test

Khamis, 6 September 2007

Kenapa Blogger suka tangkap gambar makanan?


Saya main teka-teka sahaja, bila di tempat makan, kalau ada orang beria-ria nak tangkap gambar makanan, saya anggap dia mungkin pemblog.

Jadi untuk menentukan kesahihannya, kenalah guna http://blogsearch.google.com
Cuba blogsearch "Tesco Melaka Kluang Station" , manalah tahu kalau boleh jumpa gambar makanan yang minah baju hitam tu tangkap.

Eh, Minah tudung putih tu perasan saya tangkap gambar..

Lari!!!!!!

eh, mana nak lari ini blog saya.

Rabu, 5 September 2007

Tip Carian pada Mozilla Firefox atau Gecko yang lain


Ini adalah "Blog Reaction" terhadap iEn


Kepada pengguna Mozilla Firefox, atau Camino, atau Pelungsur Web yang berasaskan Gecko yang lain. Selain daripada anda boleh mencari teks pada laman web menggunakan Ctrl+F, anda juga boleh mencari teks pada laman web yang panjang dengan menggunakan "/".

Pengguna vi atau ViM atau elvis, tentu sudah biasa menggunakan "/" untuk mencari.

Sekiranya anda sedang membaca laman web yang panjang seperti ini, dan ingin mencari sesuatu perkataan "bluetooth", anda hanya perlu taip "/bluetooth", tekan CTRL+G untuk mencari perkataan bluetooth yang lain.

Kebiasaannya, pintasan kekunci akan membuatkan kita bekerja dengan lebih cepat, dengan syarat pintasan kekunci itu didalam kepala.
~
~
~
~
~
~
~
"Tip-carian-pada-mozilla-firefox-atau.html" [New File]

Optimus Prime Transform membantu Red Diva

Ketika Krisis melanda, (atau mungkin sudah tamat?)

Optimus Prime datang membantu Red Diva

Selasa, 4 September 2007

Lagu Rap... "Kak Jie Datang..."

Lirik lagu rap yang saya karang,
Nyanyi ikut gaya Ahli Fikir - "Dia Datang"


Makan Ais Krim Vanila,
Minum Cocacola Vanila
Tahukah anda asal Vanilla
Tidak tahu tapi sampai bila?

Hidup Umpama katak
Bawah tempurung gila
Engkau tahu atau tidak
Wujudnya pokok Vanilla....

chorus:
Kak Jie Datang.....
Kak Jie Datang.....
Nak tanam pokok Vanilla...

Aku pun baru tahu
Lily Lulu pun baru tahu
Ien pun baru tahu
Pengunjung blog ini baru nak tahu....

Mengapa perlu sipu sipu
Mengapa perlu tunggu-tunggu
Pautan siap menunggu
Klik saja tak perlu tunggu
.....

(Ulang Chorus.)

JawapCarian: Pengalaman Pandu Uji Proton Persona

Oleh kerana laman blog ini sering dikunjungi oleh pengunjung yang ingin mencari komen tentang Proton Persona, Namun apa yang sering dijumpai adalah artikel ini.

Sahabat saya, Morpheuzneo telah pun memandu uji Proton Persona 2007, dan menceritakannya (memberi komen) di Bincang.net (bdn).


Antara komen beliau yang menarik...


"Enjin terasa lebih senyap. Torque terasa cukup berkuasa walau pun berada di kelajuan rendah.. atau dari statik. Tak perlu nak mengaum-ngaum enjin baru nak dapat rasa power sedap. "

"Ruangan bonet - waaah!! luasnya! serious! lagi luas dari Honda Civic aku rasanya. So mmg kereta ni di sasarkan utk golongan yg baru nak berkeluarga atau yg ada anak kecil. Senang nak angkut semua barangan anak dan isteri skali. "

Sila baca pengalaman Pandu Uji Proton Persona di Bincang.net (bdn). <--mesti klik

Peragaan Beg Tangan Bluetooth

Beg Tangan bluetooth?

Mak Merah mesti nak cari beg tangan Infra red.

Kiriman blog ini berkisar kepada persoalan pada kiriman blog terdahulu.

Apakah kamera yang ada bluetooth?

Setelah kugoogle, maka terjumpalah kamera yang ada bluetooth, tapi tak tahu lagi berapa harganya.


Kodak V610.

Lihat Video

Ada lagi satu video


Saya tak pandai kaji kamera digital, maka susahlah nak tau ianya bagus atau tidak.

Kalau nak bandingkan dengan SE k800i saya tahu la.

SE k800i = 4x zum optikal
Kodak V610 = 10x zum optikal

SE k800i = 1 lensa
Kodak V610 = 2 lensa

SE k800i = 3.2 MP
Kodak V610= 6.1 MP


SE k800i & Kodak V610 kedua-dua ada bluetooth

SE k800i = ada Infra red
Kodak V610 =

SE k800i = QVGA
Kodak V610 = Resolusi Video VGA 640x480

Storan
SE k800i= sehingga 2 GB M2
Kodak V610 = Sehingga 2Gb SD

Kedua-dua ada Pict Brigde.
Tapi Kodak ada IMAGELINK

Rasanya Kodak V610 pun ada kebolehan seperti CyberShot punya "BestPic"

Kodak ada dia punya persian sendiri untuk pengeditan didalam kamera.
SE k800i ada facewrap, Photomate, "Frame"

Pemasa? Rasanya ada bagi Kodak V610.

Pemain MP3? SE k800i bolehmain kan MP3 dan ada A2DP.
Tak mustahil kalau Kodak V610 digunakan sebagai pemain audio mudahalih.
Sekiranya ia tidak menyokong MP3, ia menyokong Video MPEG.
Sudah tentu kita boleh tukarkan audio itu kepada video gelap & Jadikan ia pemain muzik mudahalih.

Eh, dengar lagu pada kamera?

Apa yang menarik pada Kodak adalah mereka ada jual beg tangan, yang disesuaikan dengan kamera itu.

(klik pada gambar beg tangan)


Ini membuatkan saya tak puas hati, kenapa Sony Ericsson tak buat tali pinggang untuk disesuaikan dengan bekas telefon?

Kan senang kalau ada tali pinggang yang disekalikan dengan bekas telefon.




Eh!


Bukankah Sony Ericsson K800i boleh dijadikan tali pinggang

Isnin, 3 September 2007

Cerita daripada kedua belah pihak.

Apabila sering disuapkan cerita sebelah pihak, adakalanya kita bertindak mengikut perasaan dan terlupa akan perlunya kita mendengar cerita dari sebelah yang lagi satu sebelum menghukumnya walaupun kita agak yakin dengan cerita sebelah pihak yang rapat dengan kita itu.

Google+ Hasbullah Pit