test

Selasa, 7 Oktober 2008

Persetankan Plural dalam Terjemahan Teknikal Bahasa Melayu

Ini bukan catatan politik. Ini catatan berkaitan bahasa.

Di dalam perterjemahan, ada unsur plural dimana mesej asal, boleh dipluralkan untuk disesuaikan untuk bahasa sasaran.

1 cat
2 cats


dalam BM
1 kucing
2 kucing

Andaikata bahasa sasaran adalah inggeris, maka %d kucing, perlu diterjemahkan sebagai


%n cat
%n cats  (untuk plural)

Bahasa Melayu juga mempunyai plural, akan tetapi tidak diletakkan sebagai selepas bilangan.

Kucing-kucing itu suka berak.

Akan tetapi kita tidak menggunakan "kucing-kucing" sebagai plural bagi selepas bilangan.

Kita tidak sebut, "2 kucing-kucing" kita sebut 2 ekor kucing.

jika plural dibolehkan untuk terjemahan, maka kita boleh buat

"seekor kucing"

"n ekor kucing".
 
 
Kebiasaannya plural dipersetankan dalam terjemahan teknikal.
 
#: gsearchtool/gsearchtool-callbacks.c:318
#, c-format
msgid "Are you sure you want to open %d document?"
msgid_plural "Are you sure you want to open %d documents?"
msgstr[0] "Anda pasti untuk membuka %d dokumen?"
msgstr[1] "Anda pasti untuk membuka %d dokumen?"


"cats" walaupun plural, tidak perlu diterjemah sebagai "beberapa kucing".
begitu juga "hours", cukuplah diterjemah sebagai "jam".

Apa yang terjadi sekarang ini, ialah apabila "hours" diterjemahkan sebagai "beberapa jam"  kepala kita semua akan pening.




1jam yang lalu?
2 beberapa jam yang lalu?


Berdasarkan pengalaman saya menterjemah berpuluh-puluh pakej perisian ke Bahasa Melayu, plural sebenarnya boleh dipersetankan terus.

menjadikan:

1 jam yang lalu
2 jam yang lalu.

Tiada siapa yang pening.

Berita Harian Metro Terlewat 9 Tahun

Saudara Tawel Sensei, menulis tentang berita Harian Metro yang agak basi, tetapi disiarkan baru-baru ini.

Saya juga telah melihat muka depan Harian Metro sambil seyum. Kenapalah mereka baru tahu tentang hoax Bill Gates itu.

Ramai di antara kita hanya menggunakan internet beberapa tahun yang lalu. Akan tetapi, berbanding saya, saya telah menggunakan internet sejak zaman sebol@pl.jaring.my , 1996.


Saudara Tawel Sensei memetik bahawa hoax itu telah wujud sejak 2004 .


 Maka lu dah kantoi dengan gua. Untuk pengetahuan lu, emel scam (sebenarnya lebih menjurus kepada hoax) ini sudah lama wujud semenjak tahun 2004 lagi. Ini bukan taktik licik terbaru. Gua pun dah banyak kali dapat.


Akan tetapi, seingat saya, ianya telah wujud jauh sebelum itu lagi. Kalau tidak salah, ketika saya masih bekerja di TV3 lagi. Tahun 1999?


Ya. 1999


Merujuk kepada laman web ini Hoax itu telah wujud pada tahun 1999.


Mungkin versi yang terkini telah diubah suai mengikut peredaran waktu.
Tak hairan kalau hoax itu akan dikaitkan dengan Tahi Lembu Yang Jatuh Dari Amerika.


Tahun ini Tahun berapa?

Tahi Lembu Telah Jatuh Dari Amerika Kelepap Melekat ke Muka Penoreh Getah Malaysia

"Wahai Datuk ahlil nujum marang kerapu kepunden marang sekepot
semalam beta telah bermimpi setompok tahi lembu telah jatuh dari langit kelepap melekat keatas muka beta. Apa itu tok nujum?"


"Menurut amalan patik, tuanku akan ditimpa masalah ekonomi."

"Tidak, Tidak, Tahi lembu itu tidak betul betul melekap  dimuka beta, hanya sipi-sipi kena bahu beta. Apa itu tok nujum"

"Kalau kena sipi, Alamat tuanku terkena demam kekurangan FDI."

"Tidak tidak, Sipi pun tidak
Sebenarnya beta ketik
kelepak jatuh kemuka peniaga getah."

"Itu alamatnya peniaga getah akan rugi."

----

Apa yang terjadi sekarang ini adalah harga getah turun. Kenapa ia turun, jawapannya sama dengan jawapan kenapa harga minyak dunia turun.

Minyak dan getah kedua-duanya komoditi.

Harga getah turun kerana nilai ringgit naik (berbanding dgn matawang bukan USD) akibat daripada kenaikan sementara USD.

Kenaikan sementara USD adalah kerana pelabur amerika menjual pegangannya di Asia. Mereka menjual pegangannya di Asia kerana krisis ekonomi di Amerika.

Atau dalam erti kata lain "Tahi Lembu dari Amerika kelepap ke muka penoreh getah"

Tahi lembu itu, walaupun Najib sudah kata bukan terkena sipi, tetapi terketik ke muka peniaga getah.

Kemana penoreh getah nak jual getah kalau bukan kepada pembeli?

Sampai bila nilai dollar nak sementara itu akan turun?
Tidak tahu.
Mungkin beberapa bulan, setengah tahun setahun. Mungkin lebih.

Akan tetapi kalau penoreh getah cukup berani, mereka boleh menyimpan getah mereka selama tempoh itu.

Atau, hanya menjual 90% daripada getah yang ditoreh, 10% disimpan sedikit demi sedikit sehingga habis tempoh itu.

Ada berani?

---

Lihat video asal

Isnin, 6 Oktober 2008

Hospital UMNO punya?

Sebahagian daripada perbualan di umnomore

"Aku duduk kat hospital tau berapa banyak peruntukan kerajaan tiap tahun. Kita bagi diorang ubat, diorang tak bersyukur." kata nya lagi.



"Kalau Pembangkang jadi kerajaan, peruntukan ubat di potong ke?"

 baca:

UMNO di Hari Raya ... menggelikan

 

kemaskini:

Reaksi Blog oleh Zubli

Pak Lah Kelihatan Seperti Berundur Tetapi Hakikatnya....

Siapa Kata Pak Lah Perlu Berundur?
Nobisha?
Zubli? Usah Pedulikan Kaedah Berundur secara menarinya.

Tidak Percaya Pak Lah Berundur?

Pak Lah Sebenarnya boleh kelihatan seperti berundur, walaupun dia ke depan, dan semua akan percaya.

Ini Kaedah Pak Lah Kelihatan Berundur yang boleh membuatkan orang Percaya Pak Lah Berundur. 
(mesti klik)


nota:
Ini adalah kaedah berundur yang tidak selamat berbanding kaedah berundur yang selamat.

Ahad, 5 Oktober 2008

Pak Lah Sah Berundur? Bukan Begitu Caranya Zubli....

Entah bagaimana, Pak Lah dispekulasikan akan berundur, maka Zubli pun menceritakan kaedah Pak Lah berundur.

Pak Lah tidak perlu bertarilenggang untuk berundur.
Tidak perlu, muzik itu juga tidak perlu.

Bagaimana cara pak Lah berundur dengan cara terhormat?

Merujuk kepada kitab permotoran Paul Tan, Cara Pak Lah berundur yang paling selamat ialah apabila mempunyai lampu berundur yang terang.



Untuk menambahkan lagi kepastian untuk berundur, maka boleh gunakan ciri-ciri kamera berundur.




Jangan lupa  sensor berundur untuk keselamatan.
ketepi! Ketepi! Pak Lah nak berundur.
kanak-kanak jangan main basikal kalau Pak Lah hendak berundur.




Bagi yang tidak mahu berundur lagi, pastikan anda tidak kelihatan seperti mahu berundur

Menteri Pengangkutan akan marah kalau anda buat begitu.


Menteri pengangkutan kata, Jangan ikut rapat-rapat. Kalau brek  kalut sampai ke tengah, inikan pula kalau berundur.

Krisis Ekonomi Amerika, 2 Pandangan Islam, 1 Sosialis

Sebelum membaca apa yang ditulis ini, anda perlu baca 2 pandangan berunsur islam tentang krisis Ekonomi amerika, dan satu pandangan sosialis.

 
 
 
 
Apabila catatan Hishamudin Rais disiarkan di Tranungkite, maka bersilatlah pengunjungnya mengatakan jangan terapkan ideologi sosialis.

Apa yang berlaku pada krisis di Amerika, sosialis atau kapitalis, ianya hampir tiada beza.
Kapitalis bail out kepada syarikat, sosialis bail out pada rakyat?

Tetap bail out.


Hishamuddin,

Sistem Islam tetap yang terbaik. Usah nak kempen kat sini.
 
samada sosialis ataupun kapitalis....tiada sistem ekonomi yang lebih baik melainkan sistem ekonomi islam


sistem kapitalis(kalau tak silap) berasal dari amerika sedangkan sistem ekonomi sosialis berasal dari komunis.....
 
sistem ekonomi Islam dah ada tak mau ikut
nak ikut kapitalis juga
tunggu dan lihat balasan Allah
terima ajer lah
susah sangat ke nak ikut Islam....
Lantak lah kau labu.......
sendiri mau pikir le

Apabila berlakunya krisis sebegini, sepatutnya Ahli Politik Islamlah yang mula-mula menerangkan kepada dunia, bahawa sistem ekonomi Islam dapat mengelakkan krisis itu dari berlaku.

Akan tetapi perkara sebegitu tidak berlaku.

Tak ada guna salahkan kapitalis dan cadangkan supaya guna sistem ekonomi Islam tanpa terangkan bagaimana sistem muamalat boleh mengelakkan krisis dari berlaku.

Penerangan Ustaz Zaharudin, buat masa ini yang paling terbaik bagi saya untuk menerangkannya.

Krisis kewangan Amerika terjadi disebabkan oleh banyak faktor. kebanyakkan faktor itu boleh dielakkan kalau menggunakan matawang tunggal iaitu emas. Berbanding matawang yang wujud daripada 'thin air' atau /dev/null.

Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja. 
 
3)       Sistem Islam tidak menggalakkan hutang dan perkembangan industri hutang di luar kemampuan. Namun sistem jualan hutang (debt trading) meningkatkan potensi beban hutang lebih dari kemampuan sebenar. Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika pada harga yang sama sahaja.
 
Berbeza dengan konvensional yang menjadikan jualan hutang dengan diskaun sebagai trend popular untuk mendapatkan kecairan.
 
Namun demikian, sebahagian besar ulama kewangan Islam di Malaysia membenarkan jualan hak hutang dengan harga lebih rendah dari niali hutang atas ijtihad mereka bahawa yang dijual bukanlah wang, tetapi hak maliah atau hak kewangan. Pandangan ini ditolak oleh majoriti ulama antarabangsa.

Saya kira ianya boleh berlaku jika tidak mengambil langkah yang berhati-hati. Ini kerana di pasaran kewangan Islam juga ada mempunyai produk yang seakan-akan serupa dengan sub prime tersebut. Antaranya ialah bay' Dayn atau jual beli hutang. Maksudnya hutang boleh dijualbelikan atau pindah milikkan atau dipindah tanggungkan kepada pihak ketiga.
 Bukan semudah itu, berkata gunalah sistem kewangan islam untuk terus selesai semua masalah.

Andaikata semua ulamak berpendapat supaya hutang mesti dijualbeli dengan nilai yang sama adalah betul.

Tetap akan timbul satu persoalan lain, bagaimana nak dapatkan nilai yang sama kalau nilai matawang yang digunakan untuk menilai hutang itu berubah?

Hutang Abu bernilai RM 20,000 pada 2001, ketika itu 66 dinar
Ahmad ingin membeli hutang itu RM 20,000 pada tahun ini, tapi nilai itu kini 50 dinar sahaja.

Ahmad patut beli hutang itu pada nilai 66 dinar atau pada nilai RM 20,000 ?

Memang pening kalau nak merealisasikan kewangan islam selagi masih menggunakan wang kertas.

Andaikata penggunaan wang emas direalisasikan, barulah boleh senang kira, Ahmad beli hutang Abu yang bernilai 66 dinar itu sebanyak 66 dinar juga.

Begitu juga pinjaman rumah secara islamik, menggunakan nilai yang diakadkan dalam ringgit.

Andai kata baki pinjaman rumah saya ialah RM 40,000 , tiba-tiba berlalu krisis inflasi seperti Zimbabwe pada matawang ringgit, dan RM 40,000 itu hanyalah harga sebuah basikal. Pasti bank akan rugi.
Parlimen Malaysia pula bersidang untuk luluskan 7 trilion bail out untuk Bank tempatan.

Apa yang saya lihat disini, akad pinjaman mestilah dinilaikan dalam emas dan bukannya matawang fiat.

Mungkin kewangan islam tidak perlu markup sehingga 5 % untuk pinjaman rumah kalau ianya dinilaikan menggunakan emas.

Akan tetapi, nilai emas pula menjadi masalah, beberapa tahun dulu, Amerika telah merendahkan harga emas supaya USD tinggi. Jadi, mahu tak mahu usaha untuk mengembalikan emas sebagai matawang mestilah diutamakan dahulu supaya kewangan islam, lebih islamik apabila akad-akad yang digunakan semuanya berasaskan emas.

Oleh itu, Husam Musa perlu bela kambing. sebagai langkah awal mengembalikan emas sebagai matawang.
 

Google+ Hasbullah Pit