test

Khamis, 30 April 2009

Kenapa Abah Sibuk dengan Makanan?

Seorang anak bertanya kepada emaknya,

"Mak, Abah nak buka kedai makan kah?"
"Kenapa abah asyik sebut makanan?"
"Abah nak buka kedai makan kah?"

"Entahlah" jawap Fatimah.

Namun, Fatimah juga ingin tahu apakah benar suaminya akan membuka kedai makan?

Dia mendekati ruang tamu, untuk curi dengar perbualan suaminya itu, namun tidak berapa jelas.

kedengaran ....

"bla bla bla bihun, "
"bla bla bla beras , kopitiam"
"bla bla bla "bihun"
"bla bla Mee Segera ,  "Mi Celup" ," Telur Rebus."
"bla bla Tempoyak,"

Lalu Fatimah ke dapur semula untuk memberitahu anaknya,

"Abah kau cerita politik"
"Bukannya berniaga"

Adakah Aku Juga Buat Kerja Bodoh dalam PAS?

Masih teringat-ingat petikan tulisan Nik Abduh tentang kerja bodoh dalam PAS.

Kali ini dipetik daripada kerja-kerja bodoh dalam PAS bahagian ke 2.


Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.

Sejak dari awal lagi apabila disebut sahaja "Kerajaan Perpaduan", saya terus mengutarakan maksud yang tidak benar.

Kerajaan Perpaduan == Menolak Sistem Demokrasi Penjajah

Walaupun saya tidak pernah menggambarkan bahawa Kerajaan Perpaduan itu 'masuk BN' atau tubuh kerajaan bersama BN, namun saya telah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tidak benar.

Maka saya pun buat kerja bodoh juga?

Mana mungkin semua orang boleh fahami apa maksud 'Kerajaan Perpaduan' yang difahami oleh Tuan Guru Hadi Awang.

Maka tidak hairanlah kalau orang di sekeliling 'ayahanda' juga tidak memahaminya.

Saya tidak sangka pula 'Kerajaan Perpaduan' yang diperkatakan itu adalah 'ihsan' Barisan Nasional dan bukannya diperolehi secara hakiki. Masih lagi di bawah ruanglingkup sistem demokrasi sedia ada.

Saya terlalu jauh berfikir agaknya.

Mungkin ada perkara yang saya tahu, tetapi tidak difahami oleh 99% penduduk Malaysia.
Sekiranya perkara itu disampaikan secara salah di antara orang yang tidak faham kepada seseorang. Saya tidak rasa itu satu kerja bodoh.

Dunia demokrasi di Malaysia memang tidak adil.
48% undi popular tidak menjamin 48% kerusi.

Di Melaka PAS tidak menang satu kerusi pun. Peratusan kerusi 0% ia tidak bermaksud PAS melaka langsung tidak mendapat undi.

Kerajaan BN mendapat 100% kuasa di peringkat persekutuan, adakah ia membawa maksud bahawa 100% pengundi mengundi BN?

Sistem demokrasi ini perlu di tolak.
Sistem yang diwarisi oleh British.

Namun apa yang menyedihkan ialah walaupun 'Kerajaan perpaduan' diperkatakan, ianya masih dibawah ruanglingkup sistem demokrasi yang tidak adil ini.

Bagi saya, 'Kerajaan Perpaduan' adalah bukan soal antara PAS dengan UMNO, atau BN.

Saya tidak faham mengapa Tulang Besi begitu bergembira 'melondehkan Fraksi UMNO'.

Sebelum ini, Si Tulang Besi pernah mengatakan tentang 'Perpaduan Melayu'.
Pernah juga mengeluarkan hujah Apa Perlunya Kerajaan Perpaduan di Malaysia?

Seolah-olah menggambarkan 'kerajaan Perpaduan' itu adalah untuk 'Perpaduan Melayu', dan tidak perlu.

"UMNO", "Melayu", "BN" sebenarnya tiada kaitan langsung, sekiranya 'Kerajaan Perpaduan' sekiranya ia dilakukan atas dasar menolak sistem demokrasi British.

Eh, ada kaitan sedikit tetapi dalam arus bertentangan.

Disebabkan UMNO adalah penjaga kepentingan Inggeris di Malaysia, maka menyokong Kerajaan Perpaduan Hakiki dengan menolak Sistem Demokrasi British, adalah juga bermaksud menolak UMNO.

Bagaimana Tulang Besi boleh mengatakan penyokong 'kerajaan Perpaduan' sebagai Fraksi UMNO?

Adakah perlu saya melabelkan setiap orang yang masih akur dengan Sistem Demokrasi British termasuk TGNA & TGHH sebagai Fraksi British?

Tidak boleh, kerana maklumat belum  sampai.

Adakah perlu saya melabelkan setiap orang yang tidak faham konsep Dinar/Dirham yang terus menggunakan wang kertas sebagai fraksi Rothchild? atau "buat kerja bodoh untuk Rothchild?"

Selasa, 28 April 2009

Selamatkan Maklumat berbahasa Melayu di geocities

Yahoo telah memaklumkan bahawa mereka akan menutup geocities.com.

'Orang lama' seperti saya dan greenboc terhutang budi kepada geocities, di mana di situlah tempat bermain 'homepage'.

Di situ juga masih banyak kandungan statik yang berguna. Ianya akan terpadam begitu sahaja apabila Yahoo mematikan geocities.

Jadi jika anda penentang PPSMI yang berani mati, inilah peluang untuk menyelamatkan kandungan berbahasa melayu yang masih boleh berguna, supaya ilmu boleh disimpan untuk generasi akan datang.

cuba google "site:geocities.com sejarah"

mungkin ada maklumat yang anda berguna yang akan hilang dari dunia web setelah akibat dari tindakan Yahoo itu.

Apa yang anda boleh buat ialah, kalau ada wget ,


buat direktori sebagai contoh /home/sebol/arkib


$cd /home/sebol/arkib-geocities
$wget -r http://www.geocities.com/tokyo/flats/3795/

Ulangi langkah sama di direktori sama tetapi menggunakan alamat laman web lain.

Anda juga boleh ulangi langkah yang sama dengan mencari perkataan lain, sebagai contoh "site:geocities.com Bahasa" , "belajar", "pantun", "tarian", "petua", "resepi",

Atau mungkin ada mempunyai kaedah lain?

Ulasan "kerja - kerja bodoh dalam pas"

Beberapa hari kebelakangan, tulisan Nik Abduh cukup menimbulkan kontroversi.

kerja - kerja bodoh dalam pas
Beberapa blogawan menyalin tepeknya tanpa ulasan.
Ada blogawan tersohor yang memberikan pautannya kepada saya melalui YM.

Namun, mungkin apa yang dibaca itu ditafsirkannya dengan maksud yang berbeza.

Saya tidak pasti bahagian mana yang terlalu menarik minat pembaca.

Saya hanya meminati bahagian petikan yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz, yang menggambarkan bahawa dia tidak menolak Kerajaan Perpaduan secara bulat.

Bagi saya yang sudah lama mentafsir "Kerajaan Perpaduan" sebagai penolakan terhadap sistem demokrasi INggeris, maka bagi saya ianya perkara biasa.

Tidak timbul soal melaga-lagakan.

petikan menarik ....
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Kepala otak saya hanya mampu menafsirkan bahawa, Kerajaan perpaduan yang dimaksudkan ialah hanya ihsan daripada Kerajaan yang berkuasa penuh. Tiada unsur penolakan terhadap Sistem demokrasi Inggeris sedia ada.

Sekiranya BN memberi jawatan di Kementerian Kewangan dan Pendidikan sekalipun, kuasa masih pada Perdana Menteri.

Ketika saya mempersoalkan , mengapa Perdana Menteri mampu membubar sesebuah kementerian tanpa Mesyuarat Kabinet, Kebanyakan orang yang saya temui mengatakan 'Ya, PM mempunyai kuasa sebegitu'.

Jadi apa ertinya?

Kerajaan Perpaduan harus dibentuk bukan kerana ihsan parti yang berkuasa penuh, akan tetapi Perlembagaan yang membahagikan kuasa di antara parti-parti yang membentuk kerajaan.

Bukan kerana, siapa kuat bodek, atau siapa kuat desak. Akhirnya jadi pesta kurniaan jawatan Timbalan Menteri.



Apa ertinya kalau Kementerian Kewangan dan Pendidikan diberikan kepada Pakatan Rakyat, kalau ikut suka Perdana menteri membubarkan kementerian itu?

Jika anda tanya samada saya menyokong "Kerajaan Perpaduan" atau tidak, saya akan jawap "Tolak Sistem Demokrasi British dahulu".

Isnin, 27 April 2009

Tarik Balik Segera Keputusan Kabinet , Isu Agama.

Dengan Ini Saya Hasbullah Pit, Mengutuk Keras tindakan Jemaah Menteri Mencampuri soal kehakiman apabila mereka memutuskan supaya Agama anak bawah 18 tahun perlu kekal dalam agama asal.


Dan Mendesak jemaah Menteri supaya menarik balik Keputusan itu.

Hodohnya Demokrasi British Ini

Sistem Demokrasi British yang digunakan di Malaysia ini, akan menyebabkan perebutan calon, di antara calon-calon, malah di antara parti yang membentuk pakatan atau parti gabungan.

Bukan pertama kali kerusi di rebut-rebut.
Banyak perebutan yang disembunyikan.

Parti yang selalu menang seperti BN ketika 90an, akan berebut kerusi di antara sesama parti.
Ada juga perebutan kerusi di antara parti.

MIC kah MCA kah atau UMNO?
Atau Gerakan?

Di Pakatan pula, perebutan antara PAS atau PKR atau DAP?

Mekanisme apakah yang menentukan siapa bertanding di sesuatu Kerusi?
PAS PKR DAP atau UMNO MCA MIC Gerakan PPP?

Wujud pula satu senario di mana kerusi itu akan jadi kerusi tradisi.
MIC bertanding di situ, sampai bila-bila MIC di situ?

PKR di situ, sampai bila-bila kerusi milik PKR kah?

Jadi apa mekanisme secara demokratik yang menentukan sesuatu parti dalam pakatan atau parti gabungan bertanding di sesuatu kerusi? Sekadar main tarik tali ketika pembahagian kerusi.

Ada pula kerusi yang 'dipinjamkan' dan disedekahkan.

Apa punya demokrasi ini?

Sekiranya parti X meletakkan calon di kawasan tertentu, ahli pakatan atau gabungannya, Y  & Z akan menggundi X.
Akan tetapi X menggunakan undi sokongan daripada penyokong Y & Z seolah-olah itu kekuatannya.

Di mana ruang, parti Y menunjukkan sokongan kepada partinya sambil menyokong calon parti rakannya?

Adalah tidak releven, apabila sokongan terhadap parti menggambarkan sokongan terhadap calon.
Begitu juga , sokongan kepada parti sendiri menggambarkan kekuatan calon parti kawannya.

Jadi apa yang berlaku di Penanti, secara demokratiknya di Mesyuarat Agung PAS, PAS mahukan kerusi Penanti.
Akan tetapi Mesyuarat Agung tidak berlaku pada masa yang sama, di mana ahli PKR pula tidak boleh usulkan.

Itulah Sistem Demokrasi British yang perlu kita tolak.

Sekiranya kertas undi rupanya begini.



Penyokong PAS masih boleh menyatakan sokongan pada partinya dan memberikan kuota di DUN walaupun tidak meletakkan calon.

Bayangkan PAS adalah parti D atau F.

Kalau BN nak guna logo sama dalam kertas undi sebegitu, gunalah. Tetapi ia akan meyebabkan perebutan kerusi berulang.

Akan tetapi tidak pada Pakatan Rakyat, di pembahagian kerusi akan berlaku akibat daripada proses demokratik pilihanraya itu sendiri.

Kalau BN mahukan pembahagian kerusi automatik melalui pilihanraya, maka mereka perlu guna logo berasingan.


Mari Tolak Sistem Demokrasi British.

Ahad, 26 April 2009

Penolakan Sistem Demokrasi British Bukan Berakhirnya Ketamadunan Manusia.

Berikut adalah video kempen "Perwakilan Berkadar" di Kanada, di mana rakyat Kanada akan memilih untuk menggunakan sistem Perwakilan Berkadar, jenis "Mixed Member Ppropotional" di Ontario Kanada.




Jadi, kepada parang penyokong Sistem Demokrasi Inggeris yang berada dalam PAS atau UMNO atau apa parti sekalipun, ingatlah pesan saya, iaitu:


Menolak Sistem Demokrasi British bukanlah berakhirnya Ketamadunan Manusia.

Sabtu, 25 April 2009

Jed Yoong Meninggalkan Dunia Blog

Emel Jed kepada Susan Loone ...


Susan, If you would carry this. . I’ve deleted all my blogs (jedyoong.com/jedyoong.wordpress.com/jedyoong.blogspot.com). I don’t plan to blog in the forseeable future and will concentrating on my law degree. Although recent events like in Perak and the Altantuya trial have made me lose faith in our judiciary, I still believe in the English legal system if it functions properly. Hope you can put a small note so there won’t be a panic in blogosphere. Not that there will be but just to let ppl know that I’ve not been ISAed/etc…
Sedih bunyinya.

Selama ini, Jed Yoong adalah Jambatan antara dunia blogawan Melayu dengan Dunia blogawan Cina.

Jed juga antara blogawan yang melabelkan UMNO sebagai penjaga kepentingan British. Selain saya & Jed rasanya tiada orang lain.

Namun Jed percaya sistem British, sekiranya ia berfungsi dengan baik?

Penulisan Jed agak menarik apabila dia sering mengkaitkan Tamadun Cina dengan Tamadun Barat.

Tak hairan kalau, dengan ilmu perundangan Inggeris yang diperolehinya, ianya mampu untuk meruntuhkan sistem itu. :)

Jumaat, 24 April 2009

Realiti Politik Melayu dan India

Politik Melayu dan India mempunyai satu persamaan.

Apa dia?

Melayu dan India memerlukan pembelaan berdasarkan kaum.
Walaupun penyelesaian menyeluruh disediakan dalam bentuk basmi kemiskinan dan sebagainya, 2 kaum ini akan tetap memerlukan sesuatu jenis pembelaan yang spesifik kepada sesuatu kaum.

Itu bagi saya satu realiti.

Di Malaysia kaum india agak berpecah.
MIC, PPP, PKR, DAP, PSM, Kelab Penyokong PAS India, penyokong Datuk Nalla yang keluar PKR dan sebagainya.

Sebelum ini India mengharap kepada MIC, namun MIC tidak boleh diharapkan, ianya umpama UMNO bagi bagi Melayu.

Kemajuan ekonomi akan menyebabkan sesuatu kaum akan terkeluar daripada memerlukan pembelaan spesifik mengikut kaum.

Orang Melayu ada yang sudah keluar daripada memerlukan Pembelaan Melayu begitu juga orang India.

Akan tetapi masih ramai lagi orang Melayu dan India yang memerlukan "Bela Nasib orang Melayu", "Bela Nasib orang India".

Agenda "Bela Nasib Orang Malaysia" masih belum popular. Hanya popular di kawasan bandar.

Pada pendapat saya, kegagalan PAS meraih undi Melayu adalah berpunca daripada sifat "anti Melayu" yang berasal dari sifat anti As-Sobiyah Melayu.

Akan tetapi, "Anti-Melayu" pula adalah satu bentuk perkauman yang halus.

Lari daripada As-Sobiyah Melayu, masuk ke dalam Perkauman Anti-Melayu.

Boleh diumpamakan sebagai Lari Mulut Harimau, masuk mulut buaya.

Yang peliknya, Perkauman Anti-Melayu banyak datangnya daripada orang Melayu juga.

Saya pernah mengenali seseorang, yang saya tak sebut namanya, sering menyalahkan Genetik Melayu sebagai punca segalanya. Ianya juga boleh diklasifikasikan sebagai perkauman anti Melayu.

Berbalik kepada Kaum India yang sering mahukan "Pembelaan Kaum India".


Satu catatan Menarik di Malaysiakini:

PKR, DAP ignoring critical Indian problems

Ada banyak lagi yang sebegitu di Malaysiakini, boleh dibaca menggunakan carian google "site:Malaysiakini.com letter Indian" . Surat-surat sebegitu menunjukkan betapa perlunya kaum India memerlukan pembelaan kaum yang menggunakan label spefifik "India".

Begitu juga melayu.

Bagaimana dengan Cina?
Cina lebih memerlukan "kesaksamaan" berbanding pembelaan khusus untuk kaum Cina.
Orang India pula agak terperangkap dengan "Kesaksamaan" yang dibawa oleh ahli politik Bandar, walaupun hakikatnya ramai kaum india di ladang-ladang masih belum mampu bersaing dalam dunia kesaksamaan.

Bila agaknya orang Melayu dan India akan keluar daripada memerlukan pembelaan spesifik untuk kaum tertentu?
Masanya akan tiba, tetapi bukan dalam masa terdekat.

Oleh itu ahli politik kena sebut ulang banyak kali "Kami akan bela Orang India, Kami akan bela Orang Melayu".

Bukan Melayu dan India sahaja yang memerlukan pembelaan spesifik berdasarkan kaum, banyak lagi kaum di luar bandar di Sabah Sarawak yang memerlukan ungkapan "Kami Akan Bela Kaum XXXX".

Rabu, 22 April 2009

Takut Pertandingan? Masa Untuk Mencuba Perwakilan Berkadar di dalam PAS?

Sejak Akhir ini, banyak ku temu ahli PAS yang anti pertandingan. Suka sangat supaya jangan di adakan pertandingan.

Bagaimana demokrasi mahu subur?

Daripada mana mereka belajar bahawa pertandingan itu perkara negatif?

Dari UMNOkah?

Pertandingan dalam UMNO sering dianggap "berpecah" bagi mereka. Seboleh-boleh mereka tidak mahukan pertandingan. Budaya ini meresap pula di dalam PAS.

Bagi saya, sindrom takut pertandingan adalah sindrom negatif yang lambat laun merosakkan parti dalam jangka masa panjang.

Akan tetapi, pertandingan yang keterlaluan sehingga menjatuhkan seseorang juga negatif.

Apa jalan tengah?

Memandangkan Idea "Kerajaan Perpaduan" ditolak mentah-mentah oleh ramai ahli PAS, tanpa mengkaji apa itu perwakilan berkadar.


Tidak mustahil kalau perwakilan berkadar digunakan di dalam PAS sebagai contoh pertandingan sihat,sebelum ianya di bawa ke politik Negara.


Berikut adalah satu contoh penggunaan perwakilan berkadar (sekadar rekaan) ...

Sesiapa sahaja yang bertanding untuk jawatan pertama (seperti Ketua Pemuda, YDP, Presiden, Ketua Muslimat), sekiranya seseorang itu kalah, tetapi mendapat undi melebihi 25% , maka dia automatik diwajibkan untuk menerima sesuatu jawatan.

Sebagai contoh, Ahmad Tanding Ketua Pemuda, dia kalah, tapi dapat undi 35% , maka automatik dia jadi Naib Ketua Pemuda Tambahan, boleh duduk dlama Dewan Harian.

Abu tanding timbalan, tapi kalah walaupun dapat 37% undi, automatik dia jadi exco pemuda.

lebih kurang macam itulah.
Dipendekkan cerita, tiada siapa yang dijatuhkan sehingga jatuh terduduk melainkan dapat undi yang amat-amat rendah.

Sistem ini, kita perlu rekayasakan sendiri. Samada guna 25% kah atau 30%kah , kita tentukan.

20 sen.

Selasa, 21 April 2009

Prof Hamirdin nak tujukan lagu "Melaka di Hatiku"

Akhir-akhir ini, Prof Hamirdin , Pemimpin Melaka, bawah sedikit daripada Bendahara Tun Perak, begitu komited memajukan PAS Melaka, Hari ini beliau telah melaungkan "Melaka Tetap Di Hati".

Ungkapan beliau boleh diterjemahkan dalam bentuk lagu.


Melaka di Hatiku






Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari UMNO yang datang
Berhentilah menangis

Negeri kecil bertenaga
Dalam dakapanku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis

Melaka dihatiku
Melaka dihatiku
Hari ini dan selamanya

Melaka di hatiku
Walau apa katanya
Oh... Melaka di hatiku
Selamanya

Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami
Tiada apa yang berbeza

Jangan kau dengar UMNO tak tahu
Saling memerlu dan membantu
Di suatu masa kutahu

Kemenangan akan tiba, kau harus tabah
Ku 'kan bersamamu bersabarlah
Di suatu masa kutahu
Buktikan bersama kau

Selamanya
Bersamamu
Ku selalu bersamamu
Selama-lamanya

Pandanglah ke bahumu (3X)
Di sisimu selamanya

Isnin, 20 April 2009

Memalukan! Presiden PAS kata Ahlinya Tidak cukup Membaca

Berkisar tentang "Kerajaan Perpaduan", saya sendiri sudah lama menjangkakan bahawa ianya adalah proses perubahan sistem demokrasi, dan bukannya jenis "Masuk BN".

Namun ramai yang anggap sebaliknya, dan kini dilabel sebagai kurang membaca.

“Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang kerajaan perpaduan termasuk dikalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri,

“(mungkin) kerana kesibukkan (mereka) tidak mengetahui istilah-istilah dalam politik, kerana tidak membaca (banyak) buku-buku politik.”katanya di kediaman beliau, disini kelmarin.
Apa yang terjadi pada Pesta buku kelmarin, Ianya seolah-olah didominasi orang PAS, ada gerai milik penyokong PAS, ada Ketua Pemuda PAS, ada Mursyidul Am PAS. Yang tiada hanya Bendera sahaja.

Rasanya tidak adil kalau ahli PAS dilabel kurang membaca.

Walaubagaimanapun memang wujud ahli PAS yang tidak suka membaca.

Apa yang saya mampu lakukan sebagai ahli PAS peringkat bawah untuk memupuk budaya membaca?
Di Peringkat Cawangan, bolehlah, saya perbanyakkan buku di Baitul Hikmah Sempang.

Namun, yang mengatakan bahawa Ahli PAS kurang membaca itu adalah Presiden PAS. Yang cukup berkuasa untuk mengarahkan setiap kawasan mempunyai perpustakaan sendiri. Tetapi perkara sebegitu tidak berlaku.


Sang Aduka Taruna tertunggu-tunggu penjelasan TGHA tentang "Kerajaan Perpaduan" namun apa yang dia dapat ialah label "kurang membaca", sama macam saya juga.

Saya tidak menolak secara bulat "Kerajaan Perpaduan" kerana saya sudah nampak ianya adalah mengubah sistem demokrasi.

Baiklah, saya terima sahajalah label "Kurang Membaca" oleh Tuan Presiden, saya mengaku saya belum sempat baca buku "Islam dan Demokrasi" tulisan TGHA walaupun telah lama membelinya.



Pada muka surat 76 buku itu ada tertulis tentang "Perwakilan Berkadar" , di blog ini, saya ada menggunakan istilah "Perwakilan Nisbah".


Hasil Tangkapan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Mudin ada hasil tangkapan, maka saya pun ada juga.




Ada hasil tangkapan yang dibeli, ada hasil tangkapan percuma.

VCD PKS & ISA adalah percuma, setelah membeli 3 buah buku daripada gerai Riduan Mohamad Noor.





Di gerai Brunei, saya beli 2 buku, buku berkenaan Nasionalisme, ada cerita sedikit tentang penolakan menyertai Malaysia. Satu lagi buku ialah berkenaan Matawang yang digunakan di nusantara sebelum kita semua ditipu oleh kertas.

Terdapat juga propaganda kerajaan yang saya ambil percuma.
Pakej 60 bilion itu hanya ucapan pembentangan Najib sahaja, dia tak cerita pun mana datangnya 60 bilion itu.

"Penjelasan Isu Pembentukan Kerajaan Baru Perak" adalah bahan bukti, bahawa BN telah menggunakan wang rakyat iaitu melalui Kementerian Penerangan untuk tujuak politik kepartian.

Dipendekkan cerita, semua buku itu dibeli ada kaitan dengan revolusi.

Revolusi Dinar Dirham.

Revolusi lawan Israel.


Revolusi Nasionalisme Baru.

Banyak benda perlu dikaji dulu sebelum lancarkan Nasionalisme Baru. Bukan macam Anwar Ibrahim, cerita Nasionalisme baru tapi tak sebut soal pembentukan negara baru. Retorik.

Jadi, sebelum Nasionalisme Baru dilancarkan, kenalah fahami dulu sejarah Malaysia, Melayu Raya, Brunei, Indonesia.


Eh, ada lagi 1 buku belum cerita, Buku Ramlah Adam tentang Pilihanraya 1955.

Mengapa Ramlah Adam dipecat oleh Ali Rustam?
Adakah  kerana dia tidak tulis buku tentang pilihanraya 2008?

Sabtu, 18 April 2009

PANAS: UMNO Melaka Berpecah kepada 10 Golongan

UMNO Melaka Berpecah kepada 10 Golongan

Golongan yang pertama ialah golongan yang faham sistem nombor perduaan (binari),
Golongan yang lagi satu ialah golongan yang tidak memahaminya.

Sistem Pengangkutan Melaka Berbanding Acheh

Berikut adalah gambar sistem pengangkutan acheh, gambar milik Ida.





Usah tertipu, di Acheh beca bermotornya tidak dipandu oleh 'Gadis Asing dari seberang'. 'Gadis asing dari seberang' itu hanya tumpang ambil gambar.


Walaubagaimanapun, sistem beca menggunakan motosikal itu agak praktikal, dimana ia boleh membawa penumpang pada kadar rendah.

Di Negeri Melaka pun ada beca, menggunakan basikal yang dikayuh, akan tetapi ianya bukanlah untuk pengangkutan, ianya hanya sesuai untuk pelancong bersiar-siar. Kadar yang dikenakan agak tinggi, kera kenaikan harga tenaga kinetik yang dihasilkan penarik beca.

Penarik beca di Melaka pula banyak menghabiskan masanya menunggu penumpang, berbanding mengangkut penumpang.

Di Melaka dan Negeri lain, juga terdapat teksi yang kebiasaannya mahal.
Pemandu teksi bukanlah golongan kaya, tetapi cuba mendapatkan saki baki pelanggan yang masih lagi mempunyai duit.

Agak biasa kita  lihat di mana-mana perhentian bas, dimana pelanggan menunggu bas, dan pemandu teksi menunggu pelanggan.

Tetapi pelanggan yang tunggu bas, tidak mampu menaiki teksi.

Maka ramailah yang menanguk di Stesyen bas.

Bayangkan kalau ada pengangkutan murah yang boleh membawa penumpang untuk tiba ke destinasi spesifik dengan kadar murah.

Penumpang dapat jimat masa, pemandu dapat duit.

Di Malaysia, kalau tiada kenderaan sendiri, seolah-olah boleh patah kaki dibuatnya.

Di Melaka, Ali Rustam ingin membuat monorel khas di tepi sungai supaya penumpang boleh lihat bagaimana  sungai boleh dijadikan sebagai pengangkutan.

Di Melaka juga ada laluan pejalan kaki di tepi sungai, supaya pejalan kaki dapat merasai betapa jauhnya berjalan daripada Hospital Putra ke stesyen Bas lama menyusuri sungai berbanding jalan darat.


Usah tertipu lagi.

Di Melaka tiada Bas yang boleh dinaiki sehingga tiba Acheh.


Jumaat, 17 April 2009

Akta keselamatan Dalam Negeri (AKDN) Bunuh Pejuang Melayu.... KEJAM!

Dengar lagu ini, di nyanyikan oleh Amin Iskandar (Black),

Lagu berkenaan Dr Burhanuddin Al-Helmy ....




Dr Burhanuddin Al-Helmy ketika penghujung hayatnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN),

Sila mainkan lagu di bawah selepas tamatnya lagu di atas dimainkan.




Atas sebab apa Dr Burhanuddin Al Helmy di tanah di bawah AKDN?
Beliau telah menentang keras pembentukan Malaysia,  1963

Apa untungnya Kerajaan Perikatan nak menubuhkan "Malaysia" juga?
Bukankah Malaya sudah "Merdeka"?

Mengapa mesti dihumban Dr Burhanuddin Al-Helmy hanya kerana menentang pembentukan Malaysia?
Kepentingan siapa yang hendak dijaga?

Kalau Sarawak tidak masuk dalam Malaysia, belum tentu Shell masih boleh menggali minyak di Miri.
Inggeris mahu bekas jajahannya duduk dalam satu negara supaya mereka masih lagi memperolehi bahan mentah yang diperlukan.

Dr Burhanuddin Al-Helmy dihumban ke AKDN, demi Inggeris.

Setelah dia keluar daripada Tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri, dia meninggal dunia akibat sakit yang diterima ketika dalam tahanan.

Apa akan terjadi pada penentang  "1Malaysia" yang memperkukuhkan nasionalisme "Malaysia" yang dibentuk HANYA daripada tanah jajahan Inggeris?

Ceramah YB Khalid Samad & Aminuddin Jalil di As Solihin Merlimau 24 April 2009

Ceramah isu semasa akan diadakan pada 24 april 2009, Jam 9 malam bertempat di As Solihin Merlimau Melaka.


Penceramah: YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam



dan Saudara Aminuddin Jalil, Ketua Pemuda PAS Kawasan Jasin.



Anda di Jemput hadir.

Lihat peta artistik ke As Solihin jika anda datang melalui lebuh Raya Utara Selatan atau Lebuh AMJ.

Khamis, 16 April 2009

PAS perlu Tolak Demokrasi Inggeris

Memang sudahku jangka, pasti ramai orang PAS yang menolak "Kerajaan Perpaduan" bunyinya menyerupai "masuk BN".

Namun, adakah orang PAS yang menolak kerajaan Perpaduan itu sayang pada British umpama Hisyamuddin? Sehingga merelakan Sistem Demokrasi British kekal sehingga hari ini?

Saya pasti tidak.

Kalau nak ubah sistem demokrasi, bagi saya tidak boleh guna perkataan "Kerajaan Perpaduan".

Akan tetapi, ianya hendaklah dilakukan atas semangat anti Penjajah.

Saya pasti ramai orang PAS anti penjajah.

Jadi sebarang usul untuk mengubah demokrasi mestilah mebut nama penjajah yang kita benci itu, supaya kebencian itu akan merubah demokrasi.

Usul PAS cawangan Sempang yang yang akan saya sampaikan (Kalau kawan-kawan saya bersetuju) ialah.


Mengusulkan kepada PAS Pusat supaya menolak sistem demokrasi Penjajah British kepada sistem demokrasi sendiri yang mungkin berasaskan "Perwakilan Nisbah" (Propotional Represtation) seperti yang dilakukan di Negara Jerman dan Sweden.

Jadi, kepada orang PAS, lupakan dulu "Kerajaan Perpaduan" dan fokus menolak Demokrasi British.

Rabu, 15 April 2009

Adakah Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk membubarkan sebuah Kementerian?

Najib Razak, selaku Perdana Menteri, telah membubarkan Kementerian Usahawan dan Koperasi dengan hanya tidak mengumumkan ketiadaan Menteri itu ketika melantik Menteri-menteri Kabinetnya.

Adakah sememangnya seorang perdana Menteri mempunyai kuasa untuk membubarkan sesebuah kementerian tanpa perlu mendapat persetujuan Kabinet?

Adakah sememangnya Perdana Menteri mempunyai kuasa sebegitu?
Alamatnya Malaysia dalam bahaya, kerana hanya dengan persetujuan seorang sahaja, mana-mana kementerian boleh dibubarkan.

Naik sahaja seseorang menjadi Perdana Menteri, dia berkuasa untuk membubarkan semua Kementerian.

Adakah itu Malaysia yang kita mahu?

Ketika Kabinet dibentuk, sudah pasti tiada mesyuarat kabinet yang diadakan kerana mereka sedang dilantik.

Bagi saya adalah tidak wajar membubarkan sesuatu Kementerian tanpa sebarang mesyuarat.
Takkanlah tiada ada seorang pun Ahli Kabinet yang tidak bersetuju tentang pembubaran itu.

Begitulah nasib Malaysia apabila Perdana Menteri terlalu berkuasa. Persoalan yang timbul adalah, adakah dia mempunyai kuasa sebegitu? Undang-undang mana yang mengatakan seorang Perdana Menteri memang mempunyai kuasa untuk membubarkan Kementerian tanpa perlu persetujuan sesiapa?

Peta ke As Solihin Merlimau

Selasa, 14 April 2009

இனிய தமிழ் புத்தாண்டு நல்வாழ்த்துக்கள்

இனிய தமிழ் புத்தாண்டு நல்வாழ்த்துக்கள்

Selamat Tahun baru விரோதி  (Virodhi)  diucapkan kepada semua.

Satu lagi bentuk kalendar perlu di kaji.

Bodohnya aku, sudah bertahun hidup, hari ini baru tahu wujudnya kalendar tamil.

Kalendar Tamil adalah berasaskan matahari, jadi penentuan tahun barunya tiada kena mengena dengan fasa bulan.

21 mac adaah tahun baru "Astronomi" , tetapi Tahun baru tamil akan jatuh pada antara 13 atau 14 april setiap tahun.


Satu keunikan kalendar tamil ialah dia tidak menggunakan nombor, tetapi menggunakan perkataan bagi nama tahun.
Ianya berkitar setiap 60 tahun.

Agensi di bawah MeCD akan jadi seperti Facebook?

Ramai yang mempersoalkan ke mana perginya agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, adakah ia akan dikorbankan?

Itu kerisauan yang timbul.

Saya tidak risau langsung tentang itu, saya yakin ia akan terus wujud tetapi duduk di bawah kementerian lain.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa MARA dan Tekun akan diletakkan "Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah" atau nama lain "Kementerian UMNO". Kementerian yang buat kerja untuk UMNO.

Kalau dulu, menurut Pakdi, terdapat juga usahawan yang bukan UMNO mendapat manfaatnya, kelak tidak pasti apa akan jadi.

Bayangkanlah, untuk menerima pinjaman Tekun, diadakan majlis khas UMNO seolah-olah peminjam itu mendapat duit percuma.

Petikan daripada blog YB Ghazale, ADUN Serkam:

"Ini memandangkan bidang perniagaan merupakan bidang yang boleh diceburi oleh sesiapa saja,” katanya berucap di Majlis Penyampaian Cek Tekun kepada 13 penerima di Kompleks Japerun Serkam, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang; Yang Dipertua Pertubuhan Peniaga Kecil Melaka Cawangan Merlimau, Ahmad Sujad; Ketua Wanita UMNO Cawangan Sempang Pekan, Sarini Arshad dan Penyelaras Wanita UMNO DUN Serkam, Khadijah Bahri.

Tapi kini MARA pula di bawah "Kementerian UMNO" .

Maka boleh lah dijangkakan bahawa agensi yang dahulunya di bawah MeCD akan menjadi seperti alatan Facebook, dimana Facebook mensyaratkan "Keahlian".

Rakyat akan meluat melihat tindak tanduk sebegitu, namun ada juga yang akan akur dengan syarat keahlian sebegitu Sedangkan golongan terpelajar pun akur pada syarat keahlian yang diberikan oleh Facebook, inikan pula peniaga kecil.

Ada juga cadangan daripada dalaman UMNO sendiri supaya membubarkan "Jabatan UMNO".
Baca sini => BUBAR SAJA JASA DAN KEMAS

Penentuan Hari Easter Mengikut Kalendar Hijrah dan Tahun Kewangan PETRONAS

Damian menyiarkan ucapan Lim Guan Eng sempena hari easter.

Bagaimana menentukan hari easter?

Hari easter ditentukan menggunakan kalendar masehi dan juga bergantung kepada bulan.
Ianya tidak tetap pada kalendar masehi sahaja seperti Krismas yang hanya tetap pada 25 Disember.

Ianya lebih kurang dengan Tahun baru cina, dimana ia ditentukan juga oleh bulan selain daripada matahari.


Jadi bila hari Easter?

Mengikut formula yang saya baru reka, hari Easter jatuh pada:

Hari ahad pertama, selepas 14 haribulan satu bulan Hijrah, selepas 10 hari sebelum bermulanya Tahun Kewangan PETRONAS.

Isnin, 13 April 2009

Dapat Surat dari KPDN: Isu Persetujuan Harga Kedai Makan

Hari ini saya dapat surat daripada KPDN, Ianya tiada kaitan dengan perletakan jawatan Shahrir Samad atau perlantikan Menteri KPDN yang baru.




Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda, pernahkah membaca catatan ini?


Wujudkah persetujuan jual beli di kedai makan orang Islam?


Sekiranya belum, anda perlu membacanya sebelum terus membaca catatan ini.


Pada lebih kurang seminggu yang lalu, saya telah makan di satu kedai makan di Merlimau.
Tidak perlulah saya perincikan secara spesifik tentang kedai itu.

Sudah menjadi kebiasaan, saya akan meminta menu, kerana di menulah letakkanya penawaran tentang apa yang dijual berserta dengan harga yang mereka tawarkan.

Nasi X RM 2.00
Nasi Y RM 3.00

Air X RM 1.00
Air Y RM 1.40

Disebabkan kedai makan banyak yang tiada tanda harga, maka menu lah tempat di mana pelanggan melihat harga yang ditawarkan oleh peniaga.

Tanda harga di dinding mungkin tidak kelihatan di sesetengah lokasi meja dan sukar diubah sekiranya berlaku perubahan harga.

Namun satu perkara berlaku, Ketika selesai makan, apabila pekedai mengira jumlah keseluruhan, ianya cukup berbeza dengan harga yang dipaparkan pada menu. Dalam erti kata lain, ia lebih mahal daripada yang ditawarkan di menu.

Soal mahal atau murah itu perkara kedua.
Saya tidak kisah kalau membeli Nasi goreng pada harga RM 20, kalau saya bersetuju dengan harga itu ketika memesan makanan.

Maka saya bertanya kepada juruwang kedai itu tentang harga yang berbeza. Namun jawapan yang diberikan ialah "Itu Menu lama" dan tidak memulangkan baki berbezaan harga yang dikira dengan harga berdasarkan menu. Pada masa yang sama juruwang itu dalam keadaan sedar bahawa pelanggan telah merujuk pada harga pada menu.

Maka setelah berfikir beberapa hari, maka saya memutuskan untuk membuat laporan kepada KPDN,

Maka, langkah merujuk harga pada menu, tidak mampu untuk membuatkan sesuatu urusniaga itu sah. Pelanggan perlukan langkah tambahan untuk bertanya pada pelayan "Adakah harga itu yang digunakan"?

Sesuatu yang tidak masuk akal sekiranya kita membeli barang di kedai runcit atau pasaraya untuk bertanya "Adakah harga pada tanda harga ini digunakan untuk urusniaga?"

Ada sesiapa sini yang pernah tanya pelayan restoran, setiap kali menu diberikan anda bertanya "Adakah harga ini digunakan"?.

Bayangkan kalau harga di menu menunjukkan harga RM 2.00 bagi nasi lemak, tetapi setelah 'dikira' harga nasi lemak itu ialah...

Maka langkah yang dilakukan oleh saya untuk membuat laporan ke KPDN adalah bukan "dengki", tetapi satu langkah untuk mengubah budaya keseluruhan sektor "Kedai makan Melayu Islam" , supaya pelanggan diberi peluang untuk "bersetuju dengan harga" sebelum membuat pesanan.

Jumaat, 10 April 2009

Benarkah Sirul dan Azilah digantung?

Benarkah Sirul dan Azilah digantung?

atau disembunyikan oleh Paduka Bendahara?

Khamis, 9 April 2009

Kabinat Najib = Pesta Kurniaan Jawatan TImbalan Menteri

Kecil Sangatkah Kabinet Najib?


"Komunikasi" dipindahkan daripada "Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi" ke "Kementerian penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan".

Menteri "Tenaga Air dan Komunikasi" dapat tambahan "teknologi hijau" menjadi "Menteri tenaga, teknologi hijau dan air". Akan tetapi pada masa yang sama ada "Alam Sekitar" pada "Menteri sumber asli dan alam sekitar".

Pada masa yang sama pula ada  "Menteri sains, teknologi dan inovasi".


Menteri mana yang benar-benar nak bangunkan teknologi hijau?


Seperti yang dulu, masih Kementerian Pelajaran masih terpisah Kementerian Pengajian Tinggi.
Angkasanuri pasti masih pening berurusan dua kementerian berbeza.
Jauh lagi untuk realisasikan "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan".

Pemisahan "Sains Teknologi dan Inovasi" dengan Pendidikan boleh diibaratkan satu niat jahat untuk memisahkan kegiatan berinovasi dikalangan pelajar.


Kementerian Pertanian dan Industri asas tani masih terpisah dengan Kementerian perusahaan, perladangan dan komoditi.

Kalau tanam pokok, pastikan kawasan tanaman anda tidak terlalu besar sehingga menjadi "ladang" kerana akan bertukar menteri.

Kalau tidak salah saya dulu, satu menteri biasanya ada satu timbalan, kali ini bilangan timbalan menteri diperbanyakkan, supaya mencukupkan kuota parti-parti tertentu.

Seperti dahulu juga, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengangkutan, kementerian perumahan dan kerajaan tempatan sudah jadi hak milik mutlak MCA.


 Jadi, berbanding Kabinet PakLah yang menjadi pesta kurniaan jawatan Menteri, kini Kabinet Najib adalah Pesta Kurniaan Timbalan Menteri.

Toyota Avanza, Nissan Grand Livina, Proton Exora

Untuk 'relax' Di Kedahlanie, tersiar gambar untuk membanding saiz kereta Toyota Avanza, Nissan Grand Livina dan Proton Exora.



Now You Can Compare EXORA between LIVINA & AVANZA

~ KLIK THIS PICTURE ~

Anda boleh klik gambar diatas untuk membandingkannya.

Namun agak sukar untuk membanding panjang kenderaan jika disusun sebegitu.
Siapa peduli sangat tinggi bumbung kenderaan tersebut?

Oleh itu, untuk membanding panjang 3 kenderaan itu, Sila klik pada gambar di bawah.


Diambil dari gambar asal yang tersiar di Kedahlanie, tetapi anda boleh bandingkan panjang kenderaan itu.

Nizar Hanya Menang 2789 majoriti

Kalau dulu PAS menang di Kuala Terengganu dengan majoriti 3 ribu, memang menang, tetapi undi Cina merosot.
Apapun tetap telah menang. Tetapi tidak boleh mendabik dada di atas kemenangan itu.

Kali ini di Bukit Gantang, menang majoriti 2789, memang meningkat berbanding dulu. Tetapi saya secara peribadi memang mengharapkan majariti lebih kurang 6000-7000.

Namun undi Melayu merosot daripada 47% kepada 43%. sesuatu yang agak membimbangkan.

Jadi Dr Dzul terpaksalah memikirkan bagaimana meningkatkan undi Melayu.
Siapa orang PAS yang pakar meningkatkan Undi Melayu?

Kalau di Melaka, DUN yang paling meningkat sekali 'undi Melayu' ialah DUN Serkam.

Pakar peningkatan Undi Melayu PAS ialah Fauzi Maelah?

Selasa, 7 April 2009

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang P059

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) :21,860
Ismail Safian (BN) : 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Bebas) :62 (Hilang deposit)
Undi rosak: 456

Majoriti:2,789


Jumlah undian: 41,449

Jumlah Pengundi: 55,562

Peratus Keluar Mengundi :  74.5995464526114970 %








------

Sebagai perbandingan PRU12



Jumlah Pengundi: 55,471
Peratusan Kaum: M: 63.48% C: 26.77% I: 9.71% L: 0.04%
1. Roslan Shaharum (Pas) (20,015)
2. M. Murganan (Bebas) (872)
3. Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi (BN) (18,449)
Majoriti: 1,566
Jumlah undi: 40,187
Peratus mengundi: 72.45%
Undi rosak: 851

------












Tak rasmi setakat ini. (9pm)



PAS - 20929
BN - 17646
Bebas - 60
Rosak - 345
Majoriti - 3283
Jumlah Saluran Menang - 57
Jumlah UPU Menang - 16






--
Rasmi setakat ini...
PAS - 18,881
BN - 15,859


Majoriti - 3,022

Cerita F1 sikit

Tahun ini F1 agak pelik bagi saya kerana hanya tengok pusingan kelayakan tetapi tidak tengok pusingan akhir.


Saya sudah meramalkan hari akan hujan pada hari perlumbaan, berdasarkan hujan lebat pada pusingan kelayakan.
Umar pula tidak mahu pergi kerana sudah pergi.


Seronok juga berbual-bual dengan golongan muda yang berniaga di parkir C2.

Tercari-cari juga kalau-kalau ada dijual cenderamata  Brawn GP, namun tidak kelihatan.

Hujan lebat pada hari perlumbaan agak menarik, FIA sudah boleh mengkaji, supaya pemandu F1 berlumba sampan sekiranya perlumbaan dihentikan akibat dari hujan lebat.

Isnin, 6 April 2009

Apa kata kalau.....

Apa kata kalau saya tutup Beras Padu pada 7 April 2008, Tatkala Pilihanraya Kecil 3 tempat?

Hasrat Kongres Orang Asli SeMalaysia yang PERTAMA telah punah.

Saya baru jumpa, surat yang didedahkan oleh pihak tertentu kononnya terdapat salah guna kuasa sebanyak RM 30,000 oleh kerajaan PR Perak.

Maka saya terjumpa satu penjelasan oleh 'Jason Ling' berkenaan isu itu.

Ngeh bukan sorok-sorok tentang RM 30k itu, dia sendiri sudah maklumkan kepada masyarakat orang asli pada pertemuan 31 Januari bersama orang asli.


Kongres yang akan diadakan adalan  Kongres Orang Asli satu Malaysia, bukan kongres orang asli Perak sahaja.

Maksudnya ada yang datang daripada negeri lain. Sepatutnya itu peruntukan itu datang daripada kerajaan persekutuan,bukannya kerajaan negeri Perak.


Maka, saya terjemahkan sebahagian daripada penjelasan Jason ling :
Kerana kalau dibiarkan dalam Bahasa Inggeris, ianya tidak tersebar meluas.


---mula----

Tang mana Menteri Besar Ir Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan Dato 'Ngeh Korup?

Saya terpaksa untuk menjawap tuduhan oleh Taha Hamzah pada salah satu ceramah di Bkt Gantang. Tuduhan yang juga diterbitkan dalam 'Merdeka Review' kemarin.

Hamzah Taha menuduh bahawa MB Dato Seri Nizar yang merupakan calon untuk oleh-pemilihan di Bkt Gantang telah mengarahkan pejabat kewangan Negeri untuk menyalurkan RM30,000 kepada Ling Lik Hock, Pegawai Khas untuk Dato 'Ngeh untuk Kongres Orang Asli Nasional.

Untuk kepentingan masyarakat, dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa pada 27 Disember 2008,
Y.A.B. MB negeri sepakat bahawa kerajaan akan membiayai kongres setelah Orang Asli memohon melalui Dato 'Ngeh, Senior Eksekutif komite dari Perak Pemerintah.

Pada 7 Januari 2009, pertemuan pertama di Kuala Lumpur, di mana pemimpin yang mewakili NGO dan masyarakat Orang Asli dari Kuala Lumpur, Pahang, dan Ipoh Bidor untuk bertemu sebagai persediaan kongres yang akan diadakan pada 1 Mac, 2009.

Oleh kerana anggota komite terdiri dari pelbagai kelompok masyarakat berasingan dan belum ada akaun bank sesuai dan keperluan kerajaan negeri peruntukan harus diberikan kepada 'Kakitangan Kerajaan'. Oleh itu Dato Ngeh memohon pada Pejabat MB pada 9 Jan 2009 untuk terus ke dibuat kepada Pegawai Khas, Ling Lik Hock.

Sementara itu, untuk meneruskan kerja, Ling Lik Hock secara peribadi mendahulukan wang perjalanan dituntut yang oleh pemimpin Orang Asli di Pahang pada 7 Jan, 2009. RM10, 000 lagi kepada pengerusi, Mr Bah Tony W. Hunt diagihkan ke pelbagai kelompok untuk biaya deposit pengangkutan (bas dan van) pada 20 Jan 2009.

Pada 6 Feb 2009 Barisan Nasional telah merampas kuasa Negeri Perak secara tidak sah dari Pakatan Rakyat. Peruntukan yang telah disetujui telah dihentikan. Jumlah wang yang tidak pernah dikeluarkan. Dengan itu, Hasrat pertama kali bagi Orang Asli orang dari seluruh Malaysia untuk bertemu dan bertukar pendapat sesama Orang Asli berkecai.


Persoalan yang timbul adalah, mengapa kerajaan BN begitu kejam menentang perjumpaan bagi kaum-kaum terpinggir sejak bertahun-tahun? Kami telah menghabiskan tenaga dan masa atas persiapan yang sia-sia.
Sebelum perjumpaan yang dinyatakan, terdapat juga 3 perjumpaan sebagai perbincangan. Sila lihat pada tarikh-tarikh, betapa efisyennya kerajaan PR ahli jawatan kuasa bekerja.

Yang lebih memburukkan lagi, BN yang ketandusan Idea menuduh pemimpin PR terutama YAB Dato 'Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin dan Dato 'Ngeh korupsi.

Saya ingin bertanya kepada Hamzah Taha supaya menyemak tatacara kerajaan negeri membayar wang sebelum dia menuduh pemimpin yang bersih, takutkan tuhan terutama sekali YAB Dato Seri Nizar,YB Dato’ Ngeh, dan yang lain sebagai korup.

Adakah PR terlalu bersih sehingga seseorang tidak boleh mencampuradukkan seperti air dan minyak dan perlu keluar PR uintuk menyertai parti politik lain?
--tamat--

Maka hancurlah hasrat orang asli untuk berkongres seMalaysia buat pertamakalinya dalam sejarah.

Kalau di lihat pada blog Al-Huseyn sahaja, sudah cukup banyak kali orang Asli bertemu Nizar.

Harapan orang Asli pada nizar cukup tinggi. Lihat saja catatan di Al Hussyen, bagaimana mereka datang dari jauh "Nak jumpa dengan Menteri Besar".









Saya sempat bertanya kepada salah seorang daripada mereka, namanya Alang Apok, Tok Batin dari Sungai Sainju Simpang Pulai, Kampung Kepayang.

"Apa hal tujuan datang kemari?" tanya saya kepadanya.

"Nak jumpa dengan Menteri Besar," jawabnya dengan wajah yang nampak jelas ceria.

"Kenapa?" Saya bertanya lagi dengan penuh minat.

"Ada janji nak jumpa dengan dia," jawabnya sambil senyum tanda gembira.

Tentulah gembira kerana ada janji nak bertemu dengan MB Perak.Tapi ramai-ramai ni apa halnya? Persoalan tersebut masih belum mendapat jawapan dari Tok Batin ini.Lalu saya ajukan lagi pertanyaan kepadanya :

"Ada masalah apa?"

"Banyak masalah, perumahan , jalan raya , api.... macam-macam..."
Seterusnya, ada perjumpaan pada bulan Mei , dan mereka sangat gembira.




Mereka sangat gembira kerana dapat bersemuka dengan seorang Menteri Besar yang selama ini tidak pernah mereka mimpikan.Cik Tijah kelihatan berdiri disebelah kanan.


Tidak hairan kalau Nizar dapat 100% undi orang asli di BUkit Gantang.

Ahad, 5 April 2009

Gambar Kereta Polis Terbalik di Bukit Gantang... bersama Nizar












.1ɐʇıdsoɥ ǝʞ ʇnqǝsɹǝʇ ɐsbuɐɯ ɹɐʇuɐɥbuǝɯ ɐʎɐdns sı1od uɐbuo1oʇɹǝd ɐʇuıɯǝɯ uɐp sɐʇuı1n1ɐ1 1ɐʍɐbuǝɯ ʞnʇun sı1od ʞɐɥıd ɐɯɐsɐظɹǝʞ uoɥoɯǝɯ uɐp sı1od ɐʇǝɹǝʞ ɥɐnqǝs uɐɥɐuǝɯ ɥɐ1ǝʇ ɹɐzıu ظɥ .uɐbuo1oʇɹǝd ıɹǝqɯǝɯ ʞnʇun ɹɐn1ǝʞ nɹn1ǝɯ snɹǝʇ uɐp ɐʇǝɹǝʞ uɐʞıʇuǝɥbuǝɯ ɐʎunpuɐɯǝd ɐʇuıɯǝɯ ɹɐzıu ظɥ .uo1ɐɔ ɐʇǝɹǝʞ uɐdɐpɐɥıp nʞɐ1ɹǝq nʇı uɐıpɐظǝʞ .uɐbuo1oʇɹǝd ıɹǝqɯǝɯ ɐduɐʇ ıɹıp uɐʞıɹɐ1ǝɯ snɹǝʇ buɐʎ ɐʇǝɹǝʞ ɥɐnqǝs ɥǝ1o ɹɐbbuɐ1ıp 1ɐʞısoʇoɯ ɥɐnqǝs
.buɐʇuɐb ʇıʞnq ıp ɥɐɯɐɹǝɔ ʇɐdɯǝʇ ɐdɐɹǝqǝq ǝʞ nظnuǝɯ uo1ɐɔ uɐbuoqɯoɹ ɐʞıʇǝʞ buıdıɐʇ 'buɐdɯıs ıp ɐʇǝɹǝʞ ɥɐnqǝs uɐbuǝp 1ɐʞısoʇoɯ buɐbbunuǝd uɐʞʇıqɐqɯǝɯ buɐʎ 1ıɔǝʞ uɐbuɐ1ɐɯǝʞ nʇɐs nʞɐ1ɹǝq

Gosip G20: Isteri Siapa paling Bergaya?

Prof Hamirdin menulis tentang, salah satu sebab Anwar tidak menjadi PM ketika dia masih UMNO, ialah kerana isterinya bertudung. Tidak pakai rambut palsu.

Zaman itu, belum ada fesyen tudung Ekin, tudung shawl , tudung dubai dan sebagainya






Kita singgah sebentar melihat para Isteri pemimpin G20. Siapa yang paling bergaya?


G20 spuses at the Royal Opera House


Dalam ramai-ramai wanita pertama bagi negara masing-masing. Puan Emine Erdoganlah satu-satunya wanita pertama, yang bertudung. Suatu ketika dulu, negaranya dilarang bagi wanita islam melakai tudung.





Ada sesiapa nak berniaga "Tudung Erdogan" selepas ini?

Dana Wakaf Surau SMK Rosly Dhoby

Ustaz Rosly Dhoby, di catatan blognya memohon pengunjung untuk menyumpang Dana pembinaan penambahbesaran surau di SMK Rosly Dhoby ....



Diharapkan lebih ramai yang berminat untuk menyumbang kepada dana surau SMK Rosli Dhoby yang dibina secara konsep ta'awun dan gotong-royong tanpa mengharap bantuan kerajaan maupun orang politik...

Sehingga kini usaha pembinaan pembinaan telah dimulakan.

Kepada pengunjung blog ini yang mungkin mahu menanam sumbangan khairat dan mempermudahkan lagi proses pembinaan ini bolehlan menghulurkan sumbangan melalui akaun berikut



NAMA AKAUN : BADAN AGAMA ISLAM (BADAI).
NAMA BANK : CIMB ISLAMIK BANK.
NO AKAUN : 1107-0000476-20-4.

Jumaat, 3 April 2009

Persidangan G20 ada babak Cemas

1.1 trilion USD dikatakan ada diperuntukkan untuk 'membantu' negara miskin.

'Membantu' apanya kalau ianya dalam bentuk pinjaman.

Selepas diperbincangkan dengan 1.1 trilion, dibincangkan pula 400 tan emas milik IMF untuk dijual.

Saya agak cemas juga, apabila dikatakan 403 tan emas IMF, tentu harga emas akan jatuh akibat daripada lambakan emas di pasaran. Adakah emas akan jatuh terduduk, sepeti ditekan teruk ketika 90an?

Namun terdapat artikel di marketwatch.com yang disiarkan di gata.org, bahawa emas itu tidak akan dijual kepada umum.

A reporter actually gets it: IMF gold will never hit market

.

Presiden Indonesia, yang di harapkan supaya pro kepada emas, balik awal pula disebabkan Pemilu 09.

Kejayaan Susilo yang terbesar ketika G20 adalan berjaya mengajak Obama ke Indonesia.

Agak hairan juga bagaimana orang Malaysia yang biasanya ego, sering merendahkan rakyat Indonesia dengan panggilan 'Indon', rupanya Malaysia tidak G20 pun.

di Sidang G20,
Amerika seperti kembar Britain.
Peranchis seperti kembar Jerman
China seperti kembar Rusia.

Rusia dan China diharapkan supaya lebih garang, menolak USD, namun suara mereka ketinggalan.

Presiden Rusia Dmitry Medvedev, mengotakan janjinya untuk terus mencadangkan satu matawang global menggantikan USD sambil diikat sedikit kepada emas.


Rusia juga  tidak mahu menyumbang ke arah sasaran 1.1 trilion, atas alasan telah menyumbang kepada negara jirannya.

Saya agak mushkil, IMF mahukan 1.1 trilion daripada negara G20, tetapi dalam bentuk apa?

Agak memelikkan lagi ialah, mereka mengurangkan emas, tetapi mahu meminjamkan kepada negara miskin.

Negara miskin meminjam apa? kertas yang disandarkan pada apa? Pada emas yang berkurangan?

Khamis, 2 April 2009

Persidangan G20 Membosankan

Tiada apa yang terlalu baru diperbincangkan di persidangan G20 di kota London.

Obama dan Brown  dengan pakej rangsangannya.
Peranchis dan Jerman mahu perketatkan peraturan.

Persoalan matawang seolah-olah diketepikan daripada persiangan G20.

Che Det pula ada seminar berasingan di London untuk menhentam matawang.

Pendemontrasi dari perlbagai jenis demonstrasi melakukan demonstrasi.
1 orang sudah terkorban.


Ada yang Anarki
Ada yang pro alam sekitar
Ada yang anti perang
Ada yang bawa bendera Palestin.

Ada Bank kena pecah.

Tengok gambar di sini


Mana polis British?
Polis British di Malaysia sudah jumpa jalan pulang balik ke London?




Gambar Unit Simpanan British sedang mencari Jalan Pulang ke London.




"Boss, macam mana kita nak balik London"
"Anarki , Sosialis sudah merusuh, pecahkan Bank"

"Kita nak balik lalu mana bos?"
"Jalan Laut belum jumpa lagi kah?"

"Tumpang Hamilton tak bolehkah boss?

Tarian Kebudayaan Orang Cina menurut persepsi Zahid..

menurut Zahid Hamidi

"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian panas begini. Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina."





oooo Begitukah rupanya tariah yang menjadi kebudayaan kaum Cina?

Rabu, 1 April 2009

Ali Rustam Masih Mampu Menjadi Penentang British dan Belanda No 1.

Hanya Ali Rustam sahaja yang sibuk dengan Jambatan Melaka Dumai.

Hanya Ali Rustam sahaja yang sibuk dengan DMDI (Dunia Melayu Dunia Islam).

Walaupun Ali Rustam itu partinya berlainan dengan saya, namun saya menyokong pembinaan Jambatan Melaka ke Dumai, dan menyokong DMDI.

Sekiranya Ali Rustam tidak berkuasa lagi dalam Melaka, maka mungkin idea Jambatan ke Dumai akan tenggelam.

Maka, Ali Rustam masih diperlukan untuk meneruskan cita-cita membina Jambatan ke Dumai, walaupun di luar UMNO, walaupun tidak di tampuk kuasa.

Saya menyokong jambatan ke Dumai, adalah kerana ia menjadi satu asas kukuh menentang perjanjian Inggeris Belanda 1824.

Jambatan ke Dumai, seolah-olah membatalkan perjanjian Inggeris Belanda itu.
Walaupun 2 hujung jambatan itu dijajah oleh penjajah yang berasingan, tidak semestinya ia tidak mampu disambung oleh kita.

Oleh itu Ali Rustam perlu selesaikan dahulu masalah rasuah, dengan meminta dirinya disiasat,dibicara dan dihukum, dipenjara.

Selepas menjalani hukuman, Ali Rustam boleh bebas berjuang menyambung apa yang telah diputusbelahkan oleh Belanda dan British, tanpa perlu rebut jawatan.

Cepat dibicara, cepat keluar penjara.

Emperialisme dan Empayar - Hishamudin Rais

Di bawah ini saya siarkan satu artikel oleh Hishamudin Rais, seorang pejuang anti kapitalisme.

Di artikel itu dia menceritakan bagaimana penjajahan itu dikaitkan denganm kapitalisme.

Saya siarkannya di sini bukan bererti saya menyokong sosialisme secara bulat, tetapi saya menolak kolonialisme secara bulat.



Emperialisme dan Empayar - Hishamudin Rais

Duit ringgit , modal dan harta kekayaan tidak berbangsa dan tidak beragama. Duit ringgit tidak mengenal sempadan. Keuntungan maksima tidak bersunat dan tidak pernah mandi berhadas. Kapitalisma tidak memiliki semangat nasionalisma, tidak berbahasa dan tidak pernah ada semangat patriotisma.

Modal yang mencari untung tidak memiliki cinta, kaseh dan sayang. Modal tidak mengenal manusia atau binatang. Apa dapat di jual – akan di jual. Apa dapat dibeli – akan dibeli. Beli murah dan jual mahal. Untung memastikan keuntungan maksima.

Apa yang saya tulis diatas adalah sifat-sifat dan ciri-ciri asli modal. Modal memiliki watak ganas untuk bertarong, menundukkan dan memakan modal-modal yang lemah. Modal besar akan memakan modal yang kecil untuk menjadi modal yang lebih besar. Modal yang lebih besar akan memakan modal besar untuk menjadi modal yang paling besar.

Jika modal duduk tidak bergerak modal ini akan mengempis. Kalau saya ada 10,000 ringgit dan saya simpan duit ini dalam bilik mandi – nilai 10,000 ini dari hari ke hari akan berkurangan. Ini hukum modal. Modal yang tidak bergerak adalah modal mati. Tidak ada sesiapa yang dapat melanggar hukum ini. Ini hukum kapitalisma. Dalam sistem kapitalisma – wang ringgit wajib begerak untuk terus membesar. Pembesaran modal hanya melalui jual beli yang akan menjamin keuntungan.

Sistem ekonomi kapitalisma muncul dari kehancurana sistem ekonomi feudalisma. Dalam hukum kapitalisma modal wajib membesar dan berkembang, akhirnya melahirkan era kolonialisma – penjajahan.

Lupakan cerita-cerita karut yang diajar di Sekolah Menengah Tingkatan Lima tentang Zaman Penemuan Negara Baru. Kita di beritahu bahawa kuasa Mat Saleh dari negara atas angin meninggalkan negara mereka untuk mengembangkan agama Kristian, mencari padri yang bernama John Poster atau membawa tamadun dan pencerahan ke negara yang tidak bertamadun – ini adalah cerita cerita karut.

Pada tahun 1786 bukan Francis Light yang berjumpa Pulau Pinang tetapi Orang Melayu Kedah yang berjumpa Francis Light. Pada tahun 1819 bukan Raffles yang menemui Singapura tetapi Orang Melayu Johor bertemu Raffles. Orang Putih menemui Singapura dan Pulau Pinang adalah cerita karut marut yang telah dijual bagitu lama sekali. Tidak ada sesiapa menemui kita. Kita telah wujud.

Tujuan Portugis , Sepanyol, Belanda dan British meninggalkan tanah air mereka dan belayar ialah untuk mencari bahan-bahan perniagaan baru untuk diperdagangkan. Berdagang ertinya datang untuk mencari untung. Kuasa kolonial ini ingin mencari dua pekara : Bahan mentah untuk dibawa ke Eropah dan pasaran untuk menjualkan barang yang mereka buat di negara mereka.

Di Eropah di awal kurun ke 13 – pasaran telah tepu. Sistem ekonomi feudal tidak dapat lagi menanggung perkembangan tamadun bangsa. Kemiskinan di sana sini. Naratif Charles Dickens dalam Oliver Twist (1838) menggambar keadaan ketika itu dengan tepat sekali. A Tales of Two City (1859) berlatarkan revolusi rakyat Peranchis memperlihatkan penentangan kaum tani terhadap kaum feudal. Sistem ekonomi feudal sedang diasak oleh sistem ekonomi kapitalis.

Zaman awal penjajahan ialah zaman pemulaan kapitalisma saudagar – mercantile capitalism. Jangan lupa East India Company dan Dutch East India Company – nama mereka sahaja telah tertonggeng bogel menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah saudagar yang datang berdagang untuk mencari harta kekayaan. Raja/Permaisuri England dan Belanda disalut kemudian untuk mencantik dan mengindahkan kerja jahat kaum saudagar ini. Malah ramai diantara saudagar Mat Saleh ini adalah lanun laut yang di beri penghormatan oleh kaum feudal.

Agama didatangkan kemudian dengan tujuan untuk menipu dan memastikan anak-anak tanah jajahan terus diperbodohkan dan ditakut-takutkan dengan api neraka. Cerita api neraka ini masih lagi satu ‘trick’ baru yang masih boleh digunakan di tanah jajahan. Hasil dari persekongkolan – kaum pemodal, kaum feudal dan kaum agamawan - tanah tanah dan harta kekayaan rakyat di Asia, Afrika dan Amerika Latin dapat di rampas. Untuk gantinya rakyat di negara-negara ini diberikan Kitab Injil. Inilah hakikat era zaman kolonialisma.

Kemasukan kuasa kolonial ini bukan tidak ada penentangan. Di Melaka kuasa kolonial Portugis telah di lawan. Apabila kuasa kolonial Belanda sampai mereka juga ditentang dan di lawan. Justeru kuasa kolonial melihat bahawa untuk memastikan perniagaan mereka selamat mereka perlu memiliki bala tentera. Justeru kota-kota perlabuhan yang didirikan di tepi persisiran laut wajib dikawal rapi. Ini berlaku di Batavia, Melaka, Pulau Pinang, Singapura, Manila – di Afrika dan Amerika Latin ciri-ciri yang sama juga berlaku.

Kini wajah modal para saudagar telah mula berubah. Untuk memperlihatkan mereka berderajat dan ada ‘class’ maka cap mohor King dan Queen diperlukan. Untuk memastikan mereka selamat tentera laut dan darat disediakan. Apabila modal emas dan ringgit terkumpul dan bertambah maka para saudagar ini berupaya untuk mendiri dan memperbesarkan pasokan soldadu. Akhirnya anak-anak tempatan direkrut untuk dijadikan sebahagian dari tentera kolonial.

Tentera Ghurkha, Kyber Rifles, British Indian Army, British Burmese Army adalah diantara nama-nama pasukan tentera dimana anak-anak tempatan berjaya direkrut untuk menjadi alat penjajah. Di Indonesia hingga ke hari ini kita mendengar konsep Anak Emas Belanda – ini adalah rakyat Moluku yang direkrut untuk menjadi budak suruhan Belanda. Malah askar Melayu Diraja yang patriotik menentang Jepun dalam Perang Dunia Kedua dihasilkan oleh British War Office yang meluluskan Akta Malay Regimen pada 23 November 1923.

Dalam masa yang sama – kuasa kolonial juga bergerak mengikut hukum kapitalisma dan modal – mereka bertentangan antara satu puak dengan yang lain. Portugis kuasa kolonial awal telah lemah kerana diserang oleh kuasa modal British, Belanda dan Sepanyol. Kuasa modal kolonial Sepanyol runtuh apabila diserang oleh kuasa modal kolonial Belanda dan British.

Akhirnya yang tinggal hanyalah kuasa modal British dan Belanda. Di kawasan Kepulauan Melayu pertempuran hebat untuk merebut harta kekayaan berlaku diantara dua kaum pemodal ini. Mereka berperang untuk memiliki dan menguasai kota perniagaan di Melaka, Singapura, Pulau Pinang, Bengkulu, Borneo, Belitung dan Batavia. Terbukti bahawa perperangan ini tidak ada sangkut paut dengan agama atau warna kulit. Mereka berkulit puteh dan semua beragama Kristian. Apa yang mereka rebutkan ialah harta kekayaan dan tanah jajahan. Perperangan mereka adalah perperanga kaum pemodal. Ini adalah mengikut hukum kapitalisma.

Akhirnya melalui perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824 dua kuasa kolonial ini bersetuju untuk tidak berperang. Perjanjian 1924 ini memisahkan Bumi Melayu dan Kepulauan Melayu – maka lahirlah apa yang dipanggil Indonesia dan Persekutuan Tanah Melayu.

Belanda menerima hakikat bahawa Singapura adalah hak British dan British memulangkan Bengkulu dan Belitung kepada Belanda. Kuasa penjajahlah yang melahirkan konsep negara bangsa. Pulau pulau di Selatan Singapura menjadi Indonesia.

Melalui Anglo-Siamese Treaty 1909 wilayah Patani, Menara, Singgora, Setul dan Yala menjadi wilayah Raja Siam. Kedah, Kelantan, Perlis dan Terangganu jatuh ketangan British. Perjanjian-perjanjian ini bukan di buat oleh Orang Melayu tetapi oleh kuasa kolonial British. Tujuan perjanjian ini adalah untuk memastikan suasana aman agar saudagar dari East India Company dan Dutch East India Company tidak diganggu gugat.

Kaum saudagar dari negeri atas angin yang awalnya datang dengan kapal layar untuk berniaga dan mencari bahan perniagaan akhirnya menjajah dan mendirikan kekuatan tentera, politik dan ekonomi. Modal dan harta kekayaan yang terkumpul hasil dari sistem ekonomi kapitalis ini akhirnya sampai ke puncak.

Puncak pencapian kapitalisma ialah imperialisma. Kekuatan modal imperialisma ini telah berjaya mendirikan empire. Ini samalah seperti empire yang didirikan oleh Kerajaan Rom - dimana seluruh Eropah, negara Arab dan negara di persisisran Laut Tengah semuanya menjadi tanah jajahan Emperor Rom.

Tanah Melayu juga akhirnya menjadi sebahagian dari Empire British. Tanah tanah jajahan British yang berselerak di Asia dan Afrika telah menyelamat ekonomi British dari berlakunya pemberontakan rakyat. Modal British dapat berkembang meluas mencari untung.

Keuntungan berlipat ganda mencurah-curah masuk ke kota London. London menjadi kota terbesar dan terkaya dalam dunia - lebih besar dan ampuh dari Empire Rom. Tapi pesta ini hanya untuk sementara kerana ada lagi satu hukum alam yang tidak dapat di lawan: Dimana ada penindasan disitu pasti akan muncul penentangan. (TT)

Cecacing Conficker adalah wujud , bukan Jenaka April Fool

Sebelum ini ada kedengaran amaran (info Malaya) tentang cecacing conficker, tetapi ada pula ulasan di blog itu yang mengatakan ianya hanya jenaka april fool.

Setelah menkaji sedikit, ianya benar wujud dan telah menyerang.

Pengguna Windows, pandai-pandailah pertahankan sendiri ya.

Google+ Hasbullah Pit