test

Selasa, 9 Mac 2010

Adakah Australia Berkuasa Terhadap Malaysia?

Kejadian terdahulu membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Australia berkuasa terhadap Malaysia?

Najib bersungguh-sungguh melayan permintaan Australia supaya Malaysia tidak dijadikan transit pendatang Afghanistan ke Austalia. Ianya berlaku apabila ada 'kunjungan hormat' oleh Penasihat Keselamatan Australia.

Bukahkah sempadan Australia itu kerja Australia.


Apabila Ahli Parlimen Australia memutuskan untuk mengundi sesuatu perkara yang melibatkan hal dalam negara Malaysia, Pemuda UMNO menyambutnya dengan Demo seolah-olah Australia mempunyai kuasa terhadap hal ehwal negara Malaysia.

Sekiranya sesuatu negara itu tidak mempunyai kuasa terhadap negara lain, tindaktanduk itu tidak boleh dikira sebagai "campur tangan". Namun UMNO beria-ria mengatakan ianya "campur tangan".

Adakah ini semua ada kaitan dengan kehadiran Tentera Australia menjayakan hasrat menyelamatkan kepentingan Inggeris di Sarawak ketika pembentukan Malaysia dahulu?

5 comments:

  1. oh, yang tu kena tanya pemuda umno lah..

    BalasPadam
  2. Australia masih mengenali Malaysia sebagai Malaya,itu hakikatnya

    BalasPadam
  3. Hanya satu aje jawapan kepada isu ini. BODOH!

    BalasPadam
  4. tak kot. kita kan 1 malaysia, bangsa membaca bangsa berjaya

    BalasPadam
  5. Salam Tuan Hamba Hasbullah Pit,
    Hamba Panglima7 masuk mengadap. Kita pernah bertemu di BB.Bangi dalam majlis Blogger anjuran Prof. Dr. Hamirdin Ithnin. Harap tuanhamba masih mengenali hamba Panglima7.

    Apa sudi kiranya tuanhamba melinkkan blog hamba dengan blog tuanhamba. Mudah-mudahan dapat memeriahkanlah alam blogger demi menegakkan kebenaran. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas saudara.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit