test

Selasa, 27 November 2007

Airport Express : Peranti Audio WiFi merangkap router


Hahaha

Kini Audio wifi jadi realiti, saya sudah membeli Airport Express, ianya sebenarnya adalah router wifi biasa, tetapi ada tambahan ciri-ciri audio dan cetakan.

Sebenarnya saya beli ia sebagai penerima audio wifi, tetapi dia dah ada sekali router. Maka Tamatlah khidmat router wifi pada mac mini ini, kini mac mini jadi klien seperti komputer biasa.

Memang sejak dulu saya tercari penyelesaian audio secara wifi, hampir nak beli appleTV, tapi rupanya Airport Express ada airtunes.

AirTunes membolehkan audio diterima dari iTunes, samada dari Windows atau MacOSX, kemudian audio itu boleh disambung secara analog ke amplifier atau earphone/headphone DAN juga boleh disambung menggunakan optikal/digital.



Memang ramai orang tidak tahu bahawa kebanyakan peranti keluaran apple boleh mengeluarkan audio secara digital samada dalam format PCM atau DTS, disebabkan lubang menyambungnya adalah yang sama dengan stereo minijack biasa.

Kabel optikalnya memang susah untuk dicari.
Kalau nak cari, nama kabel itu ialah TOSLINK t0 mini toslink cable.

Jadi secara rasminya, hanya audio dari iTunes sahaja yang boleh dikeluarkan secara wifi melalui Airport Express.

Akan tetapi wujud juga aplikasi pihak ke 3 yang membolehkan seluruh Windows dan MacOSX menghantar isyarat audio wifi ke Airport Express. Airfoil.

Memang best airfoil ini, tetapi ia perisian berbayar :( USD 25 1 kesen, USD 49 5 lesen.


Justeport program baris arahan untuk windows. boleh dijadikan sebagai paip, tapi dalam dunia windows ada orang guna paip kah?

mpg123 lagu.mp3 | justeport 10.0.0.1

Tak mustahil kalau seluruh bunyi dipaipkan ke program itu.

manakala untuk Linux, ada roap-play , ia bolehdijadikan jurupacu alsa, yang membolehkan airport express bertindak sebagai kad bunyi tambahan.

Saya sebenarnya tak pasti dimana hendak diletakkan Airport Express itu, di Sistem audio utama yang sering digunakan untuk Astro? Atau Sistem audio lama.

Isnin, 26 November 2007

HINDRAF: isu Kerakyatan?

Memang pening untuk memikirkan tentang HINDRAF.

Selain daripada menyalahkan british membawa mereka ke sini, adakah mereka ingin melepaskan kerakyatan.

walaubagaimanapun, bila merujuk kepada Kiriman blog BumiMalaya, tidak ramai India yang ingin menyerahkan kerakyatan.

Adakala terfikir juga, adakah ketika mereka diberikan kerakyatan dulu, mereka diberi pilihan untuk "pulang"?

Bagaimana pula kalau mereka tidak diberikan Kerakyatan ketika Malaya Merdeka dulu?


Adakalanya, saya sering terfikir akan satu komen di blog Nik Nazmi.


What if, finally, the Malays also took to the street protesting against the British for bringing in immigrant labourers into the uni-ethnic Malay States and depriving them of their sole claim to the state; and being deprived and black-mailed for agreeing to award citizenship rights to the immigrants in lieu of Merdeka arrangements???

Ahad, 25 November 2007

Ceramah Khalid Jaafar, Ustaz Kamal, Syamsul, Anwar Ibrahim di Tedong, Merlimau



Setibanya saya di sana saya berborak seketika dengan semit (baju putih belah kiri) tentang harga minyak akan naik akan tidak, seperti biasa saya akan kata ia akana naik kerana minyak mentah sudah 'stabil' USD 90 an setong. Seperti biasa saya pun menerangkan formula subsidi minyak sebol, tak pasti pula dia faham atau tidak.

Jadi ceramah bermula dengan Ucapan Khalid Jaafar Keadilan, yang juga menyentuh tentang harga minyak, dia mempersalahkan kerajaan kerana gagal mengemukakan formula terbaik untuk kebaikan semua. Juga ada menyentuh tentang Agenda Ekonomi Baru - (muatturun) Saya tak pasti berapa ramai yang hadir ke ceramah itu faham isi kandungannya. Dipendekkan cerita, Agenda Ekonomi Malaysia mempersoalkan kenapa Pendapatan perkapita Rakyat Malaysia 5 kali ganda lebih rendah dari Singapura.



Suatu ketika dulu, saya selalu berjumpa dengan Khalid Jaafar ketika dia sering ke Taman Permata, saya tak pasti dia kenal saya atau tidak.

Ucapan Ustaz Kamal, agak menarik, mempersoalkan hutang kerajaan negeri Melaka sudah mencecah 1 billion, ditambah lagi pula dengan projek baru buat menara (tak pasti menara apa), ditambah pula projek bina semula kota lama. Tak hairan dia mencecah 1 billion.

Hutang kerajaan Negeri kepada pusat umpama hutang dari anak kepada bapanya. Walaubagaimanapun, ia menunjukkan sifat pembaziran dan kegagalan mengurus perbendaharaan negeri. Sedangkan memang sudah ada peruntukan dari kerajaan pusat kepada setiap negeri.

Dalam Ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim, selain daripada cerita bagaimana tokey judi menentukan siapa hakim negara, juga ada banyak menyentuh tentang ekonomi, walaupun di blognya sudah lama tidak menceritakan tentang ekonomi. Terkejut juga saya apabila dia mengatakan akan menurunkan harga minyak jikalau Barisan Alternatif memerintah.

Ya memang semua orang akan suka bila harga minyak turun, tapi dari sudut ekonomi, Subsidi akan lebih banyak dinikmati oleh orang kaya berbanding miskin dan penyeludupan akan meningkat. Jikalau mengikut sistem kedua2 jenis petrol ron 92 dan 97 diberikan subsidi, maka ia sebenarnya tidak adil kepada golongan berpendapatan rendah. Sekarang ini pun berapa juta subsidi minyak Malaysia dibawa lari ke negara jiran, tak termasuk yang tidak ditangkap.

Akan tetapi, bila difikirkan, ianya boleh dilakukan dengan menggunakan dua jenis gred petrol.
ron 95 bersubsidi, dan ron 98 tanpa subsidi. Mekanisme khas diperlukan untuk menghadkan penjualan petrol bersubsidi agar ia terkawal.

Jumaat, 23 November 2007

Kegagalan England ke Euro 2008

Tak perlu lah diritihkan kekalahan England untuk ke Euro 2008, umpama Negara kita masih lagi bawah jajahan British.

Khamis, 22 November 2007

Kedegilan itu standard

Kedegilan itu standard
maka hiduplah dengan kedegilan itu.

Tiada apa yang dapat aku lakukan untuk mengatasinya.

Rabu, 21 November 2007

Blog Wawa tutup


Tiba-tiba blog dia ditutup dan dijadikan invited reader only, Dulu dia pernah kata blog dia takkan ditutup, boleh bertahan lama.

10 Tahun Sebelum Merdeka..

Daripada beras Padu, saya terbuka blog saudara Nik Nazmi yang menceritakan tentang Dokumentari 10 Tahun sebelum Merdeka.

Di saat kita dikelirukan dengan cerita sejarah yang menunjukkan seolah-olah hanya UMNO yang memperjuangkan Kemerdekaan, maka apabila terjumpa fakta sebenar, ia amat menyeronokkan.

10 Tahun Sebelum Merdeka 1/4:






senaraimain 1 hingga 4


Saya kagum betul, mereka boleh jumpa orang lama PKMM.
Saya belum tengok habis lagi, tapi rasanya mereka perlu temu ramah orang lama IMP, yang ikut Dato Onn keluar UMNO.

URL blog 10 Tahun Sebelum Merdeka.
http://10tahun.blogspot.com/

Anda boleh muatturun video pelbagai cara dari blog tersebut.

Google+ Hasbullah Pit