test

Rabu, 14 November 2007

Syiling 1 sen bernilai lebih dari 1 sen?

Terdapat Cerita pengumuman mengatakan wang syiling 1 sen tak digunakan di kaunter pembayaran lagi. Jason menyambut baik langkah itu, kerana dia sering menyimpan wang 1 sen yang diperolehi, tetapi sering tidak membawanya. Lama kelamaan wang syiling satu sen banyak diperap dan kerajaan akan tetap mengeluarkannya.

Apa sudah jadi?
Adakah nilai logam pada syiling 1 sen bernilai lebih dari satu sen?
Mungkin juga.

Ini graf harga Tembaga 5 tahun



di Bincang.net, ada yang dengar dengar kos mengeluarkan syiling 1 sen ialah 3.8 sen.
Tidak pasti pula, kalau dileburkan duit 1 sen itu, kita akan mendapat lebih dari 1 sen.


dan ianya tak mustahil kerana di Amerika, nilai logam pada 1 nickel (5 sen) melebihi 5 sen (USD).


Laman web Coinflation ada menyiarkan berapa nilai logam bagi syiling amerika.

Jadi mungkin syiling 1 sen BNM yang baru, kurang tembaga berbanding syiling 1 sen zaman P.Ramlee.

Jadi kepada sesiapa yang memerap syiling 1 sen di tabung, di sarankan akan terus menyimpannya dalam bentuk syiling, cukup masa leburkan ia.

Jadi tak hairan lah kalau bank negara keluarkan syiling 1 sen, ia dileburkan untuk mengekstrak tembaga.

Selasa, 13 November 2007

Tahniah Asrul Munir @ Trew @ Abu Mu'aaz - Peraduan Jutawan Merdeka TM

Tahniah diucapkan kepada kawan saya Asrul Munir aka Trew aka Abu Mu'aaz, kerana memenagi Hadiah Bulanan Peraduan Jutawan Merdeka.

Rezeki anak...


Bila pembaca berita sebut "Asrul Munir", dalam hati saya berkata 'macam pernah dengar', bila tengok gambar, baru nampak, cepat-cepat capai telefon. Sempat tangkap gambar.

Pengunjung blog ini disarankan untuk menyerang blog dia dan ucapkan tahniah.

Isnin, 12 November 2007

Pasca Perarakan BERSIH ==> LowYat

BABAK Asam Pedas
Selepas pulang dari perarakan BERSIH, saya makan dahulu di kedai "Asam Pedas" setiawangsa, Pada menu ada "Latte" tetapi bila sudah duduk dan nak pesan, rupanya Latte tiada.

Akan tetapi, oleh kerana kepala otak ini berjalan, maka saya pesan 2 cawan air.
1. Nescafe
2. Espresso

Kemudian, Expresso dicampurkan sedikit sedikit ke dalam Nescafe. Tumpah pula sedikit.

Oleh kerana bosan keseorangan, maka saya pesan 2 orang wanita untuk menemani saya.
Maka mereka pun tiba dan duduk dengan saya.



Setelah minum dan borak seketika. Saya mengambil keputusan untuk membawa pulang salah seorang dari wanita itu. Wanita yang lagi satu ditinggalkan sahaja.


BABAK Lowyat

Kemudian, saya bersama wanita itu pergi ke LowYat.
Setibanya di Lowyat, terjumpa UMPC Fujitsu yang amat menggiurkan, U1010, rasanya dulu mahal, tapi kini tak sampai 4 ribu. Boleh muat kocek tetapi cukup-cukup sahaja.

Kemudian jumpa lagi UMPC jenama gigabyte, lebih murah, lebih ringkas, tapi agak sukar sedikit untuk masuk kocek.

Sebelum balik, jumpa lagi 1 UMPC jenama jepun, tak ingat tapi bermula dari "K", ia memang tak muat kocek tetapi cukup kecil.

Wanita itu sibuk mengkaji Kamera Olympus yang diperagakan di kawasan tengah. Masih lagi belum tahu model/jenama apa yang dia nak.

Rayau punya rayau, nampak banyak LCD Monitor, oleh kerana baru-baru ini ada buat pengiraan saiz TV LCD, maka banyak pula monitor skrin lebar dipasaran. Harga pun boleh tahan. Paling besar Monitor LCD yang skrin lebar ialah 22 inci. Belum buat pengiraan lagi, adakah kalau tengok DVD gambarnya akan lebih besar dari TV 4:3 29"?
Tak pandai pula nak buat persamaan seterentak guna komputer, dulu belajar guna kertas sahaja.

Dengarnya, Monitor LCD ada yang 24 inci tetapi tidak dijual di Malaysia. Ada dijual di Singapura dan Korea.

Kenapalah dulu masa beli Monitor LCD tak terfikir akan Skrinlebar?
Ketika itu DVD Transformer belum keluar lagi.

Kemudian pergi ke kedai Apple, cuba tanya pasal AppleTV, macam ayam dengan itik rasanya.
Kalau ikut perancangan Asal, nak beli AppleTV untuk dijadikan Media Center merangkap 'Wifi Audio Reciever'. Kerana Macmini yang asalnya untuk dijadikan Media Center, telahpun dijadikan komputer.

Oleh kerana saya mahukan audio dari Apple dimainkan di pembesar suara yang jauh, maka mereka mencadangkan Airport Express. Dia boleh mainkan audio dari iTunes dari Apple atau Windows, menarik juga. Akan tetapi mereka mengatakan bahawa audio yang dikeluarkan hanya dalam bentuk analog melalui 'streo minijack'. Agak menyedihkan juga bila isyarat audio yang nak dikekalkan dalam format digital melalui wifi, akan keluar sebagai analog, entah DAC apa yang dia pakai.

Timbul persoalan, kalau bukan iTunes, perisian lain boleh kah? bagaimana pula dengan Linux?
semua itu belum dikaji lagi.

Namun apa yang saya temui ialah, rupanya Airport Express boleh output sebagai optical melalui mini toslink. Macam macmini dan macbook juga. Bermati-matian orang di kedai Apple itu mengatakan ianya tak boleh guna optical.

Leceh betul hidup di Malaysia. Ideologi tentang audio hampir sama bagi semua orang.
Sudahlah susah nak buktikan pasa erisar tentang "3 way" semestinya lebih baik dari "2 way".

Kalau 3 way sentiasa lebih baik dari 2 way, siapa pula nak bayar ribu-ribu beli pembesar suara B&W 602 S3 ini. Kalau '3 way' tak sampai RM 300 bersepah di kedai elektri berdekatan.


Walaubagaimanapun saya dah jatuh cinta dengan Airport Express, tak perlu beli Apple TV, tak perlu beli reciever Yamaha yang ada rangkaian yang baru.

Babak TT Viosclub

Tiba di Melaka saya dan Wanita tadi pun pergi ke Cheng, untuk sesi Teh Tarik (tapi minum kopi). Seperti biasa, disitu jadi tempat memperagakan sistem audio, pembesar suara, wufer sub (sub-woofer).



Saya pun memperagakan pembesar suara Infinity 6020 CS (set komponen) yang baru dipasang tanpa penukaran Unit Kepala (Head Unit / HU). Biasalah, dalam dunia kereta, Pembesar suara mesti kelihatan besar, nampak cantik, berlampu. Rasanya, kalau beli Infinity Kappa sekalipun, mesti akan dipandang sebelah mata, kerana ianya "2 way" dan tidak besar.

Kotak Rokok akan TERBAKAR

Kotak rokok akan terbakar apabila ia dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (Microwave oven).

Ianya akan menyala tidak sampai 10 saat setelah ia di'panas'kan.

Oleh itu anda tidak digalakkan untuk memcubanya di dapur masing-masing.


Kenapa saya memanaskan kotak rokok di ketuhar gelombang mikro?

Asalnya saya cuba mencari penyelesaian bagi rokok yang telah masuk angin, manalah tau kalau kita "nge"kan dia di ketuhar gelombang mikro, rasa "masuk angin"nya akan hilang.

Rupanya ia terbakar pula.

Bila hanya rokok tanpa kotak dipanaskan di ketuhar itu, kesan "masuk angin" tetap ada.

Pembuktian konsep bagi menghilangkan rasa masuk angin pada rokok gagal.

Namun dapat membuktikan kotak rokok boleh terbakar dalam ketuhar gelombang mikro.

p/s: adakah rokok akan masuk angin di ISS?

Ahad, 11 November 2007

Gambar dan Video Perarakan Perhimpunan BERSIH

Cepat betul pemblog tempatan mengemaskini kemasukan blog tentang perarakan BERSIH.
Sila dapatkan senarai di sini

Yang tak pergi perarakan kemaskini blog lebih pantas dari yang pergi perarakan.

Tapi saya mengambil masa terlalu lama untuk memblog tentang bersih. Keletihan.
Tiba dirumah pukul 1 pagi. Terus ke BerasPadu, dan terjumpa kemasukan blog Vanragdx, Edyra dan NikNazmi. Walaupun yang lain cukup informatif, tetapi Nik Nazmi paling best kerana ianya berdasarkan pengalaman sendiri, termasuk cerita makan di McDonald.


Mulanya....

Pada lebih kurang pukul 12, saya ke KL dari Merlimau , di Tol Ayer Keroh, ada kesesakan, rupanya ada halangan polis untuk mencari orang yang berbaju kuning.

Saya tidak memakai Kemeja T BERSIH, tetapi memakai Jersi BolaSepak Malaysia, yang dibeli ketika Malaysia tewas 4-2 Piala Tiger suatu ketika dulu.

Ada 1001 perancangan, samada Wawa nak hantar saya ke seremban dan saya naik komuter atau pergi terus, akhirnya pergi terus, tetapi timbul 1 masalah, mana nak letak Wawa yang tak pergi BERSIH itu. Akhirnya Ezza sanggup menjadikan Wawa sebagai Tawanan Perang.

Kerasa kesesakan, maka lambatlah untuk menghantar Wawa ke Setiawangsa.

Saya cuba naik LRT untuk ke Masjid Jamek, akan tetapi Stesyen Itu ditutup, yang dibuka paling hampir ialah Dang Wangi. Maka syaa pun naik ke DangWangi.

Setibanya Dang Wangi saya berjalan kaki ke arah Masjid Jamek, kulihat banyak Polis, ketika perjalanan itu ada juga beberapa orang pemBERSIH yang berjalan sama.




Mereka kelihatan terpinga-pinga mungkin kerana tak pasti kemana nak dituju.

Saya pun gagahkan diri melalui kawasan polis itu untuk terus ke Dataran.

(cuba bayangkan kalau ada orang tanya pada FRU itu, "Bang ni bas untuk ke datarang ke")


Polis juga turut menjaga Ambank, takut bangunannya dibawa lari oleh orang kuning.


Setibanya di Dataran, Kelihatan banyak FRU yang memastikan rumput di Dataran tidak dipijak oleh orang ramai.

Kemudian saya ke arah Istana, dan kelihatan gerobolan orang kuning berarak ke Istana.

Saya merapati mereka.



Dan menyertai mereka. Yang menariknya ialah saya terjumpa kawan lama Malik, saya ketika saya menyertai perarakan. Yang pakai Jaket Hitam menoleh ke kanan.



Manaiki jejambat.

Video perarakan di sini
(diedit menggunakan Sony Ericsson "Video DJ")



melepasi bulatan entah


Kemudian mendapat tahu bahawa Penyerahan telah berjaya dilakukan, maka semua sudah boleh balik.



Terjampak juga gerobolan orang kuning yang baru balik dari Istana

Ada ramai lagi di belakang mereka.

Di Masjid Negara, ada yang mendengar Ucapan Ringkas Mat Sabu, ada yang terus pulang.




Polis lebih ramai dari orang kuning.


Dalam perjalanan balik, saya tergelincir sehingga terjatuh k800i ku,
Selepas itu sempat saya snap gambar polis yang menjaga rumput tadi dengan lebih dekat.




Kesimpualnnya saya pun tidak tahu berapa ramai yang hadir.
Ketika ia sudah selesai diserahkan, ramai lagi yang baru nak pergi, ramai yang takut bergerak melalui masjid Jamek, ramai yang terhenti di Dataran.

Hero utama program kali ini adalah Unit Amal PAS yang begitu teratur.

Sabtu, 10 November 2007

Formula Rombakan Subsidi Minyak

Khairy Jamaludin adalah seorang ahli Politik yang cukup opportunis, adakalanya dia terlalu opportunis sehinga melampau sehingga menghijack acara orang lain untuk tujuan politiknya.

Suka hati dia lah.

Isu subsidi minyak memang menjadi isu negara sejak lebih kurang 5 tahun kebelakangan ini. Apabila wujudnya subsidi maka, ramai juga yang suka menyeludup disel ke Negara Jiran. Dengan harga semasa yang begitu tinggi, ianya pasti berlaku walaupun tidak kedengaran berita tentang Tangkapan Penyeludup.

Setelah beberapa berkecimpung dalam politik, akhirnya KJ bersuara tentang Subsidi minyak, walaupun pada perkiraan saya, ia adalah amat-amat terlewat.


Namun sekiranya dia tidak menyuarakan , mungkin Pak Lah akan terus tidur.

Ianya memang terlewat. 3, 4 tahun lepas ketika harga minyak dunia tidak terlalu tinggi macam hari ini, maka ketika itu sesuai untuk mengapungkan harga minyak.

Sudahlah kita terlalu lewat untuk melepaskan tambatan ringgit terhadap USD, apungkan harga minyak pun terlewat.


Kedengaran juga Najib berkata tentang mencari formula baru untuk subsidi minyak. Dulu kedengaran suara Najib juga menyerankan blog dipantau sehingga nama blog ini menjadi " Blog Tak Berdaftar Yang Perlu Dipantau"

Kenapa tak pantau?

Bukankah formula itu berada di sini?

Perkara pokok di sini ialah kita perlu meningkatkan nilai ringgit ke tahap suatu ketika dahulu. Lebih kurang RM 2.50 == 1 USD. Maka selepas itu barulah distabilkan nilai ringgit.

Kalau tak cukup formula, saya tambah lagi 1 formula.

Formula Subsidi minyak sebol

setelah nilai ringgit mengukuh berbanding dollar DAN matawang asing lain, dan diikat sedikit dengan emas (20%), maka dijangkakan, sekiranya harga minyak dunia naik lagi (dan Emas juga naik), ringgit kita akan turut meningkat, dan seterusnya harga minyak semasa bagi orang malaysia, tidak begitu meningkat.

Kemudian, kita tiru Indonesia sedikit dengan membuat petrol 2 gred. Satu harga tanpa subsidi, satu lagi harga dengan subsidi.

sebagai contoh, RON 92 bersubsidi, RON 97 tanpa subsidi.
ATAU

bunuh RON 92,
dan jadikan RON 95 bersubsidi dan RON 98 tanpa subsidi.

Minyak RON 95 bersubsidi itu juga boleh dihadkan penjualannya.
20 liter sehari, 30 liter sehari.

Maka sekurang-kurangnya , orang kaya yang ingin bergaya dengan Mercedesnya boleh terus tuang penuh RON 98 tanpa subsidi.

Apabila Ringgit mengukuh dan terus mengukuh (kalau Ringgit ditambat sedikit dengan emas), minyak RON 95 yang bersubsidi itu boleh dihapuskan subsidinya dan ketika itu Rakyat mampu membelinya.

Sementara Harga NGV masih rendah, maka Apungkanlah harganya sekarang.
Jangan tunggu bila dah terlewat baru mula nak "mencari formula"?

Jumaat, 9 November 2007

Fedora Linux 8 dah keluar

Dari dulu saya nak pasang kembali Linux di Komputer lama saya, dulu sudah muatturun Ubuntu, baru .iso tapi belum tulis ke CD lagi.

Kemudian muatturun Fedora 7 punya iso, tapi belum tulis ke CD.

Beberapa hari yang lalu, saya baru tahu yang Ubuntu tidak menyokong B.M secara default. Maka saya ketepikan Ubuntu, dan kekal pada Fedora.

Walaupun Fedora telah keluar versi 8, tapi saya tetap nak tulis Fedora 7 ke CD

Ini gambar saya cuba but CD Fedora, tapi belum pasang lagi.

Fedora, bukan setakat boleh guna antaramuka Bahasa Melayu, Nak pasang dalam BM pun boleh.

Aku rasa nak pakai Fedora 7 dulu, kasi puas, baru naiktaraf ke Fedora 8.

Google+ Hasbullah Pit