test

Sabtu, 29 Mei 2010

Bantah Lesen Riba' ?

Hari ini berlakunya beberapa Himpunan Aman membantah lesen judi bola, di beberapa tempat dalam negara kita.

Dulu pun kita benci judi, tetapi dengan adanya aktiviti sebegini maka ianya seolah-olah peringatan supaya bekerja lebih kuat membantah judi.

Selain daripada judi, riba' juga satu masalah kepada masyarakat, dan sering ditinggalkan dalam isu-isu tempatan.

Maklumlah, semua 'sayang' bank kerana membiayai kereta baru anda.


Kebiasaannya kaki judi juga terlibat dengan riba'.

Kalah judi pinjam sana-sini.

Mana nak jumpa tempat yang boleh beri pinjam 2 dinar, pulang balik 2 dinar?

Kebanyakkannya pinjam kertas, dan bayar balik dengan kerkas yang lebih.

Samada berlesen atau tidak.

Kalau anda impikan suatu revolusi benci riba' besar-besaran, dengan Himpunan Amannya sekali,
Mungkin anda tidak jumpa ketika hayat anda.

Oleh itu, kaedah yang saya rasa sesuai, ialah elemen benci riba' diserap dalam benci judi.

Setiap kali lesen riba' dikeluarkan, tidak wujud sebarang tentangan.

Oleh itu, geng benci riba' perlu menyusup masuk kedalam gerombolan geng benci judi, supaya benci riba' boleh 'ride' momentum benci judi.

Orang yang benci judi dan benci riba' adalah orang yang sama.

Geng benci riba' hanya perlu menyertai momentum benci judi dan menambah sedikit tagline.

contoh:


"Bantah Judi dan Riba'"
"Hapuskan Judi dan riba'"
"Gerakan Membantah Judi dan Riba' "
"Belia Benci Judi dan RIba' "

Jumaat, 28 Mei 2010

Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat adalah teknologi berkaitan maklumat.

Bagaimana maklumat bergerak
Bagaimana maklumat disimpan
Bagaimana maklumat disimpan supaya rahsia.
Bagaimana maklumat diproses.
Bagaimana boleh tiba.
Mengapa maklumat tak sampai.

Kita guna sistem canggih-canggih, tapi tak pernah bermuhasabah seketika untuk berfikir "Mengapa maklumat tidak sampai".

Teknologi maklumat tidak bermaksud "belajar komputer".

Adakalanya, maklumat boleh disampaikan hanya menggunakan kertas. Tetapi tidak boleh diproses dengan menggunakan kertas.

Namun kertas adalah penyimpan maklumat yang baik.

Bejalar komputer tinggi-tinggi.
Sebenarnya banyak maklumat yang lebih elok disimpan didalam buku.

Selasa, 25 Mei 2010

Kenapa Berita Harian Siarkan Berita Najib Kena Tipu di Muka Depan?

Tak patut betul Berita Harian aibkan Najib sebegitu.

Tak patut!
Tak patut!


Akhirnya Singapura berjaya juga dapatkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu.


Tanah milik Malaysia, dimajukan oleh 60% Khazanah 40% syarikat singapura.
bila jual orang singapura dapat kawasan itu.

Orang Malaysia melalui khazanah bawa balik duit sahaja.

Dalam erti kata lain "Kertas berlabel SGD"


Serupa macam Singapura beli tanah dengan kertas berlabel SGD.

Dikononkan , Kertas berlabel SGD itu dua kali ganda daripada kertas berlabel RM.

Kenapa susah susah, nak tubuh syarikat untuk "majukan", kan lebih mudah kalau "Sukuk 1Singapura" bernilai 1bilion SGD ditukarkan dengan tanah itu.

Tak cukup 1 bilion SGD?
Singapura boleh terbitkan Sukuk 1Singapura 2 bilion SGD.

Nak yang 8 bilion pun boleh.

Isnin, 24 Mei 2010

'Bijak"nya BN memerintah Malaysia.

Hutang negara dalam negeri lebih 300 bilion.

Berbangga pula dengan subsidi 74 bilion yang diberikan.

Sekali pandang nampak macam pemurah sangat kerajaan BN ini.

Kerajaan BN, atas nasihat siapa entah, cukup suka dengan polisi nilai matawnag rendah.

Kononnya boleh menggalakkan eksport, meningkatkan daya saing negara kerana ianya lebih murah.
Kononnya gaji rendah dapat menarik pelabur.


Tapi apa yang kita dapat.

Dengan polisi cintakan nilai matawang rendah, harga komoditi telah menjadi tinggi.
Ia berlaku automatik, harga barang dalam RM akan tinggi walaupun harga komoditi tak berubah.

Maka bersukarialah, BN dengan mendabik dada, 74 bilion subsidi.


Sebenarnya 74 bilion itu adalah tidak perlu. kalau tiada polisi nilai matawang rendah.

Mana yang rakyat lebih suka?
Harga gula RM 1.65 setelah subsidi, atau harga gula RM 1.20 tanpa subsidi?


Mana yang rakyat lebih suka, harga minyak petrol RM 1.80 setelah subsidi atau harga petrol RM 1.50 tanpa subsidi?

Akibat taksub dengan "penasihat" yang promosikan polisi nilai matawang rendah, maka nilai matawang ringgit tidak cuba untuk ditinggikan.

Maka rakyat disalahkan kerana menggunakan gula yang banyak, walhal subsidi diberikan kepada Robert Kuok.

Subsidi juga diberikan kepada tauke IPP. Penjana Tenaga Bebas.

Itu yang mereka bangga sangat dengan 74 bilion?

Memang polisi nilai matawang rendah ini tidak kemana.

Pengsubsidian untuk mengurangkan harga runcit, pasti tidak akan dapat ditampung.

Umpama, sebuah rumah yang bocor paipnya, bapa memarahi anaknya, "kenapa guna air banyak".

Kaedah pengsubsidian adalah kaedah penyembunyian inflasi, harga barang sebenar ditutup, denga kaedah subsidi. Satu hari nanti akan membuak juga.

Pembuakan kian hampir, sendiri suka polisi nilai matawang rendah, kemudian mereka sendiri dabik dada kononnya perihatin kasi subsidi, kemudian sendiri pening.

bijak! bijak!

Klaua polisi nilai matawang rendah dihapuskan daripada awal 2000, kita tidak perlu pening kepada dengan masalah harga minyalk tinggi, kehabisan minyak masak, kehabisan gula, kekurangan beras ST 15, dan banyak lagi.

Nelayan pun tak perlu subsidi minyak, kerana harga minyak murah disebabkan matawang yang tinggi.

Jadi, Ayuh sertai revolusi Menentang Polisi Nilai Matawang Rendah

Apabila membuaknya harga barang akibat daripada subsidi tidak dapat ditampung, maka automatik harga barang akan naik.


Dan saya bukan pertama kali baru nak suruh simpan emas.
Simpan emas,simpan emas, simpan emas!

Rabu, 19 Mei 2010

Nilai Ringgit Naik? Tapi Ada Masalah Gula?

Pada hari yang sama berita memaparkan kisah nilai ringgit naik, terdapat juga masalah bekalan gula.

Hairan.

Kalau ringgit naik berbanding komoditi, sepatutnya harga gula tanpa subsidi turun dan kurang subsidi.

Tapi apa yang berlaku ialah kekurangan bekalan.

Nilai kertas ringgit dikatakan naik apabila dibandingkan dengan kertas USD dan kertas Euro.

Tapi kesemua kertas turun berbanding komoditi

Selasa, 18 Mei 2010

Login Facebook Dapat Gula Pasir

Masalah mencari gula pasir?

Masalah diselesaikan dengan menyertai

Login facebook dapat gula pasir.

Isnin, 17 Mei 2010

Rizab Emas Keluarga

Saya pernah ditanyakan oleh seseorang, "Apa itu Rizab Emas Keluarga".

Kusangkakan semua tahu.

Menurut surah Yusuf, makanan disimpan selama 7 tahun, walaupun ketika makanan masih banyak. Pernah saya ceritakan tentang stok penimbal beras, suatu masa dulu.

Jadi, rizab emas keluarga, konsepnya sama macam stok penimbal makanan.
Samada mahu simpan rizab emas untuk keluarga anda sebagai rizab 7 tahun perbelanjaan, ikut suka anda.

Bergantung kepada kemampuan.

Jika anda mempunyai rizab makanan yang banyak, maka anda tidak perlu mempunyai rizab emas 7 tahun.

Andakata anda mempunyai rizab makanan untuk 7 tahun, maka anda perlu simpan emas untuk 7 tahun gaji. Banyak sangat?

Sebenarnya berapa banyak rizab emas keluarga anda simpan, bergantung kepada keputusan mesyuarat suami isteri. Kalau suami putuskan seorang diri pun boleh.

Ada banyak kaedah untuk menentukan berapa rizab emas keluarga.

Anda boleh kira sebagai peratus daripada simpanan.
Sebagai contoh 80% daripada simpanan adalah dalam bentuk emas,  selebihnya aset kertas.
Anda mesti bezakan simpanan dengan pelaburan.


Atau anda mungkin boleh tetapkan rizab emas anda sebagai berapa bulan gaji.
 18 bulan gaji atau 12 bulan gaji, atau 6 bulan gaji.

Anda juga boleh menetapkan formula dengan menggabungkan peratus & temboh bulan.
sebagai contoh,
rizab simpanan kewangan anda ialah 18 bulan gaji & 80% itu adalah emas.

Anda juga boleh menetapkan rizab emas menggunakan bilangan anak & isteri.
contoh:
1 isteri 10 dinar, 1 orang anak 5 dinar.
maka
1 isteri + 3 orang anak => 25 dinar

Jika sudah mempunyai sasaran, maka belilah emas secara berperingkat untuk mencapaikan sasaran rizab emas keluarga anda itu. Tak perlu berhutang, atau menjadi tamak untuk kaya.

Jadi mahal atau murah emas itu, adalah soalan kedua.

10 tahun dari sekarang, anda hanya kira berapa banyak emas yang anda ada, bukannya berapa harganya ketika anda beli 10 tahun lalu.

Jumaat, 14 Mei 2010

Jongkong Perak 500 gram 'Public Silver'




Di atas adalah gambar Jongkong perak 500 gram keluaran Public Gold, yang diberi nama 'Public Silver'.
 
Sebelum ini Jongkong perak Public Silver hanya wujud dalam bentuk 1kg , agak besar dan mahal bagi yang ingin memulakan pelaburan perak.

Emas dan perak adalah wang, namun perak telah hilang fungsi sebagai wang, dimana wang kertas lebih banyak mengambil fungsi perak sebagai matawang, berbanding emas.

Catatan blog ini bukanlah bertujuan untuk mencadangkan pembaca melabur dalam perak. Bukan Negeri Perak, tetapi logam perak.

Hanya pelabur sejati sahaja yang sesuai melabur dalam perak.

Maksud saya, yang melabur dengan membeli sesuatu yang berada dibawah nilai seperti Warren Buffet.
Tidak sesuai untuk pelabur jenis spekulatif.

500 gram perak, sudah menghampiri nisab perak iaitu 595 gram atau 200 dirham.
Sekiranya anda hanya memiliki perak dalam bentuk 500 gram, maka anda tidak dikenakan zakat.

Perak sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana ianya terlalu dibawah nilai sebenar.

Ketika zaman perak adalah matawang jual beli, nisbah nilainya berbanding emas adalah tinggi.
Tidaklah setinggi sekarang.

Jika emas boleh dikatakan dibawah nilai berbanding ringgit, dan perak dibawah nilai berbanding emas.
Berapa rendahnya perak berbanding ringgit?

Selepas berlakunya 'gold rush', akan berlakunya 'silver rush'.

Situasi di Malaysia pula berbeza, dimana perak import dikenakan cukai. Maka apabila habisnya perak dalam negeri, pelabur akan membeli perak import walaupun dikenakan cukai.  Ini menyebabkan pelabur akan menghabiskan perak dalam negeri dahulu, sebelum ia akan menjadi mahal akibat cukai.


Nampak macam meyakinkan, namun ada risiko.

Perak hanya sesuai untuk dijadikan pelaburan oleh pelabur sebenar, kalau setakat rugi 20% sudah risau, maka anda tidak sesuai untuk melabur dalam perak. Harga perak dunia pernah jatuh daripada USD 20 seaun ke USD 9 se aun. 'Spread'nya pula 20%.

Anda berani?



Ketika catatan ini ditulis, hanya 2 ketul bar 500 gram yang sudah berada di tangan ejen Public Gold.

Sabtu, 1 Mei 2010

Hari Pekerja: Kapitalis Sosialis Dinar Dirham

1 Mei hari pekerja.
Hari yang mulia bagi penyokong sosialis.

Sosialis memang kerjanya perjuangkan nasib pekerja.
Kapitalis pula suka kayakan orang kaya.

Namun orang Sosialis jarang pula kempen orang supaya berniaga.

Mahu naik gaji, mahu nasib pekerja terbela dan sebagainya, tapi pekerja perlu kekal sebagai pekerja.
Sampai bila?

Maka wujud golongan baru, pendokong dinar dirham, yang mempromosikan supaya berniaga. Pasar awam tanpa sewa patut diwujudkan.

Supaya apa?
Supaya semua orang boleh berniaga dengan mudah.

Dengan itu meningkatnya Kelajuan wang atau "velocity of money".

Dengan menganut pemikiran sosialis, pekerja sentiasa jadi pekerja, modal masih lagi pada kapitalis.
Lambat laun, harga pekerja akan pergi ke kapitalis juga.

Jadi, ayo berniaga.

Zaman sudah dipermudahkan, kini golongan pekerja boleh berniaga di Laman web sosial tanpa sewa.

Bagi pendokong dinar dirham, menjadi pemodal bukan satu kesalahan. walaupun sering dibenci sosialis.

Apa yang penting ialah sistem kewangan yang mengikut peraturan,
Tiada riba' , tiada penerbitan wang baru yang hanya dinikmati golongan pemodal.

Google+ Hasbullah Pit