test

Sabtu, 5 April 2008

Membarisannasionalkan Pakatan Rakyat?

Baru baru ini, 3 Presiden parti utama Pakatan rakyat telah menubuhkan pakatan rakyat. Ianya Bagi saya seolah-olah langkah meniru Barisan Nasional yang sedang runtuh itu.

Mengapa kita perlu meniru Langkah Barisan Nasional?

Walaupun tidak kedengaran perkataan "Satu logo" ketika kenyataan Pakatan Rakyat dtubuhkan.

Pada pendapat peribadi saya, saya lebih menyukai kesemua parti menggunakan logo masing masing.

Masih ingatkah lagi suatu ketika dahulu PAS dikecilkan apabila berada dalam Barisan Nasional, ketika zaman Tun Razak?

Begitu juga PPP, suatu ketika dahulu mempunyai banyak kerusi, tapi kini ianya seolah-olah lenyap dibawah Barisan Nasional.

Di Banyak negara lain, tidak pun parti-parti politik menggabungkan dirinya untuk menggunakan satu logo. Kenapa sibuk untuk mengsatulogokan Pakatan Rakyat?

Lihatlah Barisan Kabinet Sweden yang terdiri daripada banyak parti.

Memang ramai orang kampung terlalu bodoh untuk menilai logo, akan tetapi kita tak perlu memperbodohkan mereka. Mari kita cerdikkan mereka untuk memilih parti politik yang dia suka.

Sepatutnya Pakatan Rakyat menyanggah ROC , kenapa beberapa parti boleh menggunakan 1 logo parti tanpa Parti itu tidak dibubarkan atau tidak digabungkan.

Kalau benar Barisan Nasional nak menggunakan 1 logo, bubarkan UMNO, bubarkan MCA, bubarkan MIC, jadikan Barisan Nasional sebagai 1 parti berbilang kaum seperti yang dicadangkan oleh seorang genius dari gerakan.

Bagi saya, jika pakatan boleh berjaya, biarkanlah ia sebagai pakatan bukan parti politik gabungan. Mengapa perlu menghadkankan batas berpolitik, ahli-ahli parti politik di bawah Pakatan Rakyat? Mengapa perlu disahut cabaran Ali Rustam supaya meniru gagasan yang sedang runtuh?



http://sebolku.blogspot.com/2008/04/membarisannasionalkan-pakatan-rakyat.html

Apa itu "Barangan Penajaan Christian Albers"?

Sambil saya menjenguk statistik blog sendiri, ramai juga yang menggunakan senarai produk belanda yang telah saya senaraikan tempoh hari.

Terima kasih. Diucapkan.

Namun begitu saya mushkil apabila saya menulis "sebahagian besar penaja Christian Albers". akan tetapi ia sering ditafsirkan sebagai "Barangan penajaan Christian Albers", seolah-olah Christian Albers itu satu jenama pula.


Di saya ingin menjelaskan bahawa Christian Albers itu bukanlah syarikat produk barangan, dia hanya seorang pemandu F1 yang tak seberapa. Konsepnya hampir sama dengan Alex Yoong, iaitu, melobi pasukan untuk menerimanya sebagai pemandu apabila membawa banyak penaja dari negaranya.

Dia bukanlah seorang pemandu F1 yang hebat, mungkin Fairuz Fauzi jauh lebih hebat daripadanya. Entah-entah, Khairul Faizi lebih hebat darinya.


Dia menjadi pemandu Pasukan Spykers pada tahun lepas, ketika itu banyak penaja dari Belanda menaja pasukan itu kerana dia orang belanda. Memang macam Alex Yoong, tetapi Alex Yoong jauh lebih hebat, dia berjaya membawa Kementerian Belia dan Sukan untuk menaja Minardi, sehingga muncul 1 Jenama "Go KL".

Entah apa produk "Go KL" untuk diiklankan.


Oleh kerana dia menjadi pemandu pada musim lepas, maka saya malas nak cari apa syarikat yang menaja Pasukan Spykers pada tahun lepas. Kalau tahun ini mungkin senang nak cari.

Kerana itu dengan ringkasnya saya menulis "Sebahagian Besar penaja Christian Albers". Kemudian popular menjadi "Barangan penajaan Christian Albers". Sehingga kini ada 47, laman web yang menggunakan "Barangan Penajaan Christian Albers".

Dilarang Membawa binatang


Papan tanda itu diletakkan di mana kemudahan WiFi disediakan. Mungkin memaksudkan 'beruk dilarang membuat catatan blog'

Jumaat, 4 April 2008

Sistem Beraja dari katamata "ayahanda Nik Abduh"

Oleh kerana saya dahulu pernah menulis tentang Sistem Demokrasi Bersultan. Maka apabila terbaca Tulisan Nik Abduh: waqafaat (jeda) - 2: raja kita
Mengkaitkan Sistem Beraja, Dekmokrasi, Sistem Khalifah ketika zaman Umaiiyah...

Antara yang menarik ialah:-



Bagaimana dengan raja kita?


Raja adalah payung ugama. Ia adalah institusi yang menjaga ugama Islam yang sudah diikat - ikat oleh perlembagaan sekular jagaan Pak Lah, Najib, Zaid, Ku Li, Masyitah dan lain - lain pahlawan UMNO.


Ia institusi pemerintahan yang lebih mulia dan lebih dekat dengan Islam berbanding UMNO. Ia menjadi harapan kekal umat Islam untuk mempertahankan Islam dan keadilan dari dulu sehingga kini.


Kesultanan Melayu Islam adalah paling berjasa kepada umat Melayu sepanjang sejarahnya.


Teruskan membaca: waqafaat (jeda) - 2: raja kita

Kerajaan persekutuan paklah pemperlekehkan kerajaan negeri pulau pinang bn


Rakyat permatang pauh bukan tak tahu dswa adalah bukan 'kerajaan'

Rabu, 2 April 2008

PENGUMUMAN: Beras Padu BACKUP

Disebabkan keadaan infrastruktur internet yang tidak berapa stabil , maka saya telah pun menghidupkan satu sandaran (backup) bagi Beras Padu di alamat:-

http://beras.tripod.com

Macam pernah dengar sahaja URL itu :)
Tapi di mana ya?

"Beras Padu BACKUP" tidak berfungsi sepenuhnya berbanding Beras Padu yang asal. pautan seperti "24 jam, 48 jam, opml," tidak berfungsi.

Kalau tiada masalah, ia akan dikemaskinikan oleh robot saya, setiap 30 minit.

Pembaca beras padu yang tidak mempunyai blog bolehlah suarakan pendapat anda ke alamat pendapat@yahoogroups.com

PENGUMUMAN: Pendapat bukan Blogger

Sekiranya anda bukan blogger, (Atau ahli politik yang tidak mempunyai blog) tetapi ingin menyuarakan pendapat peribadi tentang isu semasa atau pendapat yang tersiar di Beras Padu, maka bolehlah emelkan pendapat anda itu ke pendapat@yahoogroups.com

Google+ Hasbullah Pit