test

Isnin, 19 November 2007

Aqiqah Aryana

Disebabkan tersalah haribulan, maka saya terpaksa beli baju baru kerana tinggal di Kawasan Lembah Kelang ekstra 1 hari.

Baju Abah, Jersi Malaysia dan juga boleh dijadikan baju untuk dipakai pada hari Sabtu.
Lebih Patriotik berbanding baju BERSIH kerana ada bendera Malaysia

Baju Umar, Autobots.

Majlis Aqiqah berlangsung.


Rupanya NSX pun datang, maka sempat saya culik anak dia untuk bergambar bersama Umar dan Hamzah.

Tapi bagi saya, yang menyeronokkan ialah cakap-cakap politik antara adik beradik saya.
Timbul persoalan "Kenapa semasa Tunku Isytihar Kemerdekaan Ghafar Baba disebelah dan bukannya Tuan Haji Pit?"
Maka saya pun menjawap, "Kerana dia sudah keluar dari UMNO".

Timbul lagi satu persoalan, Kenapa Dato Onn mencadangkan UMNO dibuka kepada bukan Melayu sehingga dia dilabel sebagai pengkianat melayu?

Ketika itu belum merdeka, kerakyatan belum diberikan kepada bangsa asing, ada di antara mereka masih baru di Tanah Melayu, Masih boleh lagi untuk tidak memberi kerakyatan.

Akan tetapi, orang melayu lebih memilih Tunku yang begitu murah memberikan kerakyatan.

Dan sekiranya UMNO dibuka kepada kaum asing, maka UMNO boleh mengawal kerakyatan yang diberikan kepada bangsa asing.

Namun, 50 tahun selepas Merdeka, dan kerakyatan telah diberikan, ia amat mustahil untuk ditarik balik, terutama sekali apabila seseorang itu memang sudah lahir di Malaysia.
Ianya telah berlalu.

Jadi apa yang penting sekarang ialah menjaga integrasi kaum, tanpa mengurangkan apa yang orang Malayu dapat.

Tapi apa yang berlaku sekarang ialah, Integrasi kaum tidak terjaga, tetapi hak orang melayu terhapus sedikit-demi sedikit. 'DEB' sering dijadikan alasan untuk mereka meminta dan mendapat lebih.

Nak dihapuskan setinggan, apa salahnya keluarkan geran untuk 'legalized'kan mereka.
Kalau tak roboh setinggan, dapat 'penyapu'.


Kembali ke cerita asal, antara yang saya cemburu akan akak dan abang saya ialah mereka pernah mengikuti Arwah Abah ke Ceramah Burhanuddin Helmi dan Dato Onn. Sesuatu yang tak akan saya nikmati ketika ini.

Sebagai alternatif pengganti Dato Onn dan Burhanuddin Helmi, zaman sekarang ada Husam Musa dan Anwar Ibrahim.



Orang Melaka, Muar, boleh ke Kampung Tedong hujung minggu ini.

Jumaat, 16 November 2007

Kembali ke Linux

Sudah lama tidak kemas kini blog.

Saya baru sahaja menghidupkan kembali Fedora lama, rupanya partisyen Fedora idak rosak. Hanya cakera yang menggangdungi Windows, dan /home/sebol yang rosak, oleh kerana ia cakera pertama (/dev/hda) maka grub tak berfungsi.

Akan tetapi tidak semua /home/sebol hilang, sebelum /home/sebol diletakkan dalam partisyen khusus, ianya duduk dalam /home di cakera kedua (/dev/hdb). Kandungan /home/sebol tidak dipadam sebelum menggunakan /home/sebol yang baru.

Maka ada juga data yang hilang, tapi tak hilang semuanya.

Ada lagi gambar kawin dulu-dulu.

Sesi menyerahan CD RedHat versi 9 semasa kenduri dulu.


Dari RedHat 9, kemudian di naik taraf ke Fedora core 1, 2,3,4, 5, 6
Tiada pemasangan baru Fedora dilakukan pada komputer saya.
Sampai lah sekarang tengah 'yum upgrade' ke Fedora 8.
Akhirnya saya akur dengan nasihat Pengulas di Topik ini untuk menaiktaraf ke Fedora 8 terus.

Tapi ada masalah kebergantungan, kerana banyak pakej dipasang dari repo lain terpaksa dibuang dahulu untuk yum upgrade boleh dilakukan.

Saya kini boleh menggunakan pelungsur web kegemaran ku semula, Epiphany.

Yang menyeronokkan ialah Epiphany membolehkan saya klik-kanan pada blog mak merah
Banyak lagi perkara perlu dilakukan.

Rabu, 14 November 2007

Syiling 1 sen bernilai lebih dari 1 sen?

Terdapat Cerita pengumuman mengatakan wang syiling 1 sen tak digunakan di kaunter pembayaran lagi. Jason menyambut baik langkah itu, kerana dia sering menyimpan wang 1 sen yang diperolehi, tetapi sering tidak membawanya. Lama kelamaan wang syiling satu sen banyak diperap dan kerajaan akan tetap mengeluarkannya.

Apa sudah jadi?
Adakah nilai logam pada syiling 1 sen bernilai lebih dari satu sen?
Mungkin juga.

Ini graf harga Tembaga 5 tahun



di Bincang.net, ada yang dengar dengar kos mengeluarkan syiling 1 sen ialah 3.8 sen.
Tidak pasti pula, kalau dileburkan duit 1 sen itu, kita akan mendapat lebih dari 1 sen.


dan ianya tak mustahil kerana di Amerika, nilai logam pada 1 nickel (5 sen) melebihi 5 sen (USD).


Laman web Coinflation ada menyiarkan berapa nilai logam bagi syiling amerika.

Jadi mungkin syiling 1 sen BNM yang baru, kurang tembaga berbanding syiling 1 sen zaman P.Ramlee.

Jadi kepada sesiapa yang memerap syiling 1 sen di tabung, di sarankan akan terus menyimpannya dalam bentuk syiling, cukup masa leburkan ia.

Jadi tak hairan lah kalau bank negara keluarkan syiling 1 sen, ia dileburkan untuk mengekstrak tembaga.

Selasa, 13 November 2007

Tahniah Asrul Munir @ Trew @ Abu Mu'aaz - Peraduan Jutawan Merdeka TM

Tahniah diucapkan kepada kawan saya Asrul Munir aka Trew aka Abu Mu'aaz, kerana memenagi Hadiah Bulanan Peraduan Jutawan Merdeka.

Rezeki anak...


Bila pembaca berita sebut "Asrul Munir", dalam hati saya berkata 'macam pernah dengar', bila tengok gambar, baru nampak, cepat-cepat capai telefon. Sempat tangkap gambar.

Pengunjung blog ini disarankan untuk menyerang blog dia dan ucapkan tahniah.

Isnin, 12 November 2007

Pasca Perarakan BERSIH ==> LowYat

BABAK Asam Pedas
Selepas pulang dari perarakan BERSIH, saya makan dahulu di kedai "Asam Pedas" setiawangsa, Pada menu ada "Latte" tetapi bila sudah duduk dan nak pesan, rupanya Latte tiada.

Akan tetapi, oleh kerana kepala otak ini berjalan, maka saya pesan 2 cawan air.
1. Nescafe
2. Espresso

Kemudian, Expresso dicampurkan sedikit sedikit ke dalam Nescafe. Tumpah pula sedikit.

Oleh kerana bosan keseorangan, maka saya pesan 2 orang wanita untuk menemani saya.
Maka mereka pun tiba dan duduk dengan saya.



Setelah minum dan borak seketika. Saya mengambil keputusan untuk membawa pulang salah seorang dari wanita itu. Wanita yang lagi satu ditinggalkan sahaja.


BABAK Lowyat

Kemudian, saya bersama wanita itu pergi ke LowYat.
Setibanya di Lowyat, terjumpa UMPC Fujitsu yang amat menggiurkan, U1010, rasanya dulu mahal, tapi kini tak sampai 4 ribu. Boleh muat kocek tetapi cukup-cukup sahaja.

Kemudian jumpa lagi UMPC jenama gigabyte, lebih murah, lebih ringkas, tapi agak sukar sedikit untuk masuk kocek.

Sebelum balik, jumpa lagi 1 UMPC jenama jepun, tak ingat tapi bermula dari "K", ia memang tak muat kocek tetapi cukup kecil.

Wanita itu sibuk mengkaji Kamera Olympus yang diperagakan di kawasan tengah. Masih lagi belum tahu model/jenama apa yang dia nak.

Rayau punya rayau, nampak banyak LCD Monitor, oleh kerana baru-baru ini ada buat pengiraan saiz TV LCD, maka banyak pula monitor skrin lebar dipasaran. Harga pun boleh tahan. Paling besar Monitor LCD yang skrin lebar ialah 22 inci. Belum buat pengiraan lagi, adakah kalau tengok DVD gambarnya akan lebih besar dari TV 4:3 29"?
Tak pandai pula nak buat persamaan seterentak guna komputer, dulu belajar guna kertas sahaja.

Dengarnya, Monitor LCD ada yang 24 inci tetapi tidak dijual di Malaysia. Ada dijual di Singapura dan Korea.

Kenapalah dulu masa beli Monitor LCD tak terfikir akan Skrinlebar?
Ketika itu DVD Transformer belum keluar lagi.

Kemudian pergi ke kedai Apple, cuba tanya pasal AppleTV, macam ayam dengan itik rasanya.
Kalau ikut perancangan Asal, nak beli AppleTV untuk dijadikan Media Center merangkap 'Wifi Audio Reciever'. Kerana Macmini yang asalnya untuk dijadikan Media Center, telahpun dijadikan komputer.

Oleh kerana saya mahukan audio dari Apple dimainkan di pembesar suara yang jauh, maka mereka mencadangkan Airport Express. Dia boleh mainkan audio dari iTunes dari Apple atau Windows, menarik juga. Akan tetapi mereka mengatakan bahawa audio yang dikeluarkan hanya dalam bentuk analog melalui 'streo minijack'. Agak menyedihkan juga bila isyarat audio yang nak dikekalkan dalam format digital melalui wifi, akan keluar sebagai analog, entah DAC apa yang dia pakai.

Timbul persoalan, kalau bukan iTunes, perisian lain boleh kah? bagaimana pula dengan Linux?
semua itu belum dikaji lagi.

Namun apa yang saya temui ialah, rupanya Airport Express boleh output sebagai optical melalui mini toslink. Macam macmini dan macbook juga. Bermati-matian orang di kedai Apple itu mengatakan ianya tak boleh guna optical.

Leceh betul hidup di Malaysia. Ideologi tentang audio hampir sama bagi semua orang.
Sudahlah susah nak buktikan pasa erisar tentang "3 way" semestinya lebih baik dari "2 way".

Kalau 3 way sentiasa lebih baik dari 2 way, siapa pula nak bayar ribu-ribu beli pembesar suara B&W 602 S3 ini. Kalau '3 way' tak sampai RM 300 bersepah di kedai elektri berdekatan.


Walaubagaimanapun saya dah jatuh cinta dengan Airport Express, tak perlu beli Apple TV, tak perlu beli reciever Yamaha yang ada rangkaian yang baru.

Babak TT Viosclub

Tiba di Melaka saya dan Wanita tadi pun pergi ke Cheng, untuk sesi Teh Tarik (tapi minum kopi). Seperti biasa, disitu jadi tempat memperagakan sistem audio, pembesar suara, wufer sub (sub-woofer).



Saya pun memperagakan pembesar suara Infinity 6020 CS (set komponen) yang baru dipasang tanpa penukaran Unit Kepala (Head Unit / HU). Biasalah, dalam dunia kereta, Pembesar suara mesti kelihatan besar, nampak cantik, berlampu. Rasanya, kalau beli Infinity Kappa sekalipun, mesti akan dipandang sebelah mata, kerana ianya "2 way" dan tidak besar.

Kotak Rokok akan TERBAKAR

Kotak rokok akan terbakar apabila ia dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (Microwave oven).

Ianya akan menyala tidak sampai 10 saat setelah ia di'panas'kan.

Oleh itu anda tidak digalakkan untuk memcubanya di dapur masing-masing.


Kenapa saya memanaskan kotak rokok di ketuhar gelombang mikro?

Asalnya saya cuba mencari penyelesaian bagi rokok yang telah masuk angin, manalah tau kalau kita "nge"kan dia di ketuhar gelombang mikro, rasa "masuk angin"nya akan hilang.

Rupanya ia terbakar pula.

Bila hanya rokok tanpa kotak dipanaskan di ketuhar itu, kesan "masuk angin" tetap ada.

Pembuktian konsep bagi menghilangkan rasa masuk angin pada rokok gagal.

Namun dapat membuktikan kotak rokok boleh terbakar dalam ketuhar gelombang mikro.

p/s: adakah rokok akan masuk angin di ISS?

Ahad, 11 November 2007

Gambar dan Video Perarakan Perhimpunan BERSIH

Cepat betul pemblog tempatan mengemaskini kemasukan blog tentang perarakan BERSIH.
Sila dapatkan senarai di sini

Yang tak pergi perarakan kemaskini blog lebih pantas dari yang pergi perarakan.

Tapi saya mengambil masa terlalu lama untuk memblog tentang bersih. Keletihan.
Tiba dirumah pukul 1 pagi. Terus ke BerasPadu, dan terjumpa kemasukan blog Vanragdx, Edyra dan NikNazmi. Walaupun yang lain cukup informatif, tetapi Nik Nazmi paling best kerana ianya berdasarkan pengalaman sendiri, termasuk cerita makan di McDonald.


Mulanya....

Pada lebih kurang pukul 12, saya ke KL dari Merlimau , di Tol Ayer Keroh, ada kesesakan, rupanya ada halangan polis untuk mencari orang yang berbaju kuning.

Saya tidak memakai Kemeja T BERSIH, tetapi memakai Jersi BolaSepak Malaysia, yang dibeli ketika Malaysia tewas 4-2 Piala Tiger suatu ketika dulu.

Ada 1001 perancangan, samada Wawa nak hantar saya ke seremban dan saya naik komuter atau pergi terus, akhirnya pergi terus, tetapi timbul 1 masalah, mana nak letak Wawa yang tak pergi BERSIH itu. Akhirnya Ezza sanggup menjadikan Wawa sebagai Tawanan Perang.

Kerasa kesesakan, maka lambatlah untuk menghantar Wawa ke Setiawangsa.

Saya cuba naik LRT untuk ke Masjid Jamek, akan tetapi Stesyen Itu ditutup, yang dibuka paling hampir ialah Dang Wangi. Maka syaa pun naik ke DangWangi.

Setibanya Dang Wangi saya berjalan kaki ke arah Masjid Jamek, kulihat banyak Polis, ketika perjalanan itu ada juga beberapa orang pemBERSIH yang berjalan sama.




Mereka kelihatan terpinga-pinga mungkin kerana tak pasti kemana nak dituju.

Saya pun gagahkan diri melalui kawasan polis itu untuk terus ke Dataran.

(cuba bayangkan kalau ada orang tanya pada FRU itu, "Bang ni bas untuk ke datarang ke")


Polis juga turut menjaga Ambank, takut bangunannya dibawa lari oleh orang kuning.


Setibanya di Dataran, Kelihatan banyak FRU yang memastikan rumput di Dataran tidak dipijak oleh orang ramai.

Kemudian saya ke arah Istana, dan kelihatan gerobolan orang kuning berarak ke Istana.

Saya merapati mereka.



Dan menyertai mereka. Yang menariknya ialah saya terjumpa kawan lama Malik, saya ketika saya menyertai perarakan. Yang pakai Jaket Hitam menoleh ke kanan.



Manaiki jejambat.

Video perarakan di sini
(diedit menggunakan Sony Ericsson "Video DJ")



melepasi bulatan entah


Kemudian mendapat tahu bahawa Penyerahan telah berjaya dilakukan, maka semua sudah boleh balik.



Terjampak juga gerobolan orang kuning yang baru balik dari Istana

Ada ramai lagi di belakang mereka.

Di Masjid Negara, ada yang mendengar Ucapan Ringkas Mat Sabu, ada yang terus pulang.




Polis lebih ramai dari orang kuning.


Dalam perjalanan balik, saya tergelincir sehingga terjatuh k800i ku,
Selepas itu sempat saya snap gambar polis yang menjaga rumput tadi dengan lebih dekat.




Kesimpualnnya saya pun tidak tahu berapa ramai yang hadir.
Ketika ia sudah selesai diserahkan, ramai lagi yang baru nak pergi, ramai yang takut bergerak melalui masjid Jamek, ramai yang terhenti di Dataran.

Hero utama program kali ini adalah Unit Amal PAS yang begitu teratur.

Google+ Hasbullah Pit