test

Memaparkan catatan dengan label bluetooth. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bluetooth. Papar semua catatan

Khamis, 12 Mac 2009

Gambar Bogel Tersebar Melalui MMS

Selalu tersiar di Akhbar tempatan mengatakan sesuatu gambar bogel atau aksi lucah tersebar melalui MMS.

Saya agak mushkil, kerana sejak 2,3 tahun saya menggunakan MMS, tidak pernah pula saya menerima gambar bogel atau aksi lucah melalui MMS.

Adakah ianya benar seperti yang didakwa?

Saya sendiri pun terima MMS biasanya tidak sampai 5 MMS sebulan.

Melainkan kalau   mamai72 membiarkan anaknya bermain telefon, maka saya dapat banyak MMS.

Bagaimana berlakunya penyebaran gambar lucah melalui MMS?

Tidakkan pihak penyedia telekomunikasi boleh melihatnya?
Sudah tentu. Jadi apa masalah untuk mencari penyebarnya?

Namun persoalan saya ialah, adakah benar sesuatu gambar lucah yang didakwa tersebar melalui MMS, memang disebar melalui MMS?

Adakah memang budaya rakyat Malaysia suka sebarkan gambar melalui MMS.
Kalau sebar teks guna SMS perkara biasa.
Kalau sebar gambar melalui emel pun perkara biasa.

Adakah mungkin "penyebaran gambar melalui bluetooth" dipanggil "penyebaran melalui MMS"?

Adakah wartawan Metro tidak boleh membezakan antara MMS dengan bluetooth?

Saya buka persoalan.

1. Adakah anda menggunakan MMS
2. Berapa kerap anda menerima MMS dalam sebulan
3. Adakah anda pernah menerima MMS gambar lucah Elizabeth Wong

Jumaat, 6 Mac 2009

Rangkaian Perkongsian Internet Menggunakan GPRS Linux --> OSX -> SE k800i

Hari ini talian streamyx tergendala, bukan sekadar DSL sahaja yang tergendala, malah talian PSTN juga tergendala.

Kebiasaannya sekiranya perkara ini berlaku, saya hanya melayari web menggunakan Telefon sahaja, itupun menggunakan GRPS kerana UMTS 3G tidak sampai di kawasan rumah saya.

Secara teori memang saya tahu menggunakan Linux atau MacOSX, boleh menggunakan bluetooth untuk disambung ke telefon supaya komputer boleh melayari internet. Namun akibat ketidaksungguhan mengodek, maka ianya sering tidak berjaya.

Namun hari ini saya berjaya membuatkan MacOSX, menyambung ke internet menggunaka Telefon buruk Sony Ericsson k800i yang disambung menggunakan GPRS sahaj. Kira cukup baik, daripada menggunaka skrin telefon yang kecil, boleh juga guna komputer.

Tips: Guna skrip Sony Ericsson 3G CID4

Ada pula Perkongsian internet MacOSX yang cukup mudah dihidupkan menggunakan GUI sahaja.
Maka dapatlah PC Ubuntu buruk ini digunakan untuk membuat catatan blog ini.

Namun, sebaik sahaja sambungan Rangkaian perkongsian Internet menggunakan GPRS itu berjaya dibuat, Sihat pula streamyx ini.

Isk.

Rabu, 13 Februari 2008

Jam bluetooth Sony Ericsson

Berdasarkan tokpik, jam buruk suamiku oleh Viruspadu, saya telah mencadangkan dia untuk belikan jam bluetooth kepada suaminya.

Ya, memang wujud Jam Sony Ericsson yang menyokong bluetooth,

MBW 150 Music Edition



MBW 150 Executive edition

Jumaat, 25 Januari 2008

Hobi subversif untuk Adi Putra

Dalam minggu lepas ramai yang memperkatakan tentang Adi Putra, pelajar yang pandai matematik itu.

Banyak pihak mengatakan bahawa dia perlu kesekolah khas, dia ditempatkan di sekolah antarabangsa, kemudian keluar, dengar pula dia cuma mengambil A Level di rumah. Ada pendapat menyuruh dia mengambil UPSR tahun ini.

Hampir kesemua pendapat mencadangkan supaya dia cepat habis belajar.

Bagi saya, buat apa perlu cepat habis belajar?
Tidakkah dia akan hilang banyak pengalaman bersekolah?
Sudahkah dia menaiki bas sekolah?
Sudahkah dia jadi pengawas sekolah? Pengawas perpustakaan, pengakap?

Sudahkah dia mempunyai pengalaman mewakili sekolah dalam sukan atau kuiz?
Pernahkah dia dihukum mencabut kemuncup di padang sekolah?

Sudah puaskah dia bermain bola sepak, "police sentry", menyorok-nyorok?
Sudahkah dia tahu lawak kanak-kanak , cuba sebut laju laju
"Bas datang kau naik"
"Bas datang kau naik"

Pernahkah dia menjadi ketua murid?

Sungguh banyak pengalaman yang boleh diperolehi ketika disekolah, atau zaman kanak-kanak yang tidak dapat dikecapi Adi Putra jika terus ke A Lavel dan terus ke university.

Pengalaman solat hajat untuk UPSR sudah pasti tiada kalau tidak duduki UPSR, debaran peperiksaan, perasaan ketika dapat keputusan UPSR. semuanya hilang.

Jika di mengambil A level, dan meneruskan ijazah, dia hanya jadi pemenang ijazah yang muda sahaja. Tiada beza dengan graduan menganggur yang lain melainkan dia muda.

Saya amat sedih melihat Adi Putra yang akan kehilangan banyak pengalaman.
Dimana sepatutnya, dengan kecerdikan dia, dia sepatutnya mempunyai banyak pengalaman berguna. Tidak dinafikan, pengalaman berpindah randah sekolah juga pengalaman berguna.

Saya masih ingat lagi tahun lepas ketika anak saya, Hamzah belum lahir, mengikut teknologi sekarang, dia boleh dikhatankan ketika baru lahir, akan tetapi bila mengenangkan bahawa dia akan ketiadaan pengalaman berkhatan, maka dia tidak dikhatankan ketika baru lahir.

Banyak perkara yang boleh dialami oleh kanak-kanak ketika kecil yang sedikit sebanyak membantu kanak-kanak itu untuk hidup.

Bagi saya, Adi Putra sepatutnya bersekolah biasa, tanpa rasa dirinya terlalu pandai supaya boleh bergaul dengan kawan-kawan sebaya.

Untuk mengatasi limpahan kecerdikannya itu, ada seribu satu cara dia boleh gunakan untuk berinovasi.

Banyak bidang ilmu diluar sukatan yang Adi Putra boleh ceburi. Mengapa mesti diajar terlalu banyak perkara "dalam sukatan" hanya sekadar untuk cepat habis sukatan?

Ketika saya berumur 33 tahun ini pun masih terlalu banyak perkara untuk dikaji, tetapi tidak cukup masa. Tanyalah kepada MyPapit, adakah dia cukup masa untuk menkaji apa yang hendak dikaji atas dasar hobi?

Negara maju banyak melahirkan teknologi atau inovasi baru di rumah. Di mana rumah mereka mempunyai garaj yang boleh digunakan untuk pengodekan (hacking).

Tidak semestinya dalam bidang komputer, bidang elektronik juga menarik. Zaman sekarang, elektronik dan komputer tidak boleh dipisahkan.

Bayangkan kalau Adi Putra disediakan dengan Komputer pelbagai OS, peranti robotik untuk dia bermain? macam-macam boleh buat, hack PSP, hack PS3 hack Sony Ericsson. Flash itu, flash ini, buat Permainan Java MIDP sendiri untuk kawan sebaya, atau hadiah kepada guru sempena hari guru. Sambung wayar sini, sambung sana.

Kalau Adi Putra taksub dengan matematik, Adi Putra boleh buat perisian matematik, secara subversif, dirumah. jangan lupa GPLkannya ya :)
samada berasaskan web, atau sebagai module gcompris, berasaskan GTK ?
semua boleh buat. Tak suka komputer? boleh buat untuk PSP, telefon bimbit, Symbian.


Kalau Adi Putra nak tengok bagaimana nak tanam pokok naga, Adi Putra boleh belajar dari Abang Acai.

Dalam bidang robotik juga menarik, zaman sekarang robot boleh main bola. Robot yang boleh diprogramkan kini tak sampai RM 300 di Melaka. Walaupun robot itu tidak boleh diprogramkan menggunakan komputer, tidak semestinya kita dah boleh guna Irda pada Linux untuk memprogramkannya. Tak mustahil.

Kalau tak suka roboh infra merah, boleh buat robot bluetooth.

Rabu, 9 Januari 2008

Khairy Jamaludin rupanya baru tahu

Cendiakawan Oxford, Khairy Jamaludin akhirnya baru tahu yang Orang Indonesia tidak suka dipanggil "Indon".

Petikan KJ di berita harian ...

"Jika kita tahu panggilan ini menyakitkan hati mereka (rakyat Indonesia), saya percaya kita perlu berhenti menggunakan panggilan itu. "
Adakalanya saya tertanya adakah dia tahu yang Pluto sudah lagi tidak menjadi Planet?

Adakah dia tahu yang Bluejacking berasal dari Malaysia?
Sudah pasti dia akan mencadangkan anugerah Dato kepada "Ajack"

Bercakap tentang panggilan, Adakah dia tahu yang orang Acheh tidak suka dipanggil sebagai orang Indonesia? dan Orang Merlimau tidak suka dipanggil sebagai orang Jasin?

Adakah dia tahu yang Selatan Thai itu patut dimerdekakan oleh orang Melayu?

Akhir sekali, adakah dia tahu bahawa ramai orang tidak suka dia?

Khamis, 6 September 2007

Pemindahan fail secara besar besaran menggunakan bluetooth


Saya cuba salin 1000 gambar dari SE k800i ke Mac mini guna bluetooth, setiap gambar bersaiz 800-900Kb. lebih kurang 0.8 - 0.9 Gb.

Aku tak pasti bila mula, dalam 1 jam yang lalu, dan sekarangf baru 225 daripada 1000 fail telah di salin.

Pengajaran yang hendak disampaikan pada kiriman blog ini ialah.

Kalau nak salin fail 0.9 GB, sila guna Kabel USB.





kalau mula pukul 10 pm, agaknya pukul berapa habis?


kemaskini:
Sebenarnya tadi, dia hang bila pada fail ke 225. patut la lama.

kini saya cuba dengan OBEX pula.

kemaskini lagi:
10:54 malam sampai 4:02 pagi.
Jumlah saiz fail yang dipindahkan = 901.7Mb

Isnin, 3 September 2007

Soalan Bodoh: Kamera yang ada bluetooth?


Selama saya hidup, saya tak pernah ada kamera digital.

Yang saya ada hanyalah kamera pada telefon, kalau dulu guna Nokia 6020, selepas itu Sony Ericsson k800i.
Bila sudah ada SE k800i barulah terasa seperti ada kamera digital sendiri.

Namun oleh kerana kecanggihan telefon ini, saya boleh hantar gambar ke komputer (mac atau PC) menggunakan bluetooth.

Soalan bodoh saya ialah:
Ada tak pembuat kamera digital (yang bukan telefon) yang boleh hantar gambar menggunakan bluetooth ke peranti bluetooth lain?

Ada sesiapa tahu penguasaan pasaran (market share) digital kamera di Malaysia?
Siapa nombor 1?

p/s: Gambar kamera & persoalan ini timbul setelah membaca http://myalycia.blogspot.com/2007/08/oh-kamera-ku.html

Isnin, 27 Ogos 2007

SE MBR 100 kini ada di Melaka

Semalam, saya ke Mahkota Parade untuk menonton Ratatouile.
Sementara menunggu cerita bermula, saya dan Umar cuba untuk 'mencuci' gambar.
Saya ada beberapa gambar untuk diberi kepada orang secara fizikal.

Akan tetapi 2 daripada 3 kedai gambar di Mahkota Parade itu mesin yang boleh bluetooth gambarnya tak boleh guna bluetooh. Saya tak faham kenapa boleh terjadi sebegini.
Boleh guna kad SD sahaja. kenapa tak beli sahaja dogel bluetooh yang tak berapa mahal tu.

Maka, boleh kita lihat bahawa kesedaran masyarakat tentang bluetooth amat lemah.

Setelah selesai tengok Ratatouile, saya ke kedai Sony Ericsson berdekatan dengan 'Inverno'.


Terkejut saya bila mendapati MBR100 dijual disitu, sebelum ini saya perlu mencarinya di beberapa bandar lain, hanya ketemu di satu kedai di JB.



Sayu hati saya kerana mereka bersungguh-sungguh mendapatkan barang yang saya mahu, tapi saya sudah membelinya di JB. Akan tetapi oleh kerana saya memerlukan 'case' Sony Ericsson yang asli, saya membelinya di situ.

Entah mengapa bila saya setia dengan Sony Ericsson, saya rasa macam jadi pembelot bila guna case cetak rompak / klon. Nampak tali pinggang tu nak kena tukar.

Kenapa Sony Ericsson tak keluarkan talipinggang sendiri?

Akhir sekali, Saudara saudari (Pemblog yang membaca blog ini) untuk menyertai Pakatan BlueQuil

Sabtu, 11 Ogos 2007

Pertembungan kasut bluetooth dgn infrared


Kasut redmummy dan kasut wawa

Meninggalkan Barcelona, untuk Burberry

DUNIA lagi sekali dikejutkan apabila bintang dunia , Hasbullah Pit membuat keputusan meninggalkan salah satu kelab gergasi Sepanyol, untuk menyertai Burberry (Geng Kasut Bluetooth) ibarat memulakan trend baru dalam pasaran pemain Fursal dunia.


Dalam kes tradisional, pengurus pasukan yang menjalankan urusniaga permindahan pemainnya namun kes ini memperlihatkan Hasbullah Pit nekad menentukan hala tuju kariernya.

Perpindahannya dari Bercelona tidak sekadar berkaitan faktor sukan kerana pemain ketiga paling popular di Dunia itu pernah menolak tawaran Red Diva, tahun lalu.

Red Diva, atau lebih dikenali dengan "Geng Kasut Infra Red", tidak langsung menitikberatkan soal kebajikan pemain, dengan hanya kerap melakukan pemindahan data menggunakan kasut infra red mereka.

Namun, disebablkan pemindahan data menggunakan kasut infrared memerlukan jarak yang dekat, Ia tidak menarik minat beliau.

"Zaman infrared sudah berlalu, kini zaman kasut bluetooth"

Adakalanya mereka melakukan pemindatahan data menggunakan kasut infra red di dalam tandas wanita

"Itu adalah diskriminasi, macam mana saya nak masuk tandas perempuan?"


Apabila ditanya tentang masa depan Barcelona....
"Saya sudah ajar Ronaldinho cara main bola dan cara menggoreng telur."

“Selama ini, saya tidak pernah terfikir tinggalkan Barcelona dan beberapa kali saya katakan ingin kekal di sini,” kata sebol.

"Namun Tawaran Burberry lebih menarik. 2.4 Ghz cukup untuk segalanya."


Dia digandingkan bersama teman lamanya, Robert Kubica yang berhijrah dari BMW Sauber dan Bintang Rusia Maria Sharapova.





Pautan berkaitan:

Geng Kasut Bluetooth - Burberry



Geng Kasut Infra Red - Red Diva <--Sila berikan klik simpati pada mereka.

Bluejacking Berasal daripada Malaysia?

Tahukah anda 'bluejacking' dijumpai di Malaysia?

Bluejacking, suatu proses dimana menghantar mesej melalui bluetooth, ke telefon bimbit yang automatik terima mesej bluetooth. Sebenarnya ia adalah pepijat (bug) yang ada pada telefon Nokia.

Sejarah bluejacking

Di Forum esato.com, bluejacking telah dijumpai oleh seorang pengguna yang mempunyai gelaran 'ajack', atau nama sebenar Adrian Chiang. Di dalam sebuah Bank tempatan, dia telah menghantar mesej daripada telefon Ericsson R520 nya ke telefon Nokia lain, tanpa penerima itu dimaklumkan untuk terima atau tidak.


http://www.esato.com/board/viewtopic.php?topic=15976

dari situ bermulalah bluejacking


Ketika itu, amatlah mudah untuk bluejacking, kerana telefon terus automatik terima.
Zaman sekarang, mungkin susah sedikit kerana telefon kini akan bertanyakan samada hendak terima atau tidak.

Saya tahu, ramai pengguna telefon di Malaysia tidak menghidupkan bluetooth pada telefonnya kerana "takut virus". Itu cerita lain, tetapi masih berkait dengan peristiwa penemuan pepijat bluejacking itu. Anda tak perlu takut untuk hidupkan bluetooth kalau telefon anda bukan symbian.

berdasar pada sejarah blog ini, saya telah menjumpai teknik untuk menghantar pesanan menggunakan bluetooth, pada 24 april 2007, iaitu hanya selepas tak sampai sebulan saya mengenali bluetooth. Rupanya, itulah teknik yang digunakan oleh Adrian Chiang (ajax) pada 2002 dahulu.

Apa nak buat, dulu saya ingatkan infra-merah adalah cukup untuk segalanya.

Terdapat juga laman web yang mengatakan bluejacking dijumpai oleh orang Singapura, berdasarkan Adrian Chiang pernah memasuki SLUG.

p/s: sekiranya saya yang jumpa teknik itu, bluejacking mungkin beristilahkan 'bluesebol'

Rujukan lain:
http://en.wikipedia.org/wiki/Bluejacking

Selasa, 31 Julai 2007

Penerima Audio Bluetooth A2DP Sony Ericsson MBR100

Memang saya terlambat kenal bluetooth, orang lain dah guna bertahun-tahun, saya hanya baru guna tak sampai setahun.

Pada mulanya saya menganggap bluetooth hanyalah seperti Infra merah. Untuk hantar data.

Atas sebab itu, 2 tahun lepas, ketika saya hendak membeli telefon baru, saya memilih untuk tidak bluetooth. Ketika itu saya menganggap infra merah adalah mencukupi untuk memindah fail, simpan nombor telefon dll.

Memang ktika itu inframerah dah mencukupi. Katak yang duduk bawah tempurung tidak dapat melihat dunialuar, akan tetapi katak yang efisyen akan cuba sebaik mungkin supaya menggunakan apa yang ada.

Sampai 1 tahap, saya merasakan saya perlu tukar telefon lain, walaupun telefon Nokia 6020 saya itu masih boleh digunakan. Macam macam boleh dilakukan dengan Nokia 6020 itu, tetapi storan yang terhad menyebabkan saya penat. Sekejap-sekejap sms penuh, sekejap sekejap memori penuh.

Suatu hari saya pada awal 2006, saya membelikan Isteri muda saya telefon baru, Nokia 6085. Asalnya saya tertarik dengan Sony Ericsson Z610, Tetapi oleh kerana dia tak mahukan 3G, maka terpaksa belikan yang hampir sama, tetapi tiada 3G, Nokia 6085.

Maka katak yang duduk dibawah tempurung inframerah pun dapat masuk dalam tempurung bluetooth. Didapati, tempurung bluetooth itu memang lebih baik. Setelah bertahun tahun dengar nama bluetooth, maka saya baru tahu yang bluetooth itu satu protokol yang mengujakan.
Kalau tak salah saya, saya mula dengar "bluetooth" pada tahun 2000 dulu. Iaitu 7 tahun yang lalu.

Maka, saya belilah dogel bluetooth untuk dijadikan mainan , digandingkan dengan Nokia 6085 itu. Suatu hari, ketika saya cuba main nak sepasangkan (pairing) komputer cctv kat stesyen dengan handphone RNK Adiba, satu perkara pelik berlaku. Tidaklah pelik sangat sebenarnya, tapi sebagai katak tempurung inframerah, melihat telefon boleh mengawal komputer adalah sesuatu yang menakjupkan. Ia hanya SE Z530.

Jadi, dapat disimpulkan bahawa, bluetooth pada Sony Ericsson jauh kedepan berbanding dengan Nokia. Kamera pada Z530 pun gambarnya jauh lebih cantik daripada Nokia.

Oleh kerana, setelah membaca tentang bluetooth, saya merasakan antara keuoayaan telefon yang saya nak beli adalah dia mesti ada A2DP. A2DP adalah salah satu daripada profil Bluetooth.

Jadi pada mulanya saya nak cari Sony Ericsson yang paling murah tapi menyokong A2DP.
Tunggu punya tunggu, telefon murah yang ada A2DP tak keluar-keluar, belum tiba Malaysia.
Ketika itu memang ada Sony Ericsson yang mahal ada A2DP.

Kalau tak salah, yang agak murah yang ada A2DP ialah SE k550i. Tapi mahal juga.
Punya ah susah kalau nak cari telefon yang ada A2DP kalau tanpa bantuan web.

Tanya kedai, ada A2DP tak?
"Apa A2DP?"
"Bluetooth A2DP"
"Ada, ada, ini telefon ada bluetooth"

Knowlegde yang orang kedai telefon dan kedai komputer memang tipikal.
Tak kiralah Melayu atau Cina.

Telefon yang ada 3G mesti dianggap lebih baik dari yang tiada 3G, walaupun kita tak perlukan 3G. Agaknya kalau iPhone dijual di Malaysia, mesti orang pandang rendah kerana "Tiada 3G".

OK, berbalik pada cerita asal, akhirnya aku beli SEk800i pada kedai yang jurujualnya boleh bezakan telefon mana yang ada A2DP , mana yang tiada. :)

Oleh kerana SE k800i boleh hantar gambar ke blog, maka wujudlah blog ini.

Akan tetapi, untuk menggunakan A2DP pada SEk800i tak boleh, kerana tiada penerima isyarat A2DP. Memang ada headset yang ada A2DP, tetapi dia dah mati disitu kerana tak boleh keluarkan isyarat audio dia untuk disambungkan ke Amp.

Jadi aku terus cari SE MBR-100. Oleh kerana tak tak duduk KL, jadi mungkin aku tak jumpa. Tapi setelah aku pergi banyak tepat di KL, Melaka, Muar, Sabah aku masih tak jumpa MBR 100.
Sampai satu tahap aku rasa nak buat passport, cari kat Singapura atau Negara lain.

Akhirnya ahad lepas, aku pergi ke HP (Holiday Plaza) jumpa kedai yang mengatakan cawangan dia di Jusco Tebrau ada stok MBR100. Jadi aku pun belilah. Nak uji punya la susah. Mana ada kedai telefon yang siapkan amp untuk uji MBR 100?

Kualiti audio MBR 100 bergantung pada sumber lagu pada SE k800i itu.
Jadi, limitasi codec pada SEk800i membuatkan kita tak boleh tau sejauh mana MBR100 punya kualiti. Jangan harap SEk800i untuk mainkan Audio Lossless. Jadi MP3 256kbps VBR adalah kadar bit yang sesuai dengan SE k800i.

Akan tetapi 1 perkara yang saya tak berapa gemar pada MBR 100 ialah, output dia analog. Jadi, berlaku penukaran antara isyarat digital ke analog pada MBR100 itu.
Alangkah baiknya kalau MBR 100 itu boleh mengeluarkan output optikal. TOSLINK.

Jadi kalau nak push MBR100 itu ke hadnya, perlu ada peranti yang boleh memainkan audio dengan kadar lebih tinggi dan mengeluarkan A2DP untuk dihantar ke MBR 100.

Saya cuba dengan Windows + Bluesoleil, tapi tak berjaya.
Mungkin kalau guna dogel bluetooth yang menggunakan WIDCOM boleh?

Alternatif lain mungkin kena beli iPod dengan aksesori A2DP?
secara teorinya, saya boleh mainkan lagi ditelefon dan suaranya keluar di komputer.
ATAU, komputer mainkan lagu dan keluarkan A2DP untuk ke MBR 100.

Aku tak faham kenapa Microsoft Windows Vista tiada sokongan natif A2DP.
kalau Linux mungkin boleh, kerana bluez boleh dgabungkan dengan alsa.
OSX kena tunggu 10.5 baru ada A2DP.
iPhone? entah.

Perisian Soleoil pun tak berjaya menyambung ke MBR 100.
sepasangkan boleh, tapi takbleh sambung ke profil.
Bluesoleil hanya nampak

Mungkin bagi aku seorang yang suka A2DP, orang lain tak kisah.

Ahad, 29 Julai 2007

Langkah desperado. Kasut bluetooth


Langkah desperado isteri saya ketika nak integrasikan kasut modaninya dengan bluetooth dalam kajiannya.

(Gambar menunjukkan Sony Ericsson MBR-100 disambung pada kasut)

Sabtu, 28 Julai 2007

Nike Zoom air cool?


Isteri saya baru belikan saya kasut baru, sempena Kasut Buatan Gombak yang entah kemana.

Kasut Jenama Nike, Kalau menurut Buku Chasing Cool, Nike adalah "iPod of the Industry" dalam sektor perniagaan kasut.

Tapi bila saya tengok kotak kasut itu, Tidaklah seberapa, serupa kotak kasut Bata sahaja. Saya masih ingat lagi kotak kasut "Alain Delon" saya dulu, Kotaknya cantik, kawan sepejabat saya ambil kotak itu untuk simpan barang dia, kerana "Dia Cantik".

Saya tak nampak sangat ke'cool'an Nike berbanding dengan jenama kasut lain, mungkin kerana kita berada di Malaysia, iklan tak seberapa.

Walaubagaimanapun, Nike dianggap cool mungkin di Amerika Syarikat sahaja, mungkin atas sebab itu Steve Job memilih Nike untuk digandingkan dengan iPod Nano. (Nano disini merujuk kepada iPod Nano, bukannya Nano Editor).

Bila kita lari, bunyi ditelinga akan dimainkan dengan rentak larian kita, kemudian disimpan di iPod, kemudian ada persian di OSX atau Windows yang membolehkan kita merekod jarak larian kita.
Tapi Kasut Nike saya itu buken jenis Nike+ yang boleh diintergrasikan dengan iPod.
Kalau saya lintas jalan sahaja saya, dan ke Dataran Pahlawan, saya boleh

Isteri saya mengatakan Sony Ericsson k800i boleh digunakan dengan Kasut Nike saya itu. Tak tahu bagaimana, Dia belum terangkan pada saya lagi. Mungkin kena pasang persian berasaskan MIDP pada SE k800i, pasang 1 peranti bluetooth pada kasut. dan perisian itu akan merekod jarak larian dan memainkan bunyi mengikut rentak larian. Klik sini dan tanya dia sendirilah.

Ahad, 29 April 2007

Transkripsi lagi...

Cuba rip lagu-lagu daripada CD Transkripsi ke format yang lebih kecil, supaya sesuai dengan Sony Ericsson K800i.

Mula-mula enkod sebagai AAC 256kbps. tapi kaji punya kaji, rupanya iTunes tak enkod dia sebagai VBR, walaupun dah tanda VBR. memang ada isu.


Teringin pula nak dengar apa output dia, jadi, buat sambungan analog drpd macmini ke amp.

lepas tu rip lagi sebagai Apple Lossless., bila dengar pada B&W, rupanya sedap.
memang patut boleh memang Album of The Year. yang menariknya, ada banyak bunyi yang tak kedengaran boleh didengar pada B&W. Yang paling jelas ialah pada lagi Intrig Cinta, guna B&W baru dengar percussion yang Steve buatkan untuk Siti.


Tapi, bila fikir balik, kalau AAC tak boleh VBR, rasanya buang karan. Jadi saya rip balik semua CD tu menjadi MP3 256kbps VBR.

jadi saya rip semula untuk jadikan 256kbp3 mp3 vbr

Rasanya, untuk penyelesaian portable audio, saya nak guna AAC 256kbps VBR, oleh kerana iTunes tak boleh jadikan VBR, oleh itu guna MP3 dulu.

Kenapa belum cuba lagi SE disc2phone? mungkin boleh rip terus ke aac 256kbps vbr?

mungkin EAC+Faad2 penyelesaian terbaik?

bila dah banyak kali pindahkan fail guna bluetooth, terasa bodoh pula, kenapa tak guna kabel USB?

jadi saya cuba guna kabel USB, yang hairannya, bila sambung USB ke SEk800i, dalam mod pemindahan fail, hanya satu pemacu dijumpai, kad SD 2Gb tak dijumpai.

oleh itu, kembali pindah fail guna bluetooth, lambat sikit.

Selasa, 24 April 2007

Tips pesanan / tugasan menggunakan bluetooth

Sejak beberapa hari dulu, pernah terfikir, kenapa kita guna sms, walhal kalau untuk orang dekat boleh guna .

Akan tetapi, pada aplikasi sms kita tiada opsyen untuk kirim mesej ke bluetooth.
Ada perisian pihak ke 3 yang membolehkan bluetooth chat, tetapi penerima pun kena ada.

Cara yang paling mudah untuk hantar mesej bluetooth kepada orang berhampiran adalah menggunakan kalendar. Setiap kemasukan tugas, Nota, atau peringatan pada kalendar sebenarnya disimpan didalam fail. saya belum kaji lagi format fail-itu itu.

Tips kalau nak hantar mesej bluetooth kepada kawan:-
  1. Pastikan penerima itu sudah menghidupkan bluetoothnya, samada dia auto-terima atau tidak, belakang kira.
  2. buat kemasukan pada kalendar di telefon bimbit tangan pengirim, samada dam bentuk peringatan, atau tugas atau nota.
  3. simpan, dan hantar kepada penerima. siap.


Akan tetapi, mungkin terdapat kelemahan dimana telefon si penerima mungkin tak menyokong jenis pengkalendaran yang dihantar, sebagai contoh, nokia 6085 tak memahami format 'nota', oleh itu hantar dalam bentuk 'tugas'.

Dalam dunia nyata, kalau di tempat kerja, seorang boss boleh mengarahkan subordinatnya untuk melakukan sesuatu,

tulis tugas di telefon sendiri, tetapkan masa perlu dilakukan,
pergi dekat sikit didalam julat bluetooth.
  • Boss: Adiba, dah on bluetooth?
  • Adiba: dah.
kemudian, bossnya hantar tugasan yang untuk disiapkan oleh Adiba.
Amat praktikal, kerana boss automatik simpan arahan itu, di telefonnya.


Pengkalendaran dalam komputer sebenarnya sudah lama ada, sejak zaman MS Exchange dulu,cuma saya belum kaji sahaja. Mungkin keadaan dahulu membuatkan kita tak rasa kita memerlukan pengkalendaran. Walhal ianya satu perkara yang menarik, boleh 'selaras' antara PDA dengan komputer, dengan pelayan pengkalendaran. Yang agak terbaru ialah boleh selaraskan telefon dengan google calendar.
secara teori, SE boleh selaraskan kalendar dengan menggunakan gcalcsync, tapi setakat yang saya pernah cuba, telefon hang sahaja. :(

Makin banyak tahu, makin banyak benda yang tak tahu.

Google+ Hasbullah Pit