test

Ahad, 24 Ogos 2008

Politik Pembangunan Masih Wujud Pada Alaf Baru

Lihat cekupan skrin kekotak borak di laman blog Mutaligat.




Bila ahli politik UMNO Kampung mula masuk ke alam siber, itulah jadinya.
Segala hujah yang sesuai untuk penyokong UMNO kampung Tedong dan Sempang mula keluar ke alam siber.

Mari kita mengiakannya.

Ya lah, kalau tiada UMNO dan Barisan Nasional, tiada Menara Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur dibuat mengunakan duit UMNO, bukan duit kerajaan persekutuan atau duit kerajaan Negeri.

Kalau UMNO tak ada yang sokong, maka tak adalah Menara Kuala Lumpur.

Putrajaya bukan dibuat menggunakan duit PETRONAS, tapi dibuat oleh duit UMNO, duit yuran ahli dia yang dia kumpul ramai-ramai, maka jadilah putra jaya.

Kerana itu kita kena sokong UMNO, kalau UMNO kalah, nanti dia angkat semua bangunan di Putrajaya itu bawa balik ke cawangan-cawangan UMNO.

Eh, Rupanya Lebuhraya pun dibuat menggunakan duit UMNO, kalau UMNO kalah, nanti dia angkat lebuhraya itu bawa balik simpan dibelakang rumah Pengerusi JKKK.

Keretapi?
Jaringan keretapi kerajaan British yang buat, Kerajaan BN tambah sedikit sahaja.
Kita patut bersyukur kerana UMNO telah berjaya membuatkan British tak bawa balik rel keretapi ke negara mereka.

Sabtu, 23 Ogos 2008

Apa Yang Pemuda UMNO Tedong Tahu Fasal Datuk Onn?

Bersungguh-sungguh Pemuda UMNO Kampung Tedong menyiarkan Sumpah Melayu sambil dihiasi Datuk Onn sebagai Latar Belakang.



Sumpah tersebut dilafazkan ketika dia masih lagi UMNO. Ketika itu dia masih lagi mempercayai bahawa dengan UMNO boleh berjuang.

Namun Datuk Onn Keluar UMNO, kerana dia mahu membuka UMNO kepada bukan melayu.

Kerana apa?

Orang UMNO peringkat kampung hanya tahu langkah itu sebagai "pengkianatan kepada bangsa", memang sampai 2008 ini pun pemikiranmereka setakat itu.

Walhal Datuk Onn tidak setuju benar dengan Tunku yang mahu memberikan kerakyatan murahan kepada pendatang asing. Datuk Onn ingin membuka UMNO kepada bukan melayu kerana mahu mengawal kerakyatan. Orang UMNO zaman milenium baru ini yang duduk di Kampung Tedong mana faham.

Hasilnya, Datuk Onn keluar UMNO, tubuhkan IMP, kemudian orang IMP sendiri diludah oleh orang UMNO, Itu sebelum merdeka.

Tetapi ludahan orang UMNO terhadap orang IMP itu tiada ertinya.
IMP mahu merdekakan Malaya tanpa memberi kerakyatan kepada pendatang Asing, UMNO pula memberikanl kerakyatan murahan sebanyak 1 juta dengan harapan mereka dapat mengundi perikatan.

IMP dan PAS pada awalnya memang tak bersetuju dengan langkah Tunku dan UMNO memberikan kerakyatan murahan.

Oh! Kenapa perlu berikan kerakyatan terus? Mengapa tidak berikan penduduk tetap sahaja dulu, dan sedikit demi sedikit diberikan kerakyatan apabila mereka terbukti setia kepada Negara.
Kerakyatan boleh diberikan kemudian, letak sahaja syarat selepas 3 atau 4 generasi.

Hakikatnya, Perikatan mahukan undi daripada "kaum pendatang" yang telah diberikan kerakyatan itu.

Kemudian UMNO cuba menutup kesalahan mereka dengan mengadakan kontrak sosial, kontrak sosial itu hanya diantara pemimpin perikatan.

Mengapa UMNO begitu beria tidak mahu orang membincangkan kontrak sosial?
Mereka tidak mahu orang melayu tahu yang mereka yang memberikan kerakyatan murahan. Itu kesalahan utama mereka. Mereka tidak mahu orang kampung tahu, pemimpin PAS Dr Burhanudin Helmi menentang pemberian kerakyatan murahan diberikan oleh UMNO.

Takut orang Melayu beralih kepada PAS?

Kini, Kerakyatan telah diberi, maka layanlah mereka sebagai rakyat Malaysia. Kalau tak mahu layan sebagai rakyat Malaysia, kenapa dulu berikan kerakyatan murahan?
Kalau tak mahu beri layanan sebagai rakyat Malaysia, kenapa tidak berikan sahaja taraf penduduk tetap?

Penurunan Harga Minyak Lebih Banyak Menimbulkan Persoalan

Harga Minyak diturunkan. Ramai yang suka, ramai yang memperlekeh dan macam-macam lagi.

Daripada janji kononnya diturunkan pada 1 September tetapi rupanya 23 Ogos.
Mengapa 23 Ogos? Adakah harga minyak bulanan yang berubah-rubah itu akan berubah setiap 23 haribulan? Daripada mana tarikh 23 haribulan itu diambil?

Bagi pengguna biasa ramai yang seronok sehingga tangguhkan pembelian minyak kepada 23 haribulan. Kepada pengusaha?

Shahrir Samad menggunakan alasan pengusaha ketika memaklumkan tentang kelewatan penurunan harga minyak.

Banyak syarikat minyak yang menggunakan sistem pesanan automatik untuk pengusaha minyak jenama mereka. Dalam erti kata lain, mereka TIADA HAK untuk mengawal stok mereka. Saya tidak sebut jenama, pandai andailah cari.

Sekiranya mekanisme penetapan harga minyak bulanan dilaksanakan pada setiap hujung bulan, Syarikat minyak boleh buat kelonggaran supaya pengusaha boleh membuat pesanan secara manual supaya kalau pengusaha rugi, itu atas kawalan pengusaha bukan atas kawalan syarikat minyak.

Tapi kalau syarikat minyak memang bersedia untuk memberikan kawalan penuh kepada pengusaha supaya dapat menjaga tangki masing-masing, tetapi Menteri pula turunkan mengejut ketika stok banyak. Terdapat pengusaha yang ketika harga minyak naik dulu, stoknya kering habis dibeli oleh rakyat jelata.

Memang mudah mulut bercakap "Kalau harga turun kau rugi lah sedikit, kau dah untung ketika harga minyak naik dulu". Tetapi kalau minyak kering atau hampir kering ketika harga dinaikkan menjadi RM 2.70 dulu, nak untung macam mana?

Itu cerita pengusaha minyak yang saya jumpa tadi. ramai yang penuh tangki, jangan kau tanya "berapa stokmu".

Cerita saya?
Saya sudah bau harga minyak akan diturunkan dalam beberapa hari ini, tetapi saya tersalah percaturan.

Harga minyak diturunkan kepada satu harga yang kelihatan seperti dibundarkan kepada 5 sen terdekat. Ianya bagi saya sesuatu yang tidak begitu kena kalau nak jadikan harga runcit minyak mengikut harga pasaran. Kalau disubsidikan tepat-tepat 30sen, pasti sepatutnya harga itu tidak kelihatan dibundarkan kepada 5 sen terdekat.

Adakah harga petrol ron92 semasa yang dikurangkan sebanyak 30 sen akan menjadi RM 2.40?
Atau langkah populis?

Khamis, 21 Ogos 2008

Peraduan "Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas" Sudah Tamat

Peraduan sudah tamat.

Berikut adalah penyertaan yang ada.

Minta jasa baik peserta (atau bukan peserta) untuk menyiarkan keseluruhan senarai penyertaan sebagai satu langkah meningkatkan pautanbalik kepada peserta-peserta.

--mula--
  1. demi incik sebol...... - Sishoney
  2. Emas, emas dan emas - ASAL
  3. Simpanan Hari Tua Anda - GARAM (secukup rasa)
  4. Emas,KWSP & Encik Hasbul.+PsyChoMaTix+
  5. encik hasbullah yang hensem - JeBorn
  6. KWSP GOLD ?- HardyWeb
  7. Withdrawing KWSP to buy gold ?- |1f34|-|1r3
  8. Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB - Afham
  9. PELABURAN EMAS lwn PELABURAN KONVENSIONAL Naim Jalil
  10. Emas Bernilai 1 JUTA RINGGIT?? Dookie (mp3syok)
  11. Emas Tempayan - Jie (Hidup Biar Sedap)
  12. Simpanan Hari Tua Anda | Emas KWSP Abd Fatah
--- tamat --


Keputusan akan diumumkan dalam masa beberapa hari. Harap bersabar.
Nasib baik bilangan penyertaan sama dengan bilangan hadiah, maka semua daoat hadiah. Cuma nak tentukan siapa yang dapat no 1 dan no 2 sahaja.

Sheih Terbalikkan Bendera Kerana PDAM?

Saya membaca maklumbalas sheih (Kickdefella) apabila dikatakan Evil oleh PakLah.

Akan tetapi yang menghairankan ialah pemberhentian pekerja stesyen minyak dijadikan alasan.

Apapun, apa yang saya faham, perlaksanaan sistem layan diri sebenarnya telah diadakan sejak tahun 2001. Akan tetapi tidak dikuatkuasakan sangat oleh KPDN.

Yang nak sangat mengadakan sistem layan diri adalah PDAM, persatuan Pengusaha Stesyen Minyak yang terdiri pengusaha pelbagai jenama.

Apabila harga minyak dinaikkan menjadi RM 2.70, ramai yang mengeluh kerana peratusan komisyen menjadi terlalu rendah. Pekerja pula ramai. Bukan pengusaha yang nak sangat ramaikan pekerja , tetapi syarikat minyak yang paksarelakan pengusaha ramaikan pekerja berada di "forecourt".

Shell kata pada pengusaha shell, "Kau Tengok, PETRONAS boleh letak ramai orang, kau letak la ramai lagi".

PETRONAS pun kata macam tu, "Shell boleh letak ramai, kau letaklah lebih ramai"

Memang nampak macam "persaingan sihat", tapi bukan syarikat minyak yang bayar gaji, tetapi pengusaha yang bayar gaji.

Pada krisis kenaikan harga minyak yang lalu, apabila komisyen tidak dinaikkan serta merta PDAM minta macam-macam untuk kurangkan kos. Antaranya ialah mengurangkan waktu operasi, minta kurangkan caj kad kredit, dan sistem layan diri.

Tapi PDAM tak minta wajibkan pembuangan pekerja.

Amalan yang dicadangkan kepada pengusaha ialah tidak menggantikan pekerja yang berhenti, bukannya memberhentikan pekerja sedia ada.

Di Stesyen minyak kebiasaannya "turn over" pekerja adalah tinggi, kerja 2,3 bulan, ada yang tak sampai satu bulan.

Pekerja-pekerja yang macam itulah yang tidak digantikan dengan pekerja baru.

Sepatutnya tiada pengusaha yang memberhentikan pekerjanya hanya kerana sistem layan diri.

Sheih, Pengusaha mana yang berhentikan pekerjanya?
Beritahu saya.

Apabila komisyen dinaikkan sedikit, walaupun masalah caj kad kredit belum selesai, sepatutnya pengusaha boleh berasa lega sedikit dan tak perlu buang pekerja.

Di Merlimau, ketika harga minyak naik, cukup ramai pekerja yang mendapat tawaran belajar di IPTA, Alhamdulillah. Sampai tak cukup pekerja dibuatnya. Gantikan pula dengan yang baru, ada yang kerja tak sampai seminggu kerana sudah dapat kerja yang sesuai dengan kelulusannya.

Rabu, 20 Ogos 2008

Blogawan

Hari ini saya terjumpa satu istilah "blogawan" yang memberi maksud penulis blog.

Saya meminati istilah itu untuk menggantikan "blogger" yang sering dikelirukan dengan "blogger.com".

Pernah saya ceritakan pada kawan saya, "bloggers" (ada s) merujuk kepada orang, blogger tanpa "s" merujuk kepada blogger.com.

Agak pelik juga apabila menggunakan "bloggers" yang ada "s" untuk penlisan bahasa Melayu.

Maka istilah blogawan agak sesuai.

Perlukah ada "blogawati" untuk menulis blog wanita?

Sebelum ini istilah blogawan telah digunakan oleh tiger., hisyam dan lain-lain

Selasa, 19 Ogos 2008

3 Peraduan Blog Akan Ditutup Tidak Lama lagi

Tarikh Tutup Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas adalah Esok (20 Ogos).


Kebetulan, Tarikh tutup Peraduan "Jika Aku Pemimpin Malaysia" Anjuran blogikus.com juga Esok 20 Ogos


Hari ini, Adalah Hari terakhir untuk Peraduan "Nuffnang gift Idea Contest".
Hadiah tempat pertama telah dinaikkan menjadi RM 2000.

Mana Kakjie? Kata nak hantar catatan blog Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas ?
Masih simpan di dalam draf?

Oleh kerana Kak Jie begitu selalu mengatakan dia "Makcik Cleaner yang Tersohor", Maka saya hadiahkan Kak Jie Pembersih Hampagas Panasonic. Rupa parasnya sama dengan pembersih hampagas di rumah saya.




Kalau Kak Jie yang profesional itu rasa terhina dengan pembersih hampagas di atas, kakjie boleh ambil pembersih hampagas

Karcher Wet & Dry Vacuum Cleaner

.



Boleh sedut walaupun basah. Kelihatan agak profesional, kerana Ralf Schumacher dan Jarno Trulli pun guna Karcher untuk membersihkan Kerata Formula 1 nya.

Google+ Hasbullah Pit