test

Rabu, 3 September 2008

Memang Orang Cina Menumpang

Memang Cina Menumpang. Bukan sekadar Cina sahaja yang menumpang, Melayu, India, Benggali, Orang Putih , Bangla, Kalau naik bas, meskipun sudah bayar tiket, tetap digelar "Penumpang".

Selasa, 2 September 2008

Besar Sungguh Jasa Orang yang Lahir 31 Ogos

Besar sungguh jasa orang Melaka yang lahir pada 31 Ogos.
Kalau tak ada orang yang lahir pada 31 Ogos, tak merdekalah kita.

Dalam Melaka agaknya ada berapa ramai orang yang lahir pada 31 Ogos?
640000/365
1753
Dianggarkan ada 1700 orang untuk diraikan.

Saudara Sofi pula mencadangkan supaya diraikan juga Siapa yang lahir pada 16 September,

Hari pengistiharan kemerdekaan berapa hari bulan?
mari kita raikan siapa yang lahir sama dengan haribulan itu.

Hari Burhanuddin Al-Helmy buat perhimpunan di Melaka berapa haribulan?
Mari kita raikan siapa yang lahir pada hari itu.

Nanti lama-lama kalau semua haribulan dalam setahun itu istimewa, maka semua rakyat Melaka akan diraikan.

Bila agaknya Ali Rustam nak raikan orang yang lahir pada 19 Disember?

Bagi saya keraian itu tidak perlu kerana tidak nampak apa sumbangan orang yang lahir pada 31 Ogos, selain daripada kesanggupan untuk diraikan.

Agak-agaknya berapa peratus daripada kos meraikan orang yang lahir pada 31 Ogos itu akan dapat kepada yang diraikan?

Isnin, 1 September 2008

Pendapat dalam Isu Bail Out, Perlukan Pandangan Pembaca Malaysiakini

Anda pembaca Malaysiakini?

Jemput berinteraksi dalam 2 topik ini:-

Mana Lebih Baik Untuk Malaysia, Bail Out atau Tidak?


Bail Out 700 Bilion Mana Cukup! 5 Trilion lah

 

 

 

Ahad, 31 Ogos 2008

Carta Aliran Maklumat Blog Tempatan

Carta ini telah saya buat untuk menggambarkan aliran maklumat blog-blog.
Sila klik pada imej untuk melihat gambar yang lebih jelas.


Carta menunjukkan bagaimana sesuatu catatan blog diangkat oleh robot dan manusia.
Dimana anda?
Ada yang membaca blog satu persatu.
Ada yang membaca blog dari Beras Padu.
Ada yang membaca blog dari pembaca RSS jenama kesukaannya.
Ada yang suka baca upcoming di Negaraku.net

Adakah anda tergolong dalam golongan yang suka membaca blog satu persatu?
Masuk sahaja blog itu, "Alamak belum kemaskini"


Panah yang berwarna biru adalah aliran yang dilakukan oleh manusia, dimana pembaca yang boleh mengangkat sesuatu catatan blog supaya naik. Pembaca di Beras Padu boleh hantar dan undi ke Negaraku.net. Setiap catatan yang popular akan digabungkan dengan catatan yang dipilih secara manual oleh "Editor" Beras Terpilih.

(Editor : mudin , Ezza, Jed dan saya)

Panah berwarna hitam adalah aliran yang dilakukan oleh mesin iaitu menggunakan RSS.
Google Reader menarik suapan dari blog-blog, begitu juga Beras Padu.
Malaysiakita-bm dan The X Blog, dijana tanpa menggunakan manusia yang memilih catatan secara manual. hanya pemiliknya yang menentukan suapan mana yang dia mahu ambil.

Sarawho juga dijana oleh robot.

Petaling Street kes istimewa dimana ianya boleh dihantar secara manual ataupun automatik.

Kalau sebelum ini, catatan terpilih di Beras Terpilih memang bergantung kepada 4 orang "editor " ini, tapi selepas bergabung dengan RSS negaraku.net (Top News), maka sesiapa sahaja pun boleh menentukan catatan mana yang mampu disiarkan di Beras Terpilih, tetapi melalui Negaraku.net. Perlu daftar dahulu.

Anda tidak perlu menjadi blogawan untuk menggunakan negaraku.net ianya terbuka untuk pembaca blog.

Sekira anda sudah daftar dan logmasuk, maka senanglah anda mengundi (fave it) pada mana-mana catatan blog yang anda rasa berkualiti pada
  • laman blog itu sendiri (sekiranya ada wiget Negaraku.net) ATAU
  • laman upcoming / Top News ATAU
  • pada Beras Padu (pada bendera Malaysia kecil).
Terdapat blogawan yang meletakkan wiget Negaraku.net pada blognya seperti Jed Yoong. Sekiranya terdapat mana-mana catatannya yang anda rasa berkualiti, anda boleh klik "GO" untuk hantarkan catatannya bagi pihaknya.

Saya tidak berbohong apabila saya mengatakan saya sudah jatuh cinta dengan Negaraku.net, Lihatlah carta itu, betapa indahnya aliran maklumat.

Diharap Noktah hitam dapat menyediakan wiget lebih kecil dalam satu baris seperti

Fave it(6)
submit GO

Bang Bakaq dulu sudah letak, tetapi dia sudah keluarkan balik, mungkin kerana ia terlalu besar.

Bendera Malaysia Mengantikan Jalur Gemilang

Dulu saya pernah tulis tentang bendera Malaysia yang dirasa memang patut ditukar. Tapi saya bukan geng terbalikkan bendera.

Saya mahukan Bendera Malaysia mempunyai unsur "Sang Saka Merah Putih" seperti yang dimahukan oleh Dr Burhanudin Al-Helmy.

Buat apa pening-pening mencipta bendera yang baru?
PUTERA-AMCJA sudah sediakan bendera negara kita seawal 1947.
Sudah pasti ianya dipersetujui oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy


Kepada yang sudah bersedia dengan perisian grafik , sila buatkan kembali Bendera Malaya kita ini.
Iaitu Sang Saka Merah Putih yang ada 12 bintang.

Bahasa Melayu dan Islam Diangkat Martabatnya oleh Bukan Entik Melayu

Masa kian hampir, dimana etinik Melayu tidak lagi boleh diharapkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Masa kian hampir, dimana etnik Melayu tidak lagi boleh diharapkan untuk memartabatkan Islam.

Parti Politik etnik melayu yang besar itu (UMNO) teramatlah tidak boleh diharapkan untuk memartabatkan kedua-duanya sekali. Tanpa segan silu peminpin mereka membunuh istilah belanjawan.

Pemimpin PAS bagaimana pula?
Ianya masih menjadi tanda tanya.

Etnik melayu cukup malas untuk mencari istilah yang sesuai pada bahasanya apabila ingin bercakap atau menulis. Mereka suka gunakan sahaja perkataan Inggeris kedalam pertuturan mereka.

"Nanti aku call engkau."
"Aku tengah download"

Bangga benar mereka memasukkan perkataan inggeris kedalam pertuturan dan penulisan. Sebenarnya itulah yang menampakkan sikap malas pada diri mereka.

Pernah suatu ketika dahulu, saya berbicara dengan Isteri saya, sebenarnya kalau kita bercakap bercampur aduk perkataan dalam satu ayat. ia memang menampakkan kegagalan seseorang untuk menyusun ayat.

Kalau hendak berbahasa Inggeris, teruskan bercakap dalam Inggeris dalam satu perkataan.
Kalau hendak berbahasa Melayu, teruskan guna semua istilah Bahasa Melayu dalam satu ayat.

Orang Melayu, terutama dibandar sering menambahkan perkataan inggeris.

"Bila nak exam?"
"Test dulu , kau score tak?"

Sebenarnya mereka gagal.

Jarang sungguh kita melihat apabila bukan melayu, berbahasa melayu, tetapi memasukkan perkataan inggeris kedalam pertuturannya. Melainkan kalau tidak tahu istilah.

Kalau kita tidak tahu istilah, maka ianya dibolehkan.

Kita guna dahulu istilah blogger sebelum jumpa istilah blogawan.

Kita boleh nampak bagaimana orang melayu, melacurkan bahasa mereka berleluasa didalam dunia blog.

Ya memang wujud banyak dialek di dalam Bahasa Melayu.

Dialek Kelantan, Johor Riau, Kedah, Pulau Pinang.

Bahasa Melayu Baku apabila disebut dan ditulis, ianya boleh difahami oleh semua penutur dialek yang ada.

Maka, cara terbaik menulis blog dalam bahasa melayu ialah dengan membayangkan bahawa kita sedang menutur dalam sebutan baku.

Akan tetapi apabila dialek johor riau terlalu dominan, seolah-olah bahasa Melayu di Malaysia begitu bunyinya. "Kenaper" "bile" "sahaje".
Itu semua dialek johor riau keterlaluan sehingga melacurkan bahasa.

Bahasa Melayu bukan milik orang Melaka, Johor, Selangor dan KL sahaja.

Ianya juga milik orang brunei, orang patani.

Saya masih ingat lagi satu iklan brunei, ketika pertuturan dialog, ia menggunakan dialek tempatan, akan tetapi untuk suara latar (voice over) ia menggunakan sebutan hampir baku. Kita tidak memahami pertuturannya, tetapi mesejnya boleh sampai. Walaupun kita bukan orang brunei.

Kini, Revolusi tidak mengharapkan etnik melayu memartabatkan Bahasa Melayu mula melanda.

Dr Khalid Idham Lim, secepat kilat memperbetulkan kesalahan bahasanya. Kalau orang melayu, dia tidak peduli langsung.

Kav, blogawan yang sering berkunjung ke blog ini, kini melafazkan pengisytiharan untuk berblog dalam Bahasa Malaysia.

Bandingkan catatan Kemerdekaan antara Khalid Idham Lim, Kav dengan Puan Emy.
Yang mana lebih menggambarkan pemartabatan bahasa?

Erti Kemerdekaan yang Sempit?

Anwar Ibrahim di blognya menceritakan tentang erti Kemerdekaan .

Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan


Akan tetapi komen saya di blognya itu tidak dilepaskan.


Hasbullah Pit Aug 30th, 2008 at 7:38 pm

Kemerdekaan sebenar ialah apabila seluruh Nusantara Merdeka.
Selagi Patani di jajah Thailand, dan Moro dijajah Filipina.

Selagi itu bukan kemerdekaan sebenar.

Selagi kesan Penjajahan Inggeris Belanda yang memisahkan nusantara sehingga hari ini, selagi itu belum benar merdeka.

Selagi kesan perjanjian Anglo-Siam masih ada, selagi itu kita belum boleh merdeka sepenuhnya.


Tuan-tuan dan puan-puan, Tanah Melayu hanya 80% merdeka. Kesan Perjanjian Anglo Siam masih lagi memberi impak kuat kepada tanah-tanah kita yang masih dijajah siam. Perjanjian Anglo Siam menyebabkan sebahagian dari Tanah Melayu disahkan sebagai milik Siam oleh British.

Mana boleh.
Hari ini Hari Kemerdekaan, jangan hadkan pemikiran kita tentang kemerdekaan yang diberikan oleh British sahaja.
British mahu beri Patani kepada Siam kerana nak "bebas"kan Perlis Kedah dari Siam.

Apa jadi kalau pada perjanjian itu, British Beri Kedah,Perlis kepada Siam untuk dapatkan Patani?
Anwar Ibrahim, Paklah, Chedet akan dilabel "pengganas" untuk memerdekakan Kedah.
Itupun kalau mereka berani angkat senjata.



Google+ Hasbullah Pit