test

Memaparkan catatan dengan label pelaburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelaburan. Papar semua catatan

Khamis, 15 Januari 2015

Berita Emas Tersontot: Anak Bulan Masih Belum Kelihatan

MELAKA, 45 Disember - Ramai orang masih lagi menunggu ketibaan bulan Januari. Namun ada
pihak yang masih lagi inginkan Bulan disember, kerana modal dijanjikan untuk dikembalikan pada Disember.

Manakala pihak penyontot pula lebih gemar bulan Disember 2014 dilanjutkan sehingga 314 hari.
Kejadian perlanjutan bulan disember itu dikatakan berkalu kerana anak bulan Januari masih belum timbul.

"Ku tunggu, punya tunggu, bulan tak timbul timbul" , kata seorang penunggu anak bulan.

Tidak ada perhimpunan berlaku, kerana bulan disember masih belum berakhir.

Namun begitu, keadaan agak pelik, apabila penjawat awam sudah mula berhimpun, di mesin-mesin  ATM. 

Bonus Kerajaan beserta gaji, yang dijanjikan untuk dibayar pada 1 Januari, telah ada dalam  akaun penjawat awam.


Rabu, 14 Januari 2015

Cara Melabur emas di arrahnu

Artikel ini ditulis bukan untuk menggalakkan orang memajak emas sesuka hati.

Saya bukan suka orang memajak emas tanpa sebab, kononnya boleh untung kalau guna skil skil tertentu.

Memang kena ada skil, tetapi skil itu bukannya dilakukan tanpa sebab.

Perlu dingatkan Ar Rahnu, kos upahnya adalah lebih kurang 14% setahun.

Kalau ada kaedah pinjaman lain, baik guna kaedah lain. Cuma kelebihan Ar Rahnu, ialah anda tidak perlu meminjam lama.

Kalau ada orang ajar cara, tiap-tiap bulan suruh pajak, atau  kaedah berbentuk bulanan, semuanya tak boleh dipakai.

Jadi bila boleh Ar Rahnu?

Perlu diingatkan ArRahnu adalah pinjaman berkos tinggi, 14% itu sudah macam kad kredit, tetapi rendah sedikit. Namun kalau jangka pendek maka ianya boleh dikurangkan.

Kadar sama, tetapi bila pinjam sekejap maka bayar sedikit.


Jadi bila boleh Ar Rahnu?

Ar Rahnu boleh digunakan apabila anda berpeluang untuk membeli emas pada di bawah nilai.
Atau , ketika harga emas betul-betul rendah.

Ini boleh dikira 'tanpa sebab'  , tetapi boleh lah guna pakai 'harga rendah sebagai sebab.

Kalau dulu, ramai orang sesat ajar kononnya harga emas naik 20% setiap tahun.
kalau 20% sekali pun, tolak 14% tinggal 6 % sahaja. Boleh lah.
Setiap bulan, kos emas itu naik RM 1.5 /gram.


Contoh dibawah nilai adalah, apabila anda berpeluang beli emas pada harga skrap.
Peluang ini jarang jarang tiba kalau anda tak jual emas.
Namun ada juga kawan sepejabat yang nak jual emas, kedai ambil rendah, anda boleh up sedikit dan ambil.

Jadi kalau tak cukup duit, baru Ar Rahnu. Rantai Tangan kah, Rantai Leher kah...

Kalau cukup duit, tak payah Ar Rahnu.

Anda boleh guna Ar Rahnu, kalau anda berpeluang untuk beli barang lain di bawah nilai.
Contoh, anda peniaga kereta, ada orang tolak kereta, anda sudah letak harga cukup rendah, tetapi dia nak jual juga.

Maka sang peniaga kereta itu boleh pajak seketika emas yang ada.
Bila kereta itu sudah laku, tebus semula emas itu.

Ada peniaga yang memerlukan modal bermusim.
Sebagai contoh, peniaga yang perlukan stok lebih pada hari perayaan, atau hari buka sekolah.
Maka anda boleh ar rahnu. Selepas habis musim, tebus semula emas, guna untung berniaga.

Tetapi kalau pembekal boleh kasi 'consignment' , tak payah Ar Rahnu.


Peniaga Hartanah?
Pun boleh, kalau tak cukup duit muka.

Bila lagi sesuai Ar Rahnu?
Anda mungkin lebih tahu, bila masa anda perlukan duit untuk raih lebih keuntungan.
Jangan masuk skim mengarut-ngarut sudahlah, nanti tersontot.

Tajuk yang sesuai untuk artikel ini adalah, "Bila masa sesuai Ar Rahnu", tetapi nak guna untuk jawap persoalan popular "Cara Melabur emas di arrahnu"














Jumaat, 14 Mei 2010

Jongkong Perak 500 gram 'Public Silver'




Di atas adalah gambar Jongkong perak 500 gram keluaran Public Gold, yang diberi nama 'Public Silver'.
 
Sebelum ini Jongkong perak Public Silver hanya wujud dalam bentuk 1kg , agak besar dan mahal bagi yang ingin memulakan pelaburan perak.

Emas dan perak adalah wang, namun perak telah hilang fungsi sebagai wang, dimana wang kertas lebih banyak mengambil fungsi perak sebagai matawang, berbanding emas.

Catatan blog ini bukanlah bertujuan untuk mencadangkan pembaca melabur dalam perak. Bukan Negeri Perak, tetapi logam perak.

Hanya pelabur sejati sahaja yang sesuai melabur dalam perak.

Maksud saya, yang melabur dengan membeli sesuatu yang berada dibawah nilai seperti Warren Buffet.
Tidak sesuai untuk pelabur jenis spekulatif.

500 gram perak, sudah menghampiri nisab perak iaitu 595 gram atau 200 dirham.
Sekiranya anda hanya memiliki perak dalam bentuk 500 gram, maka anda tidak dikenakan zakat.

Perak sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana ianya terlalu dibawah nilai sebenar.

Ketika zaman perak adalah matawang jual beli, nisbah nilainya berbanding emas adalah tinggi.
Tidaklah setinggi sekarang.

Jika emas boleh dikatakan dibawah nilai berbanding ringgit, dan perak dibawah nilai berbanding emas.
Berapa rendahnya perak berbanding ringgit?

Selepas berlakunya 'gold rush', akan berlakunya 'silver rush'.

Situasi di Malaysia pula berbeza, dimana perak import dikenakan cukai. Maka apabila habisnya perak dalam negeri, pelabur akan membeli perak import walaupun dikenakan cukai.  Ini menyebabkan pelabur akan menghabiskan perak dalam negeri dahulu, sebelum ia akan menjadi mahal akibat cukai.


Nampak macam meyakinkan, namun ada risiko.

Perak hanya sesuai untuk dijadikan pelaburan oleh pelabur sebenar, kalau setakat rugi 20% sudah risau, maka anda tidak sesuai untuk melabur dalam perak. Harga perak dunia pernah jatuh daripada USD 20 seaun ke USD 9 se aun. 'Spread'nya pula 20%.

Anda berani?



Ketika catatan ini ditulis, hanya 2 ketul bar 500 gram yang sudah berada di tangan ejen Public Gold.

Khamis, 18 September 2008

Pengurus Dana Menjauhi Malaysia Hanya Kerana Anwar?

Tadi di Buletin Utama telah menyiarkan PakLah baru tahu rupanya Pengurus Dana sudah menjauih Malaysia.

Bayangkan Bekas Menteri Kewangan I itu hanya baru tahu pengurus dana menjauhi malaysia.

Agak lucu. Tapi itulah Bekas Menteri Kewangan yang tidak ambil tahu soal kewangan.

Pengurus Dana memang sudah lama menjauhi Malaysia. Ada baik dan buruknya.

Saya sebagai rakyat Malaysia yang lebih mementingkan ekuiti Malaysia dimiliki rakyat berbanding asing.

Saya bukan jenis orang yang mahukan negara bergantung kepada FDI untuk maju. Sepatutnya sekarang kitalah pelabur asing bagi negara miskin, bukannya kita terlalu bergantung harap kepada FDI.

Kalau bergantung harap pada FDI, risikonya agak tinggi, pelabur boleh lari apabila tidak untung dan pekerja merana.

Anwar Ibrahim telah menceritakan tentang pengurus Dana telah menjauhi Malaysia memang sudah lama, ketika ceramah di Jasin dahulu, beberapa hari setelah dia ditangkap, dia sendiri telah mengatakan yang pengurus Dana sudah menjauhi Malaysia.

Bukannya pengurus Dana menjauhi Malaysia hanya kerana Anwar.

Memang sedikit sebanyak, cerita 16 september juga mengakibatkan pengurus dana berundur seketika.

Ketika ini pun, pengurus Dana masih pening kemana hendak dilaburkan duit-duit yang ada. Tetapi saya agak optimis malaysia tetap negara sesuai untuk melabur.

Malaysia bumi bertuah, cucuk sahaja ubi kayu di mana-mana, akan hidup dan boleh hasihkan tenaga.

Hari ini, Najib diumumkan menjadi Menteri kewangan, dan secara automatik beban Ringgit jatuh di bahunya.

Berbalik kepada persoalan pengurus Dana yang menjauhi Malaysia, Adinda kepada Najib, Datuk Nazir secara terbuka menkritik cukai Durian Runtuh (Windfall Tax) kerana ia akan menjatuhkan gred Bon dan ianya tidak mesra Pelabur.

Pening?

Dalam ertikata lain, Adik kepada Menteri Kewangan telah lama mengesahkan bahawa Belanjawan BN oleh bekas menteri kewangan itu tidak mesra pelabur .

There’s no winner with this IPP tax. Credit spread has widened, bond volume has dropped and investors are nervous. As a result, borrowing costs in Malaysia will go up,”
Terdapat lagi satu analisis yang lebih baik yang mempersoalkan tentang Cukai Durian Runtuh yang berkait dengan rakyat.

IPPs : Apa keputusan muktamat kerajaan mengenai windfall tax?


Akhirnya Najib dibebankan dengan persoalan sebegitu oleh adindanya,

Jawatan Menteri Kewangan adalah beban kepada Najib mengikut kata Saudara Adly Zahari.
Hari ini perkembangan politik Malaysia setapak kebelakang. Pak Lah tukar suka sama tak suka kementerian dengan Datuk Najib. Kementerian kewangan walaupun dilihat lebih kanan berbanding kementerian pertahanan, namun dalam masa yang sukar ini, Pak Lah dilihat meletakkan beban ini pada pencabar terdekat beliau.

Saudara Adly di blognya juga menyatakan bahawa agak sukar, apabila harga minyak dunia turun dengan adanya belanjawan Defisit yang telah dibentangkan baru-baru ini.


 Dengan penurunan harga minyak US91 hari ini, maka ia turut memberi kesan kurangnya pendapatan dari hasil minyak.

Sudahlah Pak Lah mengemukakan bajet yang defisit, belanja lebih tinggi dari pendapatan. Pendapatan akan berkurangan, jangkaan paras terendah indeks komposit mengikut penganalisa mungkin mencecah 900 mata, maka ianya merupakan cabaran besar bagi Tok Najib.

Jawatan Menteri Kewangan bukan sekadar memberi peluang kepada Isteri untuk membeli belah terutama sekali beg-beg yang menggiurkan ini.

Adakah langkah Anwar untuk menghapuskan subsidi terhadap IPP adalah langkah terbaik?
Bagi saya ianya boleh dikurangkan sedikit demi sedikit, supaya tidak memberi kejutan kepada ekonomi.

Isnin, 21 April 2008

Amanah Saham Johor: Saya pun pening

Amanah Saham Johor, atau ASJ ni ada cerita pelik, dia bukan seperti Unit Amanah yang biasa, daripada satu forum "eboss" mengatakan hanya untuk UMNO.

TU LAH...SOMBONG SANGAT...MASA MEMULA SKIM NIE DILANCARKAN TAK BENARKAN AHLI PAS JOHOR LABUR...HANYA UNTUK UMNO

Perkara pelik kedua ialah ianya diwar-warkan sehingga meningkat 500%,
daripada suara Rasmi Kerajaan Negeri Johor. Tak jumpa pula di mana gambar Suara Johor yang menjanjikan "ia akan naik ke Rm 5.00".

Atas sebab itu, ASJ ini dianggap umpama skim cepat kaya, ramailah yang meminjam untuk melabur.

Kalau tidak meminjam, dengan duit sendiri melabur di ASJ. Kalau rugi 70%, maka rugilah.

Akan tetapi puak yang meminjam untuk melabur pula yang merungut.

“Kerajaan Negeri patut mengambil serius soal ini kerana ia mengecewakan ramai orang Melayu terutama ahli-ahli UMNO yang telah digalakkan melabur ketika ia diperkenalkan,”


Suri rumah, Rafaimah Mohd Zain, 60, berkata, penamatan skim itu memang amat membimbangkan pelabur-pelabur yang membuat pinjaman bank termasuk dirinya sendiri.

Katanya, beliau mempunyai 70,000 unit ASJ dan 50,000 unit adalah dilabur melalui pinjaman bank dengan bayaran sebanyak RM1,000 setiap bulan.

“Masalahnya, dengan penamatan skim ini apakah baki pinjaman pada bank juga akan turut terlupus?

“Saya bimbang dengan jumlah nilai selepas ditolak kos, unit-unit ASJ yang akan dijual nanti tidak dapat membayar hutang bank yang masih berbaki,

Daripada sumber yang lain, juga ada menceritakan tentang orang meminjam untuk melabur di ASJ:


Mana orang yang tidak ada wang sendiri, ramailah yang meminjam dari bank-bank. Sesetengahnya meminjam sehingga RM10,000. Malah ramai pelabur yang berhutang dengan bank lebih daripada itu.

Siapa yang tidak mahu kaya dengan cepat? Beli saham RM1 seunit kemudian dalam tempoh terdekat
nilainya menjadi RM 5 seunit


Kalau ikut teori saya, siapa yang melabur di ASJ, harganya telah tergolek, diberi pula peluang untuk jual balik pada harga RM 1, Itu satu tawaran yang baik.

Adakah itu adil kepada pelabur ASJ yang telahpun menjual unitnya pada harga rendah sebelum tawaran itu?

Saiz dana telahpun menguncup menjadi 22 juta dengan hanya 77,000 pelabur.

Bagi saya elok tamatkan sahaja ASJ.

Pelabur cari tempat lain untuk melabur, mengapa mesti masih nak melabur di tempat yang buruk prestasinya? Bukannya orang johor tak boleh melabur di PNB, Public Mutual, CIMB, bla bla bla.

Akan tetapi, Syarikat Pengurus dana itu semua tidak boleh menjanjikan keuntungan 500% seperti ASJ.

Amanah Saham Johor: Pendapat PAS Johor vs Tawaran JCorp

Ceritanya di Sini.

Bagi saya, Ketua Eksekutif JCorp memang bersalah apabila meramalkan ia akan naik 500% daripada RM 1.00 kepada RM 5.00
"ASJ telah mendapat sambutan hebat di kalangan orang Melayu Johor berikutan kenyataan Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Jcorp, Tan Sri Mohamad Ali Hashim, yang menyatakan nilai saham ASJ akan ditingkatkan sehingga RM5.00 seunit dalam tempuh lima tahun, iaitu pada 1997 (sila rujuk "Suara Johor", buletin rasmi Kerajaan Johor terbitan Jun 1996, halaman 10).

"Kenyataan ini menyebabkan ramai rakyat Johor menganggap ASJ seperti 'Skim Cepat Kaya' atau 'Skim Pak Man Telo', disebabkan keyakinan yang tinggi menggunung, pelabur telah membuat pinjaman bank antara RM10,000 hingga RM150,000, untuk dilaburkan di dalam ASJ.


Akan tetapi pelabur sepatutnya perlu tahu apa risiko yang ada.

Mengapa rakyat Johor terlau bodoh untuk mempercayainya? Mengapa harus meminjam untuk melabur tanpa mengkaji prospektus ASJ dengan lebih terperinci.

Memang Pengurus Dana harus dipersalahkan apabila menjanjikan apa yang tidak sepatutnya dijanjikan.

Akan tetapi pelabur juga dipersalahkan kerana mengambil risiko tambahan (meminjam) untuk melabur di tempat yang berisiko.

Melihat akan harga seunit ASJ lingkungan 20 sen, tawaran 1.00 seunit itu dikira sudah baik (Kenaikan 500%).

Sekiranya ASJ diniagakan semula setelah ia digantung, amat sukar untuk dia naik sendiri ke tahap RM 1.00 bersamaan 500 peratus.

Public Mutual yang tersohor itupun bertungkus lumus untuk meningkatkan prestasi dana ke 500%.

Prestasi Dana "Public Balanced Fund" hanya meningkat 169% dalam masa 20 tahun.

Public Saving Fund meningkat 176% dalam masa 20 tahun.

Mengapa pelabur Johor begitu bodoh untuk percaya ianya boleh naik 500% dalam masa 5 tahun?

Walaubagaimanapun, Pelabur mempunyai hak untuk menukar pengurus dana, jika ianya dinyatakan di dalam prospektus seperti yang sepatutnya difahami dahulu. Ada beberapa hak-hak pelabur yang perlu pelabur ketahui.

Kalau benar PAS Johor nak menyelamatkan Pelabur ASJ, jangan cadangkan ia supaya diniagakan agar harganya naik. Ianya amat-amat sukar untuk mencapai tahap 500% menyamai tawaran JCorp itu.

Harap Maaf, Saya tidak bersetuju dengan cadangan Datuk Dr Mahfodz Muhamad:

"PAS Johor mendesak Jcorp membatalkan niat untuk menamatkan ASJ, sebaliknya mereka perlu merangka satu plan tindakan yang lebih agresif dan mampan bagi memulihkan harga ASJ.

"Kerugian yang dialami pelabur ASJ pada masa sekarang bersifat atas kertas tetapi apabila tindakan menamatkan skim amanah ini dilakukan maka ia merupakan tindakan bagi merealisasikan kerugian yang sebelumnya bersifat atas kertas kepada suatu realiti,"

Oleh itu, Pelabur ASJ perlu sehati sejiwa untuk mendapatkan apa mereka mahu, sekiranya mahu ia diniagakan semula, Desak JCorp supaya senaraikan dulu siapa calon Pengurus Dana itu. Sekiranya pengurus Dana itu bernama Warren Buffet, barulah ia boleh diniagakan.

Pelabur juga boleh memohon untuk menambahkan harga yang patut dibeli oleh JCorp atas sebab "Janji" CEO JCorp, untuk menjadikan RM 1 itu kepada RM 1.20 . Sila bawa salinan Suara Johor itu sebagai bukti.

Kemudian, Pelabur perlu desak JCorp untuk menyediakan kursus pemahaman kepada risiko Unit Amanah, supaya kelak pereka boleh jadi pelabur sebenar.

Dipendekkan cerita, Walaupun tawaran itu cukup baik (bagi saya),Pelabur ASJ yang akan hadiri mensyuarat itu perlulah jual mahal sedikit, Jangan terus setuju minta ianya dijadikan 1.20 atas kesalahan mereka menjanjikan sesuatu yang agak mustahil.

Sabtu, 19 April 2008

Minggu Saham Amanah di Negeri Melaka

Menurut Melaka Hari ini, Minggu Saham Amanah diadakan di negeri Melaka, hanya sehari sebelum ianya diadakan. Maka tidak sempatlah Nadlique untuk pulang ke Malaysia untuk menghadirinya.

Begitulah nasib Negeri Melaka yang mempunyai Media Kerajaan Negeri yang tidak bermaya.


Akan tetapi, pada berita yang sama, Ali Rustam telah mengeluarkan kenyataan yang pelik:-
Katanya, keyakinan ini bukan sahaja wujud di kalangan kaum Melayu dan Bumiputera, tetapi juga di kalangan bangsa-bangsa lain.

"Manifestasi keyakinan ini dapat dilihat apabila unit Amanah Saham Malaysia sebanyak 500 juta yang diperuntukkan kepada bukan-Bumiputera telah habis terjual dalam masa 39 minit saja. Ini adalah satu kejayaan yang wajar dibanggakan," tambah beliau.

Apa yang hendak dibanggakan sangat?
Sejak bila Unit Amanah itu dikhususkan untuk bukan bumiputera? bukanlah ia boleh dibeli oleh semua orang.

Memang lumrah alam bagi kaum bukan melayu menyerbu Unit amanah terbitan baru.
Pelabur Melayu pun ada yang menyerbu unit amanah terbitan baru. Public Islamic Sector Fund (PISSF), dijual habis dalam tempoh 2 hari. Pisang goreng panas.

Akan tetapi, tahap pengetahuan orang Melayu tentang unit amanah memang membimbangkan. Dengan adanya ASB, ASD, mereka kurang faham konsep pelaburan yang sebenar, risiko yang ada, turun naik harganya. dan lain-lain. Apabila ASD habis, mereka terpinga-pinga.


Sepatutnya sebagai Naib Presiden UMNO sepatutnya risau kenapa golongan pelabur terlalu sedikit dikalangan orang Melayu. Buat kajian samada adakah mereka hujung bulan cukup duit, Kalau hujung bulan tiada duit, lupakan saja membeli pisang goreng panas Unit amanah terbitan baru oleh Syarikat Unit amanah tempatan.

Mungkin ramai yang tiada pengetahuan, jadi bagi saya mari kita ramai-ramai ke MITC. kepada yang jauh dari Melaka, kunjungi blog Nadlique, baca sepuas-puasnya.

Apa puncanya orang melayu begitu jahil dengan unit amanah?
Salah satu punca yang saya tahu ialah kerana ejen unit amanah sibuk berblog dan berpolitik.





Isnin, 10 Mac 2008

Siapa Jatuhkan Indeks BSKL?

Ketika sebelum pilihanraya, saya telah membuat ramalan berikut tentang Indeks Komposit BSKL:-

Kiriman asal oleh sebol View Post
aku rasa kalau BN tak dapat 2/3, saham akan jatuh, pasal kononnya negara tak stabil. lepas tu dia naik balik pasal rupanya malaysia tempat sesuai melabur

tapi nak shopping duit dah takde. spend untuk election.




Awal pagi tadi, Indeks dibuka rendah, ketika jam 10 pagi, indeks merosot -7.24 % .Jumlah dagangan ketika itu bernilai RM 688 juta.

Kusangkakan ia setakat begitu sahaja, ketika rehat tengah hari, dibuletin utama, menunjukkan nilai dagangan RM 1.9 bilion, tidak pasti berapa % kejatuhan indeks ketika itu.

Setelah terbongkang akibat demam, saya dapati "Penampan Kejatuhan" telah digunakan dan bursa ditutup jam 2:58 pm.

Untuk pengetahuan, bursa akan automatik ditutup jika indeks turun 10% dalam hari yang sama. Setelah diperhatikan semula, indeks jatuh sehingga ke paras 1,166.32 dan nilai dagangan adalah RM 2.47 bilion.

Adakah pelabur runcit begitu takut dengan Kejatuhan pembangkang? Adakah pelabur asing dari negara yang biasa dengan demokrasi takut dengan pembangkan?

Memang ramalanku dia akan jatuh, tapi tidaklah sehingga 10%.

Pakar Pelaburan yang suka merusuh, telah merungkaikan teori kejatuhan berpunca dari pelabur sindiket yang sengaja cuba menampakkan seolah-olah "pelabur takut":-

Dari maklumat yang saya terima, para pelabur runcit tiada masalah akan peralihan kuasa ini namun terdapat petunjuk bahawa kejatuhan ini disebabkan oleh penjualan besar-besaran oleh pelabur besar dan pelabur sindiket (syndicate investor) seperti Synergy Drive, KWSP, KWAP, Tabung Haji dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pelabur sindiket tempatan inilah yang menjadi punca kejatuhan lebih 100 mata hari ini dimana dari maklumat yang saya dapati adanya arahan dari Menteri Kewangan supaya penjualan besar-besaran ini dilakukan.


Agak mustahil bagi pelabur runcit tempatan dan pelabur asing untuk takut akan kerajaan negeri barisan alternatif, kerana Bekas Pengerusi PNB telah dilantik menjadi Menteri Besar.

Sementara itu Pakdi, blogger/pelabur tersohor, juga turut mempersoalkan
"Who dump the market?"







Rabu, 13 Februari 2008

Terima Kasih Poland

Apabila dekat dengan pilihanraya (atau pilihan raya), maka banyaklah cerita indah tentang ekonomi, di sebarkan supaya menunjukkan kecekapan pemerintah menjaga ekonomi, menarik pelabur, menambah kekayaan negara.

Kita lihat satu cerita indah ekonomi.

RM100bil trade surplus is second highest ever

Eksport ke Amerika Syarikat berkurang 14.5%
Eksport ke Poland meningkat 73.3%
Eksport ke Qatar meningkat 47.3%
Eksport ke Iran meningkat 31%


Tidakkah ia sesuatu yang baik, apabila kita kurang berdagang dengan Amerika, tetapi lebih diversify ke banyak negara lain.

Kalau mengikut benua:-
From a regional perspective, North-East Asia was Malaysia’s largest regional export market, accounting for 29.1% of total exports. That was followed by Asean with a 25.7% share, North America with 16.2% and European Union with 12.9%
.

Saya memang lebih suka apabila Amerika tidak jadi Rakan Dagangan No.1 Malaysia. Dan saya juga menentang US-FTA.

Maka itulah cerita indah Ekonomi Malaysia. dan sudah pasti KDNK Malaysia akan meningkat.

Akan Tetapi, Ekonomi bukanlah hanya diukur dengan berapa banyak harta yang ada pada perbendaharaan negara, ianya diukur juga pada berapa kuat kuasa beli rakyat, pendapatan perkapita.

Jadi, untuk mengimbangkan kekayaan negara yang melimpah ruah itu, Malaysia terpaksa menjadi Negara Kebajikan, supaya kekayaan boleh dikongsi kepada rakyat. Sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa tahun ini dahulu.

Sekiranya ramai rakyat yang tidak mampu untuk membeli itu dan ini terutama sekali hartanah, ia akan mengakibatkan hartanah Malaysia tergadai ke "Pelabur Asing".






Isnin, 4 Februari 2008

Tarif Elektrik Terpaksa dinaikkan kerana harga angin naik

"Tarif elektrik terpaksa dinaikkan kerana harga angin naik"

Bayangkan kalau seorang Timbalan Perdana Menteri berkata sebegitu.
sebenarnya, Najib berkata
“You can’t review gas prices without looking at the (electricity) tariffs because otherwise the market will dump TNB (Tenaga Nasional Bhd) shares,”

Itulah akibatnya apabila sumber tenaga alternatif tidak dicari.

Itulah akibatnya, apabila "kos di atas kertas" meningkat dan TNB akan rugi, (walaupun baru lepas untung besar).

Dari sudut pelaburan pula, pelabur cukup suka jika ada berita "tarif elektrik akan dinaikkan", kerana ia akan menaikkan harga saham TNB secara mendadak. Ditambah pula dengan pengumuman Hukum melabur di ASB adalah Harus. Tidak hairan kalau indeks akan mencecah 15++ mata sekali lagi seperti sebelum kejatuhan akibat kegusaran pelabur tentang krisis sub-utama di Amerika Syarikat.

Tidak hairan kalau indeks akan dilonjakkan setinggi-tingginya ketika pilihanraya untuk membuktikan bahawa kerajaan BN bijak menarik pelabur. BSKL yang bianya menjadi petunjuk ekonomi akan menunjukkan bahawa "Ekonomi Malaysia baik".

Akan tetapi, pada firasat saya, saham TNB akan lebih melonjak jika ladang kincir diusahakan dengan kerjasama Sime Darby.

Khamis, 31 Januari 2008

Malaysia masuk Slashdot, Isu datacenter google

Hari ini, Malaysia masuk slashdot, kerana isu " Negara asia berebut google ".

Walaupun Malaysia kini bukan negara yang kompetitif untuk merebut pelaburan, akan tetapi apa salahnya kita lobi lebih sikit. Kerajaan yang agak bermasalah,

Jadi, Mari kita serang slashdot.!!!!
Lobi lebih sikit

Khamis, 3 Januari 2008

Harga Emas dan Minyak mentah pecah rekod.




Harga emas melepasi USD 850, Harga Minyak mentah melepasi USD 100, Nilai ringgit tertinggi selepas gawat.

Yang pasti USD yang jatuh. dan USD akan jatuh lagi dan lagi waalupun ia akan naik kembali selepas ini.

Isnin, 31 Disember 2007

Tahun baru, mari mengira berapa peratus

Ini bukan ucapan Selamat Tahun Baru kerana saya tidak menggalakkan sambutan tahun baru seolah-olah ianya satu perayaan besar. Ada pendapat yang mengatakan sambutan adalah berdasarkan peristiwa lama agama tertentu.

Akan tetapi perubahan nombor dari 2007 ke 2008 tetap memberi makna, dari banyak sudut, kerana banyak perkara diukur berdasarkjan tahun.

Prestasi Indeks Komposit BSKL juga diukur mengikut tahun dan indeks ketika ditutup petang ini adalah begitu bermakna kerana prestasi bagi tahun 2007 berdasarkan pada indeks petang ini.

Jika ia kekal dalam 144x, maka prestasi BSKL 2007 adalah lebih 30%

Dari sudut matawang pula, Ringgit meningkat lebih 5% berbanding USD, tetapi merosot hampir 5% kepada Euro.

Harga Emas yang dikira dalam USD meningkat 32%
Harga Emas yang dikira dalam ringgit pula meningkat dari RM 2,309 seaun ke RM 2858.
berapa peratus, jap saya kira. ......

23% sahaja.

Ahad, 23 Disember 2007

Pelaburan dan Melayu

Saudara 'San' telah ulas di topik Rasuah telah menjadi kebiasaan:-


No wonder that prospective foreign investor stated, "Invest anywhere in Southeast Asia but not Malaysia!" When I wanted to start a business, the first thing they ask is about a malay partner.

Obviously, the sick value systems perpetrated by Mahathir is so widespread that daylight robbery and corruption is perfectly okay and are normal, everyday values.

End the NEP. Let us get back to being a normal country where every Malaysian is equal.


Ditelah mati anak diluah mati bapak.
Itulah ungkapan yang sesuai untuk BSKL / KLSE.

Iklim pelaburan Malaysia sebenarnya lemah.
Walaubagaimanapun, pihak tertentu, menggunakan kuasa politik yang ada sering meningkatkan indek kompositnya supaya ia diminati pelabur.

Hampirt setiap tahun, Indeks akan naik apabila tarif elektrik dinaikkan.
Banyak kali instrumen pelaburan KWSP (EPF) digunakan untuk menyelamatkan syarikat tertentu, dan banyak kali ia digunakan untuk mem'bullish'kan KLSE.

Terlalu banyak langkah kerajaan yang mesra pelabur tetapi tidak mesra rakyat. Juga tetap Malaysia tidak dianggap tempat pelaburan yang menarik.

Tetapi Malaysia negara kita, pelabur tetap perlu ditarik, indeks kita tetap perlu dipertingkatkan. Akan tetapi langkah seperti menaikkan tarif supaya TNB untung, membayar konsesi tol supaya PLUS dan syarikat lebuhraya lain untung, memang dapat dapat meningkatkan indeks komposit BSKL tetapi rakyat yang membayar harganya.

Di Malaysia, Siapa pelabur tempatan? Selain dari instrumen pelaburan seperti PNB, Tabung haji, unit amanah, kebanyakan pelabur tempatan adalah Orang Cina. Bukan salah mereka kerana membeli saham TNB, PLUS dan lain-lain ianya memang senaraian awam (Public Listed).
Jadi siapa yang untung lebih kalau kuasa kerajaan digunakan untuk mengkayakan TNB dan PLUS?


Dari situ kita dapat lihat bagaimana DEB (NEP), walaupun mensyaratkan sekurang-kuranganya 30% pegangan bumiputra, akan tetapi Orang Cina yang untung lebih.

DEB yang kononnya untuk mencapat 30% pegangan ekonomi, akan tidak berjaya jika 30% itu diberikan kepada individu. Amat tidak adil, kalau seseorang individu melayu (biasanya UMNO) mendapat perkongsian 30% pada syarikat senaraian awam, walhal ramai lagi yang miskin.

Saya, secara peribadi menentang DEB jenis sebegitu, kerana ia tidak memberi manafaat kepada ramai lagi orang Melayu yang miskin.

Samada wujudnya DEB jenis itu atau tidak, yang miskin tetap miskin, yang kaya hanya individu tertentu.
Pengarah yang hanya jadi boneka.

Jadi apa penyelesaiannya?
Ramai lagi Melayu yang miskin, hendak diberikan percuma 30% kepada boneka?

Tatkala kerajaan pimpinan PakLah cuba menafikan golongan India tertindas di Malaysia, maka mereka pun keluarkan statistik menunjukkan peratusan golongan India dibawah tahap kemiskinan adalah sebenarnya jauh lebih rendah daripada orang Melayu.

Saya tidak ingat berapa peratusannya, akan tetapi orang melayu dibawah paras kemiskinan adalah 8% berbanding India hanya 2%. (untuk cina saya tidak pasti)

Sudah semestinya pemberian 30% saham kepada pengarah boneka itu tidak dapat membantu golongan 8% dan 2% itu.

Jadi apa penyelesaiannya?

Wujudkan 1 badan Pemegang Amanah, Siapkan tabung khas untuk pemegang amanah itu,
Daftarkan golongan miskin supaya telus supaya tidak ada orang kaya yang berpura miskin.
Ubahsuai DEB, dan gantikan syarat 30% bumiputra itu kepada pemegang amanah itu.
Maka jika kalau ada dividen atau pertumbuhan modal, maka ianya adalah milik golongan 8% dan 2 % itu.

Rabu, 19 Disember 2007

Hari Jadi Saya

Bila tengok jam di komputer, rupanya hari ini hari jadi saya yang ke 32.

Mungkin tahun ini saya boleh sambut double birthday berdekatan.

19 Disember 1975 adalah bersamaan 16 ZulHijjah iaitu minggu depan.

Oleh itu, saya umumkan pengagihan 8 sen dividen dan 1 sen bonus pada pelabur ASB.
bersamaan 9% berdasarkan harga seunit RM 1.

Walaupun prestasi sebenar KLSE jauh lebih tinggi pada tempoh setahun, itu yang pelabur dapat apabila, pengagihan banyak telah diberikan ketika pasaran merundum 1 ketika dulu.

Jumaat, 30 November 2007

Unit tambahan 300 juta Amanah Saham Didik

Tadi saya membaca akhbar yang mengatakan ASD atau Amanah Saham Didik diberi tambahan unit sebanyak 300 juta. Sebelum itu juga sudah beberapa kali dilakukan tambahan unit namun juga habis.

petikan berita harian:-

Beliau berkata, dana tambahan itu adalah yang keenam sejak ASD dilancarkan pada 20 April 2001 dengan saiz dana permulaan 300 juta unit.

Kali pertama ialah pada 2002 dengan tambahan 200 juta unit, diikuti 200 juta unit lagi pada 2004 dan 500 juta unit pada 2005. Tahun lalu, ASNB menambah 300 juta unit ASD yang mana habis dilanggan dalam tempoh kurang dua bulan, manakala 200 juta unit lagi pada Julai lalu.


Maksudnya, ia sudah banyak kali di tambah tetapi sering habis. Apa tidaknya habis, rupanya ia adalah pelaburan yang dicadangkan oleh PNB apabila ASB sudah penuh. Namun ia tidaklah memberi pulangan yang memberangsangkan.

Namun oleh kerana sifatnya nilai tetap, hampir tiada risiko kejatuhan, maka ianya menjadi pilihan bagi golongan kaya bumiputra yang sudah penuh ASBnya.

Suatu ketika dulu, saya pernah membaca tulisan seseorang yang ingin melabur pada ASD, tetapi ia sudah penuh. Sememangnya penulis itu tidak faham tentang "saiz dana" pada unit amanah.

Dengan adanya ASB , pelabur melayu khususnya orang kampung dibutakan matanya tentang realiti unit amanah. NAB, saiz dana, jenis dana, pertumbuhan modal atau pendapatan.

Jadi, saya rasa tak sesuai ASD dijadikan alat bagi bumiputra kaya untuk terus kaya, sehingga pelabur melayu kampung nak melabur tetapi "sudah habis".

Bukan senang nak terangkan pada orang kampung tentang dana itu sudah habis dijual.

Bagi kacamata orang kampung, tiada "melabur", mereka hanya tahu "menyimpan", dan menggunakan istilah melabur apabila "menyimpan" di ASB atau tabung haji.

Pelabur Melayu yang kaya tolonglah jangan habiskan unit ASD sehingga orang kampung tak boleh nak masuk ASD. Pelabur melayu kaya, yang banyak pengetahuannya tentang unit amanah, carilah unit amanah lain.
Berikanlah kemudahan "hampir tiada risiko" itu pada orang kampung.

Dari kacamata orang kampung, ASD itu memang 'simpanan' untuk pendidikan, nanti jika ia penuh atau habis, mereka akan kata "Macam mana nak simpan untuk pendidikan kalau ia penuh?"


DEB bukan untuk membantu orang kaya jadi kaya, sepatutnya ia boleh membantu 'orang kampung'.

Selasa, 21 Ogos 2007

JawapCarian: Harga Emas Malaysia

Mengapa seorang suami membelikan emas kepada isterinya?
Jawapan biasa ialah kerana sayang/cinta/nak_kawin_lagi_satu/muah2x

Ianya boleh dijadikan "hiasan" atau "hiasan berharga" atau "kool"

Selain dari itu, adalah sebab 'nilai'nya. Ramai yang berpendapat Emas adalah bukan pelaburan yang baik. Dan ada yang mengatakan ia adalah bukan pelaburan langsung.

Kenapa?

Emas adalah emas, Ringgit adalah Ringgit, USD adalah USD, Euro adalah Euro
(nak kena buat loop)

Sejak Azali, Emas telah dijadikan matawang tidak kira di mata kita berada.
Tahukah anda "sekupang" itu berasal dari matawang emas yang dipanggil kupang?
Tapi kini sekupang adalah 10 sen tapi merujuk kepada syiling 10sen dan bukannya kupang emas.

Saya belum kaji lagi berapa berat satu kupang emas, Tetapi kalau ia mengikut spesifikasi Syaidina Umar, ia mungkin bernilai Rm 283

Maka dipendekkan cerita, walaupun zaman berubah, emas tetap menjadi pengukur kekayaan.

Di Malaysia terdapat beberapa cara mengira harga emas.
Kalau ikut piawai Bank Negara, Harga Emas boleh dilihat di
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Harga emas Bank Negara tidak terlalu 'Realtime' berbanding Harga Emas sebenar.
Manakala Harga Emas sebenar boleh di lihat di kitco.com

Oleh kerana harga emas realtime itu mungkin menyukarkan jual beli, maka di UK ada London Fix. dimana ia akan ambil harga emas sesuatu masa dalam sehari dan gunakan harga itu.

Harga emas bank Negara menggunakan kaedah yang sama. Saya tidak pasti harga emas Bank Negara diambil dari harga emas realtime pada masa tertentu atau guna London Fix.

Harga Emas Bank Negara ini digunakan untuk transaksi kijang emas dan Maybank Gold Passbook Saving.

Lagu satu mekanisme menentuan harga emas di Malaysia ialah dengan untuk Dinar Emas Islamic Mint ialah dengan melalui idgexchange.com

Harga Dinar Emas Kelantan saya tak pasti dari mana dia dapat suapan (feed).

Akan tetapi, untuk Barang Kemas, harga emas ditentukan oleh Persatuan, dan harga itu tidak realtime. Selalunya ditampal dengan kertas putih di kedai emas.

999 = RM 8x
916 = RM 8x

Akan tetapi, tiada titik perpuluhan dan tidak realtime. Ia menyukarkan pengguna.
Saya pernah cuba tukarkan harga emas dalam USD kepada ringgit untuk cuba dapatkan harga emas yang ditampal di kedai emas, namun gagal. Saya kira dia sudah markup dengan 'premium' entah berapa peratus. Tetapi bila kita beli emas, harga emas itu tetap ditambah dengan 'Upah'. Ia menyebabkan amat sukar bagi pengguna. Dan ini akan menyebabkan harga emas yang dibeli pengguna, agak mahal.

Namun Isteri tetap minta emas. Jadi dipendekkan cerita memang susah nak untung kalau nak beli emas di kedai emas biasa untuk pelaburan.

Jadi langkah yang terbaik, ialah dengan memonitor harga emas sekerap mungkin, guna teknologi yang ada. Supaya boleh beli emas pada harga emas murah. Mungkin harga emas murah beberapa minggu sahaja dalam setahun.

So, masa tu la Sang Suami boleh belikan emas pada Isteri, yang berat sikit.

Eh, Mungkin harga paling sesuai untuk beli emas ialah sekarang?

Rabu, 23 Mei 2007

Negara Pelaburan





Malaysia satu ketika dulu kecoh dengan "Pelaburan Internet", pelbagai skim yang tiba-tiba tumbuh menarik pelbagai pelabur tempatan, pensyarah, budak kilang, orang kampung.

Pada Negara yang sama iaitu Malaysia, Syarikat dari Malaysia telah memenangi anugerah
"Best Fund Manager- Asia" & "Best Asian Equity Fund" pada Anugerah "Islamic Fund Award" Anjuran Failaka.


Dimana

  • Best Fund Manager Asia - dimenangi oleh Public Mutual
  • Best Asian Equity Fund - dimenangi oleh Dana Al-Ilham Fund

Hairan sungguh, Pelaburan Islamik yang berjaya didepan mata, tapi kenapa bersusah payah melabur di "internet" melalui skim yang nyata penipuannya?

Dimaklumkan bahawa ini adalah bukan promosi Unit Amanah melalui laman web.
Sila YM "sebolku" untuk maklumat lanjut mengapa ia bukan promosi Unit Amanah melalui internet.

Sabtu, 21 April 2007

Harga emas dah naik



(Gambar menunjukkan harga emas, pada dasboard OSX, latarbelakang ada 'Bluetooth file manager'.)



Kenaikan itu mungkin akibat ketegangan antara Iran dan Amerika, dan mungkin juga disebabkan oleh ketegangan di ijok.

Nak tunggu sampai 700 atau tak?

kalau ikut ramalan tok nujum Sungai Ramal mengatakan :
"oh.. jgn risau.., perang akan tetap berlaku..!

berita2 yg keluar 2-3 minggu ni.. semua menunjukkan ke arah itu..!!"




kalau nak parking tempat lain, kat mana ye?
FD? Islamic bond? Tabung Haji? (anything yg riskless)


Google+ Hasbullah Pit