test

Khamis, 13 Mac 2008

Siapa cucuk Tian Chua dan S.Husin Ali?

Suatu petang, Syed Husin Ali dalam kenyataan medianya berkata:


kami tidak bersetuju dengan persetujuan yang telah dibuat oleh PAS dengan DAP tentang komposisi Exco Negeri Perak di mana lapan kerusi Exco diperuntukkan untuk DAP dan dua selainnya untuk parti lain


Pada petang yang sama, Saudara Tian Chua membantah, pengagihan kerusi exco langsung tidak diberikan kepada PKR. <---sila klik

Namun, apabila komposisi exco ialah 6:3:(1+MB) maka ia bersesuaian.

Kalau saya pun sebagai PAS atau PKR, memanglah akan rasa kena tipu bila DAP ambil 8 kerusi exco, dan PKR dan PAS masing-masing 1 kerusi exco.

Akan tetapi, persoalan yang timbul sekarang ialah, dari mana Tian Chua mendapat tahu kononnya tiada kerusi exco untuk PKR?

Daripada mana S.Husin Ali dapat tahu kononnya DAP menyapu sehingga 8 kerusi exco?

Siapa yang mencucuk mereka berdua?
Adakah terdapat dalang untuk melagakan PKR dengan DAP pula?

Jadi diharap, pihak PKR sendiri siasat darimana sumber berita kononnya DAP menyapu 8 kerusi exco. ATAU ia memang benar?

Lihat Krisis MB Perak dari sudut positif

Saya tahu, krisis perlantikan MB perak adalah memeningkan.

Kronologinya sebegini.

Isnin:
Sultan panggil wakil-wakil PKR, PAS DAP
Selasa:
Wakil PAS PKR DAP jumpa sultan, dan berbincang dan mengatakan terpulanglah kepada sultan untuk memilih. Dipersetujui oleh ketiga-tiga wakil. Kesemua
Rabu:
Telah diumumkan bahawa Ir Nizar, dipilih menjadi MB. Kemudia DAP punya CEC cadang untuk tak hadir majlis perlantikan. Pada masa yang sama penyokong DAP kebanyakannya membantah tindakan Lim Kit Siang di blognya.


DAP dan PAS sebenarnya memang tiada pakatan sebelum pilihanraya, kecuali ketika membahagian kerusi. Akan tetapi terdapat arahan Pimpinan PAS menyuruh Ahlinya untuk mengundi DAP dan PKR untuk menumbangkan BN.

Apabila keadaan sebegitu berkalu di Perak, dimana DAP mempunyai lebih banyak kerusi berbanding PAS dan PKR, ia seolah-olah DAP mempunyai hak mutlak untuk memjadi MB.

Situasi di Perak agak berbeza kerana wujudnya Undang-undang Tubuh Negeri yang mengkehendaki Melayu Islam menjadi MB.

Namun DAP tidak meletakkan calon melayu Islam di Perak, Maka berkuburlah peluang untuk menggunakan mendapatkan MB melayu Islam dari DAP. Adakalanya DAP kelihatan untuk tidak cuba memancing pengundi Melayu.

Sokongan Melayu kepada DAP sebenarnya datang dari pimpinan PAS dan PKR.

Jika kita lihat, dari satu sudut, sebenarnya keputusan Sultan Perak (anak Raja Dr Nazrin) adalah bijak. Jika Wakil DAP dipilih, kemudian orang melayu akan bising, walaupun sebenarnya memang cukup ramai ADUN melayu dari BN, PKR dan PAS di Dewan Undangan Negeri.

Maka Wakil PAS dipilih, bukan kerana dia PAS, tapi kerana personaliti dirinya.
Maka, DAP Terpaksa berurusan dengan wakil PAS dalam pentadbiran.
Dari situ maka akan wujudnya integrasi kaum yang lebih baik.

Wakil DAP akan memahami Islam dengan lebih baik, dan Wakil PAS akan memahami isu antara kaum dengan lebih baik.

Selasa, 11 Mac 2008

Adakah Siti Nurhaliza Pengundi Hantu?

Apabila Sang Erisar mengutarakan bagaimana Siti Nurhaliza ingin mengundi jika Kad Pengenalannya tiada dalam senarai SPR, maka saya meneka dia akan mengundi menggunakan Kad Pengenalan Tentera. (mari bersangka baik dengan Siti Nurhaliza).

Namun di ruang maya yang lain, persoalan sama timbul, ada pula Jawapan dari "SitiZone.com" mengatakan nama Siti Nurhaliza sudah didaftarkan dan ianya "Private"

    SitiZone.Com kata:

    UNTUK PENGETAHUAN…CERITA INI SUDAH AKU SAMPAI KAN KPD DATUK CT..DI LAMAN WEBSITE CT SENDIRI…DAN CT MEMBALAS,CT KATA “YES,CT SUDAH MENDAFTAR UNTUK UNDI BERSAMA SUAMI,DAN CT MELETAKKAN PRIVATE KPD SPR,SO KORANG TAK BAIK NAK FITNAH2 ORG..LAIN KALI CHECK DULU SEBELUM FITNAH ORG…BUAT DOSA AJER…



Terdapat persoalan baru timbul, Adakah Siti Nurhaliza berada di atas Akta Pilihanraya pindaan 2003, sehingga dia boleh meletakkan "PRIVATE", supaya nama dia tidak tersenarai di daftar pemilih dan boleh mengundi?

Adakah terdapat dua jenis buku daftar pemilih di tempat Siti Nurhaliza mengundi supaya namanya dalam bentuk "PRIVATE" boleh digunakan untuk mengundi? tetapi tiada dalam Daftar pemilih yang diserah kepada wakil calon.

Mari bersangka baik dengan Siti Nurhaliza, jangan anggap dia menipu, kita mengiakan saja kata-katanya yang seolah-olah berada di atas SPR.

Jika benar dia boleh mengundi dengan Nama yang diletakkan "PRIVATE", maksudnya dia sudah boleh menguasai SPR.

Jika namanya tiada pada daftar pemilih bukan private, tetapi ada dalam data pemilih private, maka adakah kita boleh tafsirkan dia sebagai pengundi hantu?

Eh,
Jika dia boleh menguasai SPR, kenapa dia tidak teruskan penggunaan dakwat pada jari?

Isnin, 10 Mac 2008

Siapa Jatuhkan Indeks BSKL?

Ketika sebelum pilihanraya, saya telah membuat ramalan berikut tentang Indeks Komposit BSKL:-

Kiriman asal oleh sebol View Post
aku rasa kalau BN tak dapat 2/3, saham akan jatuh, pasal kononnya negara tak stabil. lepas tu dia naik balik pasal rupanya malaysia tempat sesuai melabur

tapi nak shopping duit dah takde. spend untuk election.




Awal pagi tadi, Indeks dibuka rendah, ketika jam 10 pagi, indeks merosot -7.24 % .Jumlah dagangan ketika itu bernilai RM 688 juta.

Kusangkakan ia setakat begitu sahaja, ketika rehat tengah hari, dibuletin utama, menunjukkan nilai dagangan RM 1.9 bilion, tidak pasti berapa % kejatuhan indeks ketika itu.

Setelah terbongkang akibat demam, saya dapati "Penampan Kejatuhan" telah digunakan dan bursa ditutup jam 2:58 pm.

Untuk pengetahuan, bursa akan automatik ditutup jika indeks turun 10% dalam hari yang sama. Setelah diperhatikan semula, indeks jatuh sehingga ke paras 1,166.32 dan nilai dagangan adalah RM 2.47 bilion.

Adakah pelabur runcit begitu takut dengan Kejatuhan pembangkang? Adakah pelabur asing dari negara yang biasa dengan demokrasi takut dengan pembangkan?

Memang ramalanku dia akan jatuh, tapi tidaklah sehingga 10%.

Pakar Pelaburan yang suka merusuh, telah merungkaikan teori kejatuhan berpunca dari pelabur sindiket yang sengaja cuba menampakkan seolah-olah "pelabur takut":-

Dari maklumat yang saya terima, para pelabur runcit tiada masalah akan peralihan kuasa ini namun terdapat petunjuk bahawa kejatuhan ini disebabkan oleh penjualan besar-besaran oleh pelabur besar dan pelabur sindiket (syndicate investor) seperti Synergy Drive, KWSP, KWAP, Tabung Haji dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pelabur sindiket tempatan inilah yang menjadi punca kejatuhan lebih 100 mata hari ini dimana dari maklumat yang saya dapati adanya arahan dari Menteri Kewangan supaya penjualan besar-besaran ini dilakukan.


Agak mustahil bagi pelabur runcit tempatan dan pelabur asing untuk takut akan kerajaan negeri barisan alternatif, kerana Bekas Pengerusi PNB telah dilantik menjadi Menteri Besar.

Sementara itu Pakdi, blogger/pelabur tersohor, juga turut mempersoalkan
"Who dump the market?"







Sabtu, 8 Mac 2008

Sekitar Hari Pilihanraya

Seawal pagi saya bangun untuk ke pondok panas PAS Sempang, aku kejutkan "jaga kubur".

Sebagai PACA no 1, di saluran 4, maka menanti PACA BN tiba, terpaksalah saya mangira slip undi berseorangan. Uji pensil, kemudian bila PACA BN datang, maka sesi 'seal' dilakukan.

Maka bermulalah undian, mulanya kerani itu tidak sebut nombor siri, terpaksa saya tegur, kemudian dia membacanya.

Kemudian datang pula ramai yang bawa Slip BN, saya tegur, maka mereka tak bawa lagi.

Sampai 1 ketika, ada seorang wanita cuba memasukkan kertasundinya, terselak sedikit, nampak pangkah PAS, tergamam saya seketika. Tak tau nak kata apa, rasa nak berterimakasih sahaja.

Selesai bertugas, saya ke Merlimau untuk mengundi, Keadaan situ agak ganjil, walaupun selemah-lemah PAS Sempang, masih lagi ramai orang.

Kemudian saya duduk seketika untuk meramaikan Sekolah Cina Merlimau dalam 1 jam.
Kemudian saya lalu ke Tedong, melihat Md Noor yang bersungguh-sungguh walaupun dengan bantuan beberapa kerat manusia.

Di Serkam Pantai mewah dengan Anggota pengibar bendera di tepi jalan.

Kemudian Balik ke rumah, singgah di SKM Merlimau, melihat PAS ditipu bulat-bulat, Pondoknya diukur dari pintu pagar yang tidak ditutup.

Berbalik kepada Sempang, rasanya dah ada teknologi yang cukup, tapi tak terbuat. Komputer ada, tapi tak sempat nak guna, Pencetak dah beli tapi tak sempat lagi nak cetak slip awal-awal.

Begitu juga kempen SMS, terlalu lambat dpat Idea untuk gunakan kempen SMS khusus pengundi sempang, lambat beberapa minit untuk kirim senarai nombor ke "kaki SMS", dia dah balik rumah.

Begitu juga soal bendera, bendera ada, tetapi terlalu lewat tiba dan konsep "visibility" tak difahami dengan baik. (biasanya orang kampung akan rasa lebih besar lebaih baik, lebih tinggi lebih baik berbanding dengan "eye level").

Walaubagaimana pun PACA BN tanya "Tahun ni PAS dapat banyak peruntukan ke"?

Banyak lagi benda perlu dipertingkatkan.

Pukul 5 nanti ank kira undi.....

Pintu gerbang Sempang


Pintu gerbang di kampung sempang, DUN Serkam, Melaka

Khamis, 6 Mac 2008

Keputusan Pilihanraya Parlimen Jasin. DUN Serkam,Merlimau, Sungai Rambai, Bemban, Rim

P139 JASIN
Jumlah Pengundi: 56,121
Peratusan Kaum: M:70.74% C:19.04% I:10.15% L:0.07%
1. Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN) (27,838)
2. Ir. Zulkefly Othman (PKR) (15,348)
Majoriti: 12,490
Jumlah undi: 44,176
Peratus mengundi: 78.72%
Undi rosak: 990
Penyandang: Datuk Mohd. Said Yusof (BN)
(Majoriti: 21,334 undi)


N24 BEMBAN
Jumlah Pengundi: 13,544
Peratusan Kaum: M:59.36% C:25.85% I:14.66% L:0.13%
1. Chua Kheng Hua (BN) (6,031)
2. Ho Kia Kim (DAP) (3,890)
Majoriti: 2,141
Jumlah undi: 10,511
Peratus mengundi: 77.61%
Undi rosak: 590
Penyandang: Datuk Chong Tam On (BN)
(Majoriti: 4,438 undi)


N25 RIM
Jumlah Pengundi: 9,288
Peratusan Kaum: M:57.59% C:26.19% I:16.11% L:0.11%
1. Mohd. Yazed Khamis (BN) (4,316)
2. Azmi Kamis (PKR) (2,679)
Majoriti: 1,637
Jumlah undi: 7,134
Peratus mengundi: 76.81%
Undi rosak: 139
Penyandang: Datuk Ramlah Abas (BN)
(Majoriti: 3,950 undi)


N26 SERKAM
Jumlah Pengundi: 13,636
Peratusan Kaum: M:88.83% C:7.75% I:3.39% L:0.03%
1. Ghazale Muhamad (BN) (6,997)
2. Kamarudin Sidek (Pas) (4,178)
Majoriti: 2,819
Jumlah undi: 11,348
Peratus mengundi: 83.22%
Undi rosak: 173
Penyandang: Datuk Ahmad Hamzah (BN)
(Majoriti: 4,347 undi)


N27 MERLIMAU
Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (4,981)
2. Jasme Tompang (Pas) (2,827)
Majoriti: 2,154
Jumlah undi: 7,957
Peratus mengundi: 75.99%
Undi rosak: 149
Penyandang: Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)
(Majoriti: 5,087 undi)


N28 SUNGAI RAMBAI
Jumlah Pengundi: 9,182
Peratusan Kaum: M:80.70% C:16.27% I:2.98% L:0.05%
1. Hassan Abdul Rahman (BN) (4,872)
2. Aminuddin Abdul Jalil (Pas) (2,606)
Majoriti: 2,266
Jumlah undi: 7,609
Peratus mengundi: 82.87%
Undi rosak: 131
Penyandang: Datuk Abu Pit (BN)
(Majoriti: 3,068 undi)

Google+ Hasbullah Pit