test

Isnin, 20 Ogos 2007

Soalan Bodoh: Ubahsaiz gambar


Ada tak skrip yang menggunakan alatan berasaskan Antaramuka Baris Arahan (CLI), yang membolehkan saya ubah saiz gambar-gambar yang ada dalam sesuatu direktori, kepada saiz tertentu.

Platform = MacOSX.

Kalau ada penyelesaian Linux pun boleh lah.

Saya rasa penatlah nak ubah saiz gambar sebelum muatnaik ke blog.

Yet Another Kenduri? II

Yet Another Kenduri? II
NO!
Ni kenduri lagi 1, rumah abang aku. Jadi apa yang istimewanya sehingga ia tidak menjadi seperti Yet another Kenduri?

Mula-mula...
Papan tandanya....

Peminat MU Betul.

Lagi 1, Airnya...
Air Sirap Bandung World s
Sirap bandung beraiskrimsoda. Neo mesti suka.




Selain daripada Air Sirap Bandung World, ada ais krim,
maka ramailah tetamu makan ais krim, termasuklah Optimus Prime


Kemudian, Optimus Prime bergambar dengan Umar


Gambar pengantin diambil dari angle bawah Juru gambar berusia 3 tahun, Umar

Sempat juga saya bergambar dengan Datuk K

Yet Another Kenduri?

Yet Another Kenduri?
NO!

Bila tiba musim cuti sekolah, maka banyaklah kenduri kahwin, Entah mengapa mereka suka buat kenduri semasa cuti sekolah, lepas tu konflik dengan 4,5 kenduri yang lain. Kalau orang yang jenis rasa terpaksa pergi kenduri, mungkin ada yang boleh pergi salam-salam sehingga 8 buah rumah.

Jadi, untuk mengurangkan bilangan kenduri, sila tiru macam Ustaz Umar.

Ada tiga warna baju pengantin. Kuning, Hijau, Oren.
(Kenapa tiada merah? Harap maaf, encik tersalah blog..)
Kalau pakai baju yang sama warna, takut tersalah isteri.

Kalau ada 8 kenduri kahwin dalam radius 5 km, sudah tentu orang kampung akan mengutamakan yang ini, kerana dia kahwinkan 3 orang anak serentak.

Namun terdapat sedikit maslaha kecil, apabila beranak, nak seiring jalan 3 pasangan & pengapit-pengapitnya sekali tak muat jalan raya.

Mungkin kena sewa Lebuhraya supaya muat.

Sabtu, 18 Ogos 2007

Peminat Alonso tidak sedar

Peminat Fernando Alonso ini mungkin tak sedar dan menjangkakan Alonso masih lagi Renault.

Eh, Bukankah dia lahir ketika Fernando Alonso telah pun menandatangani kontrak dengan McLaren?

Jumaat, 17 Ogos 2007

Proton Persona 2007 : Penjenamaan Proton


Kedengaran Siti Hawa bertanyakan mengapa ramai orang suka ceritakan perkara yang sama tentang isu semasa? Tapi mungkin Cerita saya lain sedikit.

Bila keluar sahaja Proton Persona 2007, maka banyaklah komen-komen mahupun yang baik dan ada juga yang buruk. Akan tetapi oleh kerana jenama Proton itu sering dikaitkan dengan Masalah, maka akan ada banyak komen buruk daripada yang baik. Walaupun dah tukar pengurusan.

Dimaklumkan disini bahawa
Proton Tengku Mahalel dengan Proton Syed Zainal adakah berbeza

Siapa itu dua insan itu? Mereka CEO Proton. Seorang yang lama, orang mahathir, seorang lain ialah CEO yang aku anggap profesional, realistik. (Tak perlu aku puji dia, kerana aku bukan dapat apa-apa pun). Sebagai perbandingan, Syed Zainal adalah CEO bagi jenama Proton, dan Steve Job adalah CEO kepada Apple.

CEO adalah CEO. Kebanyakan syarikat terbitan awam, kalau nak maju, perkara pertama sekali ialah 'Tukar CEO'. Steve Job yang suatu masa dulu pengasas Apple, kemudia dipecat, kemudian diambil semula oleh Apple sebagai CEO.

Apa persamaan antara Apple dan Proton?
Apple membenarkan pelanggan pra-pesan (pre order) iPhone, dan Proton juga membenarkan pra-pesan Proton Persona 2007. Kedua-duanya tidak memaksa sesiapa untuk pra-pesan.

Tetapi, oleh kerana jenama Apple itu amat kuat berbanding proton, ramai terdpaat insan yang mempersoalkan pra-pesan tanpa pandu uji. Pelanggan yang pra-pesan iPhone pun tak pernah uji iPhone. Kalau nak uji sangat , tunggu dia keluar dan tunggu kawan anda beli dan uji.

Jadi, Dalam konteks pra-pesanan ini, ia memerlukan kepercayaan terhadap sesuatu jenama.
Jika anda percaya jenama Apple, anda boleh pra-pesan tanpa ragu.

Akan tetapi jika anda tidak percayakan Jenama Proton:Tengku_Mahalel, maka anda akan persoalkan pra-pesan Proton Persona walaupun dibawah CEO baru.

Ya memang 'Jenama' Proton memang teruk, selalu dikaitkan dengan 'problem', tak pernah dikaitkan dengan 'kool', kecuali bagi produk Satria GTI dan Satria Neo.

Jika Steve Job dilantik menjadi CEO Proton, saya rasa dia akan lakukan perkara yang lebih kurang sama dengan Syed Zainal. Steve Job memerlukan masa beberapa tahun untuk mengeluarkan OSX dan iPod.

Ramai yang mempersoalkan kenapa macam GEN2, tiada rekabentuk lain kah?

Jawapan yang saya dengar sendiri daripada Syed Zainal ialah mereka memerlukan 'Quick Car', supaya boleh dijual dengan pantas, peroleh keuntungan cepat, dan kemudiannya boleh gunakan semula kewangan itu untuk membuat kereta yang lebih baik. <--klik

Kenapa guna nama persona, bukan GEN2, rupanya macam GEN2?
Siang-siang sudah tahu, bukankah 'GEN2' itu satu jenama yang teruk. Kalau guna nama GEN2 maksudnya gali lubang kubur sendiri. Begitu juga ketika Satria NEO dulu, nama Satria dikekalkan kerana ia 'kool' dan tidak dilabel teruk seteruk GEN2.

Kenapa Persona?
Bila saya pertama kali mengetahui namanya 'Persona' terus saya kagum, mereka bijak!

'Persona' adalah satu jenama yang dipercayai suatu ketika dahulu.
Kenapa tak digunakan semula secara percuma?

Netscape 9 beta 3


Ketika saya cuba google "Cikgu Suraya" untuk menjenguk tahap keupayaan pemblog tempatan menampan "Cikgu Suraya yang bertudung itu", saya telah secara tak sengaja termasuk ke women.netscape.com . Akhirnya berjumpa tentang blog netscape yang menceritakan akan status Netscape Navigator 9 beta3 . Beta 3 sudah keluar, maka tidak lama lagi akan keluar yang rasmi.

Kulihat, ia adalah berasaskan Firefox, tetapi dicop dengan Netscape. Ditambah pula ada keupayaan tambahan seperti OPML. Apa itu OPML? saya pun belum kaji, tapi ia ada kaitan dengan Suapan web 2.0 seperti RSS/Atom. Esok-esok sajalah saya ceritakan apa itu OPML.

antara ciri menarik adalah

Combined Stop/Reload button
To save space in your toolbar, we've combined the stop and reload buttons. Because you never need both at the same time, the toolbar will only show the relevant half of the pair.

Ha ha ha,
Betul juga, bila masa kita gunakan butang itu serentak?

Terdapat ciri-ciri "voting" pada Netscape 9 itu, mungkin ia digunakan supaya sesuatu laman itu boleh di[digg|stumble|delicous|seribu-satu-macam-web2.0-punya-kata-kerja]kan.

Kenapa perlukan netscape bila ada Firefox?
Kerana OPML dan undian laman?

Nescape Navigator 9


Khamis, 16 Ogos 2007

Coretan & Tanya Sebol #1

Ruangan ini diadakah untuk memenuhi kehendak pembaca, yang ada diantaranya nak borak kosong, nak tanya soalan, nak baca bacaan ringan.

Jadi:-

Di sini saya letakkan 'Coretan saya' - anda boleh baca.

Kalau ada Soalan yang tak berkaitan dengan mana-mana kiriman blog, boleh tanya di sini, seperti "Anak dah berapa", "Di mana Kampung padang lalat?"

Atau soalan yang teknikal atau peringkat tinggi pun boleh tanya disini.
Bluetooth, Linux, Bagai mana nak pindahkan data guna kasut?
"Apakah pandangan sebol tentang FTA/Namewee/?"
"Bila nak buat artikel Minyak di Korea?"

kenapa boleh ada posting seperti dibawah?

This widget has successfully logged in! Replace this text with your
first post.


You can use ⌘-B and ⌘-I to make text bold and
italic.
"Kenapa awak suka orang rumah awak?"

Google+ Hasbullah Pit