test

Khamis, 21 Ogos 2008

Sheih Terbalikkan Bendera Kerana PDAM?

Saya membaca maklumbalas sheih (Kickdefella) apabila dikatakan Evil oleh PakLah.

Akan tetapi yang menghairankan ialah pemberhentian pekerja stesyen minyak dijadikan alasan.

Apapun, apa yang saya faham, perlaksanaan sistem layan diri sebenarnya telah diadakan sejak tahun 2001. Akan tetapi tidak dikuatkuasakan sangat oleh KPDN.

Yang nak sangat mengadakan sistem layan diri adalah PDAM, persatuan Pengusaha Stesyen Minyak yang terdiri pengusaha pelbagai jenama.

Apabila harga minyak dinaikkan menjadi RM 2.70, ramai yang mengeluh kerana peratusan komisyen menjadi terlalu rendah. Pekerja pula ramai. Bukan pengusaha yang nak sangat ramaikan pekerja , tetapi syarikat minyak yang paksarelakan pengusaha ramaikan pekerja berada di "forecourt".

Shell kata pada pengusaha shell, "Kau Tengok, PETRONAS boleh letak ramai orang, kau letak la ramai lagi".

PETRONAS pun kata macam tu, "Shell boleh letak ramai, kau letaklah lebih ramai"

Memang nampak macam "persaingan sihat", tapi bukan syarikat minyak yang bayar gaji, tetapi pengusaha yang bayar gaji.

Pada krisis kenaikan harga minyak yang lalu, apabila komisyen tidak dinaikkan serta merta PDAM minta macam-macam untuk kurangkan kos. Antaranya ialah mengurangkan waktu operasi, minta kurangkan caj kad kredit, dan sistem layan diri.

Tapi PDAM tak minta wajibkan pembuangan pekerja.

Amalan yang dicadangkan kepada pengusaha ialah tidak menggantikan pekerja yang berhenti, bukannya memberhentikan pekerja sedia ada.

Di Stesyen minyak kebiasaannya "turn over" pekerja adalah tinggi, kerja 2,3 bulan, ada yang tak sampai satu bulan.

Pekerja-pekerja yang macam itulah yang tidak digantikan dengan pekerja baru.

Sepatutnya tiada pengusaha yang memberhentikan pekerjanya hanya kerana sistem layan diri.

Sheih, Pengusaha mana yang berhentikan pekerjanya?
Beritahu saya.

Apabila komisyen dinaikkan sedikit, walaupun masalah caj kad kredit belum selesai, sepatutnya pengusaha boleh berasa lega sedikit dan tak perlu buang pekerja.

Di Merlimau, ketika harga minyak naik, cukup ramai pekerja yang mendapat tawaran belajar di IPTA, Alhamdulillah. Sampai tak cukup pekerja dibuatnya. Gantikan pula dengan yang baru, ada yang kerja tak sampai seminggu kerana sudah dapat kerja yang sesuai dengan kelulusannya.

Rabu, 20 Ogos 2008

Blogawan

Hari ini saya terjumpa satu istilah "blogawan" yang memberi maksud penulis blog.

Saya meminati istilah itu untuk menggantikan "blogger" yang sering dikelirukan dengan "blogger.com".

Pernah saya ceritakan pada kawan saya, "bloggers" (ada s) merujuk kepada orang, blogger tanpa "s" merujuk kepada blogger.com.

Agak pelik juga apabila menggunakan "bloggers" yang ada "s" untuk penlisan bahasa Melayu.

Maka istilah blogawan agak sesuai.

Perlukah ada "blogawati" untuk menulis blog wanita?

Sebelum ini istilah blogawan telah digunakan oleh tiger., hisyam dan lain-lain

Selasa, 19 Ogos 2008

3 Peraduan Blog Akan Ditutup Tidak Lama lagi

Tarikh Tutup Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas adalah Esok (20 Ogos).


Kebetulan, Tarikh tutup Peraduan "Jika Aku Pemimpin Malaysia" Anjuran blogikus.com juga Esok 20 Ogos


Hari ini, Adalah Hari terakhir untuk Peraduan "Nuffnang gift Idea Contest".
Hadiah tempat pertama telah dinaikkan menjadi RM 2000.

Mana Kakjie? Kata nak hantar catatan blog Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas ?
Masih simpan di dalam draf?

Oleh kerana Kak Jie begitu selalu mengatakan dia "Makcik Cleaner yang Tersohor", Maka saya hadiahkan Kak Jie Pembersih Hampagas Panasonic. Rupa parasnya sama dengan pembersih hampagas di rumah saya.




Kalau Kak Jie yang profesional itu rasa terhina dengan pembersih hampagas di atas, kakjie boleh ambil pembersih hampagas

Karcher Wet & Dry Vacuum Cleaner

.



Boleh sedut walaupun basah. Kelihatan agak profesional, kerana Ralf Schumacher dan Jarno Trulli pun guna Karcher untuk membersihkan Kerata Formula 1 nya.

Isnin, 18 Ogos 2008

Jika Aku Pemimpin Malaysia

Ini adalah catatan untuk peraduan Jika Aku Pemimpin Malaysia yang dianjurkan oleh blogikus.

Disebabkan syarat peraduan tidak boleh menulis tentang politik walaupun tidak berbentuk kepartian, maka pening pula kepalaku.

boleh..entri mesti tiada kaitan dengan politik


Apa nak tulis yang berkaitan dengan Jadi Pemimpin Malaysia kalau tidak tulis tentang politik?


Jadi tidak dapatlah saya meulis tentang mengubah struktur kementerian, seperti menggabungkan beberapa kementerian menjadi Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan., begitu juga untuk meletakkan kementerian perumahan dan KPDN di bawah Kementerian Kewangan. Kerana ianya politik.

Tak dapat juga saya ceritakan tentang memperkasakan Dinar sebagai matawang kerana ianya politik.

Tak dapat saya ceritakan tentang memberikan harga disel lebih murah kepada pengusaha bas sekolah kerana ianya politik.

Tak dapat juga saya ceritakan supaya pembayaran gaji mengikut kalendar cina, kerasa ia melibatkan dasar dan dikira politik

Tak dapat juga saya ceritakan tentang betapa perlunya Malaysia memerlukan lagu kebangsaan yang baru. Ianya juga politik.

Soal matawang juga politik, maka tak dapat saya ceritakan tentang betapa perlunya menambah rizab Emas di Bank Negara, dan menambah pemilikan emas di kalangan pencarum KWSP

Soal dasar tenaga yang lebih memerlukan Ladang Kincir juga tak dapat saya ceritakan.

Apa yang saya boleh tulis kalau saya jadi pemimpin Malaysia kalau tidak cerita politik?
Maka saya bolehlah tulis tentang waktu bercuti saya kalau saya jadi pemimpin Malaysia.

Semasa bercuti, saya seperti biasa berada di hadapan komputer.

Saya akan memberikan Isteri saya pencantas pokok, supaya kami dapat mencantas "tunas air" di pokok mangga yang terlalu rimbun tetapi tidak berbuah.



Terima kasih banyak-banya kerana ingin memberikan saya pembuat kopi.
Mungkin ketika saya menjadi pemimpin Malaysia, saya tak perlukan jawatan pembuat kopi yang hanya tahu membuat teh-O.

Ini sahaja catatan saya.
sekian.

Tutorial Blogger: Mengesan Daripada Mana Pengunjung Masuk

Daripada catatan lama saya tentang "Mekanisme Pengesanan Pautan", ianya lebih kepada mengenalpasti siapa yang membuat pautan kepada sesuatu catatan,

Pengguna blogger beruntung kerana blogger.com menyediakan linkback.

Walaubagaimanapun, sekiranya pengguna blogger membuat pautan ke wordpress (yang menggunakan Trackback), blogger tidak boleh ping ke wordpress, melainkan guna cara manual yang saya pun belum jumpa.

Cara tambahan untuk mengesan siapa yang membuat pautan ke blog anda (termasuk wordpress) ialah menggunakan jentera carian.

1. Masuk blogsearch.google.com kemudian cari "link:hamirdin.blogspot.com"

Cara diatas hanyalah untuk mengesan pautan daripada catatan blog.
Adakalanya pengunjung masuk daripada pautan yang dibuat diluar kandungan blog, sebagai contoh dari pautan di bar tepi, pautan di laman web lain.

Kita hanya dapat tahu apabila orang masuk.

Ada banyak cara untuk mengesannya, tak dapat nak diterangkan semuanya kecuali cara yang saya suka guna atas sebab mudah.

Extreme-tracking

Sejak 10 tahun yang lalu saya peminat extreme-dm.com sekarang ini sudah jadi extremetracking.com
tutorialnya ada di sini

Statistic Installation Manual




Zaman sudah berubah, ramai orang sudah gunakan google-analytic, tapi saya tetap sukakan extremetracking.

Google analytic lebih terperinci, boleh kesan daripada mana orang masuk bagi setiap catatan.

Zaman berubah lagi, pengguna lebih sukakan sesuatu yang pantas, maka feedjit menjadi penyelesaiannya.
Masuk sahaja di feedjit.com untuk mendapatkannya. (klik pada Add it di LIVE TRAFIC FEED")
Feedjit live traffic lebih sesuai untuk trafik semasa sahaja. Kelebihannya kita boleh nampak daripada mana seseorang itu terus ke halaman mana. ATAU dari laman kita yang mana satu dia klik ke laman lain.

Ada beberapa aplikasi yang bukan khusus untuk statistik, tetapi boleh menyiarkan statistik.

Mybloglog.

Mybloglog sebenarnya bukan untuk statistik tetapi ia mempunyai ciri statistik, dimana setiap hari, selepas pukul 5 petang, kita boleh lihat daripada laman mana orang masuk pada sesuatu hari.
Laman mana yang paling popular hari ini (daripada 5 petang semalam hingga 5 petang hari ini)

Sekiranya anda telah mempunyai akaun mybloglog dan telah menambah laman blog di situ, Klik "statistics" dan boleh dapat statistik harian. Maklumat ringkas berikut disediakan.
Pada tempoh itu:
1. daripada mana ramai orang masuk,
2. laman mana paling popular, dan
3. kemana orang klik.




Agensi pengiklanan seperti Nuffnang juga menyediakan statistik,




Ahad, 17 Ogos 2008

Kekalahan Lee Chong Wei

Selepas kekalahan Lee Chong Wei, ramai penganalisis badminton timbul.
Tadi saya memakai jersi Malaysia duduk di hadapan TV, namun kekecewaan juga yang diterima.

Antara Penganalisis yang menarik ialah Steven, Sila baca Catatannya:

Chong Wei lost!!!<-- klik


Gambarajah turut disediakan.
hehe

Ada juga penganalisis yang mengkaitkan dengan politik.

Why Malaysia Badders Failed to Win Gold in Olympic?

Tutorial Blogger: Membuat Wiget Carian Pada Blog

Salah satu ciri-ciri kebolehgunaan blog yang utama ialah blog mestilah menyediakan kemudahan carian supaya pengunjungnya mudah mencari catatan lama.

Jangan risau, Blog yang tidak mempunyai juga tetap diiktiraf sebagai blog walaupun tidak mempunyai carian. Blog anda tidak akan menerima nasib yang sama dengan pluto yang kehilangan status "planet".

Ini tutorial khas untuk Prof Hamirdin yang meminta pengunjungnya membaca catatan lama.
Blognya bukan blog berita dimana catatan lama akan luput, blognya tidak mensyaratkan "mesti_baca_yang_baru".

Tutorial ini khusus untuk pengguna blogger.com (Orang kampung panggil blogspot).

Tutorial Membuat Wiget Carian di blog blogger.com (blogspot)


1. Pergi ke Dahsborad dan seterusnya "Layout" "Page Element"
2. Add a Gadget, pilih HTML/Javascript




Salin dan tepekkan teks di atas.
dan kemudian simpan.

Siap.


Sekiranya anda bukan "hamirdin", sila tukarkan hamirdin kepada yang bersesuaian dengan blog anda.

Google+ Hasbullah Pit