test

Selasa, 31 Julai 2007

Penerima Audio Bluetooth A2DP Sony Ericsson MBR100

Memang saya terlambat kenal bluetooth, orang lain dah guna bertahun-tahun, saya hanya baru guna tak sampai setahun.

Pada mulanya saya menganggap bluetooth hanyalah seperti Infra merah. Untuk hantar data.

Atas sebab itu, 2 tahun lepas, ketika saya hendak membeli telefon baru, saya memilih untuk tidak bluetooth. Ketika itu saya menganggap infra merah adalah mencukupi untuk memindah fail, simpan nombor telefon dll.

Memang ktika itu inframerah dah mencukupi. Katak yang duduk bawah tempurung tidak dapat melihat dunialuar, akan tetapi katak yang efisyen akan cuba sebaik mungkin supaya menggunakan apa yang ada.

Sampai 1 tahap, saya merasakan saya perlu tukar telefon lain, walaupun telefon Nokia 6020 saya itu masih boleh digunakan. Macam macam boleh dilakukan dengan Nokia 6020 itu, tetapi storan yang terhad menyebabkan saya penat. Sekejap-sekejap sms penuh, sekejap sekejap memori penuh.

Suatu hari saya pada awal 2006, saya membelikan Isteri muda saya telefon baru, Nokia 6085. Asalnya saya tertarik dengan Sony Ericsson Z610, Tetapi oleh kerana dia tak mahukan 3G, maka terpaksa belikan yang hampir sama, tetapi tiada 3G, Nokia 6085.

Maka katak yang duduk dibawah tempurung inframerah pun dapat masuk dalam tempurung bluetooth. Didapati, tempurung bluetooth itu memang lebih baik. Setelah bertahun tahun dengar nama bluetooth, maka saya baru tahu yang bluetooth itu satu protokol yang mengujakan.
Kalau tak salah saya, saya mula dengar "bluetooth" pada tahun 2000 dulu. Iaitu 7 tahun yang lalu.

Maka, saya belilah dogel bluetooth untuk dijadikan mainan , digandingkan dengan Nokia 6085 itu. Suatu hari, ketika saya cuba main nak sepasangkan (pairing) komputer cctv kat stesyen dengan handphone RNK Adiba, satu perkara pelik berlaku. Tidaklah pelik sangat sebenarnya, tapi sebagai katak tempurung inframerah, melihat telefon boleh mengawal komputer adalah sesuatu yang menakjupkan. Ia hanya SE Z530.

Jadi, dapat disimpulkan bahawa, bluetooth pada Sony Ericsson jauh kedepan berbanding dengan Nokia. Kamera pada Z530 pun gambarnya jauh lebih cantik daripada Nokia.

Oleh kerana, setelah membaca tentang bluetooth, saya merasakan antara keuoayaan telefon yang saya nak beli adalah dia mesti ada A2DP. A2DP adalah salah satu daripada profil Bluetooth.

Jadi pada mulanya saya nak cari Sony Ericsson yang paling murah tapi menyokong A2DP.
Tunggu punya tunggu, telefon murah yang ada A2DP tak keluar-keluar, belum tiba Malaysia.
Ketika itu memang ada Sony Ericsson yang mahal ada A2DP.

Kalau tak salah, yang agak murah yang ada A2DP ialah SE k550i. Tapi mahal juga.
Punya ah susah kalau nak cari telefon yang ada A2DP kalau tanpa bantuan web.

Tanya kedai, ada A2DP tak?
"Apa A2DP?"
"Bluetooth A2DP"
"Ada, ada, ini telefon ada bluetooth"

Knowlegde yang orang kedai telefon dan kedai komputer memang tipikal.
Tak kiralah Melayu atau Cina.

Telefon yang ada 3G mesti dianggap lebih baik dari yang tiada 3G, walaupun kita tak perlukan 3G. Agaknya kalau iPhone dijual di Malaysia, mesti orang pandang rendah kerana "Tiada 3G".

OK, berbalik pada cerita asal, akhirnya aku beli SEk800i pada kedai yang jurujualnya boleh bezakan telefon mana yang ada A2DP , mana yang tiada. :)

Oleh kerana SE k800i boleh hantar gambar ke blog, maka wujudlah blog ini.

Akan tetapi, untuk menggunakan A2DP pada SEk800i tak boleh, kerana tiada penerima isyarat A2DP. Memang ada headset yang ada A2DP, tetapi dia dah mati disitu kerana tak boleh keluarkan isyarat audio dia untuk disambungkan ke Amp.

Jadi aku terus cari SE MBR-100. Oleh kerana tak tak duduk KL, jadi mungkin aku tak jumpa. Tapi setelah aku pergi banyak tepat di KL, Melaka, Muar, Sabah aku masih tak jumpa MBR 100.
Sampai satu tahap aku rasa nak buat passport, cari kat Singapura atau Negara lain.

Akhirnya ahad lepas, aku pergi ke HP (Holiday Plaza) jumpa kedai yang mengatakan cawangan dia di Jusco Tebrau ada stok MBR100. Jadi aku pun belilah. Nak uji punya la susah. Mana ada kedai telefon yang siapkan amp untuk uji MBR 100?

Kualiti audio MBR 100 bergantung pada sumber lagu pada SE k800i itu.
Jadi, limitasi codec pada SEk800i membuatkan kita tak boleh tau sejauh mana MBR100 punya kualiti. Jangan harap SEk800i untuk mainkan Audio Lossless. Jadi MP3 256kbps VBR adalah kadar bit yang sesuai dengan SE k800i.

Akan tetapi 1 perkara yang saya tak berapa gemar pada MBR 100 ialah, output dia analog. Jadi, berlaku penukaran antara isyarat digital ke analog pada MBR100 itu.
Alangkah baiknya kalau MBR 100 itu boleh mengeluarkan output optikal. TOSLINK.

Jadi kalau nak push MBR100 itu ke hadnya, perlu ada peranti yang boleh memainkan audio dengan kadar lebih tinggi dan mengeluarkan A2DP untuk dihantar ke MBR 100.

Saya cuba dengan Windows + Bluesoleil, tapi tak berjaya.
Mungkin kalau guna dogel bluetooth yang menggunakan WIDCOM boleh?

Alternatif lain mungkin kena beli iPod dengan aksesori A2DP?
secara teorinya, saya boleh mainkan lagi ditelefon dan suaranya keluar di komputer.
ATAU, komputer mainkan lagu dan keluarkan A2DP untuk ke MBR 100.

Aku tak faham kenapa Microsoft Windows Vista tiada sokongan natif A2DP.
kalau Linux mungkin boleh, kerana bluez boleh dgabungkan dengan alsa.
OSX kena tunggu 10.5 baru ada A2DP.
iPhone? entah.

Perisian Soleoil pun tak berjaya menyambung ke MBR 100.
sepasangkan boleh, tapi takbleh sambung ke profil.
Bluesoleil hanya nampak

Mungkin bagi aku seorang yang suka A2DP, orang lain tak kisah.

Kisah Sejarah Web dan HTML


Saya telah membalas kiriman blog Rastom
Agenda Daily lawan Malaysia-Today: Dari sudut kebolehgunaan


--------8<------ mula -----------

Macam mana saya nak terangkan, kalau nak cerita panjang.

Maka diringkaskan kisah sejarah web dan HTML.
Asalnya HTTP atau dikenali sebagai “web” menggunakan HTML yang asas.

Jadi sepatutnya semua pelungsur web yang ada, mesti mematuhi spesifikasi HTML versi ketika itu.

Akan tetapi satu syarikat telah menambah HTML itu sesukahati mereka, dimana pelungsur web dia mempunyai kelebihan teknologi. Laman Web yang dibuka oleh Netscape Navigator ketika itu kelihatan lebih cantik kerana dia boleh render Tag HTML yang tidak mengikut spesifikasi. Oleh kerana Netscape Navigator mempunyai penguasaan pasaran yang tinggi, pembangun web addakalanya terus membina laman web untuk netscape dan bukannya ikut spesifikasi.

Kemudian, datang pula Microsoft, yang mempunyai penguasaan pasaran Sistem Pengoperasian untuk memasuki sektor pembinaan pelungsur web, dengan peneluarkan MS Internet Explorer (MSIE).

Oleh kerana masih baru, Banyak benda bukan piawai yang netsape boleh buat dan MSIE tak boleh buat.

Ketika mulanya MSIE mengeluarkan versi 3 MSIEnya, dan Netscape 3.0, perang meletus.

MSIE cuba melawan dengan Netscape yang popular dengan “Best View with Netscape” dengan “Best Experience with MSIE”. Ketika itu,MSIE mempunyai “ActiveX” dimana dia boleh melaksanakan program yang berkait dengan Windows. Ini amat tidak adil bagi pengguna bukan Windows.

Ketika itu, Netscape 3 masih boleh mengalahkan MSIE 3.x.

Ketika meletusnya perang MSIE 4.x vs Netscape 4.x, Netscape ditukarnama daripada Netscape Navigator kepada Netscape Communicator. Sebenarnya Netscape 4.x dah berapa sempurnya, dia dikeluarkan cepat kerana nak berlawan dengan MSIE 4.x. Ketika itu, Sudah nampak pengguna yang setia pada Netscape sudah bertukar kepada MSIE 4.x. Ketika itu, pembangun web pening kepala, ada 2 versi HTML dan CSS berbeza. Ada yang ambil jalan mudah dengan membina ia untuk salah 1 plaform sahaja.

Oleh kerana MSIE mendominasi, maka banyak laman web direka untuk MSIE. Pengguna yang paling pening ialah pengguna Linux, Ketika MSIE sudah versi 5, kami tersangkut dengan Netscape yang baru versi 4 yang sudahlah lari dari spesifikasi, kemudian laman web direka untuk spesifikasi Microsoft pula.

Terdapat inisiatif dari pembangun KDE untuk membangunkan KHTML, iaitu jentera perenderanweb (Rendering engine) sendiri yang ikut piawai W3C.
Ianya tak seberapa ketika itu. Tapi jangan pandang sebelah mata.

Netscape yang cuba membangunkan Netscape 5.0, akhirnya mengalah, Melepaskan kod sumbernya kepada komuniti.
Komuniti Mozilla.org asalnya ditaja oleh Netsape, dibuat supaya Netscape masih boleh mengeluarkan pelungsur webnya. Kod yang Netscape keluarkan itu bermasalah, dan pembangun Mozilla.org bertekad untuk membuat jentera perenderan web baru yang dinamakan “Gecko”. Gecko kini menjadi jentera pengrenderan bagi Mozilla Firefox.

Pada awalnya, pembangun Mozilla, bertungkuslumus untuk menghasilkan perisian itu, ditambah memeningkan apabila mereka cuba menggunakan XUL. menyebabkan ia amat lembab.
Daripada Mozilla M1 sehingga Mozilla M18, kemudian jadi Mozilla 0.6, 0.7, 0.8, 0.9 . Apabila sampai Mozilla 0.9 nak naik ke 1.0, cukup lama. Ada 0.9.1 , 0.9.2 … dan ada yang mengatakan sampai kiamat mozilla masih lagi versi 0.9.9.9.9.9 . Akhirnya Mozilla 1.0 dikeuarkan.

Tapi tak dapat sambutan.

Mozilla mempunyai adik yang bernama “Phonenix”. kemudian menjadi “Firebird” dan akhirnya Firefox.

Firefox jauh lebih ringan daripada Mozilla kerana tidak mempunyai klien emel, penggubah laman web.

Saya sendiri tak faham kenapa Firefox lebih digemari berbanding Mozilla.

Mempunyai 2 spesifikasi web amat memeningkan, jadi pembangun web mungkin tersentak ketika perang pelungsur web berlaku, mereka berfikir “Kenapa mesti sokong Microsoft atau Netscape?” Both are evil.

Jadi Gecko dan KHTML direka untuk menepati spesifikasi web. Apabila ada keupayaan baru yang perlu ditambah, mereka perlu memastikan ia ditambah diperingkat W3C dahulu, barulah diimplementasikan pada perisian.

Dengan cara itu, ia dapatmenghasilkan persaingan yang sihat.

MSIE dengan JScript dan Netscape dengan Javascript, kedua-dua bergabung jadi ECMAScript.
(tapi masih dipanggil Javascript).

Masa berlalu, Spesifikasi WEB diperelokkan, dan Gecko & KTHML mengikuti dengan rapat. Kelihatan Microsoft pula ketinggalan. Saya tak kisah kalau Microsoft menguasai pasaran pelungsur web tapi ikut spesifikasi.

KHTML pula, diambil oleh Apple (Ya, Steve Job) untuk digunakan pada Safari. Kini Safari pula ada versi Windows. KHTML yang dulunya dipandang sebelah mata oleh saya, kini digunakan sebagai pelungsur Web pada iPhone.

“iPhone is everything”

Jadi, Untuk berperang, guna teknologi yang merdeka daripada mana-mana syarikat.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 50.


--------8<------ tamat -----------
Kemudian terdapat reaksi Rastom.
Untuk berperang, guna teknologi yang merdeka daripada mana-mana syarikat.

Ahad, 29 Julai 2007

Langkah desperado. Kasut bluetooth


Langkah desperado isteri saya ketika nak integrasikan kasut modaninya dengan bluetooth dalam kajiannya.

(Gambar menunjukkan Sony Ericsson MBR-100 disambung pada kasut)

Sabtu, 28 Julai 2007

Nike Zoom air cool?


Isteri saya baru belikan saya kasut baru, sempena Kasut Buatan Gombak yang entah kemana.

Kasut Jenama Nike, Kalau menurut Buku Chasing Cool, Nike adalah "iPod of the Industry" dalam sektor perniagaan kasut.

Tapi bila saya tengok kotak kasut itu, Tidaklah seberapa, serupa kotak kasut Bata sahaja. Saya masih ingat lagi kotak kasut "Alain Delon" saya dulu, Kotaknya cantik, kawan sepejabat saya ambil kotak itu untuk simpan barang dia, kerana "Dia Cantik".

Saya tak nampak sangat ke'cool'an Nike berbanding dengan jenama kasut lain, mungkin kerana kita berada di Malaysia, iklan tak seberapa.

Walaubagaimanapun, Nike dianggap cool mungkin di Amerika Syarikat sahaja, mungkin atas sebab itu Steve Job memilih Nike untuk digandingkan dengan iPod Nano. (Nano disini merujuk kepada iPod Nano, bukannya Nano Editor).

Bila kita lari, bunyi ditelinga akan dimainkan dengan rentak larian kita, kemudian disimpan di iPod, kemudian ada persian di OSX atau Windows yang membolehkan kita merekod jarak larian kita.
Tapi Kasut Nike saya itu buken jenis Nike+ yang boleh diintergrasikan dengan iPod.
Kalau saya lintas jalan sahaja saya, dan ke Dataran Pahlawan, saya boleh

Isteri saya mengatakan Sony Ericsson k800i boleh digunakan dengan Kasut Nike saya itu. Tak tahu bagaimana, Dia belum terangkan pada saya lagi. Mungkin kena pasang persian berasaskan MIDP pada SE k800i, pasang 1 peranti bluetooth pada kasut. dan perisian itu akan merekod jarak larian dan memainkan bunyi mengikut rentak larian. Klik sini dan tanya dia sendirilah.

Jumaat, 27 Julai 2007

Keanjalan Harga


Orang selalu kutuk orang berniaga:

“Dia bukan ikhlas. Letak harga mahal. Nak cepat kaya la tu.”


Hakikatnya itulah yang sering diperkatakan oleh pelanggan Melayu terhadap peruncit Melayu. Peruncit Melayu biasanya tak pandai "Buang" harga. Dari mana datangnya istilah buang harga ? saya pun tak tahu. Tetapi itulah istilah yang digunakan apabila seorang peruncit merendahkan harga sesuatu barangan untuk bersaing dengan peruncit yang lain.

Sebenarnya jarang saya jumpa peruncit Melayu main buang harga. Takut rugi. Tetapi mengapa peruncit bukan melayu dan peruncit asing boleh main buang harga?

Salah satu sebab peruncit asing, seperti Tesco boleh buang harga, sehingga lebih murah daripada "Harga Datang" adalah kerana pembekal telah membayar sewaan ruang kepada peruncit itu.
Jadi secara automatik kos sesuatu barangan yang melibatkan sewaan ruang itu akan turun.

("Harga datang" adalah istilah yang biasa digunakan bagi merujuk pada harga barangan yang dibeli oleh peruncit daripada pembekal).

Akan tetapi sewaan ruang oleh pembekal adalah hampir tidak wujud bagi peruncit tempatan (local retailer). Mahu tak mahu peruncit tempatan tetap perlu bersaing dengan peruncit asing yang gergasi itu. Peruncit tempatan perlu "buang harga" secara berhati-hati .

Dalam dunia teori pemasaran dan peruncitan, tiada yang "betul" dan "salah" yang nyata. Setiap teori atau idea boleh disangkal kebenarannya.

Ada peruncit yang cuba menggambarkan kedainya sebagai murah dengan merendahkan semua harga barangannya. Ada peruncit yang takut rugi memahalkan barangannya.

Sebenarnya tiada faedahnya kalau merendahkan semua barangan kalau kemurahan harga itu tidak diperasan oleh pelanggan. Jadi kalau peruncit merendahkan harga sesuatu barang, tetapi pelanggan tetap tidak perasan akan akan harganya rendah, adalah lebih baik dia tak rendahkan harga.

Begitu juga sebaliknya, kalau kita naikkan harga tanpa pelanggan rasa barang itu mahal, dan tetap membelinya. Apa salah naikkan harga?

Disitu letaknya keanjalan harga. Sesuatu item jualan perlu ada had apabila dinaikkan harganya. Dan apabila kita turunkan harga atas sebab promosi, biarlah ia menjadi termurah di kawasan setempat walaupun untuk tempoh terhad, walaupun kita rugi sedikit.

Kerugian sedikit disebabkan oleh buang harga sesuatu item jualan boleh diatasi dengan kenaikan sedikit harga barangan yang dinaikkan sedikit ke tahap yang tak tinggi.

Kita lihat keanjalan harga apabila ia hendak dinaikkan.

Ambil contoh 1 produk, ada tempat jual RM 1.80, ada tempat jual harga RM 1.90 ada tempat jual RM 2.

Jadi, kalau kita letak harga RM 1.80 = 34 laku --> nilai jualan = RM 61.20
tapi kalau letak RM 1.90 = 33 laku --> nilai jualan =RM 62.70
kalau RM 2.00 = 20 laku--> nilai jualan = RM 40.00
kalau RM 2.20 = 5 laku --> nilai jualan = RM 11.00
Tapi Tesco punya offer boleh turun sampai RM 1.69

kalau begitu adalah lebih baik kita jual dengan harga RM 1.90

Akan tetapi teori kenajalan harga ada buruknya, lambat laun pelanggan akan perasan juga kenapa di kedai kita Rm 1.90 , ada tempat lain RM 1.80.

kerana itu nilai Rm 1.90 dipilih, berbanding dengan RM 2.00 walaupun kalau jual RM 2.00 lebih jauh menguntungkan. Jangan sesekali jual RM 2.20 kerana dia akan nampak ketara lebih mahal drpd Rm 1.80, dan mungkin dialog “Dia bukan ikhlas. Letak harga mahal. Nak cepat kaya la tu.” akan timbul di hati mereka.

Lambat laun harga barangan RM 1.80 di tempat lain akan dinaikkan juga ke tahap 1.90, masa itu kita "tak naik".

Rabu, 25 Julai 2007

Masyghul kerana sukar menghadham bacaan?

Anwar Ibrahim menulis:

Ada yang masyghul kerana sukar menghadham bacaan dan gagal menghabiskan buku. Andainya begitu mulai dengan buku nipis dan ceritera yang menarik minat. Jadikan membaca dan iqra’ sebagai budaya.

Adakalanya saya membaca beberapa judul silih berganti. Kadangkala mengambil masa lama. Ada juga judul yang terbantut sekerat jalan kerana membosankan. Umpamanya karya Umberto Eco, The Name of The Rose memukau sekali. Tetapi karya berikut dari pengarang yang sama, seorang Prof Semiotics dari Universiti Bologna berjudul Faucaults Pendulum amat membosankan.


Kaedah membaca kita mungkin berbeza, Walaupun hampir kesemua buku yang saya beli, saya baca separuh jalan, tetapi itu tidak menggambarkan diri saya sebagai tidak minat membaca.

Mungkin buku tebal bukan rakan saya, mungkin buku bentuk cerita bukan rakan saya. Apabila mengetahui sesuatu buku itu adalah rekaan semata-mata, maka ia tidak menarik minat saya, akan tetapi sekiranya buku bentuk cerita itu dikatakan menggambarkan sesuatu kejadian, maka mungkin saya akan baca.

Sudah sememangnya kaedah pembacaan saya amat berbeza dengan kebanyakan orang (baca: orang kebanyakan), saya suka membaca artikel pendek, dan lakukan analisa lebih lama dari masa yang digunakan untuk membaca sesuatu artikel.

Saya antara yang awal menjadi pengguna google, sejak "Google BETA" lagi, ketika itu logonya un tak cantik. Sebelum itu pencarian internet adalah amat sukar. Sebelum google, saya sering menggunakan altavista punya "advance search". Banyak benda yang tak orang tak jumpa, saya boleh jumpa. Apabila ada google, saya gabungkan dengan dmoz.org supaya apabila saya terjumpa sesuatu saya boleh membuat perbandingan apakan alternatif kepada sesuatu yang saya jumpa itu.

Suatu ketika dahulu, (awal 2000) saya amat suka "Yahoo Full Coverage", apabila saya membaca cerita berita (news story), dengan mudah saya boleh undur sedikit untuk pendapatkan kronologi dan punca kejadian yang menjurus kepada berita semasa. "Membaca" sebenarnya tak sukar, akan tetapi untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan memerlukan usaha tambahan.

Zaman sedkit berubah, Terlalu banyak maklumat, terlalu sedikit masa, kandungan untuk dibaca melimpah-ruah (namun kandungan Bahasa Melayu tetap kurang ). Siapa yang suka membaca akan lebih bahagia, siapa yang suka akan bacaan ringan turut bahagia.

Akan tetapi, oleh kerana terlau banyak kandungan, kandungan perlu ditapis supaya kita cukup masa untuk membacanya.

Salah satu bahan bacaan kegemaran saya ialah komen di Slashdot.org , komen di slashdot, dimoderasikan oleh pembaca juga, dimana sesuatu komen boleh diberi mata. Pembaca yang tak mempunyai banyak masa, hanya perlu baca komen yang dimoderasikan sebagai mod +5, manakala yang banyak masa terluang boleh membaca kesemua komen, termasuk yang merepek.

Jadi dengan adanya Web 2.0, cara hidup pembacaan juga berubah, kita dilimpahkan dengan maklumat, akan tetapi terdapat juga alatan untuk mempermudahkan kita mencari bahan bacaan.

Dengan Bantuan Wiki, google "define:perkataan", pembacaan yang berdasarkan"couriousity menjadi amat mudah.

buat masa ini saya cuba membaca http://www.rice.edu/energy/publications/nocs.html
untuk mengetahui selok belok bagaimana negara tertertentu boleh menguasi minyak negara lain. (Untuk menyambung artikel Minyak di Nigeria)

Isnin, 23 Julai 2007

Kenapa saya suka orang rumah saya? bhgn. 3

iTunes + MacOSX pada TV

Ahad, 22 Julai 2007

Pioneer DV-393



Aku kena pulangkan balik Pemain DVD ni kepada Mertua aku.
Dulu aku juga yang belikan diorang pemain DVD ni, Tapi aku pinjam sempena Peraduan Saya Anak Malaysia, Jadi saya kena pulangkan balik.

Aku dah mainkan DVD pada pemain DVD ni 24 jam selama lebih kurang 1 bulan tanpa henti-henti, tapi tak rosak pun.

Dia sedikit pun tak menangis, Dia handal.


Tak pernah aku tengok pemain DVD boleh on dan berputar sekian lama.

Tapi aku ada masalah, nak mainkan guna apa Iklan Merdeka, Iklan Primax3 dan Iklan F1.

Nak guna komputer macam dulu? boleh rasanya kalau guna Mac Mini.
Atau nak guna Pioneer Hi End aku tu? Aku takut juga kalau rosak.
Atau nak guna Sony Ericsson MMV-200? Tapi gambar tak cantik.
Atau Stesyen beli sahaja Pemain DVD yang baru.


Reviu aku pasal Pioneer DV-393,
Kalau nak kira kualiti gambar dan bunyi, aku rasa tak seberana.
Dia tiada output HDMI, atau video komponen. Hanya ada RCA dan S-Video sahaja.

Kualiti bunyi, aku tak sempat uji lagi, Hanya dapat Uji dengan AEGO-M sahaja.
Boleh tahan. Tapi rasa ada something missing.
Aku tak harap dia ada DAC yang betul-betul baik.

Secara teorinya, oleh kerana dia ada Optical Output , kalau guna Toslink ke Amp yang ada optical ATAU ke DAC luaran lain.

So, kalau setakat nak dijadikan "CD Transport", dah kira cukup baik.
Kalau boleh dimainkan 24 jam tampa henti selama sebulan, dah kira "terbaik".

Walaupun Pioneer DV 755 aku tu best, tapi dari segu UI pada panel, aku lagi suka DV 393. Kerana kita boleh navigasikan menu tanpa kawalan jauh. Jenis UI yang sesuai untuk semua peringkat Umur.

Khamis, 19 Julai 2007

Kenapa saya suka orang rumah saya? Bhgn. ke 2.

(lanjutan dari kiriman ini)



Kenapa saya suka orang rumah saya?

Sebab dia wangi

Kenapa saya suka orang rumah saya?
Ada ketiak yang wangi

Kenapa saya suka orang rumah saya?
Sebab Ketiak dia, Bila dia berpeluh, ketiak dia tetap wangi
Arghhh berpeluh lagi.
.

Saya suka tengok orang rumah saya main.... Pingpong....
he he he he

Kenapa saya suka orang rumah saya?
sebab dia wangi.....

kenapa? kenapa? kenapa?


Kenapa kamu tanya soalan macam ni?

Erp... Alhamdulillah


"Kalaulah saya dapat mencukur misai tanpa bau ketiakmu pada pisau cukurku"


moral: (tulis sendiri)

Pepijat siapakah ini?


Nombor ditaip di gnumeric sebagai "nombor", kemudian ditukar menjadi teks.
Disimpan sebagai fail .xls
Dilihat pada gnumeric dan OOo Calc kelihatan sebagai nombor.
Tapi bila dibuka menggunakan Excel viewer atau Excel, nombor yang dalam keadaan teks itu menjadi 8.9288E+12

Kalau simpan nombor sebagai teks, mesti ditetapkan ia sebagai teks dahulu sebelum masukkan data, kalau hanya convert, dia akan kelihatan pelik pada excel & Excel Viewer.
Tapi kelihatan OK di gnumeric & OpenOffice.org Calc

Selasa, 17 Julai 2007

Kekalahan Pasukan Bolasepak Malaysia


Memang senang sahaja "peminat" bolasepak Malaysia nak suruh Presiden dan Setiausaha agung letak jawatan.

Dan memang mudah sahaja untuk sesiapa menyuruh Kerajaan menghentikan penggunaan helikopter Nuri setelah terhempas.


Itulah hakikatnya bagaimana orang Malaysia memberi komen. Dengan cara berfikiran singkat.
Ubah sahaja semuanya. Tetapi adakah ia akan menyelesaikan masalah?

Ketika Alan Harris menjadi jurulatih dahulu, walaupun bagi saya ketika itu Pasukan Malaysia agak kuat, tempat kedua sukan sea tahun 2001, namun, masih tetap kena kondem oleh "peminat" bolasepak tempatan.

Apabila Batalan Beskei (betulkah ejaan aku), Pasukan Malaysia masih lagi kuat, piala tiger dapat nombor 3, walaupun tanpa Indra Putra dan Akmal Rizal. Tapi itupun kena kondem.

Apabila Beskei ditamatkan perkhidmatannya apabila gagal memilih ahli untuk bawah 20, K. Rajagopal pun mengalami masalah yang sama.

Aku sebenarnya smpati dengan nasib pemain bolasepak kita, mereka bagus, tetapi kurang semangat. Ditambah pula dengan komen-komen menyakitkan hati.

Masalah mereka nombor 1 adalah kekurangan semangat juang. Dari dulu lagi kita mempunyai masalah yang sama. Kita merdeka bukan kerana kita mengalahkan Inggeris, Kedah , Kelantan dan Perlis menangani ancaman Siam dengan bantuan Inggeris. Johor dengan bantuan Belanda baru boleh kalahkan Portugis. (Belanda tak dapat mengalahkan portugal pada piala Dunia 2006 mungkin kerana tanpa bantuan Johor).

Pada tahun 2007 ini, tidak wujud apa-apa perjuangan dalam bentuk penentangan yang boleh diketagorikan sebagai agak besar. Takkan rakyat nak menentang kenaikan gaji kakitangan awam.


Kenapa dahulu boleh pasukan bolasepak kita agak kuat? Masih ingattak kita mampu menentang pengganas komunis sehingga mereka hanya boleh duduk dihutan, itu pun mereka menyerah kalah.

Hairan juga kenapa pasukan bawah 23 tahun amat kuat pada awal 2000?
Orang muda, semangat REFORMASInya masih kuat ketika itu.

Walaupun sekarang ini masih banyak yang kita perlu tentang, seperti AFTA, ISA, OOXML
tetapi tiada gelombang penentangan yang kuat.

Indonesia, Thailand?
Indonesia ada krisis Acheh/GAM, ada penukaran Presiden, sekejap Megawati, sekejap Gusdur, sekarang Bambang.
Thailand masih lagi dalam pemerintahan tentera, pemain bolasepaknya agaknya cuba membuktikan yang Thaksin salah percaturan apa bila dia membeli pasukan bolasepak Inggeris.

Jadi Malaysia mestilah "Pick a fight",

Apa kata kita serang selatan thai untuk bebaskan kawan-kawan kita dari cengkaman Thailand?
Apa kata kalau kita mencampuri hal elwal acheh?
Apa kata kalau kita pakat dengan Pemberontak Nigeria supaya kita pun sekali dapat minyak dia.
Kalau nak nampak baik, apa kata kita tetap hantar tentera ke lubnan sebagai tentera OIC walaupun PBB tak kasi.
Kalau susah sangat, kita ugut USA supaya tak mahu tandatangani AFTA pun dah cukup.


Ralf Nader, Calon "Green Party USA" suatu ketika dahulu, pernah mengatakan bahawa Amerika Syarikat masih boleh jadi Super Power walaupun peruntukan kewangan ketenteraan dikurangkan. Walaupun dia Green Party, masih tetap mahukan Negara dia masih lagi jadi Super Power.

Berbalik kepada bolasepak, masalah ke 2 yang aku nampak adalah masalah tektikal.
Bahagian Pertahanan terlalu lemah, walaupun cara marking 1 to 1 dah outdated, tetapi masih boleh berguna jika berlawan dengan pasukan yang jauh lebih handal.
Bayangkan kalau pertahanan kita amat kuat, tak ditembusi, Kita boleh menang 1-0 ke atas China, dan seri 0-0 dengan Uzbekistan.

Aku tak kata Jurulatih Norizan Bakar tak bagus, tapi kalau kita boleh ada jurulatih yang lebih baik, apa salahnya kita gunakan jurulatih import semula.
Kalau boleh tekankan skil asas, hantaran tepat dan tahan bola sampai berhenti.

Masalah utama diluar kawalan FAM adalah masalah penonton, penonton di Malaysia hanya mahu tahu nak memang, dia tak reti untuk belajar "sokong mati matian walaupun kalah".

kalau penyokong tak sokong bermati-matian walaupun kalah, janganlah salahkan pemain kenapa tak bermati-matian walaupun kalah.

Cukuplah dengan 1 perletakan jawatan yang boleh menyedarkan semua pihak, tak perlu suruh semua letak jawatan.

Sebagai rakyat Malaysia, saya memahami bahawa Walaupun kalah teruk pada Piala Asia, kita masih mampu memenangi Pingat Emas Bola Sepak Sukan Sea 2007.

Cerita fasal 'Purchase Order'

Mungkin hanya aku seorang sahaja yang tak suka cara buat pesanan guna excel, & kemudian emel. Bagi aku, sejak dahulu lagi, emel adalah emel, sistem permesejan bukan sistem penghantaran fail. Walaupun emel boleh dilampirkan dengan fail tapi ia bukan direka khas untuk menghantar fail. Apatah lagi kalau fail yang dilampirkan itu besar.
300k, kalau guna dialup, merangkak juga. Walhal, data yang sebenarnya adalah hanya beberapa bait.

Pernah satu ketika dahulu, selepas sesuatu mesyuarat, nama aku naik kerana tersenarai sebagai orang yang tak hantar pesanan guna emel. Nampak macam aku ni jenis buta IT pula.

Tapi sebenarnya, aku lebih suka hantar guna faks ketika itu, kerana bagi aku dia lebih menyenangkan. Kalau kita pandang dari sudut orang biasa hantar faks memang menyusahkan.
Kena cetak dahulu, kemudian faks. Aku hanya cetak_ke_faks.

Tapi memanglah si penerima pening kepala kerana kena buat data entri pula.

Jadi, Data patut dihantar melalui apa kalau bukan emel?
Apa guna wujudnya protokol FTP & HTTP?
kalau nak selamat SFTP & HTTPS.

Teringat zaman muda-muda dulu, satu syarikat perlu menghantar data setiap hari rabu, sabtu dan ahad ke satu syarikat lain. data tu amat kecil. Jadi setiap 3 hari tu, ada seseorang yang muatnaik data itu melalui ftp ke pelayan teratai aku tu. Ada 1 komputer lain, komputer biasa sahaja ada 1 robot yang periksa, kalau ada data yang dihantar ke teratai, dia pun GET data itu dan proses supaya dia boleh disiarkan.

Berbalik kepada cerita asal, aku lebih suka data tidak dihantar mengunakan emel, tapi kalau bleh menggunakan HTTP atau FTP. Mungkin FTP itu susah bagi kebanyakkan orang, HTTP mungkin sesuai untuk ramai orang, Ya, Ramai orang yang hantar emel berasaskan web tetapi muatnaik fail itu menggunakan HTTP. Maksudnya ramai orang telah menghantar data melalui HTTP tanpa disedari mereka.

Sekiranya ada pihak mahukan pihak tertentu


Format apa data perlu dihantar?
Mahu tak mahu, format excel dan doc berasaskan office97 akan mati dibunuh oleh ODF atau ooxml.

Dengan bantuan google aku jumpa ni "Purchase order xml".
po xml dikatakan boleh menggantikan EDI,
(Aku baru tahu yang rupanya sebelum ni orang guna "EDI" untuk purchase order dan ada format dia sendiri. kampung betul aku ni)

Menarik juga. Kalau google betul-betul , boleh jumpa converter antara po EDI ke po xml dan sebaliknya.

Sebagai super power peruncitan, aku rasa tak mustahil untuk 1 negara guna po xml.
Australia boleh ada spesifikasi NEIS Purchase Order Specification, Kenapa kita tak boleh ada "Spesifikasi Pesanan Pembelian XML"?








Isnin, 16 Julai 2007

Gambar Hamzah ditangkap menggunakan Pemasa pada k800i


Gambar Hamzah guna pemasa (timer), Telefon diletakkan di bawah meja.

Ahad, 15 Julai 2007

Pride and Grief for Sale @ .my

Masihku ingat satu kiriman blog Christopher Blizzard (Mozilla+Fedora+OLPC) bertajuk "Pride and Grief for Sale", ketika itu Amerika Syarikat baru sahaja dilanda Trajedi 11 September.

Petikan:
What does it mean when a company takes a symbol that people use to describe something they care about, and twist it to convince them to buy something they don't need? I don't remember where but somewhere I read that patriotism is best expressed by what you do, not by what you say. I feel like this is an accurate statement and it's one that I live by.


Awalnya, kebanyakkan rakyat Amerika mengibarkan bendera Amerika untuk menunjukkan rasa simpati, rasa patriotik. Apabila adanya "Emosi" sedemikian, golongan korporat, perniagaan, peruncitan secepat kilat menggunakan "Emosi" ini untuk meningkatkan jualan, dan seterusnya mengaut keuntungan.

Kelihatan sekarang ini, makin hampir dengan sambutan Ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 50, semakin menjadi-jadi golongan peniaga mempergunakan emosi itu untuk mengaut keuntungan. Adakalanya sampai melampau-lampau.

Sumber Tenaga Alternatif bagi Malaysia

Malaysia, sebuah negara yang boleh dikira kaya dari segi tenaga, dengan Hasil minyaknya sendiri, Empangan Hidro Elektrik dari banyak sungai. Namun kita tidak boleh lari dari krisis tenaga yang akan melanda.

Minyak dan gas dimuka bumi suatu hari nanti akan habis. Elektrik daripada hidro mungkin tak mencukupi. Penggunaan Nuklear mungkin membimbangkan ramai orang, Walaupun jika kita boleh meleraikan Uranium sendiri, pihak barat mungkin akan melabelkan kita sebagai mampu membuat senjata nuklear. Sesuka hati mereka melabelkan kita seolah-olahnya kita ini gondola.

Kita masih boleh beruntung kerana mempunyai pesisiran pantai yang panjang untuk mendapatkan tenaga daripada angin. Tenaga solar pun kita boleh gunakan.

Walaupun kita mewah dengan sumber tenaga, tak semestinya kita tak boleh memikirkan sumber tenaga alternatif yang lain.

Sebagai rakyat malaysia saya memahami bahawa kita patut mencari sumber tenaga alternatif yang lain walaupun sumber tenaga alternatif itu tiada di muka bumi ini. Bukan setakat marikh, kita mungkin mampu pergi lebih jauh untuk mendapatkan tenaga daripada Energon

Energon, walaupun dalam keadaan mentah adalah amat tidak stabil, dalam keadaan kristal. Namun, ia selepas diproses, ia menjadi cecair dan biasanya disimpan dalam bentuk kiub.

Tak mustahil bagi kita untuk memproses Energon. Tak mustahil jika PETRONAS adalah syarikat minyak pertama yang menjadi perintis dalam penerokaan Energon. Menjual kiub energon di stesyen minyak. Energon boleh dipindahkan daripada satu kenderaan ke kenderaan yang lain. Amat mudah untuk kita membantu kenderaan yang berhenti kehabisan tenaga ditepi jalan.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Energon,
Sila baca di http://en.wikipedia.org/wiki/Energon_(power_source)




Namun, Energon tetap mempunyai risiko. Ia diminati ramai.

Kita perlu memperkukuhkan kedudukan pertahanan kita, kerana sumber tenaga itu diminati oleh pihak Decepticon, yang diketuai oleh megatron.

Sabtu, 14 Julai 2007

Hacking Barkod Bah. 3

Semalam RNK Marziah masukkan data banyak gila, dah lebih 200.

Aku pergi Stesyen Usop, ingatkan nak bincang dengan Usop supaya boleh orang dia sambung key in, untuk stesyen dia, alih-alih data .xls yang dimasukkan guna gnumeric, walaupun sebagai teks, ia kelihatan pelik bila dibuka oleh Usop punya excel.

Sudahlah susah nak salin fail, tiada thumbdrive, nak sambung rangkaian ether, tak jumpa cable, nak guna bluetooth, tiada driver.
Alih-alih aku baru sedar yang dia pun ada WiFi. Salin begitu sahajalah.

Mungkin tiba masa aku terima hakikat yang zaman sekarang semua orang guna thumbdrive.
Umpama orang zaman dahulu guna disket.

Singgah tempat Linda kejap, dia pun belum pasang IDAutomation itu, ada masalah nak salin lagi. Tiada thumbdrive, tapi nasib balik dia ada CDR kosong, maka aku bakar sahaja CDR itu, dan cuba pasang, masalah yang sama iaitu tiada .NET Framework.

Pagi tadi, RNK tak boleh nak sambung key in, kerana Toshiba masih kat rumah, aku tugaskan RNK Napsiah & RNK Marziah jalan2 melawat Tempat Asmadi dan Abdullah.

Lepas tu aku pun pergi tempat Asmadi untuk ambil sampel kertas. Dapat.
Asmadi minta aku tolong pasangkan IDAutomation , masalah yang sama dengan Linda, Tiada .NET Framework.

Aku tak faham kenapa dia perlukan .NET Framework, mungkin dulu ditulis guna VB, lepas tu VB dah jadi VB.NET, kompil balik, dah perlukan .NET Framework?

Maksudnya, kalau aku nak tolong diorang, aku kena jadi Barua Microsoft?
Tolong dia kembangkan platform .NET dia, lepas itu dia ugut Kerajaan Malaysia.

Berbalik kepada penyelesaian aku sendiri, aku mungkin guna Publisher & fail excel yg dijana oleh gnumeric. tapi kalau nak eksport cara itu ke tempat lain mungkin susah, Tak tahu kenapa bila mereka ada MS Office Profesional, tapi tiada Publisher, Yang peliknya MS Office Standard pun ada publisher.

Mungkin aku nak cari perisian lain yang boleh mailmerge daripada hamparan.
scribus boleh mailmerge?
Yang pasti glabel boleh merge dari CVS, tanpa perlu font barkod.

so untuk penyelesaian orang lain, esok2 lah aku fikirkan.

Jumaat, 13 Julai 2007

Hacking barkod bahagian ke 2

Progres kemasukan data untuk projek melabel di PETRONAS Merlimau boleh tahan juga. Sudah 159 item dimasukkan.


Semalam saya Pergi Stesyen Ana, sebelum untuk ke MSO. Nak tengok perisian yng dia salin daripasa Nazri.

ID Automation Labeling Software Free Edition. (Sekarang ni dah tak boleh muatturun versi percuma lagi).

Perisian itu membolehkan kita membuat label barkod.
Disimpan didalam fail .ida . Cuba tengok-tengok, rupanya dia memang boleh ambil data daripada excel.

Tetapi kenapa mereka buat satu-satu? hairan juga. Oleh kerana aku belum cuba untuk pautkan fail excel dengan perisian IDAutomation Labeling software . Tak pasti samada dia hanya boleh import dari excel(atau dokumen lain), atau boleh 'mailmerge' terus macam MS Publisher.

Yang pasti untuk mengelakkan pertindanan kerja (Duplication of work), aku tetap akan cuba supaya RNK-RNK hanya masukkan data 1 kali sahaja dan kemudian boleh digunakan berulang-ulang kali.
Boleh eksport data ke Linda, Dollah, Yusry, Ana, Usop, Siti dll.

Hmmm, aku rasa aku boleh minta Usop punya RNK untuk masukkan data, untuk kegunaan dia juga.

Kalau aku nak buka kedai C-Store di Pekan Merlimau pun boleh, data dah separuh ada.
Senarai pelanggan pun dah ada :) hehehehe


Baru kejap tadi RNK Marziah tanya aku, tak bolehkah kita cetak sahaja untuk masukkan data?
Ya Allah, kenapa lah aku tak terfikir cara tu. kasihan dia berbelek-belek coklat tu nak tau berapa gram coklat itu.

Khamis, 12 Julai 2007

RNK Fatiha & Pakcik

(Kejadian benar malam tadi)

Seorang Pakcik Membeli Rokok Gud*ng Garam.

RNK Fatiha: Pakcik hisap rokok ni ada rasa garam tak?
Pakcik: Sepanjang hidup Pakcik, tak pernah ada orang tanya soalan macam ni.

hehehehe

Hacking barkod untuk paparkan harga di gondola


Aku pun tak tahu istilah BM untuk 'barcode' adalah 'kod bar' atau 'barkod'.

Arahan asal ialah guna Perisian tertentu, yang dikatakan 'freeware' untuk membuat label , berserta barkod, disimpan didalam fail .ida.

Aku ingkar arahan itu, kerana aku fikir, bila aku simpan data pada format proprietari, maka aku bergantung kepada sesuatu perisian, umpama pada akhir 80an, fail wordstar hanya boleh dibuka dengan wordstar, fail .123 hanya boleh dibuka oleh lotus 123. Tentulah aku tak mahu undur.

Sebab ke dua, ialah bila aku simpan data dalam fail-fail .ida, melibatkan banyak kerja kemasukan data (data entri), Apa ertinya kalau data itu tak boleh digunakan semula untuk tujuan lain?

Sebagai rakyat Malaysia, saya memahami bahawa saya tidak akan bergantung kepada sesuatu format proprietary yang dimonopoli oleh syarikat asing.Tapi kalau format proprietari itu boleh dibuka oleh perisian bebas, aku guna juga.


Walaupun ini bukan cara terbaik,
Aku suruh RNK Adiba, RNK Marziah & RNK Fatiha untuk masukkan data dulu guna guna gnumeric tapi dalam format .xls menggunakan notebook. Memang aku suka simpan data dalam .xls, pasal dia amat 'portable' walaupun dia tak ikut piawai tertentu, tapi kebanyakkan perisian termasuk Perisian bebas (Free Software) boleh buka fail itu.

Terdapat masalah bila nak mailmerge .xls ke MS Publisher, bila data dalam bentuk nombor, dia akan ignore sifar yang sihujung, tiada cara pada Publisher yang boleh memaksa kalau 4.8 ditukarkan jadi 4.80. bodoh juga rasanya.

Jadi kalau nak memudahkan segalanya, semua data adalah dalam bentuk teks. walaupun nombor. jadi kena edit satu-satu balik, mana yang 4.8 tapi dipaparkan pada gnumeric sebagai 4.80, ditaip semula sebagai 4.80. Nasib baik belum banyak lagi.

Bila mailmerge, timbul masalah bila barkod tak boleh diimbas, font barkod 'code 39' bukan direka untuk nombor panjang. Untuk makluman sesiapa yang belum tahu, barkod ada banyak spesifikasi, dimana code 39 (atau code 3 of 9) adalah yang paling awal. spesifikasi lain yang ada adalah code 128, EAN, UPC dll. Tapi aku hanya ada font untuk barkod 39, kerana itu lah yang percuma aku ada, buat masa ni belum jumpa lagi font barkod code 128 yang percuma.

Atau mungkin kelak, aku hanya guna data yang sama tapi guna perisian lain. teringin pula nak guna glabel. atau mungkin penyelesaian menggunakan OpenOffice.org

glabel tak memerlukan font untuk menjana barkod, dia janakan imej barkod terus.
rindu pula pada GNOME.

malam tadi best, Umar ikut aku pergi station, jadi model WiFi, main Transformer, Bob The Builder & Netstupidity. Aku buat ujian barkod.

Dah dekat pukul 10 malam tadi baru boleh barkod code 39 boleh diimbas.

Rabu, 11 Julai 2007

Warga serah kerakyatan tak diterima semula: PM

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang menyerahkan kerakyatan negara ini untuk menjadi warganegara lain tidak lagi boleh mendapatkannya semula, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Satu perkara yang saya nak beritahu dan jelaskan, rakyat Malaysia yang sudah serah kerakyatan, tetapi nak balik kerakyatan, tak boleh jadi rakyat Malaysia semula,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), di sini, semalam.

Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengulas laporan akhbar semalam mengenai kenyataan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, bahawa 106,000 rakyat Malaysia menyerahkan kerakyatan mereka dari 1996 hingga April lalu.

Walaubagaimanapun, Ramai diantara mereka ingin memohon kerakyatan Malaysia semula, setelah tertarik dengan "Peraduan Saya Anak Malaysia PETRONAS" yang bermula sejak 15 Jun yang lalu. Peraduan itu mensyaratkan hanya warga negara Malaysia sahaja yang layak menyertainya.

Manakala di Amerika Syarikat, Chris Benoit mungkin telah menjadi korban pertama Peraduan Saya Anak Malaysia PETRONAS. Salah satu spekulasi punca dia membunuh diri adalah adalah kerana dia kecewa selepas mendapati sekiranya dia memohon kerakyatan Malaysia, Kerakyatan itu hanya diluluskan selepas Peraduan Saya Anak Malaysia berakhir.

Burung ini sedikit pun tak menangis.

cite pasal burung le.

cite pasal aku plak aka kejadahnya.

:P





Klik pada gambar untuk melihat gambat yang lebih terperinci.


Pagi tadi burung ni masuk rumah aku, tak boleh keluar, melayang-layang di ruang tamu. Saya nak cuba tangkap dia dan keluarkan dia, terlompat2 saya tetapi tak berjaya, kalau tidak, sudah tentu dia bebas diluar.

Akhirnya dia terlanggar kipas dan tercedera, tak boleh terbang lagi.
Kepaknya terlanggar kipas.

Luka pada sayap ------>
(k800i ni fokus tangan pula.)

Saya letakkan dia diluar, dia masih tak boleh terbang.

Jadi kubiarkan dia di suatu tempat tersembunyi sedikit dan sediakan air.

Terasa macam ada chemistry diantara aku dan burung ni, tetapi rasanya aku tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan mana-mana burung.


Burung ini sedikit pun tak menangis.
Dia Handal...
Dimana burung tu sekarang?
(senyap...)
Burung dah tiada.

p/s: Apa nama spesis burung ini?

Selasa, 10 Julai 2007

Pak Lang suami RNK Norsiah masuk paper



Alasan kalau ditanya "Kenapa Jualan Merosot?'

Bot Nelayan kena curi

Isnin, 9 Julai 2007

Re: best and worst

3. after being lied few times, and not getting the truth. i finally found out about it by myself. ha ha. can never lie your entire lifetime.


Ya, saya memang penipu.

Ahad, 8 Julai 2007

Kenapa saya suka orang rumah saya?

Kenapa saya suka orang rumah saya?

sebab dia cantik

Kenapa saya suka orang rumah saya?
Ada Umar, ada Hamzah, Vios, Toshiba...

Sebab bilik tidur saya, Bila orang rumah saya tidur, dia terus tidur....
Arghhh tidur pulak.

Kenapa saya suka orang rumah saya?
Sebab, Mak dia masak nasi, sayur, semua dia masak.

Saya suka tengok orang rumah saya main.... Tr*nsformer (supra)....
he he he he

Kenapa saya suka orang rumah saya?
sebab dia best.....

kenapa? kenapa? kenapa?


Kenapa kamu tanya soalan macam ni?

Erp... Alhamdulillah


"Kalaulah kita dapat main transformer seperti anak-anak kita main"

Sabtu, 7 Julai 2007

Kenapa Saya Suka MSO?



Kenapa saya suka MSO?

dia cantik...

Kenapa saya suka MSO?

Ada Ainal , Mah , Zikri, Razman...

Kenapa saya suka MSO?

Sebab, Bilik meeting mso, bila awak meeting, awak terus meeting.
Errhhh lagi lama

Saya suka masuk mso main ... pingpong he he he..


Kenapa saya suka MSO?

Sebab Mah masak nasi, sayur, semua dia masak

Kenapa saya suka MSO?

sebab dia best.....


kenapa? kenapa? kenapa?


Kenapa kamu tanya soalan macam ni?

Erp... Alhamdulillah


"Kalaulah kita dapat meeting seperti anak-anak kita meeting"

Jumaat, 6 Julai 2007

Hacking borang peraduan "Saya Anak Malaysia"

Sejak bermulanya pertandingan "Saya Anak Malaysia", saya cuba menambah perkataan "No. Telefon:" Pada norang itu.

Idea pertama ialah dengan menggunakan cop getah yang sudah lama, potong cop itu tinggalkan perkataan "Telefon" dan cop pada borang. Ianya berjaya tetapi tidak cool.

Dapat lagi 1 idea, iaitu dengan membuat fail excel yang bertulis "No. Telefon" dan print pada borang itu betul-betul selepas ruangan emel.

Ia agak berjaya, akan tetapi timbul persoalan pencetak panas. Apabila panas, ia membuatkan kertas tersangkut.

Maka guna penyelesaian lain, guna manusia untuk kipas pencetak tu. tetapi ia akan tersangkut juga.

Selepas itu, saya decide untuk buka sahaja pencetak itu dan kertas jatuh ke lantai. Ia tak sangkut lagi, tetapi kertas bersepah.

Terpaksa pula Mak Tiri Jahat suruh bawang putih untuk kutip borang peraduan itu.

Selepas bawang putih kutip borang itu, bawang putih kena sambut borang yang keluar dari pencetak

Selepas itu dapat 1 idea dimana saya tidak mahu memaksa pencetak itu bekerja keras, tetapi bekerja secara relax.


Terfikir pasal macro pada excel, walaupun tak pernah buat pengaturcaraan macro pada excel, berkat hasil daripada help dan google, maka jadilan aturcara ringkas seperti gambar dibawah.
komputer/excel akan mencetak 4 keping sahaja dan kemudian rehat selamat hampir dua minit, dan kemudian cetak lagi sehinggalah 200 helai.

viola..

Nota: Kepada pelanggan yang hendak memasuki peraduan Saya Anak Malaysia, Sila tulis nombor telefon pada borang itu walaupun borang itu tidak mempunyai ruangan nombor telefon.


Slogan Peraduan:
Sebagai Rakyat Malaysia saya memahami bahawa saya akan komen pada kiriman blog ini.

Slogan Peraduan Saya Anak Malaysia PETRONAS versi budak

Khamis, 5 Julai 2007

Minyak di NIgeria

Kenapa aku terpanggil untuk menulis tentang topik ini? Aku pun tak tahu.

Seringkali kedengaran di berita "crude", harga minyak dunia, NYMEX, selalu naik kerana faktor nigeria. Beberapa bulan sekali, ada sahaja fasiliti minyak di Nigeria diserang "Pengganas".

Lihatlah kronologi ini, Ada sahaja serangan dilakukan, dan ketika itu, serangan itu dijadikan alasan harga minyak dunia naik. Pengguna di Malaysia hanya tau faktor "Pak Lah" sahaja.

Selalunya harga minyak naik, atas sebab Nigeria, selain itu, ia naik/turun atas sebab inventori minyak yang ada di Amerika Syarikat. Jika berlaku peperangan, maka ia akan naik, bila hampir musim sejuk, ia akan naik. Bila selepas mesyuarat OPEC, dia akan naik/turun bergantung pada hasil mesyuarat samada nak tingkatkan pengeluaran atau tidak.

ATAU mungkin semua di atas adalah konspirasi ?

Hampir semua faktor di atas, adalah disebabkan oleh manusia.

Kita berbalik kepada Nigeria, Kenapa sesuatu serangan yang dilakukan oleh beberapa orang di Nigeria menyebabkan satu dunia mengalami 'kenaikan'. Adakah ia benar-benar berlaku? Kenapa militan itu sering serang? Apa motif serangan? Apa yang militan itu mahu?

Saya sendiri belum jumpa laman web, yang mengatakan apa yang militan itu mahu, yang ditulis oleh pihak itu sendiri. Adakah mereka seperti orang acheh yang ingin merdeka?

Kalau serangan fasiliti minyak di Acheh, itu mungkin disebabkan oleh ketidakpuashatian GAM yang tak suka mereka dijajah Indonesia.

Apa yang militan itu mahu?
Kenapa Nigeria masih miskin walaupun ada minyak? Rasanya memang patut militan serang kalau sebab itu. Itu hal negara orang. Tetapi sebagai rakyat malaysia saya memahami bahawa kalau kita ingin menguasai dunia, kita mesti mencampuri hal negara orang.

Saya pernah terjumpa 1 buku yang menceritakan hal minyak dunia, buku itu dijumpai di kedai buku di KLIA. Tetapi oleh kerana saya sudah beli buku 'chasing cool' maka saya tak beli buku tu.

Nasib menyebelahi saya apabila saya dah jumpa token parking KLIA yang hilang sebelum ini. Maka saya boleh tuntut semuala RM 50 dan gunakan untuk membeli buku mengenai politik minyak dunia itu. Mana nak cari masa untuk baca buku?

Rabu, 4 Julai 2007

Penjenamaan Melaka: Virus Melaka , Virus KelawarBemban





Nampak kelakar juga, bila nama virus dijadikan isu. Ya memang selalunya, Nama virus dikaitkan dengan nama tempat, atau nama orang yang menjumpainya. Jadi tak salah kalau nama virus yang dijumpai di Melaka, dinamakan "Virus Melaka".

Tetapi, nanti dulu, kalau kita lihat dari sudut "branding" Melaka sebagai pusat perlancongan, pusat pelaburan, maka ia amatlah tidak sesuai. Sepatutnya, langkah lebih hebat dilukan oleh kerajaan negeri untuk memperkukuhkan penjenamaan Melaka.

Ali Rustam yang suatu masa dahulu, telah mencadangkan penggunaan Nama "Melaka" sepenuhnya, walaupun digunakan dalam bahasa Inggeris, namun usaha dia gagal. Walaubagaimanapun saya menyokong beliau dalam usaha menggunakan istilah 'Melaka'dalam semua bahasa. Walaupun dia gagal, tak semestinya tak ada orang yang mampu menjayakannya. Cairo vs Kaherah, Mecca vs Mekah, Ada banyak lagi contoh nama tempat yang telah diinggeriskan oleh penjajah ingeeris namun ia kekal sehingga kini.

Era globalisasi sedang pesat berjalan, maka, ramai penterjemah asing tercari-cari apa nama asal sesuatu tempat itu. Kalau tidak salah saya, dahulu pernah dibincangkan di gnome-i18n@gnome.org tentang nama "Mekah". Jika "Mecca" adalah nama Inggeris bagi Mekah, mengapa orang jerman hendak menggunakan nama inggeris, mereka bukan orang inggeris. Begitu juga untuk orang bukan inggeris yang lain, mereka patut mengenali tempat ini (Melaka) sebagai "Melaka" dan bukannnya "Malacca".
Namun, ada usaha lain dari pihak "Kesihatan" untuk melambatkan usaha ini.

Ya, Memang tak salah bagi menamakan virus itu melalui nama tempat. Adalah baiknya, ia dinamakan sebagai "Virus Bemban" atau "virus Kampung_di_Bemban_di_mana_virus_itu_ditemui" ATAU, nama virus itu dikaitkan dengan sesuatu, sebelum dikaitkan dengan nama tempat, sebagai contoh "Virus Kelawar Bemban". Cadangan Ali Rustam supaya ia dinamakan sebagai Virus kelawar, tertalu tak profesional, Apa jadi kalau Kelawar ada bawa virus lain & juga dijumpai di Malaysia?
Begitu juga, dengan nama "Virus Melaka", mungkin ada virus lain yag akan ditemui di melaka.


Jadi saya cadangkan nama Virus itu, dinamakan sebagai "Virus Kelawar Bemban".





p/s: Nama "Virus Yusry Bemban" dirizabkan untuk virus komputer yang mungkin dicipta oleh Yusry. :)

Captain Future





Aku sebenarnya lebih suka Captain Future daripada Transformer

Selasa, 3 Julai 2007

Kesian cucu nenek....





Kesian cucu nenek.... kena gigit tebuan...


Lim: Param sikit pun tak menangis
Atan: Dia handal...
Lim: Dimana dia sekarang?
(Atan senyap)
Atan: Dia dah meninggal.... Di Hospital ni juga,

Google+ Hasbullah Pit