test

Isnin, 28 April 2008

Kenyataan Akhbar Isu Kenyataan Kontroversi Dalam Laman Web PAS Johor Bahru

Berikut adalah kenyataan rasmi, Prof. Dato' Dr. Mahfudz Mohammad, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor berkenaan isu "ancaman bunuh" di chatbox.

KENYATAAN AKHBAR

26hb. APRIL, 2008



ISU KENYATAAN KONTROVERSI DALAM LAMAN WEB PAS JOHOR BAHRU





PAS Negeri Johor ingin membuat kenyataan berkaitan dengan isu "darah YB Karpal Singh halal dibunuh" yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily dan The STAR keluaran Sabtu, 26 April, 2008 serta kenyataan Sdr. Norman Fernandez, Naib Pengerusi DAP Negeri Johor.



1. Kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian PAS Johor Bahru ataupun PAS Negeri Johor. Kenyataan tersebut adalah sebenarnya pandangan atau komen pembaca laman web yang bernama "Alif" di siarkan dalam ruangan interaksi "Shoutbox" laman web PAS Johor Bahru. PAS tidak mengenali siapakah Alif dan juga identiti dirinya.



2. PAS Negeri Johor menyarankan kepada wartawan atau pemberita supaya membuat rujukan terlebih dahulu dengan kepimpinan PAS Johor terutamanya Prof. Dato' Dr. Mahfudz Mohammad, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor sebelum membuat sebarangan ulasan di dalam akhbar. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham ke atas ulasan yang diterbitkan nanti.



3. Isu memohon maaf tidak timbul sama sekali kerana kenyataan tersebut bukanlah merupakan kenyataan atau pendirian rasmi PAS Negeri Johor.



4. Bagi kebaikan bersama, PAS Negeri Johor telah mengarahkan penyelia laman web PAS Johor Bahru supaya memadamkan kandungan kenyataan tersebut di dalam ruang shoutbox website PAS Johor Bahru di samping PAS Johor Bahru membuat komitment untuk menapis terlebih dahulu komen-komen yang diterima sebelum disiarkan dalam laman web.



5. PAS Johor Bahru telah membuat kenyataan maaf kepada DAP diatas apa yang telah berlaku yang juga disiarkan dalam laman web tersebut.



Sekian, terima kasih.





Prof. Dato' Dr. Mahfudz Mohammad

Pesuruhjaya PAS Negeri Johor

019-3531430



Sebenarnya saya sendiri nak mengutarakan persoalan kenapa Blog-blog PAS lebih gemar berchatbox berbanding mengulas artikel yang diutarakan. Sekurang-kurangnya, Ulasan di blog boleh dibuat dalam 2 mod, iaitu mod moderated atau terbuka.

Sekiranya ada isu, baru dijadikan moderated.

Ke Arah "Suruhanjaya Penarafan Blog Politik Malaysia" #2 Mekanisme Pengesanan Pautan

Mekanisme Pengesanan Pautan

Salah satu matlamat berblog adalah untuk menyampaikan maklumat dan menerima maklumat akan tetapi terdapat banyak blog yang satu hala sahaja.

Hanya memberi maklumat dan menerima maklumat di blognya sahaja.

Akan tetapi banyak terjadi maklumat perihal empunya blog dipautkan daripada blog lain.

Pautan kepada blog boleh dibuat ke laman utama blog, atau ke pautantetap sesebuah catatan.

Sebagai contoh, Ali Rustam membuat catatan blog tentang Lee Kah Choon, Oleh kerana dia popular, maka banyak blog lain yang membuat pautan ke catatan itu.

Akan tetapi Ali Rustam tidak dapat menjumpai siapakan yang membuat catatan blog menceritakan tentang catatan blognya itu. Melainkan dia mempunyai mekanisme mengesanan pautan.

Bagaimana dia hendak tahu yang adanya pihak lain yang bertanyakan apa maksud optunis.

Jadi Memang setiap blog organisasi politik atau ahli politik perlu menyediakan mekanisme pengesanan pautan, samada ianya tertutup atau terbuka.

Mekanisme pengesanan pautan secara tertutup adalah dengan mengadakan statistik seperti googleanalytic atau extreme-dm atau sitemeter dimana dia boleh lihat daripada mana datangnya pengunjung.

ATAU

Secara separuh terbuka, dimana statistik boleh dilihat oleh pengunjung.
Kebiasaannya ia tidak menunjukkan ke artikel manakah pengunjung datang.

Bagi mengesan pautan bagi setiap catatan, terdapat 2 cara yang diintegrasikan dengan blog untuk mengetahui siapa yang membuat pautan terhadap catatan tertentu.

sebagai contoh, platform blogger menggunakan protokol backlink. Ini tutorial cara menghidupkan backlink pada blogger.

Contoh backlink di platform blogger:


Akan tetapi platform blogger tidak menyokong protokol trackback seperti yang digunakan oleh wordpress atau platform lain.

sebagai contoh, catatan Rastom ini mempunyai maklumat tentang SHEN YEE AUN telah membuat pautan kepadanya.




Terdapat juga cara lain, iaitu menggunakan pihak ketiga untuk mengesan pautan. Sebagai contoh, Anwar Ibrahim menggunakan technorati sebagai pengesan pautannya.



Terdapat juga cara melampau untuk mengesan pautan, seperti anilnetto. Dengan cara membuat suapan RSS kepada blogsearch "link:anilnetto.com"



Kemudian ditiru oleh saya.




Jadi, Cadangan garis panduan penarafan blog politik Malaysia adalah:

"Menyediakan mekanisma pengesanan pautan samada ianya tertutup atau terbuka."

Cadangan Pemuda PAS Cawangan Sempang

Berikut adalah Cadangan Pemuda PAS Cawangan Sempang ke Menyuarat Agung Pemuda PAS Kawasan Jasin:



Usul Cadangan Pemuda PAS Cawangan Sempang 2008



1. Mencadangkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin supaya mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bentuk bantahan atau sokongan atau mengalu-alukan berkaitan isu semasa.

Sebagai contoh: Isu Fitna, Isu Pemain Israel Chelsea, Isu DSA 2008.


2. Mencadangkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin, dan Negeri Melaka supaya menjemput media dalam setiap aktivitinya, samada mereka datang atau tidak, samada berita tersiar atau tidak itu perkara kedua.


2.1. Mencadangkan Pemuda PAS Negeri Melaka supaya mempunyai dasar “Mesra Media” memandangkan “Sinar Harian” yang akan tiba di Melaka tidak lama lagi.


3. Mencadangkan Supaya Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin memiliki Ahli Parlimen Angkat dikalangan Ahli Parlimen PAS yang sedia ada.


4. Mencadangkan Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka supaya mempunyai cara untuk menghantar soalan berkaitan kepentingan Islam dapat diajukan ke Dewan Undangan Negeri Melaka, dengan mengambil Wakil DAP atau UMNO sebagai proksi.

5. Mencadangkan Pakatan Rakyat Negeri Melaka supaya membentuk "Barisan Exco Bayangan Negeri Melaka" untuk memantau Barisan Exco Negeri Melaka sedia ada.

Ahad, 27 April 2008

PETRORINGGIT: Siapa Menipu? Anwar?

Ada beranggapan tawaran Anwar Ibrahim tentang royalti minyak 20% itu agak tidak masuk akal. Saya sendiri akan merasakan ianya terlalu tinggi. Disebabkan ia akan memberi manfaat kepada Kelantan dan Trengganu, maka saya amat bersetuju ianya dinaikkan, akan tetapi tidak perlu sehinggga 20%.

Tersebut Alkisah seorang bernama JOE FERNANDEZ, telah mengemel Jed Yoong mengenai unsur negatif Anwar Ibrahim, saya tidak mahu sentuh hal lain kecuali royalti minyak.

Daripada emel itu:


Instead, Anwar is harping on offering 20 per cent of the oil royalty when he knows this is not true. Malaysia only gets 15 per cent oil royalty. So, how can the Federal Government offer 20 per cent to the oil states? Why didn’t he offer the 20 per cent when he was Finance Minister for so many years?

Mungkin Anwar itu sendiri tidak faham tentang royalti minyak, saya sendiri pun tidak faham sangat.

Ada juga catatan blog menyatakan kekeliruannya secara terbuka.

Adakah dakwaan Joe Fernandez bahawa Malaysia hanya mendapat 15% royalti minyak?

Suatu ketika dahulu, Kerajaan Malaysia hanya memberikan 12.5 % royalti minyak kepada kerajaan Brunei, dan menyebabkan Brunei Terkeluar dari Malaysia.

Pada tahun 1963, Shell mengadakan pembahagian untung dengan Brunei 50:50.

Saya pun tak tahu berapa peratus yang Malaysia dapat daripada syarikat minyak. Dengar-dengar ia tidak menggunakan sistem royalti, akan tetapi pembayaran dalam bentuk cukai. *Tidak Pasti*

Amat bodohlah kalau Kerajaan Persekutuan hanya mendapat 15% royalti minyak berbanding dengan Syarikat Minyak dapat 85%. Bukan semua minyak di Malaysia dikorek oleh Syarikat Minyak Nasional.

Sejarah telah menunjukkan bahawa Syarikat minyak lebih mendapat untung lebih berbanding dengan empunya kawasan. Kerana itu kita ada PETRONAS supaya ianya kurang sedikit dibawa balik ke Amerika, Britain dan belanda.

Akan tetapi tiada undang-undang yang mengatakan Malaysia hanya perlu ada 1 sahaja Syarikat minyak. Syarikat Minyak Nasional hanya satu, tetapi kita boleh ada lebih syarikat minyak untuk mengorek minyak di Negara lain atau sendiri.

Tidak mustahil untuk kerajaan Negeri mempunyai syarikat minyak sendiri, bergandng bahu dengan syarikat minyak nasional.

Dipendekkan cerita, saya harap PAS Pusat lebih berhati-hati dengan semua cadangan Anwar Ibrahim yang melibatkan Kewangan Persekutuan. Jangan terima sahaja bulat-bulat cadangan 20% itu. Mungkin 10% memadai, supaya kita berlaku adil dengan negeri yang tidak mampunyai sumber minyak.

Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah persekutuan, kalau tiada langsung royalti minyak diberikan kepada negeri, tetapi sumbangan persekutuan kepada negeri jauh lebih besar daripada royalti minyak. Tidak menjadi masalah.

Sebagai contoh, royalti minyak terengganu adalah 1 bilion, Persekutuan tidak bayar royalti minyak, tetapi meyumbangkan 5 bilion setiap tahun. Tidakkah itu lebih baik?

p/s: Sila cadangkan nama syarikat minyak negeri Kelantan.
Kelateoil?
Petroklate?

Al Banjari Dilabel Tidak Bertanggungjawap?

Malam tadi terdapat satu catatan blog AlBanjari yang menyiarkan selolah-olah dia mengiakan catatan blog Mat Saman Kati tentang penyalahgunaan Kereta Kerajaan Oleh YB Idham Lim (CINA ISLAM).

Sehinggakah Dr Halimah pula yang MENJERIT :

SALAM. ADAKALANYA PROGRAM ADUN BERTINDIH DAN JARAK ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN AGAK JAUH. SATU PROGRAM PARTI, SATU LAGI PROGRAM RAKYAT (ADUN ATAU EXCO). KALAU NAK BALIK NAK TUKAR KERETA SENDIRI LEPAS ITU PATAH BALIK KE TEMPAT PROGRAM RAKYAT MENAIKI KERETA EXCO ATAU ADUN,MASA HABIS DI TENGAH JALAN. TELAH DITANYA DENGAN PIHAK YANG BERKENAAN TENTANG PENGGUNAAN KERETA EXCO ATAU ADUN, MEREKA MENGATAKAN YANG TAK BOLEH IALAH URUSAN PERIBADI SEPERTI BALIK KAMPUNG, PERGI SHOPPING, PERGI BERCUTI, HANTAR ANAK SEKOLAH DAN SEBAGAINYA. JADI SEBELUM GUNA KERETA EXCO, TANYA "INI PROGRAM PERIBADI ATAU MELIBATKAN RAKYAT"
YB Lim kemudiannya membalas dengan melabel Al Banjari sebagai tidak bertanggung jawap:


DRS. KHALIL IDHAM LIM said...

Assalamualaikum wr. wb.

Baru balik dari ceramah di kulim , terbuka komen-komen sahabat yang insyaAllah hendak cari kemuliaan Allah. Mudah-mudahan sampai hajat kalau kena caranya? Kereta yang ana pakai adalah kereta peribadi ana yang dibeli tanpa gunakan satu sen pun duit kerajaan. Sudah lama ana berniaga sebelum jadi wakil rakyat semua orang tahu. Cuma matsaman kati yang lebih sudu dari kuah. Harap selidik dulu sebelum cerita macam2





DRS. KHALIL IDHAM LIM said...

al banjari adalah tidak bertanggungjawab, dia tahu sangat kereta tu ana dah beli setahun lebih sebelum PR 12. apa tujuan siarkan benda bohong dalam blog anda. sepatutnya anda tolong perbetulkan bukannya hendak keruhkan keadaan.



Walaubagaimanapun Al-Banjari telahpun membuat catatan blog pemutihan bagi itu isu.

Adakah Albanjari memang tidak bertanggungjawap pada catatan blognya yang pertama?

Sebenarnya Albanjari mempunyai pilihan untuk bertanya pada YB Idham Lim di blognya sebelum membuat catatan.

Al Banjari juga boleh meletakkan tanda soal pada catatan blognya sebagai menunjukkan ketidak pastiannya.

Al Banjari juga boleh memetik atrikel Mat Saman Kati dalam bentuk petikan, supaya ianya jelas adalah dari Mat Saman Kati dan bukannya Al Banjari sendiri.

Walaubagaimanapun label tidak bertanggung jawab bagi saya terlalu keras. Ayat "Al Banjari sepatutnya lebih bertanggung jawab" lebih indah berbanding "Al Banjari adalah tidak bertanggungjawap".

Sabtu, 26 April 2008

"Beras Terpilih" bukan RSS Agregator seperti Sarawho dan Beras Padu

Terima Kasih diucapkan kepada Penarek Beca yang telah membuat pautan ke Beras Terpilih akan tetapi menggunakan nama "Agregator".

Akan Tetapi dimaklumkan bahawa Beras Terpilih dijana secara manual oleh editor-editornya iaitu Mudin001, Ezza , Jed Yoong.

Ianya bukanlah seperti Agregator RSS yang buta tuli menerima bulat-bulat semua maklumat seperti Beras Padu, Sarawho, Petalingstreet ....
Tidak dilupakan Malaysia-bakaq.

Terdapat unsur "memilih" berlaku oleh keempat-empat orang editor yang tidak profesianal ini.

Konsep Beras Terpilih itu sendiri "Bidan terjun", berdasarkan sikap suka berkongsi yang mulia oleh editor, maka ia lahir.

Di sini saya ingin bercakap tentang "Aliran maklumat media alternatif".

Dari ruang lingkup pemikiran Ali Rustam, mudah sahaja, katakan sahaja semua ADUN mesti ada blog. Akan tetapi itu bukanlah penyelesaian terbaik, kerana siapa pula nak baca blog-blog kalau blog bersawang yang bersepah.

Beras Padu dan Malaysia-bakaq mungkin penyelesaian sementara untuk mendapatkan maklumat media alternatif.

Akan tetapi banyak pihak yang lebih suka salintepek artikel berita di blog masing-masing dan menjadikan agregator berulang-ulang menceritakan perkara sama.

Oleh kerana Tandabuku Sosial adalah terlalu asing bagi pengguna internet Di Malaysia, maka Beras Terpilih mungkin penyelesaian terbaik untuk mendapatkan maklumat "terpilih".

Setelah beberapa hari Beras Terpilih beroperasi, maka saya dapati terdapat satu kelemahan besar Beras Terpilih iaitu, Editor tidak boleh memilihberas artikel yang tiada dalam senarai googlereadernya.

Jika Mudin terjumpa satu atikel yang menarik untuk dikongsi tetapi tidak dilanggan oleh googlereadernya, maka dia terpaksa langgan suapan rss itu supaya dia boleh pilih artikel itu.

Bagaimana kalau artikel itu tidak diletakkan pada laman yang ada RSS seperti laman web kuno seperti Melaka Hari Ini?

Jadi, Sementara mencari idea untuk penyelesaian yang lebih baik, maka Beras Terpilih perlu diteruskan dengan merekrut 2,3 editor tambahan.

UMNO Cawangan Pulai Darat Membeli Belah di Kelantan

UMNO Cawangan Pulai Darat akan mengadakan rombongan ke Kelantan pada 9 mei ini.

AJK ADA BUAT ROMBONGAN KE KELANTAN PADA AHLI DAN PEKERJA MASA PILIHANRAYA.BAYARAN YANG DIKENAKAN ADALAH RM30 JE. KITA AKAN PERGI PADA 9/5/08.APA YANG SAYA HARAPKAN PERJALANAN ROMBONGAN SELAMAT PERGI DAN BALIK.

Langkah itu mungkin bertujuan sebagai protes senyap, kegagalan Negeri Melaka untuk menjadi destinasi membelibelah kerana tidak meletakkan Cold Storage di Pulai.

Langkah ini menunjukkan Negeri Kelantan telah berjaya menjadi destinasi membeli belah bukan sekadar "berpontensi".

Google+ Hasbullah Pit