah pasti tidak boleh mengawal bukan islam, mana mungkin ia mengawal pemakaian, pemikiran dan tingkahlaku rakyat.

Fatwa bukan satu penguatkuasaan hukum.

Jika kita lihat balik poster yang dibawa oleh pendemontrasi itu, ianya boleh ditafsirkan dari sudut lain.

Kalau kita lihat budaya pemakaian rakyat Malaysia sekarang, budaya pemikiran dan tingkah laku, siapa yang kawal?

Sebenarnya mereka tidak perasan bahawa media barat banyak membentuk pemikiran, tingkahlaku, pemakaian mereka.

Ia bukannya terjadi di Malaysia sahaja tetapi seluruh dunia.
Pakaian barat dianggap hebat.
Tingkah laku barat dianggap hebat.
Pemikiran barat juga dianggap hebat.

Andaikana wujudnya pemikiran diluar daripada tempurung pemikiran barat semuanya akan dianggap kolot bagi mereka.

Mereka mahukan kebebasan mutlak, akan tetapi pernahkan mereka fikir kebebasan mutlak itu sesuatu yang perlu dipersoalkan juga?

Sekiranya kebebasan mutlak yang mereka mahu adalah dilarang supaya dipersoalkan mereka, maka mereka duduk didalam tempurung pemikiran liberalisme.

Sekiranya perkara berkaitan agama bagi mereka perlu diketepikan, maka mereka duduk dibawah tempurung pemikiran sekularisme.

Seseorang yang berfikiran bebas, ialah bebas untuk berfikir tentang sekularisme dan juga alternatif kepada sekularisme iaitu penggabungan unsur keagamaan dalam kehidupan harian.

Sekiranya Ivy Josiah berfikir supaya semua perjuangan hak wanita perlu disatukan tanpa mengikut agama, maka dia sepatutnya mampu berfikir kenapa ada agama yang tidak setuju yangan feminisme melampau.

Cara penulisan Puan Nuraflah dan Hani Nasution (Pakatan Girl power) tentang isu ini adalah lebih menggambarkan bahawa feminisme melampau adalah lebih merosakkan wanita berbanding menyelamatkan wanita.

Kini, wujud pula tulisan oleh Celine Ng yang pro kepada kebebasan bagi wanita yang turut ditandatangani oleh beberapa orang Islam.

This letter is signed by Katagender, Food Not Bombs as well as the following 19 individuals: Cheneille Neo Ming Yi, Dahlia Martin, Eugene Ch'ng, Lainie Yeoh, Lee Wei San, Lee Jia Hui, Leow Mei Chern, Mohd Rizman, Nurul Amani Faizal Poodien, Puan llli Farhana, Puan Azreen Madzlan, Shikeen Arif, Thilaga Sulathireh, Wan Azhar Bin Wan Ahmad Wong Chai Yi, Yusmar Mohd Yusof and Zedeck Siew

Sungguh mengecewakan.

Sambungan Internet: Individu atau Lokasi?

Zaman saya kecil dahulu, tiada telefon dirumah.
Kemudian pada tahun 1980an rumah saya ada telefon.

Zaman ini, banyak rumah yang tidak perlukan talian tetap PSTN hanya kerana individu yang menghuninya mempunyai telefon tangan.

Internet pula.

Mulanya internet menggunakan PSTN.
Bergaduhlah penghuni rumah tentang penggunaan talian PSTN samada ingin bercakap atau berPPP.

Kemudian wujudnya streamyx. Talian PSTN rumah digunakan untuk streamyx walaupun fungsi PSTNnya jarang digunakan.

Penghuni rumah menggunakan internet pada komputer yang ada dirumah itu.

Apabila telefon tangan kian canggih, maka semua talian telefon tangan penghuni rumah mempunyai akses tanpa had 3G/UMTS/GPRS.

Ketika di hadapan komputer, guna internet komputer. Apabila komputer direbut-rebut oleh calon angkasawan, adakalanya ibu bapa terpaksa BerBerasPadu menggunakan telefon.

Makin lama, makin ramai manusia yang menggunakan talian internet tanpa had melalui telefon, maka bertindanlah kemudahan internet bagi seseorang itu.

Di telefon ada internet, di rumah ada internet, ditempat kerja ada internet. di kedai itu ini ada internet.

Berapa banyak sambungan internet yang diperlukan?

Pada masa yang sama, tahap kesedaran internet di kawasan luar bandar masih rendah.

Golongan berpendapatan rendah pula ada yang menuruntarafkan telefon rumahnya kepada "italk" kerana tidak mampu membayar sewa. tiada PSTN. Tiada PSTN maksudnya tiada 1325 tiada 1515 tiada 1511.

Golongan berpendapatan rendah di kawasan kampung, kebanyakannya menggunakan prabayar yang tiada akses internet tanpa had seperti yang dinikmati oleh pengguna pasca bayar.

DImana mereka mahu menggunakan internet.

Pemilikan komputer, walaupun zaman sekarang murah, masih lagi agak mahal bagi mereka.

Kalau guna komputer mendail menggunakan PSTN, cajnya boleh mengatasi bil streamyx tanpa had.

Pengguna telefon bimbt yang ingin menggunakan GPRS secara sekali sekala mungkin akan membayar lebih berbanding pakej tanpa had.

Nampak macam tidak adil.

Pengguna internet pada telefon dikawasan bandar mewah dengan HSDPA , UMTS tetapi pengguna di kawasan kampung banyak yang menikmati GPRS sahaja.

Agak pelik apabila Kerajaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Kelantan cuba memberikan akses internet percuma pada kawasan bandar.

Yang lebih memerlukan ialah pengguna kawasan luar bandar.

Bagi saya setiap pekan kecil patut diberikan peluang wifi percuma di kawasan tertentu.

Jika benar ingin memberikan perkhidmatan internet percuma kepada rakyat. Apasalahnya kalau GPRS diberikan secara percuma oleh telco bagi semua orang. Barulah pengguna telefon bimbit prabayar di kawasan kampung berani sedikit untuk membuka laman web melalui telefonnya.

Jika ditanya mana-mana pengguna di kawasan kampung, pernah tak guna internet melalui telefon, alasan utamanya ialah mahal.

"Eh jangan, mahal kena bayar"

Kelajuan talian yang dinikmatinya hanya seciput berbanding dengan kos yang dikenakan.


Berbalik kepada tajuk, Individu atau lokasi?

Apabila internet diberikan kepada individu, mungkin akan tiba satu tahap dimana rumah tidak memerlukan streamyx lagi.

Bapa nak guna internet pada komputer, bluetooth ke telefon dan dapat HSDPA
Emaknya pula nak guna internet pada komputer, bluetooth ke telefon emak.
Anak nak guna internet perlu pinjam telefon emak atau bapa.

Apabila bapa perlu ke pejabat, dia menggunakan telefonnya sendiri untuk mengakses internet daripada komputer pejabat.

Mengapa perlu terlalu banyak lokasi lokasi yang menyediakan internet kalau pada peringkat individu semua orang mempunyai talian internet pada telefon masing-masing?

Google+ Hasbullah Pit