test

Rabu, 17 September 2008

PAS Berpecah? Erdogan? Kabilah Terengganu? Tidak Dominan?

Satu berita di Malaysiakini pasti akan membuatkan ramai orang risau kononnya PAS akan retak..

Bagi saya itu bukanlah keretakan, akan tetapi perbezaan pendapat sahaja. Akan tetapi tidak perlulah meletakkan label pasukan terhadap pihak yang berlainan pendapat. Tidak perlulah diburukkan individu yang berlainan pendapat itu.

Saya tahu ramai orang PAS yang risau apa terjadi kalau Islam tidak dominan apabila Pakatan Rakyat memerintah?
Kedominan itu sebenarnya bergantung kepada pemimpin PAS sendiri, bukan orang bawahan.

Kalau tidak suka Pakatan Rakyat, Kenapa tandatangani penubuhan Pakatan Rakyat?

Yang tandatangani penubuhan Pakatan Rakyat itu golongan yang digelarkan Erdogankah?

Ramai orang tidak suka akan orang-orang yang digelarkan "Kabilah Terengganu" kerana berurusan dengan UMNO secara senyap. Bang Bakaq kata "main main telefon".

Bagi saya, sebenarnya tidak salah untuk berbincang dengan UMNO, akan tetapi mesti bijak berpolitik.

Maafkan saya, saya terpaksa umumkan bahawa ramai pemimpin PAS tidak bijak berpolitik. Ada juga yang bijak.

Bagi saya, secara peribadi, perbincangan dengan UMNO itu terlalu awal.

Jika benar takutkan PAS tidak dominan dalam Pakatan Rakyat, usahakan sahaja supaya dominan. Adakan kursus-kursus pendek sains politik untuk pemimpin PAS yang berurusan dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Adakan kursus berkaitan dengan media, agar PAS tidak ketinggalan dalam media yang semi terbuka.

Akan tetapi apabila disisihkan dengan Pakatan Rakyat, maka memanglah PAS tidak dominan dalam Pakatan Rakyat.

Siapa ya, yang berurusan soal kerusi Parlimen sehingga PAS bertanding terlalu sedikit kerusi Parlimen?


Sejak dari dulu saya sering mempersoalkan kenapa di media yang agak terbuka seperti http://malaysiakini.com/bm/ PAS ketinggalan?

Kalau begitu caranya, dengan siapa pun PAS berkawan, akan sering tidak dominan.

PAS adalah 1/3 daripada Pakatan Rakyat, sepatutnya 1/3 agenda Pakatan Rakyat itu agenda PAS.

Saya tidak mahu begitu menyalahkan pihak yang membuatkan PAS tidak dominan sehingga mahu lari ke pasukan yang lagi satu, akan tetapi sepatutnya ianya hanya boleh menjadi langkah rizab sahaja.

Sebagai contoh, apabila Pakatan Rakyat memerintah dan PAS didalamnya, apabila cubaan untuk dominan gagal, barulah tarik tali untuk keluar, bukannya cuba keluar walaupun belum memerintah.

Siapa suruh Malaysia mesti guna guna sistem 2 parti ala Amerika?

Kalau benar PAS mahu keluar pakatan apabila Pakatan Memerintah, maka secara automatiknya tiada siapa yangada majoriti, pilihanraya semula, apa susah.

Mengapa begitu gusar PAS tidak dominan kalau ada senjata untuk keluar Pakatan?

Selasa, 16 September 2008

Bagaimana Bank di Amerika Boleh rugi?

Bagaimana Bank di Amerika Boleh rugi?

Lehman rugi tetapi tidak dibailoutkan oleh "Fed",
Meryl Lynch pula akan dibali oleh Bank of Amerika.

Yang menghairankan ialah Bank di Malaysia tidak rugi?

Apa cerita sebenarnya yang menyebabkan Bank di Amerika rugi? Kerana mereka terlibat dengan kredit yang tidak sepatutnya?

Boleh sesiapa terangkan?

Yang memushkilkan saya lagi ialah bagaimana USD boleh meningkat tatkala semua rugi dan Muflis dan saham jatuh teruk?

Apabila LanH Menjual Pantun

Saudara LanH, menjual pantun di dalam blognya.

Puas sudah kutanam padi,
Lalang juga memenuhi ladang,
Puas sudah kutanam budi,
Emas juga dipandang orang. 

Sekali pandang, pantunnya itu seolah-olah memperkatakan, bagaimanapun bentuk matawang yang ada, Emas juga akhirnya yang bernilai.

Akan tetapi "Emas" yang dimaksudkannya ialah bukan emas, akan tetapi sesuatu yang tidak elok, tetapi tetap dikejar oleh manusia

Jemput baca penulisan berkualiti oleh LanH
Puas sudah kutanam budi...


Maka saya jawap pantun itu....

Walau lalang memenuhi ladang,
Tetap terus menanam padi
Jika emas dipandang orang,
Gunakan emas untuk berbudi.

Lagu Menyayat Hati Untuk Tahanan AKDN (Akta Keselamatan Dalam negeri)

Ketika malam Teresa Kok ditangkap di bawah AKDN, (Gunakanlah akronim BM) , saya membaca blog Al Bakistani, secara tiba-tiba lagu "Palang" dimainkan secara automatik.

Walaupun, mengikut garispanduan kebolehgunaan Tawel Sensei, memainkan lagu secara automatik adalah sesuatu yang tidak elok, akan tetapi apabila lagu itu dimainkan di blog Al-Bakistani, ia betul-betul menyentuh perasaan.

Bagaimana agaknya keadaan Teresa?
Saya hanya mahu menuntut Teresa memohon maaf, bukan menuntut supaya dia dipenjara.


Maka dengarlah lagu ini.







Saya bukan orang Kristian untuk menyertai "Vigil". Namun saya tetap membantah penatahan Teresa, menggunakan cara sendiri.

Isnin, 15 September 2008

Zaid Ibrahim Letak jawatan?

Jangan risau, kita ada 4 orang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Selamat berbuka puasa.

Penafian PKR: Tiada Perarakan ke Istana Negara

RM0.00 PENAFIAN- PKR TAK TERLIBAT ANJUR prarakan ke Istana Negara esok(16 Sept).Org ramai dinasihat tak trpedaya maklumat palsu yg disebar pihak tak tnggungjwab



(Sms yg dimajukan oleh Usop )



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Google+ Hasbullah Pit