test

Jumaat, 4 April 2008

Kerajaan persekutuan paklah pemperlekehkan kerajaan negeri pulau pinang bn


Rakyat permatang pauh bukan tak tahu dswa adalah bukan 'kerajaan'

Rabu, 2 April 2008

PENGUMUMAN: Beras Padu BACKUP

Disebabkan keadaan infrastruktur internet yang tidak berapa stabil , maka saya telah pun menghidupkan satu sandaran (backup) bagi Beras Padu di alamat:-

http://beras.tripod.com

Macam pernah dengar sahaja URL itu :)
Tapi di mana ya?

"Beras Padu BACKUP" tidak berfungsi sepenuhnya berbanding Beras Padu yang asal. pautan seperti "24 jam, 48 jam, opml," tidak berfungsi.

Kalau tiada masalah, ia akan dikemaskinikan oleh robot saya, setiap 30 minit.

Pembaca beras padu yang tidak mempunyai blog bolehlah suarakan pendapat anda ke alamat pendapat@yahoogroups.com

PENGUMUMAN: Pendapat bukan Blogger

Sekiranya anda bukan blogger, (Atau ahli politik yang tidak mempunyai blog) tetapi ingin menyuarakan pendapat peribadi tentang isu semasa atau pendapat yang tersiar di Beras Padu, maka bolehlah emelkan pendapat anda itu ke pendapat@yahoogroups.com

Selasa, 1 April 2008

Pendapat bukan blogger

Setelah membaca satu pendapat bukan blogger yang disiarkan di Al-Banjari Online, maka saya tertanya-tanya, kemana bukan blogger ingin menyuarakan pendapatnya tanpa perlu risau nak menyelenggara blog?

Mungkin selama ini, mereka perlu hantar ke tranungkite, sampai tranungkite tak cukup tangan.

Akan tetapi Beras Padu tak boleh feed tranungkite, kerana RSSnya bercampur baur antara emel pembaca dengan berita semasa.

Jadi apa penyelesaiannya?

Ini Idea saya....

"Projek Bukan Blogger"

Saya buat 1 blog khas untuk memaparkan pendapat bukan blogger, dimana ada ramai author. sebagai contoh bukan-blogger.blogspot.com atau emel-pembaca.blogspot.com. atau pendapat-pembaca.blogspot.com

Author terdiri daripada blogger sedia ada. Saya, kakjie, albanjari, ezza, bla bla bla..

Bukan blogger hanya perlu menghantar emel kepada salah seorang daripada author, supaya author boleh salin-dan-tepek pendapat bukan blogger itu untuk dijadikan kiriman blog.

Author hanya perlu menyiarkan alamat emel supaya menerima emel bukan blogger di laman blog masing-masing.
ATAU menyediakan ruang bagi bukan blogger untuk menulis pandangannya.

Beras Padu atau agregator RSS lain samada berasaskan web atau natif, boleh membaca pendapat bukan blogger tersebut.

Laman web CMS seperti tranungkite, boleh menyiarkan pendapat bukan blogger tersebut, kalau mereka berminat dengan pendapat tersebut.

Pakatan Bluequil, Pakatan Firefox-ms ...Pakatan Rakyat

Selain ada nya "Pakatan" seperti Pakatan Bluequil dan Pakatan Firefox-ms, Kini Istilah "Pakatan" dipersetujui oleh pemimpin-peminpin PAS-PKR-DAP digunakan untuk menamakan pakatan Barisan Rakyat sebagai "Pakatan Rakyat"

Berapa kali nak "Salah faham"?

Suatu ketika dahulu, Syed Husin Ali mengancam supaya PKR keluar pakatan . rupanya akibat salah faham.

Kemudian ADUN DAP Bentung ancam untuk keluar DAP, juga akibat salah faham.

Sampai bila nak habis salah faham.

Ini mungkin Penyelesaiannya (klik)

"Buntong di sini, mencari Sungkai"
"Buntong di sini mencari Sungkai"
"Sungkai di sini, Sungkai disini"
"Titi Serong ajak makan, jom pergi sekali, roger"
"Aku dah tiba dah pun... roger"
"Alamak, Aku pergi sendirilah.... roger and out"

Proton Savvy Berkemungkinan Bermasalah

Walaupun ramai diantara kita memandang rendah kepada Proton apabila membaca berita 34,000 Savvy ditarik dari pasaran, saya mengganggap ianya satu langkah yang baik walaupun tidak ekonomi.

Proton menarik semula kereta Savvy dari pasaran untuk membuat pemeriksaan kemungkinan masalah galas roda belakang yang dimasuki air yang boleh menyebabkan komponen terbabit rosak.
Proton menarik balik keretanya, hanya berdasarkan "Kemungkinan", tiada kedengaran pula pengguna mengadu kerosakan itu di blog-blog atau di forum-forum.



Google+ Hasbullah Pit