test

Ahad, 29 Julai 2012

Hutang Kereta Rakyat 1Malaysia

Saya bukan peminat Rafizi Ramli.
Saya tak setuju benar dengan idea pelupusan hutang PTPTN.

Tak kala negara mengalami masalah hutang negara yang begitu besar, dan rakyat pula terbeban dengan hutang masing-masing. pelupusan hutang bukan satu idea yang baik.

Namun, Cadangan Rafizi berkenaan duti kereta itu ada baiknya, tetapi tetap saya bukan sokong 100%.
(sebab saya bukan peminat dia)

Rakyat Malaysia ramai yang muflis disebabkan kereta. Hairan juga, satu alat pengangkut manusia dan barangan boleh menyebabkan orang muflis.

Namun itu yang terjadi. Maklumat lanjut tentang kemuflisan disebabkan kereta boleh rujuk blog Pak Di.
Klik sini:http://www.pakdi.net/kereta-punca-ramai-orang-malaysia-muflis/

Penghapusan atau pengurangan duti import kereta, akan mengurangkan harga kereta. Tetapi Bank juga menyebabkan permintaan terhadap kereta mahal itu tinggi, disebabkan oleh pinjaman terlalu dipermudahkan.

Mana tidaknya, boleh pinjam sehingga 9 tahun untuk beli kereta.

Rakyat malaysia pula ada yang menganggap pinjaman bank itu lebih nikmat daripada seks.

Kalau hidup 60 tahun, maksudnya lebih 20% daripada usia dewasa adalah digunakan untuk menjadi hamba bank.

Dasar automotif yang kononnya untuk menyelamatkan PROTON, sebenarnya lebih mengkayakan Bank.

Kalau kereta RM 60k, pada kadar riba' 6% selama 9 tahun  ,bayaran baliknya adalah77,796.72
Bank untung 17796.72 (sebulan 164.78 disumbangkan kepada bank)

Katakan kereta yang sama, telah diturunkan harga 15% disebabkan pengurangan cukai,

Harganya menjadi  RM 51k , kalau pinjam 9 tahun dengan kadar riba" yang sama, bayaran baliknya adalah 66127.32.
 Bank tetap untung RM 15,127.32 (sumbangan bulanan kepada bank adalah 140.06)



Akan tetapi, ia membolehkan pembeli kereta tidak perlu meminjam sehingga 9 tahun, cukup sekadar 7  pada kadar bayaran bulanan sedikit lebih mahal.

2 tahunawal merdeka daripada menjadi hamba bank.
Apabila merdeka awal,  
pinjam 51k, kadar riba 6% , 84 bulan , jumlah bayaran balik adalah 62583.36
Bank untung RM 11,583.36   (sumbangan bulanan ke bank adalah RM 137.89)

Terdapat perbezaan ketara, 17,796.72 dengan 11,583.36 iaitu 6213.36
Walaupun harga kereta turun 9k, anda hanya jimat 6213 sahaja.



Namun, kalau harga kereta turun 9k, tetapi tetap ambil pinjaman 9 tahun, anda hanya jimat 2669 sahaja.

Jadi, musuh utama rakyat Malaysia ialah pinjaman 9 tahun.

Jadi, penghapusan/pengurangan cukai kereta, sebenarnya tidak memberi impak sangat kepada hutang kereta rakyat Malaysia, melainkan pinjaman 9 tahun dihapuskan, kepada maksimum 5 atau 7 tahun.















Ahad, 26 Februari 2012

Emas tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan

Ni nak jawap soalan tertangguh...

Boleh saya belajar tentang perniagaan dinar dan dirham dengan Tuan Hasbullah? Abg M kata kalau nak belajar lebih tentang pelaburan emas nie bagus belajar dengan Tuan Hasbullah.

Bagaimana ye nak belajar tue?


 Ada 2 soalan dalam 1 perenggan.

Dinar dan dirham tidak sesuai diniagakan. Ianya hanya sesuai dijual untuk tujuan pengagihan (distribution).
Perniagaan menjual dinar dan dirham adalah tidak menguntungkan.

jual dinar, untung hanya diantara RM 7 hingga RM 20 sekeping

Cuma untung lebih sikit kalau dinar diperolehi apabila pemilik dinar menjual semula dinar itu kepada anda, itupun jika anda berjaya jual pada harga runcit.

Jika diterbalikkan dunia ini, adalah lebih untung jual barang seperti buku, kasut, beg tangan, atau perkhidmatan (kelas, gunting rambut, potong rumput) terima dinar.

Kerana, anda menerima dinar itu pada paras spot.

ambil contoh: Jika spot sekarang RM 173.

Maka nilai spot bagi dinar 22K 4.25g adalah

173*0.917*4.25=RM 674.



Anda penjual kain, yang untungnya 20%.

Andai kata 1 set kain baju , seluar 3/4 dan lain2, anda rancang untuk jual pada RM 680
(dalam hati, anda tahu kos anda hanya RM 580)
Jadi anda jual barangan itu pada harga 1 dinar.

Maka, kos anda mendapatkan dinar hanyalah, RM 580.
Walhal pada artikel ini ditulis, harga runcit dinar kelantan adalah .. RM 823.
(tapi harga kami jual dinar Restu hanya RM 756)

Jadi, apa yang anda patut lakukan dengan dinar itu?
restock barang, atau jual dinar itu kalau2 ada yang mahu beli pada harga RM 700.
Berebut orang beli
Anda sudah untung jual pakaian RM 100, plus ekstra RM 20.


Soalan ke dua, akan di jawap pada lain hari.




Jumaat, 24 Februari 2012

Sound Check

Check one two
one two
one two...


dengar tak?

Kesan ISA terhadap halatuju negara

Sudah lama tak menulis.

Semalam, saya diberi peluang untuk berucap tentang ISA, tetapi "blank".

Sudah sedia maklum ISA itu zalim, menahan orang tanpa bicara, penuh dengan seksaan.

Namun seksaan itu, kelihantan hanya memberi kesan pada individu yang ditangkap dan orang yang berdekatan dengannya.

Itu yang ramai orang fikir.
Kesan terhadap individu individu sahaja.

Jadi, bila tidak kena batang hidung, maka ramai tak endah.


Tapi, ISA bukan hanya memberi kesan pada individu sahaja.


Kerana, apabila ia memberi kesan pada individu, mungkin individu itu boleh merubah negara, dan negara akan bantut pembangunannya.

Bayangkan kalau Steve Jobs dikenakan ISA, mungkin sehingga sekarang masih belum lagi ada iPad.
atau saingannya seperti galaxy tab pun mungkin tidak ada.

Suatu ketika dulu, Engineer Kemerdekaan Tanah Melayu dikenakan ISA.

Dr Burhanuddin Al Helmy.

Atas tuduhan yang tidak masuk akal, akhirnya dia meninggal dunia akibat seksaan di dalam Tahanan,

Memang, kalau nak dilihatkan, dia hanya seorang individu.

Tetapi usaha beliau, sejak dari zaman sebelum Jepun bersama KMM, ketika zaman Jepun pun boleh menggabungkan ulama, sebagai MATA. Kemudian menubuhkan PKMM, yang menggoncang Inggeris sehingga berlakunya tangkapan besar besaran 1948. Kemudian dijemput untuk menyertai PAS, dan menjadi YDP PAS, kemudian menjadi Ahli Parlimen 1959 sehingga tertahannya di bawah ISA.

Ketika itu, Malaysia belum dibentuk dan hanya ada Malaya.

Ketika kemerdekaan berusia setahun jagung, masih ada banyak ruang untuk membetulkan hala tuju negara, dan membentuk identiti negara.

Antara idea Dr Burhanuddin Al Helmy yang agak pelik ialah, dengan ingin mengganggap semua rakyat negara ini sebagai "Melayu".

Sehingga kini masih ramai orang yang belum faham, kenapa Melayu?

Ketika itu, puak puak berlawanan menganggap Dr Burhanuddin sebagai perkauman.

Namun, erti Melayu bagi dia adalah semua orang bertutur dalam 1 bahasa, dipanggil sebagai 1 bangsa Melayu, Semua kita adalah Melayu, tak kira samada berketurunan india atau cina.

Namun ini tidak berlaku.


Begitu juga idea membentuk negara besar Melayu Raya, terkubur juga.
Selepas beliau 'dibunuh' oleh ISA , tiada siapa yang ingin sebut Melayu Raya lagi.


Begitu juga nasib penduduk Tanah Melayu yang masih dijajah Siam, terus dilupakan.
Zaman sekarang, hampir semua orang anggap Kawasan Tanah Melayu yang dijajah Siam adalah hak mutlak Thailand.

Apabila minyak dijumpai, ada pula pemimpin bodoh yang bersekongkol dengan penjajah Siam untuk bahagi separuh-separuh. Walhal 100% minyak di kawasan itu adalah di Tanah Melayu.
Rakyat Patani tak dapat apa, Rakyat Kelantan pun dapat ciput  sahaja dalam bentuk "projek kerajaan persekutuan".

Kemerdekaan tanah Melayu yang masih dijajah Thai, adalah sentiasa di minda beliau.

Dr Burhanuddin telah berjuang awal, semasa halatuju negara yang hendak dibentuk, masih lagi kabur rupanya.
Agak sukar untuk membentuk Melayu Raya, kalau berhadapan dengan penjajah yang berbeza.
Inggeris, Siam, Belanda.



Pembentukan Malaysia juga ditentang oleh beliau.

Kerana Negara yang dibentuk itu, hanya cukup-cukup sekadar mengumpulkan bekas bekas tanah jajahan Inggeris di bawah 1 Negara "Malaysia". Sekarang ada tambah nombor 1 pula, "1Malaysia".

Maka, apabila ramai yang cukup berpuas hati dengan "Malaysia" yang "Merdeka", maka automatik kawasan tanah melayu yang dijajah akan terus dijajah.

Sudah lebih 100 tahun perjanjian Inggeris Siam ditandatangani, namun kita tidak berusaha langsung untuk menghilangkan kesan perjanjian antara penjajah-penjajah itu.

Jadi, kita hiduplah di negara acuan Inggeris ini.

Maka, kita tidaklah dapat menguasai jalan laut timur barat iaitu Selat Melaka.

Maka kita tidak akan jadi kuasa besar.
Anda semua tidak mahu kita menjadi kuasa besar.

Kalau anda baca hansard parlimen 1959 sehingga 1964, anda akan boleh lihat bagaimana ketua pembangkang tidak rasmi ini, berhujah, dan banyak yang diterima pakai sehingga hari ini.

Kalau tidak, mungkin kita masih lebih tebal ke'Inggeris'annya.














Isnin, 23 Januari 2012

Tak perlu tengok anak bulan untuk Tahun Baru China, sebab....


Tak perlu tengok anak bulan untuk Tahun Baru China, sebab....

Dalam Kalendar cina, Hari pertama sesuatu bulan adalah ketika hari berlakunya "new moon"
Atau dalam istilah astronomi islam, dipanggil "ijtimak".

Berbanding dengan Kalendar hijrah, hari pertama bulan hijrah adalah hari selepas anak bulan (hilal) kelihatan.

Sekiranya "new moon" berlaku pada jam 3 petang 24 jan.
Maka tahun baru cina adalah 24 januari.

new moon boleh dikira dengan hisab.

Samada nampak atau tidak nampak anak bulan pada lewat petang, 24 januari, tidak memberi kesan kepada Tahun baru Cina, kerana kaedah penentuan hari pertamanya adalah apabila berlaku new moon.

Kalendar hijrah pula, walaupun menggunakan bulan yang sama. Kedah penentuannya adalah bergantung kepada ketakpakan anak bulan.

Jika "new moon" berlaku pada 3 petang 24 jan, mustahil untuk anak bulan kelihatan, sebab usia bulan belum 8 jam.

Sebab itulah, seringkali Hari Raya berdekatan dengan Tahun Baru Cina, Tahun BAru Cina selalunya 2 hari lebih awal daripada Hari Raya Aidil Fitri. (atau mula berpuasa).





Sabtu, 5 November 2011

Tips Beli Dinar Iraq

Ramai yang bertanya tentang dinar iraq,
Ianya kertas.

Jika anda ingin membelinya, berikut adalah tipsnya.

Sebelum membeli dinar iraq, anda perlu mempunyai sedikit pengetahuan.

1. Mengetahui bahawa dinar iraq sekarang, adalah matawang yang memang berbeza dengan matawang dinar iraq sebelum kejatuhan Saddam, dan juga berbeza dengan dinar emas Zaman Uthmaniah.

Walaupun nama sama, tetapi ia berbeza.

contoh terdekat adalah "1 ringgit", dimana 1 ringgit zaman sekarang adalah berbeza dengan 1 ringgit zaman sebelum merdeka. Sebelum Merdeka, 1 ringgit adalah 20 gram perak berketulenan 900.



contoh lain, "sekupang".

sekupang di negeri utara hari ini adalah 10 sen, ianya berbeza dengan "sekupang emas" yang beratnya lebih kurang 2 gram.


2. Mengetahui Dinar Iraq sifatnya hanyalah fiat.
Ianya dikeluarkan oleh bank negara yang dikawal oleh penjajah.
Mereka boleh mencetak sesuka hati.

3. Mengetahui prestasi Bank Negara Iraq.
Bank negara Iraq laman webnya ialah http://www.cbi.iq/

anda boleh baca laporan Bank negaranya, berapa kenaikan M2 dipaparkan di halaman hadapan,

Dari gambar di atas menunjukkan bahawa kenaikan M2nya cukup tinggi, Macam Malaysia juga.
Rakyat Iraq juga menikmati kenaikan harga barang macam kita juga.

Sila kaji maklumat lain seperti kadar riba (kadar faedah), Rizab emas, rizab matawang lain.
kadar itu kadar ini. Sama sahaja modus operandi macam Bank Negara Malaysia.

Kaji sendiri, berapa penurunan nilai IQD itu berbanding emas atau minyak.


4. Kira premium betul betul. dan kalau perlu tanpa sebarang premium.
Anda boleh kira premium dia dengan mengambil nilai tukaran di laman web CBI.
kemudian





daripada gambar di atas, anda boleh tetapkan harga maksimum yang selamat supaya anda boleh beli dinar iraq.

guna formula ini.
harga maksimum untuk beli IQD 1k ialah 1000/ ( harga buy IQD dalam USD / tukaran USDMYR)
contoh hari ini:
1000/(1168/3.11)
=2.66

maksudnya, jangan beli 1k IQD yang harganya melebihi RM 2.66.

Maka, setelah mengetahui bahawa ianya matawang yang berbeza, pengiraan premium, maklumat bank negara mereka, berapa penurunannya berbanding emas, Maka anda putuskan sendirilah samada anda ingin beli dinar iraq atau tidak.

Kalau ada seseorang itu ingin menjual 1k IQD pada anda pada harga RM 25.
Anda boleh jawap "Saya hanya beli IQD 1k, bawah RM 2.66"




Rabu, 8 Jun 2011

Emas ditempa berbanding Rantai

Keadaan panik berlaku, apabila Agro Bank tidak lagi menerima jongkong sebagai pajakan.

Namun, bagi pemilik emas jongkong, yang menyimpannya, tidak apa yang perlu dipanikkan.

Ramai pemilik jopngkong menukar emas kepada rantai.

Ya, barang kemas juga emas yang menyimpan nilai juga. Tetapi ia boleh jadi dalam 2 keadaan.
Terpakai
Belum dipakai.

Namun, peniaga biasanya membeli balik rantai pad harga terpakai. Selalunya bawah spot, dan bawah lagi sedikit.

Berbanding jongkong atau syiling.
masih ada yang beli balik pada bawah spot sedikit, atau paras spot, atau atas spot.

Sebab keadaannya sama. Tidak wujud "terpakai" atau "tidak terpakai".
Yang ada hanya terkitar (circulated) atau baru (uncirculated).
Ramai pembeli tak kisahpun samada ianya terkitar atau tidak.

Apabila berlakunya situasi panik akibat daripada ketidak terimaan jongkong oleh Agro, ramai yang menjual jongkong mereka.

Ini menyebabkan peniaga juga turut menurunkan peremium mereka, akibat daripad lambakan belian balik.

Jadi, sekarang adalah masa terbaik beli jongkong, daripada pasaran kedua (secondary market).

Jangan risau tentang pajak, jika anda bukan seorang yang tamak.

Jika anda terlalu risau samada boleh pajak atau tidak, maka baik anda beli rantai.

Jongkong atau syiling  24K, adalah berkategori emas ditempa.
Ianya automatik boleh digunakan untuk urusan jual beli, sekiranya penjual barangan sudi menerimanya.

Tidak semestinya hanya dinar sahaja boleh digunakan untuk berurusniaga.

Sekiranya penjual barang, meletakkan harga sesuatu barang itu sebagai 10g fine gold.
Maka syiling atau bar boleh digunakan.

Google+ Hasbullah Pit