test

Rabu, 3 September 2008

Emas Turun, Minyak Turun, Saham Turun, Apa yang Naik?

Ramai yang suka harga minyak turun, termasuklah Shahrir Samad.

“Saya memang seronok melihat harga minyak di pasaran dunia turun, walaupun dijangka adanya kekangan berikutan masalah Gustav dan politik di Eropah dan sebagainya.

“Saya tidak boleh ramal tapi harapannya macam yang lain. Tetapi alhamdulillah nampaknya harga minyak di paras yang stabil dan saya harap ia akan berterusan stabil dan menurun sedikit supaya kita dapat pula satu berita baik sebelum hari raya.

Kalau kita lihat dalam 2 bulan sebelum ini, semua harga komoditi turun, Minyak, Emas, itu ini.
Saham juga kebanyakan turun.

Hai, kalau semua turun apa yang naik?


Jawapannya ialah USD.
USD cuba bangkit dari kejatuhan berterusan sejak lebihkurang setahun yang lalu, Dan ini menyebabkan banyak harga turun.

Sampai bila dia hendak turun?
Mari lihat carta USD berbanding euro.


USd telah naik melebihi purata 200 harinya berbanding euro. Menunggu masa ia akan tergolek, paling kurang ia akan berada pada tahap warha hijau (purata 200 hari).

Sekiranya USD akan tergolek pada tahap purata 200 hari, ianya lebih kurang pada nilai ketika mac 2008.
Harga minyak dunia akan ikut lebih kurang sama pada harga minyak dunia ketika mac 2008 dulu.

Mana bagus, USD rendah atau tinggi?
Bagi orang yang duduk di tempurung matawang yang terikat dengan USD, mereka akan bergembira apabila USD naik.
Bagi mereka "harga minyak turun".
Itulah Pemikiran orang yang duduk dibawah tempurung rigggit. Tak kira penyokong BN atau Pakatan Rakyat. Lebih kurang sama.

Bagi saya, harga minyak dalam USD yang tinggi adalah baik untuk negara-negara pengeluar minyak.
Pengukuhan dollar sementara ini hanya akan memberi peluang mereka memenuhkan tangki mereka sahaja.
Bila Dollar Tinggi, mereka boleh beli minyak dalam keadaan "dirt cheap". Baca, Pak Arab kena Tipu lebih 20 tahun.
Kini Pak Arab kena tipu beberapa bulan lagi.

Anwar sibuk belanjawan defisit atau tidak. Katanya tidak perlu defisit.
Kalau harga minyak dunia tinggi, maka tak perlu defisit.
Bagi saya, ketika mewah tak perlu defisit, ketika sukar, barulah defisit lebih.

Adakalanya saya kelakar melihatkan langkah-langkah Kerajaan Malaysia. Suasana berubah mengikut bulan ke bulan. Mengapa?

Belanjawan negara dibuat mengikut kalendar bulan 1 hingga 12.
Tahun kewangan PETRONAS berakhir pada mac. Penyata keluar dalam bulan 6.

Kebiasaannya apa yang kita lihat, Kerajaan seolah-olah risau tak cukup duit berdasarkan perolehan kerajaan yang lalu. Ketika belum nampak lagi berapa PETRONAS nak bayar, cepat-cepat dia akan risau melihat subsidi yang banyak.
Akan tetapi selepas keuntungan diumumkan, maka akan berlaku pesta 1 bilion sana, 1 bilion sini, 2 bilion sana 2 bilion sini.

Kalau hujung tahun berlaku banjir, mengelupur nak korek duit daripada mana, kerana setiap jabatan dah habiskan peruntukan. Nasib baik ada tabung khas.

Saya lebih suka melihat harga minyak dunia berada di paras yang sepatutnya iaitu dalam anggaran 125-130 USD, Tetapi ringgit mesti kukuh. Barulah kita boleh beli Petrol RM 1.40 tanpa subsidi.

Sebenarnya membanding kan USD dengan Euro untuk melihat kenaikan dollar adalah tidak berapa tepat, kerana polisi Euro tidaklah ketat sehingga tidak diinflasikan langsung.

Mari lihat carta, USD berbanding DOllar Australia pada tempoh yang sama.


Bagi saya, Dolar Australia hampir adalah wang kertas yang paling hampir dengan emas, kerana dia tak cetak berleluasa, dia kawal kredit betul-betul. Nampak ketara Dollar dinaikkan sebegitu rupa berbanding Dollar Australia.

Jadi apa anda perlu buat?
Kalau ada duit, beli emas sekarang.

Akbar Pengampu Tanpa RSS

Di blog PeopleArmy, ada ruangan "akhbar pengampu tanpa rss"



Sebagai Rakyat Melaka, saya amat sedih Melaka Hari ini tidak tersenarai sebagai "akhbar pengampu tanpa rss", sia-sia sahaja kerajaan Negeri Melaka dengan sengaja tidak menyediakan rss, malangnya tidak tersenarai dalam kelompok akhbar pengampu tanpa rss.

Memang Orang Cina Menumpang

Memang Cina Menumpang. Bukan sekadar Cina sahaja yang menumpang, Melayu, India, Benggali, Orang Putih , Bangla, Kalau naik bas, meskipun sudah bayar tiket, tetap digelar "Penumpang".

Selasa, 2 September 2008

Besar Sungguh Jasa Orang yang Lahir 31 Ogos

Besar sungguh jasa orang Melaka yang lahir pada 31 Ogos.
Kalau tak ada orang yang lahir pada 31 Ogos, tak merdekalah kita.

Dalam Melaka agaknya ada berapa ramai orang yang lahir pada 31 Ogos?
640000/365
1753
Dianggarkan ada 1700 orang untuk diraikan.

Saudara Sofi pula mencadangkan supaya diraikan juga Siapa yang lahir pada 16 September,

Hari pengistiharan kemerdekaan berapa hari bulan?
mari kita raikan siapa yang lahir sama dengan haribulan itu.

Hari Burhanuddin Al-Helmy buat perhimpunan di Melaka berapa haribulan?
Mari kita raikan siapa yang lahir pada hari itu.

Nanti lama-lama kalau semua haribulan dalam setahun itu istimewa, maka semua rakyat Melaka akan diraikan.

Bila agaknya Ali Rustam nak raikan orang yang lahir pada 19 Disember?

Bagi saya keraian itu tidak perlu kerana tidak nampak apa sumbangan orang yang lahir pada 31 Ogos, selain daripada kesanggupan untuk diraikan.

Agak-agaknya berapa peratus daripada kos meraikan orang yang lahir pada 31 Ogos itu akan dapat kepada yang diraikan?

Isnin, 1 September 2008

Pendapat dalam Isu Bail Out, Perlukan Pandangan Pembaca Malaysiakini

Anda pembaca Malaysiakini?

Jemput berinteraksi dalam 2 topik ini:-

Mana Lebih Baik Untuk Malaysia, Bail Out atau Tidak?


Bail Out 700 Bilion Mana Cukup! 5 Trilion lah

 

 

 

Ahad, 31 Ogos 2008

Carta Aliran Maklumat Blog Tempatan

Carta ini telah saya buat untuk menggambarkan aliran maklumat blog-blog.
Sila klik pada imej untuk melihat gambar yang lebih jelas.


Carta menunjukkan bagaimana sesuatu catatan blog diangkat oleh robot dan manusia.
Dimana anda?
Ada yang membaca blog satu persatu.
Ada yang membaca blog dari Beras Padu.
Ada yang membaca blog dari pembaca RSS jenama kesukaannya.
Ada yang suka baca upcoming di Negaraku.net

Adakah anda tergolong dalam golongan yang suka membaca blog satu persatu?
Masuk sahaja blog itu, "Alamak belum kemaskini"


Panah yang berwarna biru adalah aliran yang dilakukan oleh manusia, dimana pembaca yang boleh mengangkat sesuatu catatan blog supaya naik. Pembaca di Beras Padu boleh hantar dan undi ke Negaraku.net. Setiap catatan yang popular akan digabungkan dengan catatan yang dipilih secara manual oleh "Editor" Beras Terpilih.

(Editor : mudin , Ezza, Jed dan saya)

Panah berwarna hitam adalah aliran yang dilakukan oleh mesin iaitu menggunakan RSS.
Google Reader menarik suapan dari blog-blog, begitu juga Beras Padu.
Malaysiakita-bm dan The X Blog, dijana tanpa menggunakan manusia yang memilih catatan secara manual. hanya pemiliknya yang menentukan suapan mana yang dia mahu ambil.

Sarawho juga dijana oleh robot.

Petaling Street kes istimewa dimana ianya boleh dihantar secara manual ataupun automatik.

Kalau sebelum ini, catatan terpilih di Beras Terpilih memang bergantung kepada 4 orang "editor " ini, tapi selepas bergabung dengan RSS negaraku.net (Top News), maka sesiapa sahaja pun boleh menentukan catatan mana yang mampu disiarkan di Beras Terpilih, tetapi melalui Negaraku.net. Perlu daftar dahulu.

Anda tidak perlu menjadi blogawan untuk menggunakan negaraku.net ianya terbuka untuk pembaca blog.

Sekira anda sudah daftar dan logmasuk, maka senanglah anda mengundi (fave it) pada mana-mana catatan blog yang anda rasa berkualiti pada
  • laman blog itu sendiri (sekiranya ada wiget Negaraku.net) ATAU
  • laman upcoming / Top News ATAU
  • pada Beras Padu (pada bendera Malaysia kecil).
Terdapat blogawan yang meletakkan wiget Negaraku.net pada blognya seperti Jed Yoong. Sekiranya terdapat mana-mana catatannya yang anda rasa berkualiti, anda boleh klik "GO" untuk hantarkan catatannya bagi pihaknya.

Saya tidak berbohong apabila saya mengatakan saya sudah jatuh cinta dengan Negaraku.net, Lihatlah carta itu, betapa indahnya aliran maklumat.

Diharap Noktah hitam dapat menyediakan wiget lebih kecil dalam satu baris seperti

Fave it(6)
submit GO

Bang Bakaq dulu sudah letak, tetapi dia sudah keluarkan balik, mungkin kerana ia terlalu besar.

Bendera Malaysia Mengantikan Jalur Gemilang

Dulu saya pernah tulis tentang bendera Malaysia yang dirasa memang patut ditukar. Tapi saya bukan geng terbalikkan bendera.

Saya mahukan Bendera Malaysia mempunyai unsur "Sang Saka Merah Putih" seperti yang dimahukan oleh Dr Burhanudin Al-Helmy.

Buat apa pening-pening mencipta bendera yang baru?
PUTERA-AMCJA sudah sediakan bendera negara kita seawal 1947.
Sudah pasti ianya dipersetujui oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy


Kepada yang sudah bersedia dengan perisian grafik , sila buatkan kembali Bendera Malaya kita ini.
Iaitu Sang Saka Merah Putih yang ada 12 bintang.

Google+ Hasbullah Pit