test

Jumaat, 10 Ogos 2007

Hang Jebat menipu Sultan

Jika Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Blogger, maka inilah contoh gambar kononnya Hang Jebat telah dipenjara oleh Hang Tuah.

Rujuk cerita rekaan:- http://iwancmn.wordpress.com/2007/08/10/what-if-tuah-jebat-were-bloggers/#comment-48

Khamis, 9 Ogos 2007

Ubah suai gondola untuk ATM




Saya baru dapat kotak mesin ATM( Ya, Maybank).
Maka, saya terpaksa korbankan 1 goldola. Tapi barang nak letak di mana?

Jadi maka bermula lah operasi meletakkan goldola 3 kaki, untuk disambungkan dengan gondola dinding yang lain.



Maka RNK Anirah cuba mengeluarkan barang supaya gondola itu boleh ditolak.
Selepas sebahagian besar barangan dikeluarkan, maka proses menolak dilakukan.
Tolak!!














Selepas menyapu, ruang diukur, maka didapati, perlu menolak lagi.
Tolak lagi!!
.













Tolak dan tolak.
.














RNK salleh pula menolak. kemudian ukur lagi sekali.
Dan kemudian ia dipasang
.











Setelah OK, maka gondola dipasang,
Dan barangan disusun
.










Maka selesailah ia.

Rabu, 8 Ogos 2007

Cikgu Suraya

Lagi gambar Jalur Gemilang. dari asalnya nak jadikan dia buruk, buat 1 gerombolan, alih-alih ada yang sambungkan jadi 3 gerombolan. Rajin sungguh RNK ku ini.

Jadi kuberikan nama teknik gerombolan jalur gemilang yang melayut seperti bilik pengantin ini sebagai "Teknik Cikgu Suraya"


Jadi anda boleh menghias tempat anda dengan Teknik Cikgu Suraya ini.


Selain itu, ada juga Jalur Gemilang diluar, disebabkan angin kawasan itu kuat, umpama berada di dalam Terowong angin (Wind Tunnel) BMW Sauber, maka aku kibarkan jenis biasa. tapi saiz kecil sikit dari biasa. 6"x4".




Adakah aku cuba menunjukkan kepatriotisme aku dengan mengibar jalur gemilang?

Jawapannya "TIDAK".

Aku kibarkan kerana Kerajaan sendiri mengizinkan pihak swasta mempergunakan Jalur Gemilang untuk menarik pelanggan.

"Pride for sale"

Cuba lihat kotak donut ini.


Apa kaitan dengan Merdeka?

Disebabkan budaya mempergunakan "Patriotisme" untuk tujuan melariskan jualan. Maka beria-ria mereka meletak bendera atau logo kemerdekaan pada produk. Adakalanya produk itu adalah daripada syarikat asing (syarikat asing = syarikat negara luar). Sekiranya sesebuah syarikat, tak mempunyai produk berunsurkan merdeka, ia dikira ketinggalan berbanding pesaing.

Buat masa ini, ketika hangat "Merdeka", Pelanggan berasa "Merdeka" adalah kool.
kool adalah sesuatu yang dikejar oleh pengguna/pelanggan.

Tetapi, oleh kerana donut itu diberi percuma oleh nabora,

maka dalam kes ini ia adalah "Pride for free".

Selasa, 7 Ogos 2007

Bulan BerBlog dalam BM

Mungkin keluhan aku pada mypenguin suatu ketika dahulu tentang kekurangan teknikal Bahasa Melayu pada Web 2.0 mula dirasai oleh orang lain.

Walaupun penyelesaian asal yang dicadangkan adalah supaya mengadakan satu blog khas, supaya sesiapa yang biasanya berblog dalam Bahasa Inggeris boleh membuat kiriman blog dalam BM di blog mypenguin.

Ianya langsung tak berjaya kerana ia terlalu artificial. Orang yang tidak pernah berblog sebelum ini ditugaskan untuk menjaganya.

Akan tetapi, walaupun ia tak berjaya, namun mungkin mesej kekurangan kandungan itu kedengaran ditempat lain, atau mungkin kekurangan itu turut dirasai oleh orang lain.

Pada blog niknazmi.com, ada menceritakan tentang kempen "Bulan Berblog dalam Bahasa Melayu" , satu azam yang dibuat oleh Nicholas Pang sempena Bulan Kemerdekaan.

Ia amat bersesuaian dengan cubaan saya dalam pembuktian konsep "Bahasa Melayu bukan penghalang integrasi kaum pada Web 2.0".

Sebenarnya, itulah yang dirancang oleh Tun Razak suatu ketika dahulu sehingga mengkorbankan nama "Bahasa Melayu"(nama asal bagi bahasa itu) menjadi "Bahasa Malaysia" dan adakalanya dipanggil sahaja "Bahasa Kebangsaan" atas tujuan untuk menjadikan bahasa belayu/Malaysia/Kebangsaan sebagai platform integrasi kaum.

Langkah Nicholas Phang tadi diikuti dengan penuh bergaya oleh Hizami
http://locus-standi-86.livejournal.com/


Saya sendiri tidak pasti sejauhmana cubaan saya untuk membuktikan "Bahasa Melayu bukan penghalang integrasi kaum pada Web 2.0" itu berjaya atau tidak. Itu semua sebenarnya bergantung kepada pembaca seperti anda.

Baiklah, sekiranya anda ingin turut serta dengan Nicholas Phang, sila paparkan grafik ini dan tudingkan ia ke http://terangbulan.livejournal.com/#terangbulan15818.

kemaskini:
7 Ogos Farhana - http://thebloggingnonblogger.blogspot.com/2007/08/kicking-off-bulan-ogos-bulan-blogging.html
14 Ogos Walaiku - Bulan menulis Blog dalam BM
21 Ogos Emily berblog dalam BM

Isnin, 6 Ogos 2007

Hiasan Jalur Gemilang

(Gambar menunjukkan hiasan Jalur Gemilang bukan di tempat aku)


Kebanyakkan orang hias kedai dia dengan jalur gemilang supaya cantik.



Tapi kalau semuanya cantik, apa yang istimewanya?
dimana-mana tempat pun akan ada hiasan yang cantik.



Tapi, tadi aku suruh RNK aku hias menggunakan jalur gemilang supaya dia buruk dan pelik.



Akan tetapi, dengan niat asal untuk menjadikan ia buruk dan pelik, akhirnya dapat idea untuk jadikan ia Cantik tetapi pelik.

Ada sesiapa nak tiru?

Ahad, 5 Ogos 2007

Jenis-Jenis Pautan .. kebarangkalian untuk klik




Didalam satu laman web, mungkin ada banyak pautan.

#1. Adakalanya ia pautan yang sentiasa ada, tak berubah ubah.

#2. Ada kalanya ia adalah pautan yang berada didalam kandungan.

#3. Adakalanya ia adalah pautan didalam kandungan dan kandungan itu menyuruh.

Sebagai pengguna web, jika kita sudah tahu wujudnya segerombolan pautan yang tak berubah-ubah. Maka sudah tentu pautan itu tak dipedulikan walaupun kita melawati laman web itu setiap hari. Tidak wujud "impulse click" disitu.

contoh jenis #1: di ruangan "Muaturun Audio Video terkini"


Pautan pada kandungan, biasanya hanya sebagai bantuan kepada pembaca, sekiranya mereka tidak ingin mengetahui lebih lanjut, akan sesuatu teks, maka mereka boleh mengklik pautan itu.
sebagai contoh #2, pautan untuk Nigerian National Petroleum Corporation dan "Nigerian Content Policy" pada artikel Minyak di Nigeria bhgn 2


Ada kalanya pautan itu di dalam kandungan, dan cerita kandungan itu menyuruh pembaca.
sebagai contoh #3, pautan ke "Klik sini dan tanya dia sendirilah." pada artikel "Nike Zoom Air cool?"


Pembaca akan lebih cenderung untuk klik pautan jenis #3, berbanding jenis #2 dan jenis #1. Sekiranya pembaca membaca kandungan blog menggunakan Pembaca RSS, sudah tentu pautan jenis #1 diketepikan terus.


Maka anda disarankan untuk melawati -> http://nordinsulaiman.blogspot.com/ <-- Jadi untuk mebalas jasa rakan saya yang memberikan saya pautan jenis ke #3 pada saya:-
Jadi kepada rakan-rakan bloggers bolehlah mengunjungi blog Sebol Blog Tak Berdaftar Yang Perlu DiPantau untuk mendapatkan info-info berguna mengenai IT.

Sabtu, 4 Ogos 2007

JawapCarian: Beli lagu format Apple Lossless

Kiriman blog ini adalah yang pertama ditulis hanya untuk menjawap carian google.

Format lagu Apple Lossless adalah satu format pemampatan audio proprietari (baca: bapak_kau_punya) milik apple. Apabila kita berkata tentang Lossless Audio, ia bermaksud, walaupun ia dimampatkan, kualiti audio tetap sama dengan CD Audio.
Selain Format Apple Lossless, terdapat juga format Audio Lossless yang lain, seperti flac.

Nak cerita panjang fasal Audio Lossless boleh, tapi ia agak memeningkan.
Sila baca :-http://www.hydrogenaudio.org/forums/index.php?&showforum=69

Jadi dimana nak beli Lagu format Apple Lossless? Mungkin anda seorang pemilik iPod.
Format Audio Lossless tidak dijual dikedai berdekatan, mahupun di Apple Store.
Tapi untuk mendapatkan Audio Apple Lossless, anda hanya perlu beli CD Audio dikedai berdekatan. Gunakan iTunes untuk rip lagu itu menjadi Apple LossLess.
Fail yang dihasilkan ialah .m4a

nota: Tak semua .m4a adalah Apple Lossless.

Pastikan tetapan dia sebegini.

Seletas masukkan CD, mungkin anda akan jumpa "Convert Selection to Apple Lossless" pada menu konteks (klik kanan pada lagu CD).

Google+ Hasbullah Pit