test

Selasa, 1 Januari 2008

Tahun baru, Tamatnya jaminan tidak menaikkan harga minyak.

Pada 31 Disember 2007, apabila menjelang 2008, ramai yang sudah tahu, tamatnya jaminan Perdana Menteri minyak tidak dinaikkan "tahun ini".

Saya telah bersedia lebih awal, sejak awal disember, kerana jualan minyak pada krismas dan Hari Raya Korban tidak boleh diduga. Jadi saya telah membuat pengubahsuaian pada pesanan supaya tangki penuh pada 31 Disember.

Walaupun saya amat pasti minyak tidak akan dinaikkan sebelum pilihanraya, akan tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil.

Akan tetapi pengguna lebih kedepan dalam mengetahui tentang kenaikan harga minyak. Pada petang hari, wawa menelefon saya untuk kepastian kenaikan harga minyak, kerana menurut nabora, telah heboh berita tentang kenaikan harga minyak. Akan tetapi saya sendiri tidak pula mendapat SMS tentang kenaikan harga minyak.

Ada yang begitu yakin ia akan dinaikkan 40 sen. Walaupun jam sudah melebihi 12 pagi, mereka tetap datang dengan penuh yakin. Mereka berasa lega kerana harga minyak belum dinaikkan.


Kemudian ada lagi satu khabar angin yang mengatakan harga minyak akan dinaikkan pada hari khamis atau jumaat. Samada ianya realiti atau tidak, saya pun tak tahu.

Pagi tadi saya terfikir, apa akan jadi pada subsidi nelayan jika harga minyak dinaikkan? Nelayan akan membayar RM 1 seliter atau ditambah sedikit dengan kenaikan itu? Buat masa ini belum ada berita dari LKIM.

Isnin, 31 Disember 2007

Tahun baru, mari mengira berapa peratus

Ini bukan ucapan Selamat Tahun Baru kerana saya tidak menggalakkan sambutan tahun baru seolah-olah ianya satu perayaan besar. Ada pendapat yang mengatakan sambutan adalah berdasarkan peristiwa lama agama tertentu.

Akan tetapi perubahan nombor dari 2007 ke 2008 tetap memberi makna, dari banyak sudut, kerana banyak perkara diukur berdasarkjan tahun.

Prestasi Indeks Komposit BSKL juga diukur mengikut tahun dan indeks ketika ditutup petang ini adalah begitu bermakna kerana prestasi bagi tahun 2007 berdasarkan pada indeks petang ini.

Jika ia kekal dalam 144x, maka prestasi BSKL 2007 adalah lebih 30%

Dari sudut matawang pula, Ringgit meningkat lebih 5% berbanding USD, tetapi merosot hampir 5% kepada Euro.

Harga Emas yang dikira dalam USD meningkat 32%
Harga Emas yang dikira dalam ringgit pula meningkat dari RM 2,309 seaun ke RM 2858.
berapa peratus, jap saya kira. ......

23% sahaja.

Jumaat, 28 Disember 2007

Pembunuhan Benazir Bhutto

Walaupun saya bukan penyokong Benazir Bhutto, Saya mengutuk keras tindakan pembunuhan beliau .

Saya mengutuk sebarang bentuk pembunuhan atas sebab politik (termasuk pembunuhan Sheikh Ahmad Yassin, Aziz Rantisi).

Selasa, 25 Disember 2007

Pelebaran Jurang digital - Packet One + SKMM + DBKL

Tatkala berlakunya banjir, bukan sungai yang dilebarkan tetapi jurang digital.


Packet One sedia 1,500 zon WiFi

Oleh Hizral Tazzif Hisham

SKMM laksana pelan jalur lebar Projek Kuala Lumpur Kota Metropolitan Tanpa Wayar

PACKET One Networks (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Green Packet Bhd akan memasang 1,500 zon WiFi menjelang Mei tahun depan.

Ia sejajar rancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia's (SKMM) untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota raya yang memiliki kemudahan perkhidmatan jalur lebar mudah alih.


boleh dibaca selanjutnya di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Ekonomi/20071223232449/Article/index_html

Penduduk lembah kelang terutama sekali di Kuala Lumpur telah lama mempunyai infrastruktur untuk Internet. Sudahlah Streamyx awal diperkenalkan di Kuala Lumpur, Jaring Broadband pun begitu, Isyarat 3G (UMTS) pun begitu, HSDPA (3.5G) pun begitu?

Untuk orang kampung, Setengah tempat ada Streamyx, banyak yang belum ada, 3G? HSDPA?

Yang pasti ada hanyalah PSTN dan GPRS. itulah jenis sambungan Internet yang diharap mampu merapatkan jurang digital.

Berbalik kepada cerita Packet One, Syarikat yang diberi lesen WiMax tetapi belum lagi menyediakan WiMax, diberi pula kontrak untuk enyediakan Zon WiFi kepada penduduk yang sudah mewah dengan WiFi.

Orang kampung (Kecuali Merlimau) jangan mimpi nak ada WiFi ditempat anda, kalau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyebelahi bandar.

Kenapa SKMM tidak bekerja sama dengan PBT Luar Bandar? Atau bekerjasama dengan semua PBT? Bayangkan 1500 Zon Wifi itu disepahkan supaya dipecahkan supaya setiap Zon PBT dapat 2 atau 3 zon WiFi untuk orang kampung?

Kalau Ya pun nak membantu Syarikat Kroni, apa salahnya kemudahan itu diberikan kepada golongan orang kampung.

Packet One adalah satu pemegang lesen WiMax, hairan juga bagaimana dia boleh dapat lesen itu.

Bayangkan kalau dengan adanya pemancar WiFi, untuk orang KL, dengan mudahnya mereka menggunakan tempat yang sama untuk memancarkan wimax.

Maka tidak hairanlah Packet One boleh menyertai kelab bilion
















Ahad, 23 Disember 2007

Pelaburan dan Melayu

Saudara 'San' telah ulas di topik Rasuah telah menjadi kebiasaan:-


No wonder that prospective foreign investor stated, "Invest anywhere in Southeast Asia but not Malaysia!" When I wanted to start a business, the first thing they ask is about a malay partner.

Obviously, the sick value systems perpetrated by Mahathir is so widespread that daylight robbery and corruption is perfectly okay and are normal, everyday values.

End the NEP. Let us get back to being a normal country where every Malaysian is equal.


Ditelah mati anak diluah mati bapak.
Itulah ungkapan yang sesuai untuk BSKL / KLSE.

Iklim pelaburan Malaysia sebenarnya lemah.
Walaubagaimanapun, pihak tertentu, menggunakan kuasa politik yang ada sering meningkatkan indek kompositnya supaya ia diminati pelabur.

Hampirt setiap tahun, Indeks akan naik apabila tarif elektrik dinaikkan.
Banyak kali instrumen pelaburan KWSP (EPF) digunakan untuk menyelamatkan syarikat tertentu, dan banyak kali ia digunakan untuk mem'bullish'kan KLSE.

Terlalu banyak langkah kerajaan yang mesra pelabur tetapi tidak mesra rakyat. Juga tetap Malaysia tidak dianggap tempat pelaburan yang menarik.

Tetapi Malaysia negara kita, pelabur tetap perlu ditarik, indeks kita tetap perlu dipertingkatkan. Akan tetapi langkah seperti menaikkan tarif supaya TNB untung, membayar konsesi tol supaya PLUS dan syarikat lebuhraya lain untung, memang dapat dapat meningkatkan indeks komposit BSKL tetapi rakyat yang membayar harganya.

Di Malaysia, Siapa pelabur tempatan? Selain dari instrumen pelaburan seperti PNB, Tabung haji, unit amanah, kebanyakan pelabur tempatan adalah Orang Cina. Bukan salah mereka kerana membeli saham TNB, PLUS dan lain-lain ianya memang senaraian awam (Public Listed).
Jadi siapa yang untung lebih kalau kuasa kerajaan digunakan untuk mengkayakan TNB dan PLUS?


Dari situ kita dapat lihat bagaimana DEB (NEP), walaupun mensyaratkan sekurang-kuranganya 30% pegangan bumiputra, akan tetapi Orang Cina yang untung lebih.

DEB yang kononnya untuk mencapat 30% pegangan ekonomi, akan tidak berjaya jika 30% itu diberikan kepada individu. Amat tidak adil, kalau seseorang individu melayu (biasanya UMNO) mendapat perkongsian 30% pada syarikat senaraian awam, walhal ramai lagi yang miskin.

Saya, secara peribadi menentang DEB jenis sebegitu, kerana ia tidak memberi manafaat kepada ramai lagi orang Melayu yang miskin.

Samada wujudnya DEB jenis itu atau tidak, yang miskin tetap miskin, yang kaya hanya individu tertentu.
Pengarah yang hanya jadi boneka.

Jadi apa penyelesaiannya?
Ramai lagi Melayu yang miskin, hendak diberikan percuma 30% kepada boneka?

Tatkala kerajaan pimpinan PakLah cuba menafikan golongan India tertindas di Malaysia, maka mereka pun keluarkan statistik menunjukkan peratusan golongan India dibawah tahap kemiskinan adalah sebenarnya jauh lebih rendah daripada orang Melayu.

Saya tidak ingat berapa peratusannya, akan tetapi orang melayu dibawah paras kemiskinan adalah 8% berbanding India hanya 2%. (untuk cina saya tidak pasti)

Sudah semestinya pemberian 30% saham kepada pengarah boneka itu tidak dapat membantu golongan 8% dan 2% itu.

Jadi apa penyelesaiannya?

Wujudkan 1 badan Pemegang Amanah, Siapkan tabung khas untuk pemegang amanah itu,
Daftarkan golongan miskin supaya telus supaya tidak ada orang kaya yang berpura miskin.
Ubahsuai DEB, dan gantikan syarat 30% bumiputra itu kepada pemegang amanah itu.
Maka jika kalau ada dividen atau pertumbuhan modal, maka ianya adalah milik golongan 8% dan 2 % itu.

Rabu, 19 Disember 2007

Hari Jadi Saya

Bila tengok jam di komputer, rupanya hari ini hari jadi saya yang ke 32.

Mungkin tahun ini saya boleh sambut double birthday berdekatan.

19 Disember 1975 adalah bersamaan 16 ZulHijjah iaitu minggu depan.

Oleh itu, saya umumkan pengagihan 8 sen dividen dan 1 sen bonus pada pelabur ASB.
bersamaan 9% berdasarkan harga seunit RM 1.

Walaupun prestasi sebenar KLSE jauh lebih tinggi pada tempoh setahun, itu yang pelabur dapat apabila, pengagihan banyak telah diberikan ketika pasaran merundum 1 ketika dulu.

Selasa, 18 Disember 2007

Rasuah sudah jadi kebiasaan

Sempat saya menangkap video ceramah pendek Ustaz Kamarudin Sidek, yang menceritakan tentang rasuah, SPR, nombor plet pada sesi ceramah perdana 17 Disember 2007.

Berikut adalah videonya.



Rasanya saya perlu mencari buluh untuk dijadikan tripod kepada SE k800i ini.
lenguh tanganku untuk memegangnya.

Selepas ini akan ada lagi video ceramah Ustaz Kamarudin Sidek, kelebihan beliau berbanding ahli politik yang lain ialah kebolehan dia mengupas kandungan tempatan, spesifik Melaka.

Hutang kerajaan Negeri Melaka ialah 1 bilion. Jangan lupa nilai itu, dan mungkin ia bertambah lagi?

Walaupun dalam sesi ceramah beliau sekali dengan Penceramah tersohor seperti YB Salahudin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) bersama Sdra.Shamsul Iskandar b. Mohd Akin (Ketua AMK Malaysia), namun saya memilih untuk merekod ucapan beliau kerama ceramah beliau sukar untuk dijumpai pada VCD tempatan. Sesuai untuk orang Melaka mendapatkan pandangan alternatif.

Google+ Hasbullah Pit