Kejadian terdahulu membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Australia berkuasa terhadap Malaysia?
Najib bersungguh-sungguh melayan permintaan Australia supaya Malaysia tidak dijadikan transit pendatang Afghanistan ke Austalia. Ianya berlaku apabila ada '
kunjungan hormat' oleh Penasihat Keselamatan Australia.
Bukahkah sempadan Australia itu kerja Australia.
Apabila Ahli Parlimen Australia memutuskan untuk mengundi sesuatu perkara yang melibatkan hal dalam negara Malaysia, Pemuda UMNO menyambutnya dengan Demo seolah-olah Australia mempunyai kuasa terhadap hal ehwal negara Malaysia.
Sekiranya sesuatu negara itu tidak mempunyai kuasa terhadap negara lain, tindaktanduk itu tidak boleh dikira sebagai "campur tangan". Namun UMNO beria-ria mengatakan ianya "campur tangan".
Adakah ini semua ada kaitan dengan kehadiran Tentera Australia menjayakan hasrat menyelamatkan kepentingan Inggeris di Sarawak ketika pembentukan Malaysia dahulu?