test

Rabu, 22 Ogos 2007

Batu



Suka hati sayalah nak buat apa dengan batu ini.

Ahmad Boestamam - Merintis Jalan Ke Punchak


Sempena sambutan kemerdekaan ke 50 ini, Kita kenang kembali pejuang kemerdekaan kita, Ahmad Boestamam. Buku pada gambar itu ditulis oleh Ahmad Boestamam sendiri pada tahun 1972, cetakan pertama, menceritakan perjuangannya mencapai kemerdekaan.

PKMM ketika itu diketuai oleh Dr Burhanuddin Helmi, dibantu oleh Ishak Haji Muhammad.
Ahmad Boestamam ketua API, Angkatan Pemuda Insaf. Sayap Pemuda PKMM.

Didalam buku ini menceritakan kisah 'SANG SAKA MERAH PUTIH'

Setelah PKMM diharamkan, ramai orang PKMM ditangkap, termasuk Ahmad Boestamam sendiri, parti politik yang tinggal hanyalah UMNO.

Maka UMNO cuci tangan dan mendabik dada mengatakan bahawa merekalah Pejuang Kemerdekaan dengan mengantung poster para Perdana Menteri, termasuk PakLah seolah-oleh PakLah turut serta memerdekakan kita.


Pautan: Ayahku Ahmad Boestamam

Selasa, 21 Ogos 2007

Politeknik Merlimau Cuti 2 Minggu


Malam tadi saya baru tau yang Politeknik Merlimau cuti.
Jadi mungkin saya ingatkan cutinya itu serentak dengan cuti sekolah.

Rupanya Politeknik Cuti 2 minggu, bermula minggu lepas.

Lega rasanya persoalan terjawap.

Tetapi kenapa aku tak dapat maklumat ini seawal mungkin?

JawapCarian: Harga Emas Malaysia

Mengapa seorang suami membelikan emas kepada isterinya?
Jawapan biasa ialah kerana sayang/cinta/nak_kawin_lagi_satu/muah2x

Ianya boleh dijadikan "hiasan" atau "hiasan berharga" atau "kool"

Selain dari itu, adalah sebab 'nilai'nya. Ramai yang berpendapat Emas adalah bukan pelaburan yang baik. Dan ada yang mengatakan ia adalah bukan pelaburan langsung.

Kenapa?

Emas adalah emas, Ringgit adalah Ringgit, USD adalah USD, Euro adalah Euro
(nak kena buat loop)

Sejak Azali, Emas telah dijadikan matawang tidak kira di mata kita berada.
Tahukah anda "sekupang" itu berasal dari matawang emas yang dipanggil kupang?
Tapi kini sekupang adalah 10 sen tapi merujuk kepada syiling 10sen dan bukannya kupang emas.

Saya belum kaji lagi berapa berat satu kupang emas, Tetapi kalau ia mengikut spesifikasi Syaidina Umar, ia mungkin bernilai Rm 283

Maka dipendekkan cerita, walaupun zaman berubah, emas tetap menjadi pengukur kekayaan.

Di Malaysia terdapat beberapa cara mengira harga emas.
Kalau ikut piawai Bank Negara, Harga Emas boleh dilihat di
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Harga emas Bank Negara tidak terlalu 'Realtime' berbanding Harga Emas sebenar.
Manakala Harga Emas sebenar boleh di lihat di kitco.com

Oleh kerana harga emas realtime itu mungkin menyukarkan jual beli, maka di UK ada London Fix. dimana ia akan ambil harga emas sesuatu masa dalam sehari dan gunakan harga itu.

Harga emas bank Negara menggunakan kaedah yang sama. Saya tidak pasti harga emas Bank Negara diambil dari harga emas realtime pada masa tertentu atau guna London Fix.

Harga Emas Bank Negara ini digunakan untuk transaksi kijang emas dan Maybank Gold Passbook Saving.

Lagu satu mekanisme menentuan harga emas di Malaysia ialah dengan untuk Dinar Emas Islamic Mint ialah dengan melalui idgexchange.com

Harga Dinar Emas Kelantan saya tak pasti dari mana dia dapat suapan (feed).

Akan tetapi, untuk Barang Kemas, harga emas ditentukan oleh Persatuan, dan harga itu tidak realtime. Selalunya ditampal dengan kertas putih di kedai emas.

999 = RM 8x
916 = RM 8x

Akan tetapi, tiada titik perpuluhan dan tidak realtime. Ia menyukarkan pengguna.
Saya pernah cuba tukarkan harga emas dalam USD kepada ringgit untuk cuba dapatkan harga emas yang ditampal di kedai emas, namun gagal. Saya kira dia sudah markup dengan 'premium' entah berapa peratus. Tetapi bila kita beli emas, harga emas itu tetap ditambah dengan 'Upah'. Ia menyebabkan amat sukar bagi pengguna. Dan ini akan menyebabkan harga emas yang dibeli pengguna, agak mahal.

Namun Isteri tetap minta emas. Jadi dipendekkan cerita memang susah nak untung kalau nak beli emas di kedai emas biasa untuk pelaburan.

Jadi langkah yang terbaik, ialah dengan memonitor harga emas sekerap mungkin, guna teknologi yang ada. Supaya boleh beli emas pada harga emas murah. Mungkin harga emas murah beberapa minggu sahaja dalam setahun.

So, masa tu la Sang Suami boleh belikan emas pada Isteri, yang berat sikit.

Eh, Mungkin harga paling sesuai untuk beli emas ialah sekarang?

Isnin, 20 Ogos 2007

Cinta Web 1.0 dan Web 2.0

Perbezaan Web 1.0 dengan web 2.0 dari sudut emosi.


Cinta Web 1.0
sebolku: I love you
gbumla: I love you too




Cinta Web 2.0
sebolku: blog updated
gbumla: me too


Soalan Bodoh: Ubahsaiz gambar


Ada tak skrip yang menggunakan alatan berasaskan Antaramuka Baris Arahan (CLI), yang membolehkan saya ubah saiz gambar-gambar yang ada dalam sesuatu direktori, kepada saiz tertentu.

Platform = MacOSX.

Kalau ada penyelesaian Linux pun boleh lah.

Saya rasa penatlah nak ubah saiz gambar sebelum muatnaik ke blog.

Yet Another Kenduri? II

Yet Another Kenduri? II
NO!
Ni kenduri lagi 1, rumah abang aku. Jadi apa yang istimewanya sehingga ia tidak menjadi seperti Yet another Kenduri?

Mula-mula...
Papan tandanya....

Peminat MU Betul.

Lagi 1, Airnya...
Air Sirap Bandung World s
Sirap bandung beraiskrimsoda. Neo mesti suka.




Selain daripada Air Sirap Bandung World, ada ais krim,
maka ramailah tetamu makan ais krim, termasuklah Optimus Prime


Kemudian, Optimus Prime bergambar dengan Umar


Gambar pengantin diambil dari angle bawah Juru gambar berusia 3 tahun, Umar

Sempat juga saya bergambar dengan Datuk K

Google+ Hasbullah Pit