test

Jumaat, 27 Julai 2007

Keanjalan Harga


Orang selalu kutuk orang berniaga:

“Dia bukan ikhlas. Letak harga mahal. Nak cepat kaya la tu.”


Hakikatnya itulah yang sering diperkatakan oleh pelanggan Melayu terhadap peruncit Melayu. Peruncit Melayu biasanya tak pandai "Buang" harga. Dari mana datangnya istilah buang harga ? saya pun tak tahu. Tetapi itulah istilah yang digunakan apabila seorang peruncit merendahkan harga sesuatu barangan untuk bersaing dengan peruncit yang lain.

Sebenarnya jarang saya jumpa peruncit Melayu main buang harga. Takut rugi. Tetapi mengapa peruncit bukan melayu dan peruncit asing boleh main buang harga?

Salah satu sebab peruncit asing, seperti Tesco boleh buang harga, sehingga lebih murah daripada "Harga Datang" adalah kerana pembekal telah membayar sewaan ruang kepada peruncit itu.
Jadi secara automatik kos sesuatu barangan yang melibatkan sewaan ruang itu akan turun.

("Harga datang" adalah istilah yang biasa digunakan bagi merujuk pada harga barangan yang dibeli oleh peruncit daripada pembekal).

Akan tetapi sewaan ruang oleh pembekal adalah hampir tidak wujud bagi peruncit tempatan (local retailer). Mahu tak mahu peruncit tempatan tetap perlu bersaing dengan peruncit asing yang gergasi itu. Peruncit tempatan perlu "buang harga" secara berhati-hati .

Dalam dunia teori pemasaran dan peruncitan, tiada yang "betul" dan "salah" yang nyata. Setiap teori atau idea boleh disangkal kebenarannya.

Ada peruncit yang cuba menggambarkan kedainya sebagai murah dengan merendahkan semua harga barangannya. Ada peruncit yang takut rugi memahalkan barangannya.

Sebenarnya tiada faedahnya kalau merendahkan semua barangan kalau kemurahan harga itu tidak diperasan oleh pelanggan. Jadi kalau peruncit merendahkan harga sesuatu barang, tetapi pelanggan tetap tidak perasan akan akan harganya rendah, adalah lebih baik dia tak rendahkan harga.

Begitu juga sebaliknya, kalau kita naikkan harga tanpa pelanggan rasa barang itu mahal, dan tetap membelinya. Apa salah naikkan harga?

Disitu letaknya keanjalan harga. Sesuatu item jualan perlu ada had apabila dinaikkan harganya. Dan apabila kita turunkan harga atas sebab promosi, biarlah ia menjadi termurah di kawasan setempat walaupun untuk tempoh terhad, walaupun kita rugi sedikit.

Kerugian sedikit disebabkan oleh buang harga sesuatu item jualan boleh diatasi dengan kenaikan sedikit harga barangan yang dinaikkan sedikit ke tahap yang tak tinggi.

Kita lihat keanjalan harga apabila ia hendak dinaikkan.

Ambil contoh 1 produk, ada tempat jual RM 1.80, ada tempat jual harga RM 1.90 ada tempat jual RM 2.

Jadi, kalau kita letak harga RM 1.80 = 34 laku --> nilai jualan = RM 61.20
tapi kalau letak RM 1.90 = 33 laku --> nilai jualan =RM 62.70
kalau RM 2.00 = 20 laku--> nilai jualan = RM 40.00
kalau RM 2.20 = 5 laku --> nilai jualan = RM 11.00
Tapi Tesco punya offer boleh turun sampai RM 1.69

kalau begitu adalah lebih baik kita jual dengan harga RM 1.90

Akan tetapi teori kenajalan harga ada buruknya, lambat laun pelanggan akan perasan juga kenapa di kedai kita Rm 1.90 , ada tempat lain RM 1.80.

kerana itu nilai Rm 1.90 dipilih, berbanding dengan RM 2.00 walaupun kalau jual RM 2.00 lebih jauh menguntungkan. Jangan sesekali jual RM 2.20 kerana dia akan nampak ketara lebih mahal drpd Rm 1.80, dan mungkin dialog “Dia bukan ikhlas. Letak harga mahal. Nak cepat kaya la tu.” akan timbul di hati mereka.

Lambat laun harga barangan RM 1.80 di tempat lain akan dinaikkan juga ke tahap 1.90, masa itu kita "tak naik".

Rabu, 25 Julai 2007

Masyghul kerana sukar menghadham bacaan?

Anwar Ibrahim menulis:

Ada yang masyghul kerana sukar menghadham bacaan dan gagal menghabiskan buku. Andainya begitu mulai dengan buku nipis dan ceritera yang menarik minat. Jadikan membaca dan iqra’ sebagai budaya.

Adakalanya saya membaca beberapa judul silih berganti. Kadangkala mengambil masa lama. Ada juga judul yang terbantut sekerat jalan kerana membosankan. Umpamanya karya Umberto Eco, The Name of The Rose memukau sekali. Tetapi karya berikut dari pengarang yang sama, seorang Prof Semiotics dari Universiti Bologna berjudul Faucaults Pendulum amat membosankan.


Kaedah membaca kita mungkin berbeza, Walaupun hampir kesemua buku yang saya beli, saya baca separuh jalan, tetapi itu tidak menggambarkan diri saya sebagai tidak minat membaca.

Mungkin buku tebal bukan rakan saya, mungkin buku bentuk cerita bukan rakan saya. Apabila mengetahui sesuatu buku itu adalah rekaan semata-mata, maka ia tidak menarik minat saya, akan tetapi sekiranya buku bentuk cerita itu dikatakan menggambarkan sesuatu kejadian, maka mungkin saya akan baca.

Sudah sememangnya kaedah pembacaan saya amat berbeza dengan kebanyakan orang (baca: orang kebanyakan), saya suka membaca artikel pendek, dan lakukan analisa lebih lama dari masa yang digunakan untuk membaca sesuatu artikel.

Saya antara yang awal menjadi pengguna google, sejak "Google BETA" lagi, ketika itu logonya un tak cantik. Sebelum itu pencarian internet adalah amat sukar. Sebelum google, saya sering menggunakan altavista punya "advance search". Banyak benda yang tak orang tak jumpa, saya boleh jumpa. Apabila ada google, saya gabungkan dengan dmoz.org supaya apabila saya terjumpa sesuatu saya boleh membuat perbandingan apakan alternatif kepada sesuatu yang saya jumpa itu.

Suatu ketika dahulu, (awal 2000) saya amat suka "Yahoo Full Coverage", apabila saya membaca cerita berita (news story), dengan mudah saya boleh undur sedikit untuk pendapatkan kronologi dan punca kejadian yang menjurus kepada berita semasa. "Membaca" sebenarnya tak sukar, akan tetapi untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan memerlukan usaha tambahan.

Zaman sedkit berubah, Terlalu banyak maklumat, terlalu sedikit masa, kandungan untuk dibaca melimpah-ruah (namun kandungan Bahasa Melayu tetap kurang ). Siapa yang suka membaca akan lebih bahagia, siapa yang suka akan bacaan ringan turut bahagia.

Akan tetapi, oleh kerana terlau banyak kandungan, kandungan perlu ditapis supaya kita cukup masa untuk membacanya.

Salah satu bahan bacaan kegemaran saya ialah komen di Slashdot.org , komen di slashdot, dimoderasikan oleh pembaca juga, dimana sesuatu komen boleh diberi mata. Pembaca yang tak mempunyai banyak masa, hanya perlu baca komen yang dimoderasikan sebagai mod +5, manakala yang banyak masa terluang boleh membaca kesemua komen, termasuk yang merepek.

Jadi dengan adanya Web 2.0, cara hidup pembacaan juga berubah, kita dilimpahkan dengan maklumat, akan tetapi terdapat juga alatan untuk mempermudahkan kita mencari bahan bacaan.

Dengan Bantuan Wiki, google "define:perkataan", pembacaan yang berdasarkan"couriousity menjadi amat mudah.

buat masa ini saya cuba membaca http://www.rice.edu/energy/publications/nocs.html
untuk mengetahui selok belok bagaimana negara tertertentu boleh menguasi minyak negara lain. (Untuk menyambung artikel Minyak di Nigeria)

Isnin, 23 Julai 2007

Kenapa saya suka orang rumah saya? bhgn. 3

iTunes + MacOSX pada TV

Ahad, 22 Julai 2007

Pioneer DV-393



Aku kena pulangkan balik Pemain DVD ni kepada Mertua aku.
Dulu aku juga yang belikan diorang pemain DVD ni, Tapi aku pinjam sempena Peraduan Saya Anak Malaysia, Jadi saya kena pulangkan balik.

Aku dah mainkan DVD pada pemain DVD ni 24 jam selama lebih kurang 1 bulan tanpa henti-henti, tapi tak rosak pun.

Dia sedikit pun tak menangis, Dia handal.


Tak pernah aku tengok pemain DVD boleh on dan berputar sekian lama.

Tapi aku ada masalah, nak mainkan guna apa Iklan Merdeka, Iklan Primax3 dan Iklan F1.

Nak guna komputer macam dulu? boleh rasanya kalau guna Mac Mini.
Atau nak guna Pioneer Hi End aku tu? Aku takut juga kalau rosak.
Atau nak guna Sony Ericsson MMV-200? Tapi gambar tak cantik.
Atau Stesyen beli sahaja Pemain DVD yang baru.


Reviu aku pasal Pioneer DV-393,
Kalau nak kira kualiti gambar dan bunyi, aku rasa tak seberana.
Dia tiada output HDMI, atau video komponen. Hanya ada RCA dan S-Video sahaja.

Kualiti bunyi, aku tak sempat uji lagi, Hanya dapat Uji dengan AEGO-M sahaja.
Boleh tahan. Tapi rasa ada something missing.
Aku tak harap dia ada DAC yang betul-betul baik.

Secara teorinya, oleh kerana dia ada Optical Output , kalau guna Toslink ke Amp yang ada optical ATAU ke DAC luaran lain.

So, kalau setakat nak dijadikan "CD Transport", dah kira cukup baik.
Kalau boleh dimainkan 24 jam tampa henti selama sebulan, dah kira "terbaik".

Walaupun Pioneer DV 755 aku tu best, tapi dari segu UI pada panel, aku lagi suka DV 393. Kerana kita boleh navigasikan menu tanpa kawalan jauh. Jenis UI yang sesuai untuk semua peringkat Umur.

Khamis, 19 Julai 2007

Kenapa saya suka orang rumah saya? Bhgn. ke 2.

(lanjutan dari kiriman ini)



Kenapa saya suka orang rumah saya?

Sebab dia wangi

Kenapa saya suka orang rumah saya?
Ada ketiak yang wangi

Kenapa saya suka orang rumah saya?
Sebab Ketiak dia, Bila dia berpeluh, ketiak dia tetap wangi
Arghhh berpeluh lagi.
.

Saya suka tengok orang rumah saya main.... Pingpong....
he he he he

Kenapa saya suka orang rumah saya?
sebab dia wangi.....

kenapa? kenapa? kenapa?


Kenapa kamu tanya soalan macam ni?

Erp... Alhamdulillah


"Kalaulah saya dapat mencukur misai tanpa bau ketiakmu pada pisau cukurku"


moral: (tulis sendiri)

Pepijat siapakah ini?


Nombor ditaip di gnumeric sebagai "nombor", kemudian ditukar menjadi teks.
Disimpan sebagai fail .xls
Dilihat pada gnumeric dan OOo Calc kelihatan sebagai nombor.
Tapi bila dibuka menggunakan Excel viewer atau Excel, nombor yang dalam keadaan teks itu menjadi 8.9288E+12

Kalau simpan nombor sebagai teks, mesti ditetapkan ia sebagai teks dahulu sebelum masukkan data, kalau hanya convert, dia akan kelihatan pelik pada excel & Excel Viewer.
Tapi kelihatan OK di gnumeric & OpenOffice.org Calc

Google+ Hasbullah Pit