test

Sabtu, 12 Januari 2008

Ramalanku benar belaka (Gempa Bumi)

Setelah saya membuat kiriman blog meramal gempabumi semalam,
saya pun membuka google news, dan mendapati gempa bumi berlaku di 3 tempat. Ada yang berlaku sebelum ramalan, ada yang selepas.

Gempa bumi sebelum ramalan.
Di Algeria, 5.3 skala richter mengorbankan seorang wanita
Di Oregon Amerika, 6.4 skala richter


Gempa bumi selepas ramalan benar-bernar berlaku di California, 3.0 skala richter sahaja. Walaupun gempa bumi itu kecil, ramalanku dikira benar :)

Terdapat satu berita menunjukkan Saintis Amerika menemui gempa bumi boleh memberi kesan kepada aktiviti neuron. Di dunia ketiga, Orang Kampung di Merlimau sudah lama tahu walaupun berada diluar kawasan gempa bumi.

Jumaat, 11 Januari 2008

Gempa bumi akan berlaku

Satu gempa bumi akan berlaku sedikit masa lagi, entah dimana.

Itu gerak hati aku sahaja, kalau betul, betul lah, kalau tidak, abaikan sahaja.

Khamis, 10 Januari 2008

Kalendar Hijrah, Maal Hijrah, Awal Muharam

Selamat menyambut tahun baru Hijrah. Marilah kita kenangkan peristiwa hijrah yang penuh bermakna itu.

Di sini saya bukan menceritakan akan peristiwa hijrah, kerana pasti ramai Ustaz yang menceritakannya.

Mungkin anda pernah terfikir, dulunya "Awal Muharam", kemudian "Maal Hijrah", yang mana satu betul?

Bagi saya kedua-duanya betul.

Mungkin ramai diantara kita menyangka peristiwa hijrah berlaku tepat pada 1 Muharam 1429 tahun (hijrah) yang lalu. Akan tetapi sebenarnya bukan.

1429 tahun yang lalu, Peristiwa hijrah memang berlaku pada tahun itu akan tetapi bukan tepat pada 1 Muharam. Ianya berlaku pada bulan safar. 26 Safar.

Dulu saya juga menjangkakan ianya memang berlaku tepat pada 1 muharam, Akan tetapi mushkil juga, bagaimana hijrah boleh berlaku tepat-tepat 1 haribulan kalendar arab.

Walaupun sudahnya berlaku hijrah, kalander hijrah belum ada. Yang ada hanya kalendar arab menggunakan bulan yang sama dengan kalendar hijrah akan tetapi menggunakan peristiwa penting sebagai tahun, bukannya nombor.

Pada pemerintahan Khalifah Umar, iaitu 17 tahun selepas berlakunya peristiwa hijrah, Khalifah Umar dan para sahabat bersepakat memulakan perkiraan tahun hijrah pada tahun berlakunya peristiwa hijrah.

Walaupun ada cadangan lain untuk mulakan tahun pada bulan ramadhan dan Rejab. Kemudian, mereka memilih untuk menggunakan bulan muharam sebagai permulaan tahun seperti yang dicadangkan oleh Saidina Uthman.

Jadi yang mana betul? Awal Muharam atau Maal Hijrah?
Awal Muharam betul kerana tahun hijrah dikira pada bulan muharam.
Maal Hijrah juga betul kerana itu tahun berlakunya hijrah, walaupun peristiwa hijrah itu bukan tepat pada 1 muharam.

Yang salah ialah menganggap hijrah berlaku tepat pada 1 muharam 1 hijrah.

rujuk:
http://makadir.wordpress.com/2008/01/09/98/

Rabu, 9 Januari 2008

Khairy Jamaludin rupanya baru tahu

Cendiakawan Oxford, Khairy Jamaludin akhirnya baru tahu yang Orang Indonesia tidak suka dipanggil "Indon".

Petikan KJ di berita harian ...

"Jika kita tahu panggilan ini menyakitkan hati mereka (rakyat Indonesia), saya percaya kita perlu berhenti menggunakan panggilan itu. "
Adakalanya saya tertanya adakah dia tahu yang Pluto sudah lagi tidak menjadi Planet?

Adakah dia tahu yang Bluejacking berasal dari Malaysia?
Sudah pasti dia akan mencadangkan anugerah Dato kepada "Ajack"

Bercakap tentang panggilan, Adakah dia tahu yang orang Acheh tidak suka dipanggil sebagai orang Indonesia? dan Orang Merlimau tidak suka dipanggil sebagai orang Jasin?

Adakah dia tahu yang Selatan Thai itu patut dimerdekakan oleh orang Melayu?

Akhir sekali, adakah dia tahu bahawa ramai orang tidak suka dia?

Krisis Minyak masak Malaysia di atas kertas

Ramai yang tidak faham mengapa boleh ada krisis "kekurangan" minyak masak di Malaysia yang banyak pokok kelapa sawit, pokok kelapa, Pokok itu, pokok ini, segala jenis pokok yang boleh dijadikan minyak masak.

Kalau zaman dulu, minyak kelapa sering dijadikan minyak masak. sering kelihatan orang menjemur kelapa di laman rumah.

Akibat "kekurangan" minyak masak ini, ada juga agensi yang berminat untuk memproses minyak masak. Kalau tidak salah saya, felda ingin membuat minyak masak.

Akan tetapi, isu "kekurangan" minyak sawit ini bukanlah berpunca dari kekurangan minyak sawit. Minyak sawit banyak, akan tetapi kalau diproses, ianya tidak mampu untuk dijual dengan harga RM 2.50 sekilogram akibat kenaikan minyak sawit. Pengilang memerlukan lampu hijau dari kerajaan supaya dapat subsidi yang memurahkan minyak masak itu.

Akan tetapi disebabkan oleh minyak sawit melonjak, (jiga disebabkan oleh kejatuhan dollar dan kenaikan harga minyak), harga minyak sawit itu menjadi mahal.

Kalau kita tanam sawit sendiri, proses minyak sawit sendiri jadikan minyak masak, kosnya tak meningkat pun.

Kosnya meningkat apabila pengilang terpaksa membeli minyak sawit dari penjual kelapa sawit dengan harga mahal. Walaupun ada ketikanya, pengilang minyak sawit dan penanam sawit adalah dari syarikat induk yang sama.
Jadi, kos untuk membuat minyak masak meningkat di atas kertas.


Maka, kerajaan mempunyai kuota untuk mereka berikan kepada pengilang itu supaya subsidi nak menanggung kos yang meningkat di atas kertas itu.

Kalau tiada kuota, sewanang-wenanglah pengilang membuat minyak masak murah kemudian disalahgunakan untuk menjual kepada rakyat asing atau "Industri".

Saya pun tak faham kenapa "industri" begitu dianaktirikan seolah-olah "industri" adalah milik negara asing.

Perbezaan ketara harga minyak masak negara jiran dengan Malaysia menyebabkan ramai yang menyeludup keluar negara dan "industri".

Maka pengawai kerajaan melihat akan begitu banyaknya wang diberikan untuk subsidi minyak masak, bertindak melulu mengurangkan kuota berdasarkan perkiraan mana entah. Memanglah pengilang terpaksa hentikan pengeluaran, siapa nak berniaga rugi?

Ramai yang panik, dan simpan stok lebih.
Timbullah cakap-cakap "Muslihat nak menaikkan harga minyak masak",

Untuk mengakhirkan krisis, kuota itu dinaikkan.

Bagi rjuna , mungkin pelik apabila Mykad diperlukan untuk menjual minyak masak. Bagi saya itulah langkah yang paling sesuai untuk pembelian sebarang produk yang dikawal harganya.

Bukan setakat tulis di buku, malah perlu ada sistem dalam talian yang merekod segala pembelian minyak masak, etrol, gas dll.

sepatutnya, minyak masak, petrol, disel, gula dijual dengan harga yang diapungkan. Kemudian bila rakyat nak beli, gunakan mykad, automatik mykad itu dijadikan kad diskaun untuk produk tersebut.

Isnin, 7 Januari 2008

DVD Chua Soi Lek dan VCD Ceramah

Akhir akhir ini, Video lucah Menteri Kesihatan Chua Soi Lek disebarkan dalam bentuk Video DVD. Pada masa yang sama, saya dan rakan saya menebarkan VCD ceramah dari rumah ke rumah.

Ketika mulanya tersebar DVD Chua Soi Lek, maka saya terfikir, kenapa Format media skandal yang disasarkan kepada golongan Cina, lebih baik dari format media yang disasarkan untuk orang kampung?

Ketika saya menyebarkan VCD ceramah, kami perlu bertanya tuan rumah, samada ia mempunyai pemain VCD atau tidak.

Sambil mengedar risalah, saya terjenguk juga di dalam rumah orang, samada mereka ada pemain DVD atau tidak. Ada rumah yangmempunyai "Hi Fi complete set" yang boleh memainkan VCD. Nampaknya untuk dia naiktaraf kepada DVD, dia perlu beli 1 set yang baru? kebanyakan "HiFi" zaman sekarang pula tidak mempunyai "Line in".

Akan tetapi, jika rumah itu hanya ada pemain VCD yang disambung terus kepada TV, maka mudahlah ia menaiktaraf ke DVD, kerana dia hanya perlukan membeli pemain DVD.

Nasib baik pengeluar DVD Chua Soi Lek tidak mengeluarkan Video dalam format HD-DVD atau Bluray. Jika tidak ia akan menghangatkan lagi perang format yang belum tentu siapa pemenangnya?

Kembali kepada format VCD yang popular digunakan untuk ceramah pembangkang. Saya rasa tiba masanya untuk ia digantikan kepada format DVD.

Eh. Tunggu sekejap.
Adakah orang kampung yang masih tidak memiliki pemain DVD itu sebenarnya menunggu siapakah pemenang antara BD (Bluray) dengan HD-DVD?

Walaubagaimanapun, mungkin selepas ini, media yang digunakan oleh MTD Serkam ketika menyebarkan risalah adalah "DVD".


p/s: berapa harga DVD kosong?

Sabtu, 5 Januari 2008

Jangan keliru

Cara ini, atau cara ini hanyalah untuk pelawat boleh melihat blog yang tidak dibuang iklan advertletsnya.

Bagi pemblog, anda perlu membuang sendiri iklan advertlets anda.

Jadi, pada pengguna blogger, oleh kerana anda tidak boleh logmasuk dari blog anda. Anda perlu log masuk dari blogger.com untuk buang iklan itu.

Setelah buang iklan advertlets di blog sendiri barulah anda guna Cara ini, atau cara ini untuk melawat blog orang lain termasuk blog orang lain yang belum buang iklan advertlets.

Google+ Hasbullah Pit