test

Rabu, 12 November 2008

Blog punca kes Perceraian di Kalangan Blogawan Malaysia Meningkat?

Apabila media dipersalahkan sebagai punca perceraian di kalangan artis Malaysia, media alternatif seperti blog juga harus dipersalahkan.

Buat masa ini artis penyanyi pelakon adalah selebriti, maka kisah keluarganya gosipnya tersiar di media massa dan juga media alternatif.

Jika sampai satu masa nanti, jika blogawan menjadi selebriti, seperti Kenny Sia, John Chow, tidak perlulah blogawan yang lain menceritakan cerita gosip selebriti blog yang ada.

Manalah tahu, bukan artis yang bercerai akibat media massa, blogawan pula bercerai akibat blog.

Cetak Duit Fiat Tak Semestinya Inflasi

Ini adalah sebahagian daripada tulisan Ustaz Zaharuddin pada catatan bertajuk Penciptaan Duit Kertas Moden, Hukum & Forex
Nilainya wang kertas fiat ini pula kebanyakkannya ditentukan oleh keyakinan manusia kepada kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung ‘floating' mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara.

Sebab itulah jika kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia sama sekali tidak menjadikannya kaya, malahan nilai matawangnya semakin menjatuh.

Biasanya apabila perang berlaku atau masalah ekonomi berlaku seperti di US dan Eropah di waktu ini, kerajaan melalui bank negara mereka akan mencetak lebih banyak wang kertas fiat bagi menghadapi urusan peperangan atau masalah kredit, apabila cetakannya begitu dahsyat sampai melebihi perkembangan sebenar ekonomi dalam negara tersebut, inflasi atau susut nilai matawang akan berlaku. Proses pertambahan jumlah wang kertas dalam pasaran dunia atau sesebuah negara ini dinamakan money supply.

Justeru, cetakan wang kertas dalam sesebuah negara MESTI dikawal oleh kerajaan sebaiknya, selaras dengan perkembangan industri dan perniagaan dalam negaranya, jika tidak jumlah wang kertas yang dihasilkan melebihi kadar pertumbuhan industi dan perniagan sesebuah negara itu, hasilnya nilai matawangnya akan jatuh merudum dan kuasa beli mengecut. Tatkala itu inflasi akan berlaku. Contoh mudahnya, jika dahulu RM 5 boleh membeli ayam sekilogram, selepas inflasi RM 5 hanya boleh membeli ½ kilo ayam.
 
Mari kita berfikir diluar kotak.
Apa terjadi kalau sesebuah negara kurang cetak duit?

Secara kebiasaan, orang ekonomi di dalam kotak, akan berkata bahawa pencetakan wang berlebihan dan pemberian kredit berleluasa akan mengakibatkan inflasi.

Ianya sebenarnya betul dalam konteks tertentu tetapi tidak semua.

Untuk matawang yang diapungkan sepenuhnya teori itu boleh digunakan.

Apa terjadi kalau M1,M2,M3 sesebuah matawang tidak bertambah langsung?
Itulah sesuatu yang perlu difikirkan kalau kita benar-benar nak menggunakan dinar emas dan sistem ekonomi Islam.

Kita ambil satu contoh negara X, dia sememangnya tidak mencetak matawangnya berlebihan, mengawan kredit cantik-cantik, nilai matawangnya akan stabil.

Harga ayam 5 matawang itu sekilo, akan tetap 5 matawang itu sekilo.

Tetapi, negara X itu nilai matawangnya akan kelihatan terlalu tinggi berbanding matawang lain. Maka eksport negara X itu akan menjadi mahal, dan akan berlaku kemelesetan keekomi di negara X kerana eksport berkurang.

Tidakkan ia sesuatu yang pelik?

Jadi negara yang guna wang fiat, akan terus mencetak duitnya supaya lebihkurang stabil dengan matawang yang berdagang dengannya.

Kita bolehlah memanggil aktiviti ini sebagai "Pesta merayakan inflasi bersama".

Sejarah telah menunjukkan kalau ada negara yang guna gold standard, ia akan lambat sedikit memulih ekonomi berbanding negara yang lari daripada gold standard.


Great Britain, Japan, and the Scandinavian countries left the gold standard in 1931. Other countries, such as Italy and the United States, remained on the gold standard into 1932 or 1933, while a few countries in the so-called "gold bloc", led by France and including Poland, Belgium and Switzerland, stayed on the standard until 1935-1936.

According to later analysis, the earliness with which a country left the gold standard reliably predicted its economic recovery. For example, Great Britain and Scandinavia, which left the gold standard in 1931, recovered much earlier than France and Belgium, which remained on gold much longer. 

Perkara yang lebih kurang sama boleh dilihat dalam konteks yang lain iaitu, negara yang memudahkan pinjaman akan pulih ekonomi dengan lebih cepat.

Memberi pinjaman daripada "thin air", serupalah dengan mencetak duit daripada "thin air". Kalau bukan bank kerajaan yang cetak, tetapi orang biasa yang mencetaknya, orang biasa itu akan ditangkap.

Kelakar juga sistem matawang fiat ini.

Kalau kita tengok balik sejarah, terdapat banyak negara kaya dan kuat ketenteraannya, tidak mahu menerima hakikat kemiskinan apabila emasnya berkurangan.

Amerika Syarikat dan Britain.

Kita lihat Britain, ketika perang dunia pertama, mereka menggantungkan penebusan emas bagi matawangnya.
Tak ada duit, ada hati nak berperang. Sudahlah dirompaknya bijih timah dan getah dari tanah air kita, itupun mereka tidak cukup emas untuk membenarkan rakyatnya menebus emas.

Ketika perang dunia kedua pula, Britain membeli senjata menggunakan emas daripada Amerika sehingga emasnya tinggal sedikit.

Amerika yang kehabisan duit akibat perang vietnam, sudah tidak mahu membenarkan emas ditebus lagi.

Ini apa cerita?

Sudah kehabisan emas, tidak mahu mengaku miskin, tetapi cetak lagi duit.

Teori ekonomi yang mengatakan jangan cetak duit banyak-banyak, sebenarnya telah diterbalikkan oleh Amerika dengan menjadikan sebagai "Cetaklah banyak manapun, asalkan permintaan ada".

Kita lihat senario hari ini.
Ya hari ini. (11 November 2008), setelah bailout 400 bilion dan 700 bilion, nilai USD naik sehingga menekan harga emas dan minyak kebawah.

Maksudnya, mereka dalam krisis kewangan, tetapi mereka ada lebihan wang 1.1 trilion USD dan dan nilainya lebih tinggi daripada sebelum ini. Kali ini Siapa pula akan kena baham.?

Berbalik kepada persoalan diluar kotak, Apa terjadi kalau sesebuah negara kurang cetak duit?

Ada tempat, inflasi disebabkan oleh cetakan wang berlebihan. Akan tetapi ada tempat, inflasi disebabkan oleh tukaran wang asing akibat daripada tambatan itu ini.

Pada 1998, Ringgit ditambat dengan USD, tetapi Amerika cetak duit, dapat duit yang dicetak, kita terima inflasi. Malaysia dapatkah duit yang Amerika cetak itu?

kemudian 2005, ditambah dengan beberapa matawang asing. Matawang lain dicetak lebih, adakah ringgit dicetak pada kadar yang sama?

Amerika mencetak duit dan menguasai dunia, Negara lain diajar pula supaya jangan cetak duit.

Saya bukan pro kepada matawang fiat, akan tetapi alang-alang bersilat dalam sistem ekonomi fiat, lebih baik fiat dalam keadaan banyak duit berbanding fiat dalam keadaan duit sedikit.

Mungkin sejarah 1979/1986 berulang.
Akibat daripada kenaikan mendadak harga komoditi 1979, kemudian berlakunya penurunan  harga komoditi melampau 1986.

Tahun ini juga harga komoditi naik kepada yang sepatutnya,tahun ini juga harga komoditi turun ke tahap diluar jangkaan.

Negara pencetak duit sahajalah yang mewah membeli komoditi yang murah daripada negara yang kaya sumber asli.

Amerika buat-buat risau kenaikan harga komoditi, kita juga tersungkur.

Malaysia dan Indonesia sebenarnya cukup kuat untuk mengeluarkan syarat "tiada emas, tiada minyak sawit".

Isnin, 10 November 2008

Hari ini Ustaz Zaharuddin bercakap macam Van Eeden

Hari ini Ustaz Zaharuddin bercakap macam Van Eeden, Mike Hewitt,  Ron Paul etc...


Penciptaan Duit Kertas Moden, Hukum & Forex» www.zaharuddin.net - 


 Belum ada ulasan oleh saya.

Ahad, 9 November 2008

Terlepas FOSS.MY

Sabtu dan ahad telah diadakan foss.my, acara sumber terbuka tempatan yang boleh dikira palung top pada masa kini.

Saya tidak menghadirinya.
Mengapa? Entah.

Saudara Sharuzzaman telah mengingatkan saya pada jumaat malam sabtu.

Melayubuntu telah membuat satu catatan blog daripada foss.my. mengajak orang untuk hadir.

Ada juga yang menyuruh saya datang kerana sesi Redhuan Oon selepas tengah hari.


apz said... 5

sessi redhuan oon selepas rehat tengahari, sempat lagi mahu datang dari melaka :D


Banyak juga perkara terlepas apabila tidak datang FOSS.MY.
Sessi Redhuan Oon mengenai ADempiere

Siapa Pia Waugh?
Adik jdubkah? (Jeff Waugh)

Eh

Rupanya Pia Waugh adalah isteri jdub.
Gambar perkahwinan mereka.


Bayangkan kalau di Malaysia, pengantin aksinya sebegini macam jdub


Potong kek macam jdub









Pia bercerita tengang OLPC, saya tidak pasti pula sudah menerima cahayamata atau tidak.
Sekiranya ada, pasti akan ada seseorang akan berteriak.

"Wow! One more kid for laptops! Congratulations!"

 Saya tidak pasti apa status OLPC Malaysia, adakah kerajaan memberi kerjasama atau terus menyombong?


Berbalik kepada Pia Waugh, dia begitu banyak meluangkan masa membangunkan sesuatu untuk kanak-kanak ketika masih mempunyai anak.

Ramai lagi yang menggiatkan diri sengan sumber terbuka untuk kanak-kanak ketika masih bujang.
Saudara Najmi, yang baru berkahwin, pasti tertanti-nanti kelahiran anaknya untuk mencuba Tux Paint.





Begitu juga pasangan Pia dan Jeff, bila agaknya anak mereka nak guna OLPC?

Dulu saya pernah mencadangkan Melayubuntu supaya membentangkan "Assobiah dalam sumber terbuka", tetapi dia tidak mahu,

Rupanya ruang itu diisi oleh satu pembentangan berunsurkan politik oleh JayaKumar

Makkal Sakti ( மக்கள் சக்தி )



Obiwan pula menceritakan soal hakcipta. Tip mendapatkan sesuatu yang halal


Nampaknya Azuddin sahajalah yang membentangkan dalam Bahasa Melayu.


Walaupun saya tidak ke FOSS.MY, tataplah gambar 2004 bersama Mad Dog & Mnajem.

Sabtu, 8 November 2008

Caruman KWSP 2009, Cantas atau Tidak?

Banyak reaksi timbul terhadap pemotongan 3% caruman KWSP.

Secara umumnya saya agak bersetuju ianya dipotong, memandangkan golongan berpendapatan rendah lebih memerlukan duit hari ini berbanding ketika bersara nanti.

Bagi yang berpendapatan 1000, 3% adalah RM 30, dan sesuatu yang agak besar.
bagi yang berpendapatan 500, 3% adalah RM 15 sahaja, namum ia menentukan bulan ini cukup makan atau tidak.


Bagi golongan yang ada lebihan perbelanjaan, 3% itu mungkin terlalu sedikit.
contoh kalau gaji 5000, 3% itu hanya 150. Simpanan tambahan 3% selama setahun itu hanya celah gigi sahaja.

Jika memandang dari sudut pelaburan, sekiranya pencarum menggunakan 3% itu melabur secara sendiri, maka ada kemungkinan dia akan memperolehi keuntungan yang lebih, dan keuntungan itu tidak perlu tunggu sehingga 55 untuk digunakan.

Seperti yang dikatakan oleh Jason

With government cut down member contribution to 8%, you can have extra money to invest by next year, but final decision will be on you to cut or not to cut the contribution.
Kalau 3 % yang tidak dicarumkan itu, larut dalam perbelanjaan harian yang tidak diperlukan, jangan bicara soal pelaburan.

Bagaimana kalau seseorang itu mempunyai pinjaman rumah dan sering mengeluarkan KWSPnya?
Adalah lebih baik dia tidak mencarum 3% itu. Kalau gajinya 2000, dia mempunyai RM 60 tambahan untuk mebayar pinjaman rumah. Pada perkiraan saya, dia akan mempunyai lebih wang untuk membayar rumah walaupun carumannya dipotong 3%.

Andaikata gajinya 2000, 3% adalah RM 60. Carumannya ialah RM 200 (8%+12%). Tabung 2 nya iaitu 30% daripada jumlah caruman akan menjadi RM 120. 60+120 = tambahan wang untuk bayaran pinjaman rumah dalam sebulan.

Andaikata dia tidak membayar mencarum 11%, maka carumannya ialah RM 460. Tabung 2 nya akan menjadi 138.
138 vs 180.

Potongan 3% membolehkan pinjaman rumah boleh dibayar dengan lebih banyak.

Apa yang baik untuk yang banyak hutang kad kredit, 3% yang dicarum ke KWSP membuahkan beberapa ciput hasilnya, akan tetapi jika digunakan untuk membayar kad kredit, berapa banyak yang boleh diselamatkan.

Terdapat juga jenis manusia yang seboleh-bolehnya ingin mengurangkan wang dalam KWSP supaya menerima dividen yang sedikit. 3% kah, 5% kah, 12 % kah, ianya semua tidak dijamin menepati syariah kerana terang-terang wujudnya wang KWSP dilaburkan di sektor yang terang-terang tidak boleh.

Adalah lebih baik, dikeluarkan supaya dilaburkan ke tempat yang kurang meragukan. keuntungan sedikit atau lebih, KWSP tidak dipersalahkan.

Terdapat pihak yang mempersoalkan apa jadi kepada simpanan masa depan kalau caruman KWSP dikurangkan. Bagi saya, pengurangan 3% selama setahun tidak memberi impak kepada jumlah caruman ketika pengeluaran nanti.

Pengurangan caruman hanya kurangkan jumlah caruman ketika pengeluaran, tidak sampai 1 %.

Sekejap.
Saya kira.

Caruman 2009 merosot 13%       (20/23)

Pencarum bekerja 25 tahun pada gaji yang sama
(460 -13% *12 )+ 19(460*12)= 136,730.40

berbanding tidak potong
25*460*12= 138,000

perbezaan hanya 0.9 %

Jumaat, 7 November 2008

Harapan Terlalu Tinggi Terhadap "PAS for all" ? Surat Arvin di Malaysiakini

Saudara Arvin Kalam Pereira, telah menulis di Malaysiakini satu tulisan bertajuk 'We cannot trust PAS' (mesti baca)


Satu tulisan yang agak menarik, Akan tetapi ia menunjukkan harapan palsu terhadap "PAS for all", PAS for all pula ditakrifkan sebagai kesamarataan mutlak.

Inikah hasil daripada penyembunyian  "pembela melayu" ?

Walaupun disembunyikan, orang melayu, masih ada yang meletakkan harapan kepada PAS sebagai pembela melayu, pada masa yang sama, bukan melayu seperti arvin telah meletakkan harapan tertalu tinggi sehinggakan menerupai perjuangan DAP.

Akibat kekecewaan daripada harapan palsu itu, maka Arvin telah menggariskan 3 perkara.

1. Jangan letakkan PAS di kawasan berbilang kaum
2. Jangan letakkan PAS banyak kerusi.
3. Mempersoalkan kenapa Kelab Penyokong PAS bukan ahlis sebenar.


Maka, Roslan SMS, blogawan yang sering tidak menulis tajuk, telah membuat ulasan tentang apa yang dibangkitkan oleh arvin (Mesti baca).

2 perkara yang dinyatakan oleh Arvin adalah berkaitan dengan membahagian kerusi.

Apa kata kalau diterbalikkan saranan pertana Arvin itu kepada "Letak calon DAP PKR di kawasan Melayu Totok"?
Kemudian PAS bertanding dikawasan bukan melayu.

Kalau benar tembok perkauman itu sudah dirobohkan, kenapa masih ada lagi kerusi tradisi kaum in, kerusi tradisi kaum itu?



Roslan SMS ada menyebut tentang...


Akhirnya Arvin terlupa bahawa PKR dan DAP sedar dan iktiraf bahawa sumbangan terbesar terhadap kejayaan PR dalam PRU yang lalu selain dari sokongan rakyat jelata adalah kecekapan dan kesungguhan jentera PAS yang bertungkus-lumus, ikhlas bekerja dan berkhidmat disemua peringkat walaupun di kerusi-kerusi yang PAS tidak bertanding. Di kerusi-kerusi ini mereka bekerja tanpa upah dan habuan seolah-olah calon yang bertanding itu calon PAS. Berapa banyak kawasan Parlimen yang tidak ada jentera selain jentera PAS, itulah sumbangan PAS kepada kejayaan PR.

Hakikatnya, politik bukan Melayu sebenarnya tidak mempedulikan berapa banyak bendera yang dipasang.
PRU 12 dahulu, hanya UMNO dan PAS yang beria nak pasang bendera banyak-banyak.

Di kawasan MCA bertanding, UMNO lah yang tukang pasang bendera.

Bila agaknya politik simbolisme akan berakhir?

Rabu, 5 November 2008

Penjual Kain Terpaksa Jual Benda Lain

Malam ini saya pening.

Patutlah kepada Dr Dzukefly itu jendol, Baru baca 2 perkara yang dia katakan, kepala saya pening.


1. MP PAS Kuala Selangor: Melahirkan ‘Apex University’ …melahirkan ‘center of excellent in institutional learning and research’

2. Missing numbers in ’stimulus package’ puzzling


Esoklah sambung baca.

Macam mana kepala otak dia boleh fikir 2 benda berat pada masa yang agak rapat?


Nasib baik ada Dr Zul yang boleh berikan ubat pening kepala berbentuk cerita ringan:
 Penjual Kain yang terpaksa jual benda lain.

Google+ Hasbullah Pit