test

Jumaat, 9 November 2007

Fedora Linux 8 dah keluar

Dari dulu saya nak pasang kembali Linux di Komputer lama saya, dulu sudah muatturun Ubuntu, baru .iso tapi belum tulis ke CD lagi.

Kemudian muatturun Fedora 7 punya iso, tapi belum tulis ke CD.

Beberapa hari yang lalu, saya baru tahu yang Ubuntu tidak menyokong B.M secara default. Maka saya ketepikan Ubuntu, dan kekal pada Fedora.

Walaupun Fedora telah keluar versi 8, tapi saya tetap nak tulis Fedora 7 ke CD

Ini gambar saya cuba but CD Fedora, tapi belum pasang lagi.

Fedora, bukan setakat boleh guna antaramuka Bahasa Melayu, Nak pasang dalam BM pun boleh.

Aku rasa nak pakai Fedora 7 dulu, kasi puas, baru naiktaraf ke Fedora 8.

Khamis, 8 November 2007

Selamat menyambut Deepavali

Selamat menyambut deepavali kepada semua penganut hindu di mukabumi ini dan di ISS (jika ada).



Mari menari...



dan menari



dan menyanyi

Selasa, 6 November 2007

Bumblebee di KLCC Park

Kerana sayangkan anaknya yang inginkan gambar bumblebee di KLCC Park,
Ab4h tetap tangkap gambar KLCC Park dan lori sebagai pengganti Optimus Prime .


Sungguh bertuah Umar kerana ada Abah yang sudah ada gambar Bumblebee di KLCC

Pantun Burung Murai / Uranium

Comel sungguh si anak kembar
Asyik melihat uraninium diurai
Umar tanya Abah, Abah Tanya Umar
Burung Apa? burung murai



biar apapun kontroversi yang ada, namun ia tetap bermakna.

Ahad, 4 November 2007

Pantun Langgar-Langgaran


Jamuan raya enak juadahnya
juadah dimakan berbuahkan ciku
setelah bergambar dengan anaknya
Wira bapanya melanggar daku.

Berpantun di Halwa Romantis

Menjawap pantun Nik Aziz

Anyam rotan dibuat timba
Melentuk sungguh si daun serai
Mimpikan bulan jatuh ke riba
Dacing jatuh pecah berderai



Menjawap pantun Sifu PTS

Merendang ayam dengan jelatik.
Jejatik itu apa? jalan jelatik?
Memandang janda bertambah cantik.
Sudahklah Isteri meluluskan permit?



Sila ke teruskan berpantun di Halwa Romantis

Sabtu, 3 November 2007

TV LCD 32" yang menggiurkan

Memang menggiurkan bila melihat TV LCD 32" yang kelihatan sekarang banyak dikedai elektrik, Harganya ada yang serendah RM 26xx hingga ke RM 3xxxx.



Akan tetapi, TV LCD itu ialah skrin lebar, iaitu mempunyai nisbah 16:9, berbanding dengan TV CRT biasa yang kebanyakkannya 4:3.

Untuk makluman, siaran TV tempatan seperti percuma atau berbayar adalah dalam bentuk 4:3. Saya tidak pasti samada wujudnya perancangan untuk menukar nisbah siaran tv tempatan ke 16:9 atau tidak.

Secara kasar, TV 32" adalah kelihatan lebih besar dari TV 29".
Tunggu seminit ya,




Di dapati bahawa ketinggian skrin pada TV 29" 4:3 adalah hampir 2 inci lebih dari ketinggian skrin TV 32" 16:9.

Walaupun TV 32" 16:9, lebih lebar dari TV 29" 4:3 sebanyak hampir 4 inci, ianya amat tidak sesuai untuk menonton siaran TV tempatan, kerana gambar akan mengembang jika skrin penuh. Jadi untuk dapatkan gambar yang cantik, pengguna TV 32" itu perlu menetapkan nisbah aspek kepada 4:3, dan ia kan menjadikan lebar skrin yang dipaparkan hanya 20 inci (ada hitam kiri kanan).

Kalau dikira semula, hanya saiz sebesar TV 26" sahaja yang dipaparkan.

Faktor lain, TV LCD 32" itu kebanyakkannya berresolusi 1366×768, ianya tidak mencapai tahap 1080p. Akan tetapi ia mencukupi bagi memainkan DVD biasa. Manalah tau kalau anda teringinkan bluray atau HD DVD.

Kesimpulannya, Jangan terburu-buru membeli TV LCD 32" walaupun ia menggiurkan.

Mungkin suatu hari nanti, dalam tempoh kurang dari 3 tahun, harganya akan turun sehingga RM 15xx. atau rendah lagi. Kerana, ia adalah saiz yang paling popular bagi TV LCD. Ingat lagi TV 29" CRT skrin rata pun pada harga sebegitu 3,4 tahun lepas.

Google+ Hasbullah Pit