test

Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan

Khamis, 26 Februari 2015

Demokrasi Melayu, Demokrasi Asia , Tidak boleh Lawan Ketua

Demokrasi Melayu?
Wujudkah Demokrasi Melayu?
Dunia Melayu baharu sahaja terjebak dengan demokrasi, Entah bagaimana boleh memilih untuk demokrasi.

Walaupun secara sejarahnya, tidak pernah demokrasi sejak kurun ke 15.

Demokrasi bukanlah sistem yang bagus sangat, akan tetapi sistem sebegitu dipilih ornag orang Melayu , orang Asia untuk digunakan pada zaman ini.

Saya sudah perhatikan sejak bertahun yang lalu, Demokrasi tak sesuai dengan asia.
Dengan Melayu lagilah tak sesuai.

Mungkin hanya Jepun yang sesuai dengan demokrasi, yang lain ada sahaja yang tak kena.

Di Malaysia, terutama sekali dalam dunia Melayu, wujud demokrasi dalam parti politik, dalam NGO, dalam persatuan itu ini, pemilihan ketua kelas pun nak didemokrasikan.

Namun, Rakyat dunia ke 3 ini masih lagi dunia ke 3.

Kalau ketua atau presiden atau YDP berundur, baru boleh sesuai buat pemilihan.
Tapi kalau ketua atau presiden dilawan untuk digantikan dengan yang lain.
Maka ianya seolah-olah salah besar.
Dosa besar untuk jatuhkan ketua.
Boleh dilabel kianat, boleh dilabel mempecah belah.

Yang peliknya, mengapa masih lagi guna sistem ketua boleh ditandingi?
Kenapa tidak guna sistem "Ketua seumur hidup melainkan letak jawatan atau bersara"?

Dalam UMNO pun begitu, disebabkan ada pertandingan sebelum ini yang menyebabkan perpecahan (dan blackout). terus tiada pertandingan merebut jawatan Presiden.

Dalam PKR, Jawatan Presiden umpama hadiah daripada suami. Tetapi hadiah jawatan Menteri Besar tak dapat. Jawatan KetUm lebih tinggi, sehingga dalam perlembagaan pun tak boleh jatuhkan KetUm.
Untuk Jawatan KetUm , boleh dipanggil "KetUm Berpelembagaan".

Dalam PAS, uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk
uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk ukuk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk uk (kalau aku tulis nanti dilabel PASMA, Islam Liberal dsb) .


Namun tidak pula ada usaha untuk ubah sistem supaya ketua tidak boleh dilawan.

Sistem beraja zaman dahulu pun ada kaedah khas untuk melantik raja.
Kena tunggu ada yang mati dahulu, baru boleh lantik.

Di Perak ada sistem perlantikan sendiri, ada Raja di Hilir, Raja Muda dan sebagainya.

Sistem pemilihan Kesultanan Sulu pun ada penggiliran keluarga.

Akan tetapi, Organisasi dunia ketiga yang nak guna demokrasi, tetapi tak mahu tak mahu jawatan ketua dipertandingkan, ada baiknya ubah sistem perlantikan atau perlembagaan supaya ikut kesesuaian organisasi.

Tak perlu demokrasi dibibir, tapi dalam hati ada dunia ke 3.









Selasa, 28 Oktober 2014

Yang Rempuh Pagar itu Tahu Tak Anwar Sokong GST?

Amboi bukan main, nak pidato sampai rempuh-rempuh pagar.

Siap ada dalam jadual pidato, "bergerak daripada pintu pagar".
UM pun satu, dok layan-layan. Kalau dibiarkan sahaja Anwar berpidato, entah-entah tiada apa berlaku.
Dapatlah juga si Anwar Ibrahim itu, buat aksi ala-ala dapat sokongan ramai, siap ada 'resistance' sikit.

Tetapi masa nak bantah GST, tak ada pula aksi rempuh2.

Oh ya... baca sikit...


Persoalan yang timbul sekarang ini ialah, adalah Mahasiswa yang rempuh pagar itu sedar Anwar ini penyokong GST?

Tak terfikirkah tatkala rakyat perlu tolak GST, kita dilekakan dengan Langkah Kajang dan sinetron MB Selangor? (mana popcorn)

Tetapi apabila nak mengimbau kembali zaman muda di UM, konon-konon pejuang revolusionis, boleh pula bantu buat aksi "memperjuangkan demokrasi".

Kalau pemimpin mahasiswa tak boleh berucap, lainlah.

GST berlaku sekali dalam 500 tahun.










Khamis, 2 Oktober 2014

Rasionalisasi Candu: Penagih tetap menagih walau dos kurang

Harga Minyak tak naik, hanya rasionalisasi Candu.

Candu dikurangkan, tetapi penagih tetap menagih.

Pengurangan candu bukan bertujuan untuk menghentikan ketagihan, sebab candu masih ada, penagih dibiarkan menagih.

Hutang nak beli candu sudah banyak.
Swipe kad kredit sampai 600 bilion.
Maka pembekal candu pun kurangkan dos candu.

Kenapa pembekal candu sibuk nak beri candu?
Candu bukan sebarang candu, candu itu boleh sorok kenaikan harga barang.
Pembekal candu tahu, bila swipe kad kredit harga barang naik.

Nilai ringgit tu kasi lambat sikit jatuh nilai,
Sementara itu boleh rembat guna nilai yang masih tinggi.

Tapi taknak kasi kesan drastik, maka diberikan candu.
Takut jadi macam zimbabwe.
Orang Zimbabwe tak pandai guna candu.

Penagih candu tak tau, dia ketagih.
Penagih BN dan penagih PR, sama-sama menagih.

Penagih BN kena kasi hujah Bagusnya ada candu,
Penagih PR kasi hujah, candu penting untuk rakyat.

Penagih PR banyak yang percaya ajaran Budak kolej kesayangan ketum.
Kononnya candu lebih boleh turunkan harga barang.

Tapi 2010-2013 minyak tak naik pun, tapi barang naik juga.
Apa punya teorilah...

Apa pun budak kolej kesayangan ketum, sudah sibuk dengan langkah kajang.

Kata-kata ala Hitler
Aku boleh hapuskan semua candu, tapi aku tinggalkan sedikit candu, supaya anda boleh tahu nikmat menagih.





Sabtu, 30 Ogos 2014

GST ... Rakyat tak perlu tunggu Pakatan Rakyat lagi .. Mari fikir perisian

Akta CBP/GST telahpun diluluskan pada April yang lalu, telah diwartakan pada jun 2014.

Rakyat yang sebelum ni berharap, pada pakatan rakyat untuk mengagalkan Akta CBT/GST, sebagai mana dahulu Pakatan Rakyat berjaya mengengekang kenaikan harga minyak.

Tapi bab GST tidak bersungguh-sungguh.

Agak pelik juga, GST telah diketahui seawal 2013, dibentangkan di Parlimen pada April, tetapi merancang demo besar besaran pada 1 Mei.

Atas sebab apa nak tangguh demo sehingga selepas lulus, saya pun tak tahu.

Adakah sebab nak sekalikan dengan penyokong sosialis nak sambut Hari pekerja?
Atau terpengaruh dengan Sosialis?

Adakah Pekerja sahaja yang kena GST?

Para peniaga kalau masih lagi menunggu Pakatan Rakyat berjaya hapuskan GST, maka banyak keputusan perniagaan (business decission) tak dapat dibuat.

Masa berlalu.

Ketika rakyat baru sedar nak bantah GST, Ruang berita ditukar ke cerita "Langkah Kajang" dan kemudiannya "Sinetron MB Selangor". Satu langkah yang dibuat oleh penyokong GST bernama Anwar Ibrahim, untuk menjatuhkan penyokong GST bernama Khalid Ibrahim.

Rakyat kena tunggu sampai episod ke berapa? Ada sahaja watak baru masuk dalam Sinetron.



Peniaga yang berada di sempadan 500k jualan setahun, masih berkira-kira samada nak daftar atau tidak.
Apa pro dan kontranya.

Ada juga yang belum mula fikir untuk buat keputusan.

Peniaga yang sudah layak, pun ada nak buat keputusan.
Memang kena daftar, samada nak tangguhkan daftar atau tidak. Atau nak tunggu pakatan Rakyat juga?

Ada garismasa yang telah berlalu.
Pendaftaran untuk jadi pembekal perisian sah yang dilulus GST berakhir hari ini.
Eh, semalam. (29 Ogos 2014).

Masih lagi boleh bangunkan perisian, tetapi perisian itu tidak sah untuk digunakan dengan baucher SME corp, dapat 1k.

Jadi kalau kita nak buat perisian murah dengan niat nak bantu peniaga, maka sudah terlambat.
Tapi kalau nak buat untuk kasi percuma/libre/terbuka , masih boleh lagi.

Banyak maklumat yang peniaga belum tahu.

Saya sendiri yang ikuti GST pun ada juga yang belum tahu rupanya, sehinggalah terduduk dalam seminar.

Pembekal perisian sah, sudah faks iklan mereka, dengan menakut-nakutkan tentang penalti kalau salah kira.

Peniaga nak kena buat keputusan untuk beli perisian atau tidak.
Mana yang sudah ada POS/Inventori pun kena buat keputusan juga.

Kalau POS dibuat oleh syarikat XYZ, tapi tiada kemaskini untuk GST, maka dia kena fikirkan penyelesaian.

Adakah perlu tukar keseluruhan sistem untuk patuh(comply) GST?

Ada juga syarikat yang POS dibuat oleh syarikat lain, tapi tengah pilih perisian baru yang  pauh GST, konon-kononnya boleh sambung dengan POS/Inventori itu.

Adakah perlu untuk ada perisian patuh GST, untuk patuh Akta CBT/GST .

Persoalan ini bermain di kepala saya malam tadi.
(maksudnya sudah 2 malam saya fikir perisian GST).

Kalau diikutkan saranan pegawai SME Corp, dia memang suruh cari perisian, sebab kerja dia nak kasi 1k pada yang beli perisian 'sah'.

Bila diteliti semula.
Sebenarnya, tidaklah diwajibkan untuk beli perisian sah.

Maklumat daripada pautan di bawah, telah menunjukkan apa keperluan teknikal yang diperlukan kastam.

http://gst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/accounting_software/GUIDE%20ON%20accounting%20software%20as%2013032014%20Final%20G5%20Treatment.pdf

Agak pening juga kalau nak fahamkan.
Dipendekkan cerita, Kastam hanya nak format fail "GST Audit File"

Itupun sebenarnya GST Audit File tidak ada dalam Akta.

Bab akta CBT/GST ini, kena cari peguam yang mahir akta CBT/GST ,
Kalau Zul Hazmi sibuk, Zul Khairi pun boleh lah...

Dalam GST audit file (GAF) itu terkandung macam-macam maklumat.
Belian/Jualan
Setiap transaksi kena simpan jadi GAF samada dalam bentuk XML atau “pipe” delimited text file format

Kalau tengok XML itu macam pening, tapi kalau "fail teks dipisahkan oleh paip" , masih boleh dihasilkan tanpa perlu beli perisian 'sah'.


Andaikata anda sudah mempunyai shopping cart sendiri, sebagai contoh Magento atau Opencart, mesti ada kaedah untuk convert dari pangkalan data. Atau terus jadikan report dalam GAF.



Untuk yang berniaga transaksi sedikit, mungkin boleh buat form dalam google doc, terus simpan sebagai GAF.

Atau terus key in manual di gnumeric atau LibreCalc.

Ini bukan saranan untuk tidak beli perisian, tetapi pemberitahuan bahawa anda kena putuskan sendiri apa cara nak guna.

Samada nak beli perisian dapat 1K atau tidak.
Kalau tidak, nak buat macam mana.

Apa pun, anda masih ada pilihan untuk tidak buat keputusan, guna alasan "masih mengharap pakatan rakyat gagalkan GST".























Jumaat, 20 Mac 2009

Ali Rustam Mahu Dirinya Dipenjarakan?

Persoalan Ringkas Ali Rustam di Media masa ....


"kenapa Anwar Ibrahim boleh jadi ahli parlimen sedangkan dia masuk penjara enam tahun?
Itu jawab dulu. 
Mengapa Lim Guan Eng boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan dia dah masuk penjara dua tahun? 
Itu jawab dulu. 
Kalau ini dia boleh jawab saya akan jawab apa yang dia tanya kepada saya."


Persoalan Ali Rustam seolah-olahnya dia  buat-buat tidak tahu bahawa Anwar dan Lim Guan Eng telah pun menjalani hukuman diatas 'kesalahan' yang disabitkan ke atas mereka.

Dalam erti kata lain, dia mahu dirinya dipenjara dahulu, supaya dia boleh menjadi Ketua Menteri semula.

Rabu, 11 Mac 2009

Saya tak peduli apa yang dibincangkan antara Anwar dengan Abdullah

Disebabkan Paklah dan Anwar adalah orang besar dalam dunia politik Malaysia, maka pertemuan 2 orang itu yang dihangatkan, penuh 1001 spekulasi.

Saya tak peduli apa perbincangan 2 orang itu.

Apa yang saya nampak ianya adalah pertemuan Syeikh Mahmud al-Majzub , dengan ketua kerajaan dan ketua pembangkang.

Apa yang Syeikh Mahmud al-Majzub mahukan?
Itu yang perlu kita cari, bukannya apa yang Anwar dengan Abdullah bincangkan.

Isnin, 9 Mac 2009

"Nasionalisme Baru" tahi kucing

Di blog Anwar diberitakan kononnya ada "Nasionalisme baru" berdasarkah "Ketuanan Rakyat".


Selagi persembadanan negara adalah disebabkan siapa jajah siapa,

Jangan bicara soal Nasionalisme baru.

Kalau persempadanan Negara masih ditentukan perjanjian Inggeris Belanda 1824,

Jangan bicara soal "Nasionalisme baru"

Kalau persempadanan negara ditentukan oleh Perjanjian Anglo-Siam 1909.

Jangan Bicara soal "Nasionalisme Baru".

Kalau 100% daripada kawasan negara adalah bekas jajahan British,

Jangan Bicara soal "Nasionalisme Baru".

Rabu, 5 November 2008

Belanjawan Anwar Menguncup, 130b vs 154b vs 125b

 Najib telah membentangkan bagaimana 7 bilion diperuntukkan untuk merancancakkan ekonomi. Juga Pemcarum KWSP akan diberi pilihan untuk kurangkan caruman supaya lebih wang berkitar dipasaran. Anggaran lebihan 4 bilion duit ditangan rakyat untuk dibelanjakan.


Ini kata najib.

"Bila saya kata budget pembangkang "menguncup" ini saya bukan berbohong. Angka-angka tersebut ada di kertas ini," katanya sambil menunjukkan dokumen yang mengandungi fakta tersebut.

"Mereka mencadangkan bahawa bajet operasi Pakatan Rakyat sebanyak RM130.345 bilion berbanding budget kerajaan berjumlah RM154.172 bilion, dengan perbezaan kira-kira RM24 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat.
Dalam dunia ekonomi, sebenarnya tiada siapa yang boleh dakwa mereka betul. Di Malaysia, teori berbelanja untuk rancakkan ekonomi begitu popular. Ianya sesuai untuk tangani kelembapan. Tapi buat seketika waktu.

Serupa macam penurunan kadar faedah, ramai berbelanja, ekonomi rancak, tapi poket rakyat kosong.
M3 naik.

Orang yang tidak mampu beli kereta, terasa mampu beli kereta dan beli kereta. 15 hb semua pening kepala.

Mari kita kaji nilai perbelanjaan mengurus PR 130b dengan BN 154b.

Nilai BN ada lebihan 24b untuk dibelanjakan oleh kerajaan dan menguntungkan kontraktor dan pembekal.

Tetapi belanjawan BN adalah defisit. Kalau defisit mengapa tak jimatkan perbelanjaan mengurus?

Apa yang saya nampak, ekonomi dilihat oleh "pakar ekonomi" mesti meningkat, tak kiralah pendapatan atau perbelanjaan semua mesti meningkat.

Jika negara boleh menjimatkan 24 bilion daripada perbelanjaan mengurus, dipendekkan cerita ianya hanya pengurangan kecil daripada perbelanjaan mengurus tahun sebelumnya.

Tahun lepas 2007, pegawai kerajaan terpaksa habiskan peruntukan.
Tahun 2008 pula ada arahan kepada pegawai kerajaan supaya kurangkan berbelanja walaupun pada awalnya kelihatan seperti duit cukup banyak.

Mengapa perlu 2009 berbelanja lebih daripada perbelanjaan 2008 dan 2007?


Perbelanjaan mengurus 2007 hanya 112 bilion. (sumber kementerian kewangan)
Jauh lebih rendah daripada perbelanjaan mengurus BN 2009 (154b), dan PR 2009 (130b)

Daripada 112 b perbelanjaan mengurus 2007, kalau ekonomi berkembang 6%, perbelanjaan mengurus 2008 sepatutnya lebihkurang 6% juga meningkatannya.

Jadi, 112 + 6% = 118 bilion , sepatutnya perbelanjaan mengurus 2008 ialah 118 bilion.

kalau KDNK 2009 meningkat 6 % (walaupun sebenarnya tidak),
118 + 6% =  125 bilion.

Macam mana Anwar boleh kata 130 bilion? Najib pula 154 bilion?

Isnin, 13 Oktober 2008

Tidak! Anwar Tidak Minta 'Bajet' Baru Dibentangkan.Tajuk Malaysiakini Salah

Merujuk kepada berita di Malaysiakini tajuknya, Anwar minta Najib bentang bajet baru

Anwar Ibrahim yang saya kenal tidak pernah menggunakan istilah bajet, sehingga kini dia masih lagi lagi menggunakan istilah Belanjawan. Mana mungkin dia akan menggunakan istilah 'bajet'.

Jika diteliti berita Malaysiakini itu:

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ahli-ahli Dewan Rakyat tidak boleh membahaskan "belanjawan yang ketinggalan zaman" seperti dibentangkan lebih sebulan lepas. 

Manakala, berita di skuad DUN Batu Caves:

"Fokus kita sekarang ialah Belanjawan 2009 perlu dibentangkan semula kerana ia sudah tidak relevan dengan keadaan ekonomi semasa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata, usul undi tidak percaya tidak akan dibincangkan kerana soal belanjawan yang perlu dibentangkan semula kini menjadi keutamaan pembangkang.-

Tapi yang peliknya ada bajet di sini

 Ingat pesan saya.

Jangan Ada Seorang Pun Penyokong Pakatan Rakyat yang Menggunakan Istilah "Bajet"

Rabu, 8 Oktober 2008

Isu Gambar Anwar yang Menyerupai Patung

Hari ini saya agak terkejut dengan kenyataan-kenyataan tentang isu ini oleh pemimpin PAS, dimana ia tidak seperti yang diharapkan.

Akibat daripada ulasan oleh Ali Rustam, jawapan adalah seolah-olah mahu menjawap Ali Rustam, dan bukannya menjawap tohmahan DUN Batu Caves terhadap blogawan PAS yang cuba menasihati PKR Batu Caves.

Kisah "Berhala" ini sudah beberapa hari timbul di dalam dunia blog sebelum ia tersiar di Malaysiakini dan Akhbar tempatan.

Ianya bermula di blog Skuad DUN Batu Cave.
Mereka yang awal meyiarkan catatan blog menunjukkan gambar poster anwar yang dipotong dan didirikan seperti patung.


poster gergasi yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan Bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk dun batu caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim akan untuk membina malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di dun batu caves ini.

Mereka tidak menafikan bahawa ianya untuk "semangat DSAI"


Kemudian Perisik Rakyat membuat Catatan :

Sejarah Tercipta...!!! PKR Naik BERHALA ~ ref Malaysiakini


Tajuknya agak keras dan kontroversi kerana perkataan berhala.
Agaknya, kalau guna perkataan "syirik" atau "khurafat", mungkin ada yang pandang sebelah mata.

Bagi saya penggunaan istilah berhala agak tepat, sesuai dengan tujuan mereka dirikan poster yang menyerupai patung itu.

Maka, Saudara Topeng_Perak pun dihentam.....


Kemudian wujudlah "Penjelasan" Skuad DUN Batu Caves tentang "Berhala" itu.

Di dalam "Penjelasan" itu, mereka menyatakan matlamatnya sekali lagi..

Dan kami menyediakan poster gergasi ini untuk mengingati perjuangan dan kemenangan beliau.

Matlamat tetap sama iaitu untuk individu bernama Anwar Ibrahim.

Kemudian Perisik Rakyat menulis

Kenapa Aku Bantah "REPLIKA@BERHALA@TUGU" DSAI..?


Perang ulasan berlaku

Kemudian, Dr MAZA meminta supaya ia diturunkan.

Mufti Perlis: Penyokong Anwar jangan taksub

“Kita perlu lihat pada tujuannya dahulu. Contohnya gambar pemimpin pada poster pilihan raya, ia bertujuan memperkenalkan pemimpin itu.
“Tapi kalau bina replika sebesar itu apa pula maksudnya?” katanya.

Tujuan telah dinyatakan di dalam blog Skuad DUN Batu Cave itu iaitu untuk "Semangat DSAI"

Kemudian, keluar kenyataan di Malaysiakini mengatakan YB Amiruddin tidak mahu menurunkan poster itu. Kini YB Amiruddin sendiri mengaku menyumbang RM 100 untuk poster yang kelihatan seperti patung itu.

Beliau berkata, isu pembaziran yang dibangkitkan sesetengah pihak "tidak timbul" kerana gambar besar itu dibina menggunakan dana individu dan bukannya peruntukan kerajaan Selangor atau partinya.

"Saya sendiri menyumbangkan RM100 untuk menjayakan pembinaannya," katanya.

Menurut Amiruddin lagi, beliau hadir merasmikan gambar itu untuk menghargai "sokongan masyarakat India yang percaya dan komited kepada perjuangan PKR yang didukung Anwar."

 Di cerita yang sama di blog Perisik Rakyat, seperti biasa, perang ulasan beserta ugutan blog akan tersungkur.

Dr3mte4m said...
Amenda la ko ni bro menda ni ko perbesarkan. Kalau menda ni jadi isu aku salahkan ko jer. perbesarkan crite. jgn sampai blog ko tersungkur nanti. tak caye ko tgklah nanti.
Secara kebetulan DNS saya "tersungkur" beberapa jam pagi tadi.

Ali Rustam.
Di peranan Ali Rustam?

Saya tidak ingat di mana, akan tetapi Ali Rustam turut memberi ulasan tentang "Berhala" ini, tetapi mahukan PAS lebih dominan dalam Pakatan Rakyat dengan mengatakan sudahkah PKR mendapat kebenaran PAS.

Wah.

Maka selepas Ali Rustam memberi ulasan, barulah beberapa pemimpin PAS membuat kenyataan.

FIkir Semula Tugu Negara

AYER KEROH – Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Negeri, Abdul Ghani Abdul Rahman mengharapkan pemimpin negara memikirkan kembali berkenaan penghormatan Tugu Negara sempena sambutan Hari Pahlawan.

“Memberi penghormatan kepada Tugu Negara (yang terbukti patung) itu yang harus dipertikaikan dahulu sebelum dibandingkan dengan replika gergasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pemimpin UMNO sepatutnya perlu tegas dalam tindakan memberi penghormatan terbabit (kepada Tugu Negara) sebelum mempertikaikan sesuatu perkara. Barulah ada kesan apabila isu ini dibangkitkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, akibat daripada itu, ia berkemungkinan besar menjadi dorongan kepada penyokong PKR di kawasan itu bertindak untuk membuat replika pemimpin mereka.

“UMNO harus dilihat sebagai lagi teruk kerana begitu mengagung-agungkan pemimpin mereka, manakala tindakan penyokong PKR itu sebenarnya tidak memberi kesan apa-apa kerana orang mereka beragama Hindu,” jelasnya. 

 Macam lari sedikit dari tajuk, tetapi tidak menegur YB Amiruddin, atau "semangat DSAI"  yang mereka tidak pernah nafikan.

Khairul Faizi membuat satu ulasan yang agak "play safe".

Agak-agaknya, sekiranya replika tersebut bukannya replika DSAI mungkinkah ia akan menjadi kontroversi? Banyak juga papan-papan iklan yang dinaikkan di serata negara yang menaikkan gambar/replika selebriti terkenal negara tapi tidaklah menjadi kontroversi sehingga memerlukan seorang mufti untuk memberikan pandangan atau nasihat.

Saya bukannya menyokong agar replika tersebut dinaikkan kerana pastinya saya tidak akan naikkan replika seperti itu untuk menunjukkan tanda rasa hormat dan kasih saya kepada TG Abd Hadi Awang, TG Nik Aziz ataupun YB Salahuddin Ayub kerana saya tidak melihat ia adalah cara yang terbaik untuk melahirkan rasa sayang kita kepada kepimpinan kerana ia tidak diajar oleh Islam dan jamaah. Tetapi di dalam kes ini, ia adalah satu projek yang diketuai oleh En R Viraya, seorang penganut agama Hindu (maafkan saya jika silap). Mungkin budaya dan agama mereka seperti itu.

Nampak gayanya, Khairul Faizi dan Ustaz Ghani seolah-olah mengganggap tiada penglibatan orang Islam dalam pembinaannya. Mungkin tidak membaca penjelasan DUN Batu Cave yang ianya dibina untuk "semangat" dan pengakuan YB Amirudin turut menyumbang RM 100 dan merasmikannya.

Sampai di blog Hani Nasution saya dihentam?

nampaknya pemikiran org yang posting ni.. tahap budak darjah nam rupenya. saye tgk ummianni, pit, saje backing perisik rakyat. apsal tango baik jer. kroni ker.
 Antara perkara pelik dalam isu ini ialah bukan Islam berpandangan berbeza sedikit.

Di Malaysiakini
Sementara itu penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi itu, kata pengelola projek tersebut R Viriya.

R Viriya, ketua projek sedia robohkan, akan tetapi YB Amiruddin mahu tunggu tamat tempoh.

Di blog Damien Yeo (DAP), Semua mengatakan ianya tidak perlu. mungki Damien tidak tahu ianya daripada wang individu.

Khamis, 25 September 2008

Skuad DUN Batu Caves Disindir Anwar Ibrahim kerana spam Malaysiakini?

Skuad DUN Batu Caves, juara baru dalam kegiatan Spamming Malaysiakini yang menjijikkan itu kini disindir oleh Anwar Ibrahim?

Anwar Ibrahim kini mempromosi kempen Etika Penyebaran Maklumat.


Kita perlu mempertahankan etika dalam menyebar maklumat tanpa sebarang kecelaruan fakta.

Biar kita bekerja ibarat diam-diam ubi, kelak nanti berisi. Bukan diam-diam besi, akhirnya besi berkarat hilang nilai!

Khamis, 18 September 2008

Pengurus Dana Menjauhi Malaysia Hanya Kerana Anwar?

Tadi di Buletin Utama telah menyiarkan PakLah baru tahu rupanya Pengurus Dana sudah menjauih Malaysia.

Bayangkan Bekas Menteri Kewangan I itu hanya baru tahu pengurus dana menjauhi malaysia.

Agak lucu. Tapi itulah Bekas Menteri Kewangan yang tidak ambil tahu soal kewangan.

Pengurus Dana memang sudah lama menjauhi Malaysia. Ada baik dan buruknya.

Saya sebagai rakyat Malaysia yang lebih mementingkan ekuiti Malaysia dimiliki rakyat berbanding asing.

Saya bukan jenis orang yang mahukan negara bergantung kepada FDI untuk maju. Sepatutnya sekarang kitalah pelabur asing bagi negara miskin, bukannya kita terlalu bergantung harap kepada FDI.

Kalau bergantung harap pada FDI, risikonya agak tinggi, pelabur boleh lari apabila tidak untung dan pekerja merana.

Anwar Ibrahim telah menceritakan tentang pengurus Dana telah menjauhi Malaysia memang sudah lama, ketika ceramah di Jasin dahulu, beberapa hari setelah dia ditangkap, dia sendiri telah mengatakan yang pengurus Dana sudah menjauhi Malaysia.

Bukannya pengurus Dana menjauhi Malaysia hanya kerana Anwar.

Memang sedikit sebanyak, cerita 16 september juga mengakibatkan pengurus dana berundur seketika.

Ketika ini pun, pengurus Dana masih pening kemana hendak dilaburkan duit-duit yang ada. Tetapi saya agak optimis malaysia tetap negara sesuai untuk melabur.

Malaysia bumi bertuah, cucuk sahaja ubi kayu di mana-mana, akan hidup dan boleh hasihkan tenaga.

Hari ini, Najib diumumkan menjadi Menteri kewangan, dan secara automatik beban Ringgit jatuh di bahunya.

Berbalik kepada persoalan pengurus Dana yang menjauhi Malaysia, Adinda kepada Najib, Datuk Nazir secara terbuka menkritik cukai Durian Runtuh (Windfall Tax) kerana ia akan menjatuhkan gred Bon dan ianya tidak mesra Pelabur.

Pening?

Dalam ertikata lain, Adik kepada Menteri Kewangan telah lama mengesahkan bahawa Belanjawan BN oleh bekas menteri kewangan itu tidak mesra pelabur .

There’s no winner with this IPP tax. Credit spread has widened, bond volume has dropped and investors are nervous. As a result, borrowing costs in Malaysia will go up,”
Terdapat lagi satu analisis yang lebih baik yang mempersoalkan tentang Cukai Durian Runtuh yang berkait dengan rakyat.

IPPs : Apa keputusan muktamat kerajaan mengenai windfall tax?


Akhirnya Najib dibebankan dengan persoalan sebegitu oleh adindanya,

Jawatan Menteri Kewangan adalah beban kepada Najib mengikut kata Saudara Adly Zahari.
Hari ini perkembangan politik Malaysia setapak kebelakang. Pak Lah tukar suka sama tak suka kementerian dengan Datuk Najib. Kementerian kewangan walaupun dilihat lebih kanan berbanding kementerian pertahanan, namun dalam masa yang sukar ini, Pak Lah dilihat meletakkan beban ini pada pencabar terdekat beliau.

Saudara Adly di blognya juga menyatakan bahawa agak sukar, apabila harga minyak dunia turun dengan adanya belanjawan Defisit yang telah dibentangkan baru-baru ini.


 Dengan penurunan harga minyak US91 hari ini, maka ia turut memberi kesan kurangnya pendapatan dari hasil minyak.

Sudahlah Pak Lah mengemukakan bajet yang defisit, belanja lebih tinggi dari pendapatan. Pendapatan akan berkurangan, jangkaan paras terendah indeks komposit mengikut penganalisa mungkin mencecah 900 mata, maka ianya merupakan cabaran besar bagi Tok Najib.

Jawatan Menteri Kewangan bukan sekadar memberi peluang kepada Isteri untuk membeli belah terutama sekali beg-beg yang menggiurkan ini.

Adakah langkah Anwar untuk menghapuskan subsidi terhadap IPP adalah langkah terbaik?
Bagi saya ianya boleh dikurangkan sedikit demi sedikit, supaya tidak memberi kejutan kepada ekonomi.

Jumaat, 12 September 2008

Larikan 49 Ahli Parlimen atau seorang Ahli Parlimen?

Malaysiakini.com

Hairan juga, 49 Ahli Parlimen dilarikan ke Taiwan untuk mempelajari teknik pertanian.
Semuanya dilarikan kerana untuk dilarikan dari Anwar Ibrahim.

Apabila ia melibatkan 49 ahli Parlimen, maka ia melibatkan kos yang tinggi.

Mengapa tidak mereka membawa Anwar Ibrahim sahaja mempelajari teknik pertanian di Taiwan?
Anwar Ibrahim pun ahli parlimen juga.

Bukankah ia lebih jimat?

Ahad, 31 Ogos 2008

Erti Kemerdekaan yang Sempit?

Anwar Ibrahim di blognya menceritakan tentang erti Kemerdekaan .

Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan


Akan tetapi komen saya di blognya itu tidak dilepaskan.


Hasbullah Pit Aug 30th, 2008 at 7:38 pm

Kemerdekaan sebenar ialah apabila seluruh Nusantara Merdeka.
Selagi Patani di jajah Thailand, dan Moro dijajah Filipina.

Selagi itu bukan kemerdekaan sebenar.

Selagi kesan Penjajahan Inggeris Belanda yang memisahkan nusantara sehingga hari ini, selagi itu belum benar merdeka.

Selagi kesan perjanjian Anglo-Siam masih ada, selagi itu kita belum boleh merdeka sepenuhnya.


Tuan-tuan dan puan-puan, Tanah Melayu hanya 80% merdeka. Kesan Perjanjian Anglo Siam masih lagi memberi impak kuat kepada tanah-tanah kita yang masih dijajah siam. Perjanjian Anglo Siam menyebabkan sebahagian dari Tanah Melayu disahkan sebagai milik Siam oleh British.

Mana boleh.
Hari ini Hari Kemerdekaan, jangan hadkan pemikiran kita tentang kemerdekaan yang diberikan oleh British sahaja.
British mahu beri Patani kepada Siam kerana nak "bebas"kan Perlis Kedah dari Siam.

Apa jadi kalau pada perjanjian itu, British Beri Kedah,Perlis kepada Siam untuk dapatkan Patani?
Anwar Ibrahim, Paklah, Chedet akan dilabel "pengganas" untuk memerdekakan Kedah.
Itupun kalau mereka berani angkat senjata.



Jumaat, 29 Ogos 2008

Jangan Ada Seorang Pun Penyokong Pakatan Rakyat yang Menggunakan Istilah "Bajet"

Hari ini Belanjawan akan dibentangkan. Walaupun ramai yang gunakan istilah "bajet" saya tetap menggunakan belanjawan.

Para blogawan penyokong DSAI yang bermati-matian di Permatang Pauh dulu, sila gunakan istilah belanjawan.

Saya agak pasti Anwar Ibrahim akan kekal menggunakan Istilah Belanjawan, seperti tahun lepas.

Jangan biarkan "Belanjawan" menjadi Istilah subversif.

Jikalau catatan di blognya menggunakan istilah "bajet", itu mungkin pembantunya yang tulis, bukan dia.

Belanjawan esok?
Akan ada subsidi makanan seperti yang Ikram mahukan?



Kemaskini 11:45 29 Ogos:

Senarai blogawan yang menggunakan istilah "belanjawan" menggantikan "bajet":-

Jumaat, 4 Julai 2008

Balasubramaniam Double Agent Juga?

Hari ini diberitakan bahawa Balasubramaniam kini menarik balik Akuan Sumpah yang dibuatnya semalam. Kemudian diberitakan akan keluar satu lagi akuan sumpah tanpa watak Najib.

Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.
Bala Subramaniam juga bemdakwa dia dipaksa.Wah Lagi menarik

Balasubramaniam berkata, beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun tersebut. Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lulmpu pagi ini, Balasubramaniam membuat akuan berkanun yang baru.

Balasubramaniam juga dikatakan akan mengeluarkan akuan yang baru tidak lama lagi

Dahulunya Balasubramaniam ejen perizik Razak Baginda, kemudian memihak kepada Anwar, kini dia memihak kepada siapa?

Mungkin dia lebih daripada "Double Agent". Triple Agent?

Menarik betul cerita ini. Seronok ditonton.
Mujurlah saya sudah membeli jagung kerana tidak menjumpai popcorn.
Disamping itu, ada juga buah epal subsidi.




Selamat menonton.

Rabu, 2 Julai 2008

Disahkan Sahih Oleh PAS?

Ketika drama Saiful vs Anwar vs entah, banyak kekeliruan berlaku.

Siapa kenakan siapa?
Saiful sebelah siapa?

Kalau dulu nyata Azizan di sebelah konspirator kerana jelas pertuduhannya, malah setiap hari ianya diperelokkan supaya nampak betul.

Tetapi dalam kes Saiful vs Anwar ini, Dakwaan saiful hanya berbentuk laporan polis, pada awal cerita, kononnya Saiful dipaksa mengaku, kemudian gambar dipaparkan di pejabat TPM, kini ada pula dakwaan rapat dengan Rosmah.

Mana satu betul?

Akan tetapi PAS negeri Pahang dan Negeri Melaka menyediakan perkhidmatan memastikan yang mana satu betul dengan merujuk kepada pimpinan negeri masing masing.

Pemuda PAS Pahang:
Ahli diingat dapatkan maklumat semasa daripada sumber parti

PAS Negeri Melaka:
BERTENANG DAN DAPATKAN MAKLUMAT SEBENAR DARI PIMPINAN

Kisah berlaku antara pemimpin PKR dengan kemungkinan double agent
antara PKR dan UMNO, tetapi untuk mendapatkan kepastian kena rujuk PAS.

Secara kasar, kita boleh lihat seperti "Anwar dituduh meliwat", dari sudut lain pula, "Anwar menuduh Saiful memfitnah dan ramai lagi yang menuduh saiful memfitnah".

Berdasarkan pembacaan saya setakat ini, hanya laporan polis Saiful sahaja yang menuduh Anwar meliwat. Selepas daripada itu satu kenyataan Saiful pun tidak kedengaran.

Bagaimanapula SMS awal yang kononnya Saiful dipaksa?

Senario sekarang ini meolah-olah menyebabkan ramai orang menuduh Saiful memfitnah, tanpa mendengar penjelasan dari mulutnya sendiri.

Mengapa perlu dihentam Saiful sebegitu rupa tanpa memberi dia peluang membela diri.

Saya tidak mahu melibatkan diri dalam menuduh Saiful memfitnah kerana saya tidak dengar lagi penjelasannya selepas laporan dibuat.
Sekiranya ada kenyataannya untuk terus mengatakan Anwar meliwat, barulah kita boleh tuduh dia memfitnah.

Kebenaran memang sukar untuk diperolehi sekarang.

Mengenai ancaman bunuh Anwar, Anwar sendiri tidak membuat sebarang tindakan tentang ancaman bunuhnya itu sebelum laporan polis Saiful itu dibuat. Itu sesuatu yang menghairankan.

Bayangkan kalau Anwar ditipu oleh sumber "perisikan" itu, dan kemudian semua orang percaya dan menganggap ia sahih. Maksudnya ramailah yang kena tipu oleh berita "sahih" itu.

Eh. jangan risau, boleh rujuk Pemuda PAS Pahang dan PAS Melaka untuk menentukan kesahihan maklumat itu.

Sekiranya "Team Order" untuk hanya mempercayai harakah, maka ianya umpama orang UMNO suruh hanya percaya Utusan.


Mushkil juga, Adakah kerana adanya "Team Order", orang PAS terpaksa pura-pura untuk kononnya tidak membaca tulisan analitik KTemoc?

Saiful Bukhari Azlan - Victim or Villain?
Assassination of Anwar Ibrahim - Intelligence report
Political assassination in Malaysia - the likely t...

Atau Team Order itu bertujuan untuk mengiakan skrip yang disediakan oleh Anwar Ibrahim?

Isnin, 30 Jun 2008

Saiful Bukhari Double Agent?

Saya sebenarnya malas nak layan Politik jenis melibatkan ahli politik tanpa melibatkan rakyat, rasa buang masa sahaja.

Saya lebih suka akan politik yang melibatkan permasalahan rakyat.

Awal pagi tadi saya sudah mual dengan tuduhan liwat oleh Saiful Bukhari.

Saya memang sudah membaca sepintas lalu kisah-kisah Musang Berbulu Ayam di Blog Najwan Halimi. Kerana itu saya keliru samada ini konspirasi untuk menjatuhkan Anwar atau menjatuhkan Najib.

Tidak sangka pula Wan Azizah baru jumpa gambar Saiful Bukhari di pejabat Timbalan Perdana Menteri, walhal kisah musang berbulu ayam sudah lama tersiar di blog Najwan Halimi.


Saya kira lingkungan kakitangan dan sekutu-sekutu yang akrab dengan Anwar harus berwaspada dalam hal ini. Dalam situasi sebegini, jelas akan ada ramai yang menunjukkan minat untuk mendampingi Anwar dan orang-orang di sekelilingnya. Beberapa orang teman turut melahirkan kebimbangan kerana kononnya terdapat individu yang cukup dicurigai latar belakangnya kini kelihatan begitu ghairah mahu dilihat sebagai sebahagian dari lingkungan tersebut. Khabarnya ada antara mereka dahulunya merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan Najib Tun Razak.

Untuk membaca "saiful di Blog Najwan Halimi" sila klik.


Tak sangka pula Wan Azizah baru tahu, atau dia buat-buat baru tahu?

Kisah Musang Berbulu Ayam sudah dipaparkan ketika bukan mac yang lalu.
Adakah Pemimpin PKR tidak tahu?

Adakah Saiful Bukhari itu "Double Agent" untuk Anwar dan Najib?

Adakah PKR sememangnya tahu Saiful ada kaitan dengan Najib dan kemudian merancang untuk menggunakan Saiful?

Belum ada kenyataan Polis untuk menangkap Anwar, Anwar sudah disorokkan kononnya nyawa terancam. Ada pula cerita ia disorok di Kedutaan Turki. Keluar pula gambar Saiful di pejabat TPM di Blackberry Wan Azizah.

Ini semua membuatkan saya merasakan ianya satu perancangan untuk menjatuhkan Najib berbanding menjatuhkan Anwar.

Apa untungnya Najib menggunakan tektik lama untuk menjatuhkan Anwar?

PakLah yang keluar di Kaca TV pagi tadi, dari raut mukanya memang tak tahu menahu tentang cerita ini. Berbanding Mahathir satu ketika dahulu cukup yakin Anwar meliwat.

Jadi, Mari kita beli popcorn atau maruku sambil menonton wayang double agent ala James Bond.

Ahad, 29 Jun 2008

Permainan Politik Jenis Apa Pula ini?

PKR mendakwa bahawa Saiful Bukhari ditahan polis dan dipaksa membuat pengakuan liwat.

Saiful Bukhari itu orang Najib atau orang Anwar?

Politik jenis apa berlaku sekarang ni?

Adakah langkah pengakuan ini untuk menjatuhkan Najib atau Anwar?

Bila Saya Nak Cuba Sokong Bantahan Ali Rustam Terhadap Debat Anwar vs Saberry

Ali Rustam baru baru ini membantah perdebatan Anwar Ibrahim dengan Shabery Chik di RTM.

Naib Presiden UMNO itu berkata, tindakan tersebut tidak relevan lebih-lebih lagi diadakan bersama dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sentiasa membangkang usaha-usaha kerajaan.

``Ramai lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang hari-hari bekerja keras untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak ini.

``Kenapa mereka tidak diberi tempat dalam televisyen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang mereka sudah lakukan dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani kos kenaikan minyak,'' katanya.

Atas dasar apa Ali Rustam nak bantah perdebatan itu? Hanya kerana dia menentang kerajaan, maka tidak boleh berdebat di Televisyen?

Kalau pemimpin kerajaan berdebat dengan Shabery Chik tentang isu harga minyak, itu bukan perdebatan namanya.

Bayangkan kalau ada Makcik UMNO nak sokong bantahan Ali Rustam ini, Makcik itu pun pening kepala atas dasar apa dia nak sokong Ali Rustam.

Adakah Dasar sekat media perlu disokong?
Apa kelebihan mempromosi dasar sekat media?
Menunjukkan kerakusan kuasa?

Saya rasa saya nak cuba sokong Bantahan Ali Rustam terhadap perdebatan itu, akan tetapi tak taulah pula atas sebab apa?

Makcik UMNO boleh guna dasar "sokong buta" sebagai sokongan.

Baiklah,
Saya sokong bantahan Ali Rustam itu kerana Shabery Chik tidak layak berdebat dengan Anwar Ibrahim dan Shabery Chik patut digantikan dengan Ali Rustam.

dan saya sokong bantahan Ali Rustam itu kerana saya pun nak masuk TV juga.

Google+ Hasbullah Pit