test

Selasa, 8 April 2008

Baju Batik Sang Kelembai

Roslan SMS, di dalam blognya ....



Bila saya amat-amati gambar-gambar MSO itu, kalau tidak silap baju batik yang Sang Kelembai gunakan adalah baju yang sama ketika berceramah dengan saya atas pentas PAS sebelum PRU 12 lalu. Ketika itu Sang Kelembai bukan hanya memaki hamun Dollah malah habis suku sakat dan keturunan Dollah dimaki hamun dan disumpah serapah. Mujurlah nama sahaja Sang Kelembai tetapi kuasa Sang Kelembai itu tidak diwarisinya jika tidak entah-entah yang disumpah serapahnya danh pun bertukar menjadi batu!


Sebagai perbandingan, Ini baju Sang Kelembai ketika ceramah di Serkam Darat:




Adakah ia baju yang sama? Di Sabah dan ketika ceramah bersama Roslan SMS?

Dimana Optimus Prime Ketika ini?

Saudari Erisar atau Ezza mengganggap pertarungan dalaman UMNO lebih sengit daripada Transformers, cuma ia antara Decepticon menentang Decepticon. Ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pimpinan Megatron.


Sediakan pop corn dan air pepsi anda. Kita bakal menyaksikan wayang yang lebih menarik dan hebat dari Transformers. Cuma yang ini version Decepticons melawan Deceptions. Tiada Optimus Prime dalam episod ini.


Persoalan sekarang ialah di mana Optimus Prime dan Rachet?





Mereka sedang menonton pertarungan dalaman Decepticon.

Minyak RON92 / RON97 ke RON95 / RON99

Hari ini kita cerita Minyak lagi.

Banyak ulasan yang diberikan kepada cadangan untuk menukar RON92 & RON 97 ke RON 95 dan RON99. Macam biasa, tentulah saya akan sokong cadangan itu kerana cadangan itu mirip benar dengan cadangan saya.

Oleh kerana ia mirip cadangan saya, jadi segala maki hamun terhadap cadangan itu terkena batang hidung sendiri. Antara yang menarik:-

kambinggila:
rasa cam nak kasik formula math je kat paklah ni.. ingat aku bodo math ker.. add math gua 1 beb :P


Oleh Danial Franklin

I’m sure most of us Malaysian have read this drollery of a newspaper story, about the government deliberating to introduce higher octane number or RON for petrol. The Domestic Trade & Consumer Affairs Minister, who announced this (MO)RON sentiment, said that it will help the lower and medium income groups?


Ummu Saed memberi pendapat yang menarik, mempersoalkan kenapa isu alam sekitar tidak dijadikan isu politik. Kalau harga minyak diturunkan ikut formula Anwar Ibrahim, saya tidak rasa iamembantu mengurangkan ketidakefisyenan penggunaan petrol di negara ini, di mana dia sepatutnya dijadikan isu politik.

Syokkahwin.com: Good thinking by The Government. This way, market can be seggregated and charged differently. Owners of BMWs and Mercedes wouldn’t want to use Octane 95 type because it will affect the cars’ performance and from my experience it can cause start up problems. Octane 95 is good enough for Kancils, Waja’s, Persona’s and other midrange cars with low cc’s.

Ke arah "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan"

Tuan yang Dipertua,

Memandangkan Rangking IPTA kita sering jatuh, Universiti X, telah jatuh daripada rangking ke n pada tahun 2006, kepada n pada tahun 2007.
(letakkan 1001 perbandingan)


Pada masa yang sama terdapat banyak masalah birokrasi bagi pelajar yang ingin memohon ke universiti akibat daripada wujudnya 2 kementerian berbeza.
IPTA itu dikementerian ini, IPTA itu di kementerian itu, Matriks ini dikementerian ini Matriks itu di kementerian itu.

Adalah dicadangkan supaya 3 kementerian , Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi digabungkan kedalam 1 kementerian bernama "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan" tetapi mempunyai 3 menteri seperti sediakala.

Apabila Sains dan inovasi dilakukan diluar IPTA, maka sukarlah untuk menjadikan IPTA tempatan mesra penyelidikan.

Di Negera maju seperti Jerman, dan Sweden, Kementerian pendidikan mereka dikenali sebagai "Ministry of Education and Research".

Manakala di Jepun, mereka menggunakan "Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology".

bla bla bla wawasan 2020 bla bla

Tak perlulah saya teruskan panjang lebar kerana saya bukan Ahli Parlimen

Isnin, 7 April 2008

TODO

Buat pertama kalinya tulisan pada tajuk catatan blog adalah dalam huruf BESAR.
Kebiasaannya dalam budaya sumber terbuka, satu fail bernama "TODO" ada dalam bebola tar (Tarball) kod sumber.

Kini TODO adalah untuk menyenaraikan apa yang saya perlu lakukan untuk blog ini.

1. Ubahsuai templat supaya ada ikon blogger keluar bila pengulas menggunakan akaun blogger. Bertujuan untuk membezakan antara 2 "faisal".
2. Wujudkan butang ulasan dibawah.
3. Ubah tajuk catatan blog supaya tajuk di hadapan nama blog.
4. Tambah "Tag Petaling Street"
5. Reka cipta "Tag Beras Padu"
6. tandabuku sosial (opsyenal)
7. Fikir adakah chatbox releven.
8. Tambah wiget google-analytic,
9. Iklan 468x60 yg bertukar-tukar
10. cuba figureout "awanan tag" yang dihos diluar.
11. wiget pengulas strangecharm, pengulas Ustaz Kamal.
12. reka cipta wiget beras padu, supaya keluar tajuk top 10.
13, lokalisasikan templat.
14. Curi blogroll dari beras padu (kini blogroll itu dighaibkan).
15. Ubah suai arkib.
16. curi javascript carian dari cry4reedom.
17. tukar mod paparan label, menjadi macam kak jie punya "papar semua entri"
18. bubuh logo 1/240 albanjari.
19. feed jeet related?
20. Integrasikan tag blog saya supaya sepadan dengan tag pada blog Ali Rustam. (hehehe).

Ahad, 6 April 2008

Muatturun Video Fitna Geert Wilders

Sifat tegas vangardx terserlah...

Should i provide the download link for the Geert Wilders video that said “no to islamization” at the end of the movie?

The answer is NO!

Di Negeri Melaka, menurut Akhbar Rasmi Kerajaan Negeri Melaka, "Melaka Hari ini"

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini digesa agar mengambil langkah segera menghalang akses ke sebuah laman web popular yang turut menyiarkan sebuah filem Belanda menghina Islam.

Meskipun terdapat cadangan untuk menghalang akses ke filem itu, namun terdapat Lahabau UMNO Melaka tanpa segan silu menyiarkannya.

http://lahabau.blogspot.com/2008/04/fitna.html (tiada pautan diberikan)

Walaupun tulisannya berapi mengecam Wilders, akan tetapi dia juga jadi ejen penyebarannya.

Paraoidnya Ali Rustam Terhadap blog

Suatu ketika dahulu, blogger dianggap sebagai binatang. Saya tidak pasti samada "Beruk" atau "Monyet".

Akan tetapi, setelah berjayanya Zahid Hamidi meyakinkan orang UMNO tetang punca utama kekalahan BN adalah kerana blog.

Maka berpusu-pusulah orang UMNO mendaftar dengan blogger.com untuk membuat blog, kebanyakkannya mendaftarkan dirinya selepas pilihanraya.

Ali Rustam juga pantas mengeluarkan kenyataannya untuk memantau 240 blog pembangkang. Selepas itu, dia juga menyeru semua ADUN untuk membina blog sendiri.

Di Hadapan Menteri Kerjaya, dengan penuh bergaya Ali Rustam telah mengatakan dia telah lama berblog (Berita Harian 4 April) .


"Saya berpendapat tiba masanya bagi setiap pemimpin BN, tidak kira peringkat tertinggi hingga cawangan mewujudkan blog masing-masing. Saya sendiri sudah lama memiliki blog kerana cara ini dapat menyalurkan maklumat tepat, pantas dan boleh mengelak tumpuan hanya kepada blog anti kerajaan,'' katanya selepas menghadiri majlis taklimat ringkas pembangunan jalan raya negeri bersama Menteri Kerjaya, Datuk Mohd Zin Mohamed di Hotel Holiday Inn, di sini, petang semalam.

Menurut tarikh catatan blognya yang pertama, ianya dicatat pada 6:03 PM, pada 1 April 2008. Iaitu 1 hari selepas saya menghantar surat permohonan supaya blog ini dipantau. Lihat gambar:



Keyataan "Sudah lama memiliki blog" itu sebenarnya diungkap hanya selepas 3 hari membuat blog, dan ianya sudah dikira "Lama".

Google+ Hasbullah Pit