Persoalan yang saya selalu fikir apabila terjadinya krisis terbeli Mercedes E200 untuk menggantikan Proton Perdana Eksekutive ialah, Adakah Proton mendapat untung apabila Kerajaan terus membeli Proton Perdana Excecutive?
Proton Perdana sudah lama, tidak pasti bila mulanya ia dikeluarkan , kalau tidak salah pertengahan 90an,
pekeliling yang mewajibkan kerajaan membeli Proton Perdana pun kerkuat kuasa pada tahun 1997. Itu sudah lebih 11 tahun.
Sekiranya 7 tahun adalah 1 jangkamasa biasa bagi sesuatu model untuk bertahan, maka ia sudah terlalu lama.
Berbalik kepada persoalan tadi, adakah perniagaan menjual model lama Proton kepada Kerajaan menguntungkan Proton? atau menguntungkan kerajaan atau merugikan kedua-dua belah pihak?
Sekiranya ia merugikan kedua-dua belah pihak, adalah baik arahan supaya kerajaan membeli proton perdana ditarik balik. ATAU, digantung beberapa tahun sehingga Proton dapat membangunkan model baru pada kelas kereta itu.
Cadangan untuk menggunakan Camry oleh saya, rupanya sependapat dengan Ronnie Liew dan
Damian Yeo.
Toyota Camry memang satu kereta yang baik, kalau tidak masakan ianya boleh menjadi kereta yang paling laris jualannya pada kelasnya di Amerika Syarikat.
Mungkin dalam masa terdekat ini Proton tak dapat mengeluarkan "Perdana Replacement model", kerana tiada rakan strategik untuk kelas itu.
Tidak mustahil Toyota (atau Nissan) menjadi rakan strategik untuk Proton.
Bayangkan kalau Proton akan guna enjin Camry Hybrid?
Kerajaan Malaysia mempunyai kuasa beli yang kuat, (mereka selalu lupa). Kuasa beli yang kuat itu boleh meletakkan syarat.
Bayangkan situasi begini:
PakLah dan Syed Zainal pergi jumpa toyota,
"kerajaan Malaysia boleh wajibkan semua kereta kerajaan guna toyota, tapi awak mesti jadi strategic partner proton"
"Kalau tak mahu kita nak jumpa Nissan".