test

Jumaat, 8 Ogos 2008

Sajak untuk Bang Bakaq

Sajak untuk Bang Bakaq / Pak Bakaq / Penarik Beca oleh "Tanpanama" yang komen di sini.



Pak Beca! Pak Bakaq Penarik Beca!
Apa postingmu?
Kamu tak tahu di mana harus bermula.
Mereka sumbat kamu ke dalam liang lahat yang gelap.
Tanpa hidayah.Tanpa terang cahaya. Tanpa alamat.
Ada haba. Tak ada angin. Tak ada jendela.Tak ada jamban.
Terpenjara.Tersiksa.
Terpelosok dengan hanyir darah luka penjenayah
Malam nanti,tidor di tilam konkrit,kawanmu beratus-ratus nyamuk helikopter.
mengacau mimpi memeluk isteri tercinta
Tak tahu kapan tong besi akan terbuka.


Pak beca! Pak Bakaq beca!
Apa postingmu hari ini?
- Ketika haus aku minum dari ludah bangsa.
Sambil bercanggung aku mengharungi waktu bebas dari dari siaran media
Aku dipeluk oleh jembalang tidak berupa.
Tidak serupa manusia.Tidak bernama.
Aku mengaji di sini. mengasuh memupuk memujuk jiwaku yang meronta.

Pak beca! Pak Bakaq Penarik Beca!

Di setiap simpang meradang anjing dan musang.
Kamu terkurung dalam kotak kaca
Para pengadu meludahi kamu dari mimbar putrajaya.
Mulut kamu digam .
Kamu dikutuk dan disalahkan.
Tanpa belas kasihan.

Pak beca! Pak Bakaq Penarik beca!
Nasi bungkus ikan masin togey rebus
disorong dengan sepatu ke depanmu.
Pak Bakaq beca, apa postingmu?
-Kebenaran adalah bulan.
Keadilan adalah bingtang.
Ketaqwaan menjadi Alam.
Dan perjuangan adalah keberanian berkorban.

Tips Blogger: Membaca mengenai "Bakaq"

Ramai orang belajar buat blog, tapi tak ramai belajar baca blog dengan berkesan.
Di sini saya ingin memberikan tip bagaimana mendapatkan catatan blog yang berkaitan dengan penangkapan Penarik Beca / Bang Bakaq.

masuk http://blogsearch.google.com
taip "bakaq". Anda mungkin boleh langgan RSSnya

DAN taip "Beca" dan anda juga langgan RSSnya

Pengguna firefox versi 2 dan ke atas hanya boleh terus klik pada 2 pautan RSS di atas untuk mengetahui siapa lagi yang bercerita tentang penangkapannya.

Penangkapan Penarik Beca Sudah boleh Di Slashdotkan

Menurut Catatan UmmiAnni, Tersiar akan satu berita dari BERNAMA (BERNAMA ditulis huruf besar kerana ianya akronim) tentang penangkapan Bang Bakaq a.k.a Penarik Beca adalah disebabkan oleh artikel yang berkaitan dengan polis.


Pegawai Penyiasat Siasatan Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Supt Victor Sanjos berkata Abu Bakar ditahan pada pukul 10 malam tadi di rumahnya di Taman Koperasi Polis di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Abu Bakar dalam blognya menyiarkan artikel yang memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diubahsuai serta komennya mengenai kredibiliti Musa, termasuk dakwaan "Musa dikawal kumpulan kongsi gelap Cina," kata Sanjos kepada Bernama di sini Khamis.


Kalau begitu, artikel yang dimaksudkan ialah yang ini. "Kenapa Tak Usik Raja Petra?"

Di dalam catatan Bang Bakaq itu, Bang Bakaq hanya memetik apa yang diperkatakan oleh Raja Petra.
Yang peliknya pautan asal tentang "E-Power Force Solution" yang berada di laman web Raja Petra telahpun tiada.

Bang Bakaq telah membuat pautan kepada http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=6061
sebagai "sumber"nya, akan tetapi laman itu sudah tiada.

Mengapa laman itu sudah tiada? Adakah ada arahan daripada polis kepada Raja Petra supaya memadamnya? Itu saya tidak tahu.

Akan tetapi sebahagian daripada artikel asal Raja Petra itu berada di blog Bang Bakaq.

Bang Bakaq hanya mempersoalkan kenapa tak saman Raja Petra? Bukan dia yang tukang bongkar.
Bang Bakaq sudah menyatakan dengan jelas bahawa artikel itu ditulis oleh Raja Petra.

Adakah polis akan menangkap semua orang yang menulis tetang "E-Power Force Solution"?

Mungkin bagi polis, setelah artikel di laman Raja Petra sudah dipadamkan, hanya artikel di blog Bang Bakaq yang masih ada.

Mari kita google. "E-Power Force Solution" <-- mesti klik Terdapat banyak lagi catatan lain yang menceritakan tentang "Power Force Solution". Polis perlu tangkap semua itu?


Kalau Raja Petra tidak dedah, atau bang bakaq tidak petik raja petra, dan sekiranya tiada faktor "kongsi gelap" dibelakang syarikat itu, Yvonne Chong telah mendedahkan bahawa syarikat itu memang berkait dengan Perdana Menteri.

The 64-year-old entrepreneur is also a director of Brahim's International Franchises Sdn Bhd, a food company owned by the Prime Minister's brother Datuk Ibrahim Ahmad Badawi. He is also a director in AMMB Holdings Bhd, K&N Kenanga Holdings Bhd, Kawan Food Bhd and a host of private limited companies.

Itu baru google nama sistem, belum lagi google nama syarikatnya.


Sistem apa sampai 4 bilion?

Teresa Kok pernah mempersoalkan kenapa Syarikat itu terlalu berkuasa, di parlimen.

Bayangkan kalau Projek bernilai 4 bilion ini diberikan kepada syarikat IT Kerajaan Negeri seperti MICTH, boleh langsai hutang kerajaan Negeri Melaka 1.05 bilion itu.

Disini terdapat satu artikel menarik oleh Bang Bakaq berkaitan dengan isu sama, bukan dia yang bongkar, dia hanya merumuskan maklumat dari beberapa sumber sahaja.

Kesimpulan.
Saya menuntut satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat Web Power Sdn Bhd.


Khamis, 7 Ogos 2008

Beberapa Bloggers Kesejukan

Amin Iskandar dan Nora kesejukan ketika hujan di hentian bas di hadapan kompleks kerajaan bukit perdana kerana penangkapan bang bakaq (penarik beca).

Sebentar tadi ntv7 baru saja menemuramah amin Iskandar.

Punca sebenar penangkapan belum diketahui. Artikel yang mana?



---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Bang Bakaq (Penarik Beca) Kena Tangkap

Amin Iskandar melaporkan bahawa Bang Bakaq kena tangkap.



Blogger yang menggendalikan blog Penarik Beca, ditahan polis malam tadi.

Menurut isterinya, empat orang polis datang kerumah mereka dan menahan Bakar (nama sebenar Penarik Beca) bersama-sama dengan telefon bimbit dan laptopnya.

Hanifah Maidin, peguam yang akan mewakili Bakar menghubungi polis sebentar tadi dan disahkan bahawa Bakar a.k.a Penarik Beca ditahan dibawah Akta Hasutan.

Kepada rakan-rakan blogger dan pembaca blog, marilah kita menyatakan sokongan kepada Bakar dan tidak akan tunduk diatas segala tekanan yang diberikan oleh pemerintah terhadap blogger!


Mushkil juga saya, atas artikel mana yang dikatakan sebagai hasutan itu?
Adakah kerana penyiaran surat UMNO PJ Selatan?

Mujur saya sempat menghadiahkan pembuat kopi secara virtual kepada bang bakaq.

Mari doakan Bang Bakaq selamat dan sembuh bisulnya.

Kepada para blogger, jangan takut nyatakan kebenaran.
Bang bakaq mengamalkan penggunakan petikan apabila memetik kandungan luar.
Sekiranya yang dikatakan hasutan itu ialah dari yang dipetik, maka sepatutnya dia bebas dari pertuduhan.

Rabu, 6 Ogos 2008

Hadiah Ditambah RM50: Peraduan Pengeluaran KWSP untuk Emas

Disebabkan saya sudah menang RM 50 Peraduan "mencadangkan nama domain", maka saya berbesar hati untuk memaklumkan bahawa hadiah ditambah dengan "Tempat Ke 2" memperolehi sebanyak RM 50.

Menjadikan senarai Hadiah Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas adalah seperti berikut.

Hadiah Pertama: RM 100
Hadiah Kedua: RM 50
Hadiah saguhati: RM 15 (untuk 10 orang pemenang).


Seterusnya menjadikan keseluruhan hadiah ialah sebanyak RM 300.
Sila rujuk topik asal untuk melihat senarai penyertaan.

Hanya Kerana Nama, Saya menang Peraduan Liga Kampung

Tak pernah dalam sejarah hidup saya menang apa-apa peraduan, Tak sangka pula saya menang no 1 dalam peraduan Liga Kampung - Nama domain.


1. Pemenang pertama - En Hasbullah Pit dengan proposalnya iaitu rear-wheel.com.. Tahniah kepada beliau kerana proposal beliau berjaya mempengaruhi BDFabregas untuk memilih domain tersebut..
2. Tempat kedua jatuh kepada abdfatah.. Beliau mendapat tempat kedua kerana merupakan seorang peserta yang paling aktif sekali..
3. Tempat ketiga ialah Dauz kerana menjadi peserta pertama memberi idea.


Untuk makluman, saya menggambil masa setengah jam untuk berfikir nama "rear-wheel.com", sebenarnya tiru "fifth Gear", guna component kereta, lepas tu cuba terangkan komponen yang mana satu, maka jadilah rear-wheel.com.

Apa saya nak buat dengan duit Rm 50 itu?
Nantikan catatan seterusnya.

Google+ Hasbullah Pit