Namewee sekali lagi dikatakan mencetuskan kontroversi, akan tetapi kontroversinya sahaja yang diambil perhatian, mesej yang hendak disampaikan tidak dibicarakan.
Kalau dulu , dia hanya mahu menyampaikan mesej kenapa dia tak dapat belajar di IPTA.
Kini dengan video kontroversi, "Pembelajaran ABC menggunakan saiz tetek, dan perkataan lucah (18sx)", mesej yang hendak disampaikan adalah mudah.
Dia mahu tahu kenapa ketika kecil Belajar dalam Mandarin (orang Cina Muar bukan Mandarin), Sekolah Menengah Bahasa Melayu dan Adiknya pula belajar dalam Bahasa Inggeris di IPTS.
Teringat saya persoalan Jed, kenapa Mandarin yang bukan bahasa ibunda orang cina di Malaysia diajar diperingkat rendah?
Kenapa tiada sekolah rendah Hokkien dan Hakka?
Jika benar Polisi Pendidikan mahukan kanak-kanak mempelajari perkara asas dalam bahasa Ibunda, memang wajar Namewee persoalkan kenapa dia perlu belajar dalam Mandarin.
Di sekolah Menengah dia Belajar dalam Bahasa Melayu.
Di sebabkan tiada peluang belajar dalam Bahasa Melayu diberikan kepada Namewee, dia terpaksa belajar dalam Bahasa lain di Taiwan.
Kenapa perlu ada pembelajaran Bahasa Inggeris di IPTS pula?
Kalau Namewee belajar peringkat rendah dalam bahasa ibunda, kemudian menengah dalam Bahasa Melayu dan mendapat peluang di IPTA dan belajar dalam Bahasa Melayu. Kes selesai.
p/s: PAS bila nak buat Tadika PASTI Hokkien?
lucky aku ada browser yang boleh translate chinese to english...heeee
BalasPadam:)
thanks google....
thanks avant browser :)
saya cina.
BalasPadamrakyat malaysia perlu tumpukan perhatian kepada Bahasa Melayu.
Sekolah Integrasi adalah ide yang baik.
Language defines unity.
Orang2 cina di Indonesia dan thailand pakai bahasa negara masing2, kenapa orang cina malaysia tak boleh?
stop building more chinese schools.
Sdr Hasbullah,
BalasPadam1. Saya tidak berniat untuk mengutuk JY (kawan baik engkau? :-)) terhadap pandangan yang diberikan beliau, tetapi apa yang saya ingin menekankan di sini ialah latar belakang JY perlu diambil-kira. Kadang-kala, budak-budak bukan dari SRJK(C) memang mudah salah faham atau bias atau memberikan fakta yang salah terhadap perkara bahasa/budaya sendiri.
2. Saya ada hujah mengenai bahasa ibunda di http://jedyoong.com?p=1759
Seperti yang saya kata di situ, itu hanyalah pandangan peribadi, terpulanglah kalau kalian setuju atau membantah.... tak kisah!
3. Kalau saudara faham apa itu Bahasa Cina = Han Yu, barangkali, anda tidak akan tanya "Kenapa tiada sekolah rendah Hokkien dan Hakka?"
4. Pada pandangan saya, Namewee tidak menyoal tentang bahasa ibundanya. Apa yang dia tidak puas hati ialah sistem pendidikan itu sendiri.Di Taiwan, dia guna Han Yu juga di universiti.
5. Selain itu, saya juga macam dia. Sekolah rendah = SRJK(C); sekolah menengah = SM (BM); IPTA = BM + BI....Saya anggap ini stau kelebihan....
6. Bagaimanapun, itu pandangan dia, kalau dia rasa susah, dia punya pasal.... siapa kisah?
Terima Kasih,
EK
Nak tunjukkan ketidakpuasan bukan begini caranya, mencarut tak tentu pasal. Ini bukan budaya orang Cina , yg mengamalkan ajaran Confusious, yg mementingkan adat dan tatasusila. Dari Part 1 hingga Part 3 klip videonya, penuh dengan kata-kata lucah! Kalau nak dikira, klip video Negarakuku nya dulu, dah boleh dikenakan tahanan ISA!!! Tak serik-serik si budak Muar ni, memalukan mak bapak dia, memalukan masyarakat Cina di Malaysia je...!!!
BalasPadamwow kutuk saya sampai sini ke EK.
BalasPadamdah kata ni Han Ren, People of the Han Dynasty, dan Han Yu, the Language of the People of the Han Dynasty, ialah konsep nationalistic.
ini sekolah ibunda menimbulkan pelbagai masalah seperti yang dikatakan atau dinyanyi/rap-kan oleh saudara namewee.
macam mana budak sekolah Cina nak fasih dlm bahasa melayu dan inggeris?
tapi ada orang lama yang berpendapat bahawa org Cina kena "mempertahankan" apa2 hak yang masih ada seperti sekolah Cina.
bilalah rakyat Malaysia boleh mengatasi masalah bahasa ini?
JY,
BalasPadam1. :-) Saya dah kata, ini bukan kutuk tapi pandangan peribadi shj.
2. Bukankah saya sedang menggunakan bahasa kebangsaan untuk membuat komen dan membalas di sini? Tak fahamlah, masih ada orang sangsi akan kesetiaan orang macam saya terhadap konsep bahasa, bangsa dan negara? Itulah apa yang saya maksudkan, bias atau tak faham atau cari pasal? :-)
3. Kalau saudari Jamilah Yong yang fasih dalam bahasa Perancis itu ikhlas tentang masalah bahasa kebangsaan sendiri, apa kata saudari mulai hari ini blog dalam bahasa kebangsaan? Jangan pakai topeng Perancis, kemudian menuduh orang lain pro-nasionalistik China, India, Indonesia... cakap tak serupa bikin...:p
4. Saya tidak berniat utk panjang lebar di sini lagi. Cuma ingat satu shj, konsep bahasa, kebangsaan dan bersatu-padu ini bukan setakat simbolik shj. Kelentung-kelentung seperti "saya cinta bahasa" tidak membantu lansung. Cuba fikirlah sendiri.....
Terima Kasih,
EK
Namewee kutuk sekolah aliran cina, sebab bahasa inggeris dia teruk. Itu dia punya pasal lah, tahap penguasaan bahasa inggerisnya lemah, jangan salahkan sistem pendidikan sekolah.Kenapa masa belajar dulu,tak tumpukan sepenuh perhatian, tak ambil inisiatif utk baiki kelemahan. sekarang baru nak komplen tu komplen ni..piii dah..yg cina pulak..suruh hentikan pembinaan sekolah cina tak tentu pasal tu buat apa..kau tak tau ke, hilang bahasa hilanglah bangsa! kau tu namanya cina, tapi tak tau cakap cina...banana man!!
BalasPadamJangan salahkan Namewee, itu hak dia untuk bersuara. Salahkan sistem yang telah dilintangpukangkan oleh Pak Menteri. Jika sistem itu konsisten (tidak kisah samada ada SRJK atau tidak) dengan keutamaan Bahasa Kebangsaan di berikan penekanan, maka patutlah Namewee dibedal.
BalasPadamIsu Namewee sengaja dipermainkan media untuk sesuatu political mileage. Ini seperti suatu strategi lempar bom asap untuk sesuatu agenda politik lain.
Perihal menggunakan bahasa bahasa selain Guoyu/Hanyu/Mandarin untuk sekolah SRJK adalah tidak praktikal dan buta realiti akan dinamika bahasa dan peranan semasa bahasa tersebut.
Islam memberi hak untuk bahasa itu (Hanyu/Guoyu/mandarin)terus hidup. Jangan lupa, ia juga suatu bahasa berjuta umat Islam di China. Apakah tidak boleh diwujudkan senario dimana bahasa Kebangsaan kita diutamakan dalam semua peringkat persekolahan tanpa menjejaskan penggunaan bahasa bahasa lain?
Jangan salahkan namewee? Betapa dangkalnya fikiran, dia bukannya budak umur 10 tahun, dia buat dengan niat, dan satu-satunya niat adalah kerana dia hendak dunia mengikut caranya. Dia mahu orang lain menghormati dia, tetapi dia tidak mahu menghormati orang lain, dia mahu orang memahami mesej dia, tetapi tidak sudi langsung untuk mengenali kawan senegara, pastinya dia tidak mempunyai seorangpun kawan Melayu!
BalasPadam- Aku