test

Khamis, 4 Oktober 2007

Tip Blogger: Menggantikan 'nofollow' kepada XFN 'friend'

Wordpress mempunyai plugin untuk menjadikan setiap URL pengkomen dibuangkan rel='no-follow' . Apa maksudnya nofollow itu?

No follow pada rel di Tag HTML pautan menyebabkan robot penjadian kita tidak mengindeks pautan itu. Jadi buat penatlah komen dan letak pautan

Akan tetapi, pada blogger juga, sebenarnya tak perlukan apa-apa plugin untuk membuang nofollow , hanya ubah templat sahaja.

Merujuk kepada tutorial oleh Jackbook.com , Hanya perlu cari perkataan rel='nofollow' dan buang. Akan tetapi ia tidak mesra XFN.

Jadi, untuk menambahkan kemeriahan, saya telah mengubah no-follow pada templat blogger saya, kepada rel='friend'


Caranya ialah:-
Edit template, dan 'Expand Widget Template'
Cari guna CTRL+F 'nofollow'





Simpan Templat.



Jadi, setiap pengkomen blog ini, yang menggunakan nama dan URL (bukan akaun google) akan mendapat pautan percuma yang boleh diindeks oleh enjin Carian. Oleh itu komenlah banyak-banyak di blog ini.






Artikel lama tentang XFN:

Cinta di Lautan Web 2.0

Selasa, 2 Oktober 2007

Sistem Penomboran Saluran Astro yang memeningkan

Tahniah kepada Astro kerana mengkategorikan salurannya tidak berterabur seperti sebelum ini. Namun terdapat beberapa masalah.

Kanak-kanak amat sukar untuk menekan "612" pada alat kawalan jauh.
Kanak-kanak yang selama ini sering tekan sendiri "61", "63" kini bermasalah untuk menukar siaran. Namun kanak-kanak yang cepat belajar, boleh belajar "612" dan kemudiannya guna (+) & (-). Ketidak pandaian kanak-kanak bukan alasan untuk astro tidak mempertingkatkan kebolehgunaan.


Bagi bagi saya sendiri, biasanya akan ke 50 untuk navigasi saluran-saluran informatif, tekan 90 untuk navigasi siaran siaran berita, tekan 40 dan kemudian (+)(-) untuk navigasi saluran cereka.



Namun dengan penomboran baru. Ia amat sukar, bukan salah untuk guna nombor ratus ratus, tetapi sistem penomboran bagi setiap kategori tidak bermula dari nombor yang seragam.

sebagai contoh, Siaran 1xx, tidak bermula dari 100, tetapi dia bermula dari 101.
siaran kartun pula bermula dari 611, tidak 601 atau 600.

Siaran berita atau yang bermaklumat (5xx) bermula 501

Sukan pula bermula dari 811, bukannya 801.

Jadi kalau pengguna cuba untuk tekan x01, pada siaran kartun dia tak jumpa.

Jadi saya cadangkan supaya wujudkan menu bagi setiap kategori pada 800, 500, 600.

ATAU, wajibkan semua saluran bermula dengan x01, seperti 601, 501, 801, 701,401

Isnin, 1 Oktober 2007

Ketupat Hari Raya di Malaysia umpama 'Santa' + Tanglung

Perayaan Hari Raya Aidul Fitri di Malaysia memang unik, kerana ia mempunyai ikon tertentu untuk menggambarkan 'Hari Raya'. Di Indonesia, Hari Raya Aidil Fitri dipanggil di Panggil 'Hari Lebaran'. Secara antarabangsanya ia dipanggil 'Eid ul Fitr'.

Di Malaysia, mungkin ada orang yang hanya tau "Hari Raya". Cara orang Malaysia menyambut Hari Raya bagi saya dikira agak pelik berbanding negara lain, walaupun saya tidak menkaji negara lain, tapi dengan banyak unsur ketupat dijadikan simbol kepada Hari Raya.

Begitu juga simbol segi lapan Zaman Uthmaniah sering juga sijadikan latar belakang untuk menggambarkan Hari Raya. Walaubagaimanapun ia agak global berbanding 'ketupat'.

Suatu ketika dulu, logo google sempena Hari Raya adalah bersimbolkan bulan dan bintang (Tolong carikan gambar). Namun bulan dan bintang jarang dijadikan simbol untuk menggambarkan hari raya di Malaysia.

kita cerita berkenaan ketupat.
Ketupat adalah juadah 'wajib' ketika 'Hari Raya', walaupun ada yang tiruan menggunakan plastik, namun ketupat asli tetap pilihan utama.

Ianya juga simbol tak rasmi bagi hari raya. Walaupun ketupat tiada kaitan dengan islam, serupalah ia dengan Santa Klaus yang tiada kaitan dengan kristian tetapi dijadikan ikon utama ketika Hari Natal.

Di tempat awam, Ketupat tiruan sering, dianyam menggunakan riben sering di gantung. Kini ada juga logo ketupat di gantung, beserta tali terjurai, umpama tanglung.
(Sila cari gambar sendiri)

Ada juga, hiasan untuk Hari Raya, berbentuk kain merah untuk Tahun Baru Cina, tetapi ianya hijau dan bukan merah.(Sila cari gambar sendiri)

Kalau nak dikira dari sudut bunga api dan mercun, ianya memang mirip Tahun Baru Cina.

Duit Raya memang tiru 'Ang Pow', cuma warnanya hijau.

Sebenar, sambutan Hari Raya di Malaysia memang banyak meniru perayaan lain,
cuma ditukar simbol (dari naga ke ketupat), tukar warna, dari merah ke hijau kuning, pelita memang tiru deepavali.

Tak hairan nanti kalau ada jenis hiasan berbentuk pokok krismas, (tapi pokok lain) yang banyak ketupat tergantung di kelilingnya.

Mungkin suatu hari nanti Perayaan Hari Raya akan meniru Sambutan Bulan Kemerdekaan, Ada bendera 'ketupat' merata-rata.

Dan tak mustahil bagi perayaan lain untuk meniru Hari Raya.

Kad CNY DalamTalian diposkan ke Merlimau?
Ada sesiapa nak cuba buat?

Jadi apa kesimpulannya?
Tulisan ini hanya untuk membuat orang berfikir apa kesimpulannya.
Tulisan ini membuatkan pemblog lain akan mempamerkan contoh gambar di blog masing-masing.

Iwan c.m.n ada lagu raya...

Kepada peminat Iwan c.m.n,

Iwan c.m.n ada lagu baru, lagu raya

Theme: Eid Mubarak

Terharu rasanya apabila satu komen ringkas, di sini, akhirnya jadi realiti.

Terima kasih iwan c.m.n
Selamat Hari Raya.

Sudah seminggu boikot?


Seminggu yang lalu, Boikot bermula, boikot itu menyaran supaya pengguna tidak ke pasar selama dua minggu.

Pada masa yang sama, ramai pengguna memang sudah tidak ke pasar sejak... errr, masa sekolah rendah dulu.

Pada masa yang sama ramai pengguna yang makan di kedai, maklumlah pasar Ramadhan tumbuh melata ketika bulan Ramadhan ini.

Maka, persoalannya Sejauh mana boikot itu boleh berkesan? Kalau pengguna tidak ke pasar selama 2 minggu, walhal dia sudah tidak ke pasar sejak 10 tahun yang lalu, 5 tahun yang lalu. Maklumlah, budaya membeli belah sudah bertukar, daripada beli sayur di pasar, kepada beli sayur di pasaraya gergasi asing yang berdekatan.

Di pasaraya asing gergasi, mereka boleh jual murah sehingga di bawah harga kos. Mereka tahu, kalau beli sayur di pasaraya mereka, pengguna takkan beli HANYA sayur, mereka boleh dapat keuntungan dari minuman berkarbonat yang anak kita nak beli ketika kita hendak membeli sayur di Pasaraya gergasi asing.

Tapi di Pasar Penjual ikan HANYA menjual ikan, penjual ayam hanya menjual ayam.

Cuba undur seketika dulu, mengapa Boikot terhadap High 5 berjaya?

1. Pengguna mempunyai alternatif roti lain.
2. Peruncit boleh turut serta terajang High 5, kerana ada alternatif lain.
3. Sentimen keagaaman menjadi faktor pemangkin dan juga faktor promosi.
4. Pesaing High 5 cepat mengambil peluang untuk masuk ke kedai yang baru lepas terajang High 5.

Berbanding dengan Boikot kali ini, bagaimana peruncit di pasar nak boikot produk yang hanya mereka jual? Peniaga ikan nak boikot ikan, mereka nak jual ikan sardin sahaja?

Adakalanya mereka (MTUC/Pengguna) lupa kuasa peruncit yang juga boleh digunakan untuk memboikot.

Peniaga kedai makan juga dikira peruncit, merekalah yang selalu ke pasar untuk membeli barangan di pasar. Merekalah yang berkuasa untuk memboikot sebenarnya.

Akan tetapi, boikot ini terlalu umum, sehingga peruncit kedai makan tak boleh berniaga. Apa kata kalau boikot itu hanya tertumpu pada sesuatu jenis produk untuk tempoh tertentu, pasti boleh. Melainkan kalau peniaga kedai Nasi Ayam di suruh boikot jangan beli ayam, memanglah tak menjadi. Nak suruh semua orang makan garlic bread sahaja di kedai nasi ayam?

Jadi apa penyelesaiannya?
Penyelesaiannya ialah sesuatu jenis boikot yang boleh disertai oleh golongan peruncit, golongan pengguna kebanyakkannya tak memahami dari mana asalnya sesuatu barang sebelum ia jadi 'finish product'. Pengguna biasa tak faham kenapa pasaraya gergasi asing boleh jual murah.

Jadi, boikot tidak boleh terlalu meluas, mesti spesifik pada produk tertentu atau jenama tertentu.


sebagai contoh kalau nak suruh jangan beli 'ikan' di pasar, berikan alternatif, seperti:-
1. Pengguna HANYA boleh membeli ikan secara langsung dari nelayan.
2. Peniaga ikan di pasar sendiri disaran untuk tak jual ikan dipasar tapi dapat duit oleh persatuan pengguna atau tabung lain.
3. Peniaga kedai makan yang lauknya bercampur-campur , tidak jual lauk ikan tapi jual lauk lain.

Kalau untuk boikot ayam,
1. Peniaga ayam di pasar, kena tutup kedai tapi dapat pendapatan dari tabung lain.
2. peniaga nasi ayam pun dapat sesuatu sebagai ganti pendapatan yang terjejas akibat tak jual ayam.
3. Kena boikot KFC sekali.


Kadang-kadang pening juga, adakah kenaikan ini berkait dengan kekurangan bekalan?

Ahad, 30 September 2007

Alamak! Maybank2u memerlukan TAC

Oleh kerana diriku ini jenis katak bawah tempurung, maka ketika membuat kad ATM yang lalu, saya dengan sengajanya tidak mendaftarkan nombor telefon untuk mengambil TAC. Atas sebab keselamatan kononnya.

Mungkin Ya, kerana telefon juga boleh dicuri.

Akan tetapi seringkali rasa susah juga, bila nak buat pemindahan wang, ke pihak ke 3, terpaksa ke ATM.

ATM Maybank di Merlimau dulunya, ada 2 mesin, itupun di Maybank Merlimau. Kalau musim gaji, orang beratur sampai ke tengah jalan.


Baru sebentar tadi , saya ingin memaybank2ukan RM 15 ke Rjuna. buka Maybank2u, kemudian tepuk dahi "Alamak, dia nak TAC".

Kemudian saya terfikir sejenak.
Saya di Stesyen,
kini dah ada ATM,
apa susahnya.
cucuk sahaja.

Hehe.

Jadi saya tetap tak perlukan telefon untuk TAC.

Pemenang Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan


Dengan rasminya saya ingin mengumumkan pemenang Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan yang berakhir pada 28 September yang lalu.



Pemenang Tempat Pertama (Hadian = RM 50)
SisHoney - ..kerana telur goreng :)


Pemenang Tempat ke 2 (Hadiah RM 20)
Vangardx -Hikayat telur goreng terlampau Part 1


Pemenang Tempat ke 3 (Hadiah RM 15)
Rjuna - Gila Telur Goreng


Tahniah diucapkan kepada para pemenang, Sila beri no akaun Maybank atau Public Bank anda ke sebolku (a) yahoo (dot) com.

Kepada yang tak menang, Boleh cuba lagi pada peraduan yang akan datang, mungkin 2,3 bulan dari sekarang.

Terima kasih diucapkan kepada bukan peserta tapi mempromosikan peraduan ini di blog anda.

Selepas ini, tak perlu cari telur goreng lagi, cuma cari kenalan lama yang beralamat Merlimau sebelum 7 oktober.

Google+ Hasbullah Pit