test

Rabu, 30 April 2008

Realiti Krisis Makanan dan Minyak Dunia

Seronok jadi pembangkang (diperingkat Persekutuan) apabila boleh menyalahkan Kerajaan BN di atas kenaikan harga barangan, walaupun realitinya Krisis Makanan SeDunia itu wujud dan kenaikan harga minyak sedunia itu wujud.

Akan tetapi saya menyeru rakan seperjuanganku di Pakatan Rakyat harus mengakui bahawa krisis makanan sedunia dan kenaikan harga minyak sedunia adalah satu realiti.

Kalau Parti komponen BN Sabah Sarawak keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat, pening juga kepala otak untuk menyelesaikannya.

Kerajaan BN cuma bergantung dengan pegawai kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Bukan ianya datang dari buah fikiran Shahrir Samad. Kalau Pakatan Rakyat memerintah, kita akan gunakan pegawai kerajaan yang sama.

Secara terbuka, Shahrir Samad mengatakan dia memerlukan penyelesaian.

Di mana penyelesaian Pakatan Rakyat? Adakah kita hanya tahu menyalahkan mereka?
Mungkin Ya. Mungkin tidak,

Mungkin di fikiran pembaca mempunyai idea yang tidak dapat dibaca oleh fikiran saya, mahupun fikiran pemimpin politik BN dan Pakatan Rakyat.

Penyeludupan barang bersubsidi juga realiti yang harus kita tangani. Nak harapkan kastam dan KPDN, mereka tidak terdaya. Akan tetapi Bagaimana pakatan rakyat nak membantu menyelesaikan masalah harta negara dibawak lari ke negara asing kalau tidak menganggap ia sebagai realiti?

Telah saya nyatakan beberapa kali dalam catatan terdahulu, Matawang Ringgit yang dibawah nilai adalah punca utama kenaikan harga barang. Selagi ini tidak diselesaikan, selagi itu Pakatan Rakyat boleh boleh salahkan BN.

Akan tetapi, sekiranya ringgit berada di paras yang sepatutnya pun, krisis Makanan Sedunia dan kenaikan harga minyak sedunia tetap juga wujud. Bezanya ialah kesannya mungkin tidak seteruk dengan apa yang kita rasai sekarang.

Rakyat negara maju menghadapi krisis ini dengan penuh bergaya.
Mengapa?

Sebenarnya yang menjadi isu ialah soal kemampuan, bukannya soal kenaikan.

Rakyat negara maju yang juga mengalami kenaikan harga gandum, beras dan minyak tidak begitu mempolitikkannya kerana mereka masih mampu.

Kalau harga minyak petrol RM 2.50 seliter, ianya tidak sampai 1 pound bagi penduduk Britain.
Peratus kenaikan berbanding pendapatan adalah sedikit bagi mereka.

Jadi apa penyelesaiannya?

Apungkan Ringgit?
Minyak 2 gred?

Adakalanya saya pernah terfikir untuk guna "kupon makanan" untuk diberikan secara percuma kepada warga negara Malaysia. Pekerja asing, pelancong asing tak dapat.

Tiap tiap tahun, rakyat Malaysia pergi ke pejabat pos, bawa Mykad untuk dapatkan kupon makanan.

sebagai contoh,
kupon makanan 5kg beras sebanyak 12 keping untuk setahun.
kupon makanan n kg minyak masak sebanyak n keping untuk setahun.
kupon makanan n kg gandung sebanyak n keping untuk setahun.


Kemudian kalau nak apungkan harga beras ikut harga semasa pun tak mengapa, kerana semua orang pasti dapat makanan.

Dari sudut lain, Kadar zakat fitrah pasti naik kerana ia mengikut harga makanan asasi semasa,
Siapa yang untung kalau bukan umat islam yang miskin.

Mitos "Chatbox mesti ada" yang diamalkan oleh penyelaras blog PAS dan Blogger PAS harus ditamatkan.

Mitos "Chatbox mesti ada" yang diamalkan oleh penyelaras blog PAS dan Blogger PAS harus ditamatkan.

beberapa sebab.

1. Tidak boleh beroperasi dalam 2 mod iaitu mod moderated dan mod terbuka.

2. Menyebabkan ulasan pada topik menjadi 0

3. menyebabkan perbincangan di chatbox tak boleh dipautkan dengan kandungan blog.

4. Chatbox akan memperbanyakkan lagi "politik ejek ejek"

Jadi, Chatbox harus diganti dengan "Recent Comment" jika ingin memangkin perbincangan sihat.



Ini adalah usalan saya di topik Itu Binatang.

Selasa, 29 April 2008

Cadangan Pemuda PAS Cawangan Sempang Berkenaan Media dan Kenyataan

Di sini saya ingin memberi penerangan tentang Cadangan Pemuda PAS Sempang tempoh hari yang telah diserahkan ke Dewan Pemuda Kawasan Jasin ketika Mesyuarat Agung tempoh hari. Supaya ianya boleh disampaikan ke upstream Negeri dan Pusat.


1. Mencadangkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin supaya mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bentuk bantahan atau sokongan atau mengalu-alukan berkaitan isu semasa.

Sebagai contoh: Isu Fitna, Isu Pemain Israel Chelsea, Isu DSA 2008.


2. Mencadangkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin, dan Negeri Melaka supaya menjemput media dalam setiap aktivitinya, samada mereka datang atau tidak, samada berita tersiar atau tidak itu perkara kedua.


2.1. Mencadangkan Pemuda PAS Negeri Melaka supaya mempunyai dasar “Mesra Media” memandangkan “Sinar Harian” yang akan tiba di Melaka tidak lama lagi.

Setelah berlakunya tsunami politik di Tanah air kita, Media kelihatan lebih terbuka untuk menyiarkan berita berkenaan pakatan rakyat berbanding dahulu. Walaupun ada kedengaran kononnya media masih dikawal dan sebagainya. Usah pedulikan ia.

Jangan dimarahkan media kenapa tidak menyiarkan berita tentang PAS kalau media tidak diberitahu atau dijemput untuk membuat liputan aktiviti PAS.

Exco Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, ada juga keluar di kaca TV apabila menjalankan tugas untuk membasmi denggi.

Sekiranya Pemuda PAS kawasan Jasin membuat satu gotong royong untuk membersihkan kawasan yang banyak berlakunya pembiakan nyamuk aedes, tiada sebab mengapa media tidak boleh menyiarkan beritanya. Bukan kita nak hentam Ali Rustam pun.

Kalau Ali Rustam nak tunjuk kuasanya, dia boleh hantar pasukan PBT untuk tujuan pembersihan. Siapa yang untung?

Rakyat.

Apa yang berlaku sekarang ialah Ahli Politik PAS terlalu kurang membuat kenyataan kepada media. Satu-satunya sumber untuk mendapatkan kenyataan pemimpin PAS adalah dari Harakah ataupun laman lain yang menyalin dari harakah.

Hampir tidak kelihatan Kenyataan Pemimpin PAS di Malaysiakini. Semuanya hampir diboloti oleh PKR,DAP dan BN.

Adakah kerana terlalu terbiasa dengan "Tak keluar media", maka pemimpin PAS tidak menghiraukan media?

Adakah kerana dengan adanya harakah yang tolong ceritakan aktiviti PAS, maka media lain tidak diperlukan?

Begitu juga soal "kenyataan", sekiranya tiada kenyataan dibuat, maka bagaimana media lain nak siarkan kenyataan.

Adakah kita hendak tunggu media menjadi betul-betul bebas baru nak belajar buat kenyataan?

Kenyataan tidak semestinya panjang berjela. Contoh kenyataan yang pendek.

tambahan:
Seharusnya langkah merapatkan media sedia ada dengan PAS seperti lawatan ini perlu diperbanyakkan.

Khairul Faizi dan Budaya Berblog PAS, Lanjutan Kes Namanya Diperguna

Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS NEGERI Johor, menyiarkan emelnya ke Malaysiakini dan Malaysiakini memberitahu ianya adalah sumber berita daripada BERNAMA.

Di Catatan blognya juga tersiar akan satu berita, yang menceritakan tentang dirinya mencari daripada mana datangnya punca namanya tersiar.


Khairul Faizi menambah, beliau "amat terkejut" apabila dikaitkan dengan isu kontroversi tersebut seperti diberitakan.

Dhubungi hari ini, Khairul Faizi berkata, Pemuda PAS negeri termasuk beliau tidak terlibat dalam laporan polis berhubung kes berkaitan. Ditanya pihak yang terlibat, beliau berkata "tidak tahu".

"Saya ada bertanya PAS negeri, tetapi PAS negeri juga tidak tahu-menahu tentang soal ini," katanya."Kemungkinan PAS (kawasan) Johor Bharu, kerana berita itu dimuatkan di laman web PAS kawasan tersebut.

Bagaimana Laman PAS Johor Bahru boleh memuatkan berita tentang Ketua Pemuda Negeri tanpa usul periksa?

Budaya salin tepek?

Kini bukan persoalan Karpal Singh atau tidak, kini persoalan adakah benar Pemuda PAS yang mengheret "Alif" ke balai polis? atau sekadar ahli biasa?
Atau Ketua Pemuda Cawangan?

Bagaimana nama Khairul Faizi boleh dilibatkan dalam semua ini?

Syukurlah Khairul Faizi orang yang terpelajar, pantas mencari maklumat untuk membersihkan namanya.

Telah saya katakan pada catatan terdahulu saya, budaya salin tepek, untuk dimuatkan kedapat blog rasmi dewan-dewan PAS adalah sebagai duri dalam daging.

Bukan Salah Keris, Tetapi Ancaman Bunuh itu yang Salah

Isu keris masih lagi bermain di tempurung blog dan di media massa ataupun alternatif.

Hishamudin atau lebih dikenali sebagai "kerismudin" memohon maaf kepada kaum bukan melayu "jika" ianya keris itu menyakiti mereka.

Pada masa yang sama Hishamudin memohon maaf kepada orang Melayu kerana gagal mempertahankan keris.

Ini apa cerita?

Sensiviti kaum bukan melayu sebenarnya bukan kepada keris, Tatkala jemputan kahwin, Pengantin memakai keris, bukan melayu juga makan di kenduri itu.

Akan tetapi biasanya pengantin tidak pula menghunus keris sambil mengatakan "Keris ini akan memastikan tiada sesiapa menggangu isteriku".

Sudah beberapa kaloi perhimpunan Agung UMNO keris dibawa, akan tetapi ia tidak menjadi isu, sehinggalah satu saat di mana Hishamudin mengatakan sesuatu yang kononnya keris itu akan digunakan untuk mempertahankan hak melayu. Petikan asal kata-katanya tidak dijumpai akan tetapi bunyinya lebih kurang sebegitu.

Apa ertinya?
Maksudnya ianya adalah seolah-olah ancaman bunuh kepada bukan melayu sekiranya hak melayu tercabar.

Ia bukan salah keris sebagai warisan melayu yang orang melayu harus pertahankan.

Keris pada pengantin juga hanya sebagai warisan tradisi.
Tidak pula menjadi simbol kepada kata-kata "Jangan kacau isteriku".

Keris juga adalah umpama telur rebus yang ketika kenduri kahwin, ianya harus dipertahankan supaya warisan melayu itu tetap ada.

Kenapa Hishamudin tidak menghunus keris kepada bapa pengantin yang menghakis warisan melayu kerana menggantikan telur rebus dengan gula-gula?

Bukankah ia juga warisan melayu yang orang melayu harus pertahankan?

Saya masih ingat lagi ketika saya berkahwin dahulu, saya tetap akan menggunakan telur rebus dalam bentuk telur pindang supaya warisan dikekalkan.

Saya juga menggantikan gula-gula dengan wajik.

Kembali kepada cerita keris, ianya sepatutnya menjadi warisan melayu sampai bila-bila, HIshamudin boleh bawa keris di Perhimpunan Agung UMNO tanpa perlu mengeluarkan ia dari sarungnya sambil berkata sesuatu yang berbentuk perkauman.

Sekiranya kaum cina gagal mempertahankan budaya mereka, itu salah dia.
Begitu juga dengan orang melayu yang gagal mempertahankan budaya melayu termasuk dari sudut pemakaian.

Budaya juga boleh dipromosi supaya kaum lain juga saling bertukar-tukar kebudayaan.

Tak perlu semua menjadi "orang putih" kerana terikutkan kemodenan.


Adakah benar kaum bukan melayu takut kepada keris?
Sebenarnya tidak. kerana terbukti kenduri kahwin boleh dihadiri oleh kaum bukan melayu.

Yang menjadi isunya ialah ancaman bunuh yang keluar dari mulut Hishamudin.

Oleh kerana dia terlalu lambat meminta maaf, keris pula yang menjadi mangsa, kaum bukan melayu menjadi keris-phobia, atas sebab hishamudin.

Ya ia memang berlaku, di laman-laman web bukan melayu, ada memperkatakan kesensitivian mereka dengan keris, walhal mereka sepatutnya mengatakan kesensivitian mereka terhadap ancaman bunuh itu.

Seorang berbangsa Cina di kawasan Kampung Seri Minyak yang saya temui ketika turun padang suatu ketika dulu, juga pernah mengatakan ianya tidak patut dilakukan dimana dia adalah ahli MCA.

Isu keris bukan isu pembangkang sahaja.

Isu keris juga menjadi Isu MCA.

Suatu ketika dahulu, pemuda MCA telah berucap secara terbuka supaya pemuda UMNO menjunjung perlembagaan dan bukannya keris. Khairy Jamaludin ada ketika itu tetapi tidak membaca terjemahan teks ucapan pemuda MCA itu. Ianya sepatutnya boleh diselesaikan diperingkat UMNO dengan MCA.

Orang bukan Melayu tak kira parti MCA atau DAP atau parti lain sebenarnya memang terhiris akibat kata-kata Hishamudin ketika menghunus keris. Bukan kerana hanya menghunus keris.

Jadi, adakah orang melayu perlu mengancam bunuh sambil menghunus keris kepada Hishammudin kerana memusnahkan warisan melayu?

Jadi, Hishamudin bukannya perlu meminta maaf kerana keris, akan tetapi meminta maaf atas kata-kata berupa ancaman bunuh.

p/s:
Minta tolong carikan URL asal kata-kata Hishamudin ketika perhimpunan Agung UMNO 2005 DAN URL berita tentang Khairy Jamaludin tidak membaca terjemahan teks ucapan Pemuda MCA.

"Hembusan" Yang Bijaksana, Bahasa dan Kebolehgunaan

Saya tertarik dengan penulisan "Hembusan" yang mengkaitkan Alleycat dengan Ir Nizar dari sudut bahasa, kemudiannya menyimpulkan bahawa peranan bahasa demi memartabatkan Agama.

Mungkin dia semazhab dengan ku supaya menjadikan Bahasa Melayu sebagai platform perpauduan kaum. Dari sudut lain, Sekiranya Bahasa yang ditutur oleh majoriti Umat Islam diangkat martabatnya, sudah pasti yang untung itu umat islam sendiri.

Saya melihat blognya dari dari sudut blog, blognya tidak serabut, akan tetapi mempunyai banyak fungsi.

Terdapat banyak blog politik lain yang serabut dengan wigetnya, gambarnya akan tetapi kurang berfungsi sebagai blog.

"Hembusan" mempunya satu ciri-ciri blog yang saya inginkan, iaitu mesra pencetak. Semalam puas saya mengoogle untuk mencari penyelesaian namun tidak berjaya akibat terlalu letih mencuri butang komen penarik beca.

"Hembusan" mempunyai mekanisme pengesanan pautan, dan sepatutnya dia boleh tahu saya menulis tentangnya tanpa saya memberitahunya.

Oleh itu saya ingin bertanya, dalam banyak-banyak Javascript, Javascript yang manakah diperlukan untuk fungsi cetakan?

Atau mungkin saya perlu kaji semua javascript hembusan untuk mencarinya?

Khairul Faizi Nafi Dakwaan Dia Mengheret Pelajar Serah Diri

Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor menafikan dia mengiringi Pelajar Kolej untuk diserahkan ke Balai Polis, Akibat dakwaan "menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor." Menurutnya, dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kluang tetika itu.

Kenyataan beliau di blognya "Minda Kembara Perjuangan"

Salam hormat,

Saya telah membaca berita bertajuk "Ugut Karpal : Pelajar Kolej Serah Diri" dalam halaman web Malaysiakini pada 28 April 2008 pukul 11.30 malam setelah dihubungi oleh rakan saya yang memaklumkan berita mengenai saya telah disiarkan.

Saya amat terkejut apabila dalam berita ini telah memaparkan bahawa saya bersama empat pemuda PAS Johor telah mengiringi eorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor pada pukul 1 tengahari.

Untuk penjelasan, pada pukul 1 tengahari 28 April 2008, saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur daripada Kluang. Saya tidak faham bagaimana saya telah dikaitkan dalam perkara ini bersama-sama dengan pemuda-pemuda PAS Johor.

Saya minta agar pihak Malaysiakini.com dapat memberikan penjelasan dan menarik balik berita tersebut dalam masa terdekat kerana ia sudah pasti akan menimbulkan keraguan kepada banyak pihak.

Sekian, terima kasih

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Adakah terdapat pemuda PAS yang membawa pelajar itu ke balai polis? Adakah ia hanya Ketua Pemuda PAS Johor Bahru dan bukannya Ketua Pemuda PAS Johor.

Saya harap Malaysiakini dapat memperbetulkan beritanya.

Walaupun PAS Johor telah memohon maaf bagi pihak "Alif" dan Laman web Pas Johor Baru, ia telah memberi idea kepada Majlis Fatwa untuk mengkaji adakah benar "Darah Karpal Singh halal dibunuh"?

Penarik Beca juga memperkatakan ianya belum diputuskan samada halal atau tidak.

Pelajar kolej itu menyerah diri. Adakah dia ketakutan kerana menyatakan "darah YB Karpal Singh halal dibunuh"? Walaupun belum tentu lagi Karpal halal dibunuh dan belum juga tentu tidak halal di sisi Allah s.w.t., tetapi dia sudah tergatal tangan menulis pernyataan itu



p/s: Penarik beca, semalam saya tiru CSS blog anda untuk memudahkan pengunjung blog ini untuk memberi komen.

Google+ Hasbullah Pit