test

Ahad, 17 Ogos 2008

Tutorial Blogger: Membuat Wiget Carian Pada Blog

Salah satu ciri-ciri kebolehgunaan blog yang utama ialah blog mestilah menyediakan kemudahan carian supaya pengunjungnya mudah mencari catatan lama.

Jangan risau, Blog yang tidak mempunyai juga tetap diiktiraf sebagai blog walaupun tidak mempunyai carian. Blog anda tidak akan menerima nasib yang sama dengan pluto yang kehilangan status "planet".

Ini tutorial khas untuk Prof Hamirdin yang meminta pengunjungnya membaca catatan lama.
Blognya bukan blog berita dimana catatan lama akan luput, blognya tidak mensyaratkan "mesti_baca_yang_baru".

Tutorial ini khusus untuk pengguna blogger.com (Orang kampung panggil blogspot).

Tutorial Membuat Wiget Carian di blog blogger.com (blogspot)


1. Pergi ke Dahsborad dan seterusnya "Layout" "Page Element"
2. Add a Gadget, pilih HTML/Javascript




Salin dan tepekkan teks di atas.
dan kemudian simpan.

Siap.


Sekiranya anda bukan "hamirdin", sila tukarkan hamirdin kepada yang bersesuaian dengan blog anda.

Puteri UMNO yang Diraba, Sila Buat Laporan Polis Bertulis

Diberitakan bahawa puteri UMNO diraba ketika berlakunya penamaan calon di Permatang Pauh semalam.

Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad mendakwa, sekumpulan lelaki yang memakai baju-T PKR serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa ahli Puteri Umno semasa melalui belakang mereka.

Apabila ahli Puteri memarahi mereka, kumpulan lelaki itu telah meludah ke arah mereka menyebabkan ahli Puteri terbabit melaporkan insiden itu kepada polis yang membawa masuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mententeramkan keadaan, katanya.

"Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri Umno itu tak gentleman langsung. Mereka (lelaki) sepatutnya kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh," katanya.


Laporan Polis itu sekadar cakap mulut atau laporan bertulis?

Ketika Puteri UMNO diraba oleh orang UMNO di Muar dahulu, ada salinan laporan polis.

Kali ini belum timbul lagi salinan laporan polis.
Nak tahu juga "sekumpulan orang yang memakai baju T PKR" itu pekerja parti dari parti yang mana satu?

Sabtu, 16 Ogos 2008

Penarik Beca Dihentam di Melaka Ketika Dia Ditahan di KL

Di sini saya nak ceritakan perasaan saya ketika malam kedua Bang Bakaq tidur dilokap.

Sebagai blogger yang rapat dengan bang bakaq di dunia siber , saya begitu ambil berat kes penangkapan beliau. Saya sendiri ke KL untuk tunggu suarakan bantahan, walaupun yang hadir hanya dalam lingkungan berbelas orang.

Ceritanya bantahan itu boleh dibaca di


Diantara yang hadir tadi ialah, Rahmat Haron, Nora, Nathaniel Tan, Bernard Khoo, Wae Joe, Zain, Hasbullah Pit, Irwan, Mahaguru 58, Munirah dan ramai lagi.


Pada malamnya, di Paya Dalam di adakan ceramah oleh Nasharudin Mat Isa, dia nak beri "Penjelasan".
Sila baca di blog Mutaligat.


Saya dengar ceramah "penjelasan" itu baik-baik, dia menafikan dia jumpa Najib di London. Banyak juga dia nafikan.

Tapi 2 perkara dia tak nafikan, iaitu "main-main telefon" dan "Perjumpaan dengan Hizbul Muslimin", mungkin 2 perkara itu tidak diketahui ramai, kerana tak baca Penarik beca.

Siapa yang harus saya percaya?

Yang tidak sedap didengar adalah ucapan tentang ingin mengambil tindakan mahkamah kepada penyebar maklumat palsu.

Terus saya terbayang Bang Bakaq, yang ketika itu dalam tahanan, saya baru balik dari solidariti untuk Penarik Beca. Bayangkan apa perasaan saya ketika itu? Macam mana agaknya Bang Bakaq nak hadapi 1 malam lagi di lokap?

Mahu percaya isi kandungan ceramah atau tidak?
Bukankah, ceramah PAS patut menyuarakan bantahan kepada penangkapan Blogger PAS, tapi dia pula dihentam.

Suatu ketika dahulu, ketika Nat di tangkap, ramai orang PKR bersuara menentangnya. Akan tetapi apabila Blogger PAS ditangkap, Keadaan tidak sebegitu.

Pemimpin PAS ada juga membantah penahanan Penarik Beca, seperti Khairul Faizi dan Mahfuz.
Tetapi ia tidak berlaku di Melaka. Mengapa?

Jumaat, 15 Ogos 2008

Saya Tak Pandai Sangat PHP

Saya tak pandai sangat PHP, ketika dulu saya lebih sukakan perl+CGI berbanding PHP, agak konservatif bunyinya.

Unit K-Ekonomi Negeri Melaka akan mengadakan pertandinga pengaturcaraan PHP.

Rujuk : http://veryimportantprogrammer.com/

http://blog.harisfazillah.info/2008/08/vip-very-important-programmer-php.html

Dan baru-baru ini, "SAMEON" minta saya promosikannya di blog saya.
Maka inilah promosi yang saya buat.

Adakah saya akan menyertainya?
Otak sudah berkarat, akan tetapi rasanya nak pula masuk bertanding.

Hadiah boleh tahan juga.

1st Place :

  • RM 1000
  • 2 (two) Zend Studio for Eclipse
  • 1 Training Coupon (training.org.my)
  • Goodies

2nd Place :

  • RM 750 + 2 (two) Zend PHP Certification Bundle

  • Goodies

3rd Place :

  • RM 500

  • 1 (one) Zend Framework Book
  • Goodies

4th, 5th and 6th places :

  • RM 100

  • Goodies



Masa agak suntuk, tidak pasti samada nak buat pasukan "Lajnah ICT PAS Melaka" untuk masuk bertanding, Kalau "Unit IT UMNO Melaka" masuk baru buku bertemu ruas.

Lupakanlah dulu Permatang Pauh, Mari kita bersilat di Padang yang sama rata.

Puteri PAS: Jawapan kepada Pemikir

Saya terpanggil untuk menjawap pemintaan pendapat oleh pemikir di catatan blognya (jemput kilk)

Adakah Dewan Muslimat PAS juga ada sikap begitu sehingga perlu menubuhkan Dewan Muslimat PAS Muda?

Tidak cukup dengan unit Amal Nisa'?


Macam mana saya nak jawap? Ini hal orang Perempuan.

Suatu ketika dahulu, ketika saya mula mengenali Muslimat, Muslimat yang saya kenali itu muda belia, baru sahaja menamatkan ijazahnya di Idaho. Semua kawan-kawannya yang Muslimat ramai yang muda belia.
Saya labelkan dia sebagai Muslimat[0].

Muslimat[0], telah berjaya meracuni fikiran kawan sepejabat saya untuk menyertainya. Muslimat[1].

Dunia siber ketika itu cukup kecil, rupanya, kawan siber saya yang lain adalah seorang Muslimat PAS , seorang pakar keselamatan IT tersohor, Muslimat[3].

Ketika sekembalinya Muslimat[0] ke Tanah air, dia pernah bekerja dengan Muslimat[4].

Dipendekkan cerita, ketika peringkat awal, Musilmat yang saya kenali (Muslimat[0..4]) semuanya muda belia. Zaman itu belum ada lagi Puteri UMNO.

Muslimat[0..4] secara kebetulan bergiat aktif dengan sumber terbuka.

Jadi pada pandangan saya ketika itu, Muslimat adalah golongan muda yang celik IT.

Rupanya tanggapan saya itu salah.
Tetapi berbeza pula dengan keadaan realiti Muslimat di Negeri Melaka yang ramai makcik-makcik.

Di Negeri Selangor, ada Muslimat Makcik yang celik IT, itu kes terpinggir.

Apabila Muslimat Melaka mencadangkan supaya diwujudkan Puteri PAS, maka bagi saya ia menunjukkan betapa bermasalahnya Muslimat melaka untuk mendekati golongan muda. Puan Emy kerja kuat agaknya.

Kalau Puteri PAS diwujudkan hanya sebagai jentera parti dan tidak berpolitik seperti Puteri UMNO. saya rasa baik tidak perlu ada. Walaubagaimanapun ia agak perlu untuk menarik sokongan wanita muda.

Sekiranya Puteri PAS diwujudkan, ianya seperti menggalakkan politik berjentera dan politik tagih sokongan.
Saya tidak minat sangat "politik berjentera", rajin buat kerja tapi tak mahu bersuara.

Apabila Munirah Bahari dihentam teruk apabila mengatakan Baju Sekolah seksi, Mana suara garang Muslimat PAS Melaka? Kasihan dia sampai cuti berblog selama 3 bulan.

Maafkan saya kalau tulisan ini kelihatan seperti menghentam Muslimat PAS Melaka. Akan tetapi saya pernah menyuarakan cadangan kepada Ketua Muslimat PAS Jasin supaya mempromosi penyusuan Ibu sebagai satu langkah mengatasi gejala sosial.

Itu politik saya, politik pembentukan Manusia.

Khamis, 14 Ogos 2008

Muqabalah Dengan Shahrir Samad


Saya baru pulang dari Putrajaya, selepas berjumpa dengan Shahrir Samad, di atas tiker persatuan (bukan tiket PAS).

Jadi nak utarakan permasalahan rakyat susah sikit, kerana persatuan nak "berterima kasih" ke atas komisyen. Jadi saya diam sahajalah dalam sesi persatuan dengan Shahrir Samad.

Jadi selepas tamatnya perbincangan persatuan dengan shahrir samad, maka bolehlah saya bawa agenda rakyat kepada dia.

Saya katakan kepada dia,kenapa tidak selesaikan masalah kenaikan harga minyak pada puncanya?
Shahrir kata: apa puncanya?
sebol: Nilai Matawang.
Pada mulanya dia mengatakan memang ringgit meningkat tidak lagi terikat dengan 3.80

Saya pun menerangkan bahawa ringgit memang dibawah nilai. Nilai ringgit yang kita hanya 40% daripada nilai ringgit kita sebelum krisis 1998. Itu punca utama kenaikan harga minyak.

Dia bersetuju juga nilai riggit sepatutnya pada kadar kurang dari RM 250 1 USD.
Tapi dia kata ada polisi yang mahukan nilai ringgit rendah supaya barangan eksport murah.

Saya pun balas balik, bila nilai ringgit rendah, bahan mentah jadi mahal, serupa juga.

Saya bagitau dia, sekarang masa terbaik untuk lakukan sesuatu pada nilai matawang.
Saya tak nyatakan sebab kepada dia kerana dia ada hal lain.

Sebabnya ialah , sekarang masanya nilai dollar agak tinggi dan harga komoditi agak rendah (buat seketika), jadi kalau nak tambat sebahagian ringgit kepada emas, sekarang inilah masa yang sesuai.

Jadi, Shahrir Samad adalah menteri KPDN yang kedua yang saya telah maklumkan bahawa punca kenaikan harga minyak adalah nilai matawang. Sebelum ini saya sudah beritahu Shafie Afdal.


Mahu terima tak mahu terima, saya dah utarakan cadangan penyelesaian masalah rakyat ke peringkat tertinggi.

Populis atau tidak? cadangan menilai semula ringgit adalah cadangan yang paling tak populis.

Tapi hasilnya akan menjadi begitu populis kalau harga minyak tanpa subsidi berada di bawah RM 2.00.
Kalau nilai Ringgit berada pada tahap 1USD = RM 2.30, bukankah harga minyak akan berada pada lingkungan RM 1.50?

Kepada Datuk Shahrir, sila usahakan supaya nilai matawang dikaji semula, tekan sedikit Kementerian Kewangan dan Bank Negara.

Selasa, 12 Ogos 2008

Cadangan Penyelesaian Masalah Body Snatching

Saya sering mendapat idea memblog ketika memandu kereta.
Tapi 80% idea hilang sebaik sahaja keluar dari kereta.

Tadi ketika memandu, untuk pergi mesyuarat membela nasib orang kaya, saya terfikir akan penyelesaian masalah "body snatching".

Pemuda PAS perlu memainkan peranan untuk menelesaikannya walaupun sebelum ini tidak mendapat banyak input tentang "body snathing".

Saya membayangkan, Khairul Faizi, sebagai ketua Lajnah Perpaduan Kaum Pemuda PAS, mengorak langkah dengan mengambil input daripada mangsa "body snatching", untuk dikumpulkan dan dibawa kepada peringkat tertinggi untuk mendapatkan penyelesaian.

Saya juga membayangkan bahawa Damian Yeo, selaku rakan Pakatan Rakyatku, dan ahli Majlis Peguam, dapat mengumpulkan kes-kes terdahulu, untuk diberikan kepada Pemuda PAS.

Rupanya, di harakah, Salahudin telah mencadangkan perkara yang lebih kurang sama.

Sehubungan itu, Salahuddin menyatakan kesediaan untuk menjadi perantara bagi membolehkan dialog dan perbincangan dilangsungkan antara Majlis Peguam (dan pihak-pihak lain) dengan tokoh ulama, mufti dan cendekiawan Islam khusus bagi membincangkan perkara-perkara sensitif berhubung Islam dan ajarannya.

"Majlis Peguam boleh menyenaraikan isu-isu yang mereka perlukan penjelasan yang mungkin dianggap sensitif tetapi masih boleh dibincangkan secara akademik dan tertutup," jelas Salahuddin


Jadi apa yang saya bayangkan ketika memandu tadi boleh direlalisasikan.

Google+ Hasbullah Pit