test

Ahad, 31 Mei 2009

Apa Rasionalnya PKM sahaja yang dilabel Jahat, Bukan Kuomintang?

Apa Rasionalnya PKM sahaja yang dilabel Jahat, Bukan Kuomintang?
Walhal, yang menyembelih babi di dalam Masjid itu ialah Kuomintang, (merunut Pak Mat Amin).

a)kenapa memilih PKM sebagai parti perjuangan . PKM yang berlandaskan MPAJ telah melakukan kesilapan besar ketika memerintah selama 14 hari selepas kekalahan Jepun sembelih babi di masjid batu pahat, bunuh talibarut Jepun semuanya berdasarkan balas dendam tanpa menjanjikan kestabilan dan keamanan.

Jawab a) yang menyembelih babi itu ialah seorang ejen penjajah dari golongan Kuomintang, bukan PKM. Fakta yang saudara dapat itu sudah “diperbaiki” oleh penjajah

Iklan di Beras Padu (Ruang Iklan #1-#4)

4 ruang iklan disediakan di Laman Web Beras Padu.



Berapa Harganya?

Pakej Pengiklanan #1 , #2 , #3 & #4
Harga: RM 2 RM 1.50 bagi 1000 pengunjung unik yang dikira menggunakan SiteMeter.

Pelan yang ada:

  • 20,000 = RM30
  • 30,000 = RM45


Berapa banyak itu "20,000" pengunjung unik?
Mengikut perkiraan, sekiranya purata pengunjung unik kekal pada kadar 500 sehari, maka 20,000 pengunjung unik itu adalah selama 40 hari

Sekiranya pengunjung bertambah, maka bilangan hari berkurang tetapi pengiklan dapat bilangan pengunjung unik yang sama.

Mengapa tidak kira "sebulan"?
Perkiraan "sebulan" tidak melindungi pengiklan kerana jumlah pengunjung mungkin kurang daripada yang diharap oleh pengiklan.

Sekiranya laman Beras Padu 'down', pengiraan dihentikan seketika akibat daripada ketiadaan pengunjung.

Apa kelibihan lain?
Disebabkan iklan menggunakan HTML, pengiklan akan mendapat kesan SEO.

Untuk makluman, hanya 1 iklan sahaja boleh disiarkan untuk sesuatu ruang iklan.




Untuk mengiklan, hantar emel ke sebolku(a)yahoo.com , nyatakan:

1. Ruang Iklan yang mana satu, #1 atau #2 atau #3 atau #4
(ruang iklan mesti kosong apabila memohon)
2. pelan yang mana satu 20,000 atau 30,000
3. Tajuk tidak melebihi 80 aksara
4. Keterangan , tidak melebihi 120 aksara.
5. URL  blabla.blogspot.com , atau. blablabla.com
6. Nama anda
7. No telefon anda
8. YM: jika ada


contoh:

Saya nak Ruang Iklan #1
pelan 20,000
Tajuk : Kedai Buku Ahmad
Keterangan: Terdapat banyak buku menarik, Diskaun khas sempena krisis ekonomi.
URL: http://kedaibuku-ahmad.com
Nama: Nizar bin Zamry
Tel: 019 55555555
ym: mbperak


Jangan bank-in dulu.

Apabila iklan diluluskan oleh saya, dan ada kekosongan, barulah anda bank-in.
No akaun akan diberitahu ketika saya membalas emel
Iklan akan diterbitkan hanya selepas pembayaran diterima.
Pengiklan akan dimaklumkan tentang berapa bacaan pengunjung mketika iklan bermula  dan berapakan bacaan apabila iklan tamat.

Sebagai contoh Jika iklan dinaikkan pada kiraan = 30,766 ,





Sekiranya pelan 20k , Iklan akan diturunkan apabila kiraan == 50,766

Keganasan Kapitalis British, Mangsa Terus Dicari

Sistem Kapitalisme British dan Amerika, sebenarnya amatlah ganas.

Kapitalisme, melalui konsep ekonomi keynessian sering membuat masyarakat tentang "pertumbuhan" , kita dibuai peningkatan KDNK beberapa peratus, seolah-olah setiap tahun kita menjadi lebih kaya sebanyak itu.

Tapi hakikatnya rakyat bertambah miskin walaupun bilangan nombor dalam buku bank bertambah.

Kaedah licik golongan kapitalis mempengaruhi minda rakyat ialah dengan mempromosikan pinjaman adalah penyelesaian kepada masalah kewangan.

Ini menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia yang hartanya negatif.
Kalau dia jual segala hartanya sekalipun, dia masih dalam keadaan berhutang.
Namun dia masih berkereta yang belum habis bayar dan memilik rumah juga yang belum habis bayar.

Dia terpaksa bekerja supaya bayar hutang.
Jadi hamba Bank.

Bank dijaga baik oleh Kapitalis British.
Mana yang kelihatan lemah dicantumkan agar jadi kuat.

Bukan sahaja Bank yang mempergula-gulakan "Pinjaman" sebagai satu-satunya penyelesaian maslaah kewangan, tetapi wujud juga syarikat berlesen.

Gambar menunjukkan Ejen Kapitalis British, mencari mangsa di kalangan Kakitangan Kerajaan.




Kalau peminjam tidak bayar, Bank tidak rugi, sebaliknya hanya menjadikan status pinjaman itu sebagai NPL.
Mereka tidak perlu kurung peminjam seperti Along. Ikat dengan rantai gajah.



Sekiranya Along boleh menukar status pinjamannya kepada NPL mungkin tiada lagi orang yang rumahnya disimbah cat.

Tetapi Kapitalis British mahu menguasai sektor pinjaman. Mereka mahu monopoli.
Jadi mereka burukkan Kapitalis Cina Tempatan dengan imej buruk.

Sistem pinjaman oleh Bank, yang menggunakan riba adalah satu sistem yang pasti menyebabkan sebilangan kecil dari peminjam akan jadi mangsa teruk.


Kalau kita kosongkan dulu semua duit dalam seluruh negara.
Kemudian Bank memberikan pinjaman 1bilion kepada  juta orang.
Dengan kadar riba yang tidak tinggi sekalipun, Bank mengharapkan bayaran balik, adalah lebih daripada 1 bilion.
Mana datangnya lebihan wang kalau keseluruhan wang yang ada hanyalah 1 bilion?


Maka dalam sistem itu, pasti ada beberapa peminjam yang terpaksa digadaikan harta cagarannya.


Semua gambar diatas adalah keganasan Kapitalis British yang disiarkan dalam Surat Khabar Berita Harian.

Patutkah Pengganas Kapitalis British ini dibenarkan pulang ke Malaysia?
Anda tidak nampak lagi kekejaman mereka?

Jumaat, 29 Mei 2009

Dompet Baru sudah tiba

Menggantikan Dompet Transformer yang sudah tak nampak lagi Optimus Primenya.


Komunisme dibandingkan dengan Nasionalisme

Kebiasaannya Komunisme dibandingkan dengan Kapitalisme atau Sosialisme, agak janggal kalau Komunisme dibandingkan dengan nasionalisme.

Khamis, 28 Mei 2009

Kapitalis British Tak Sedar Diri


no. 1
Dalam utusan, golongan kapitalis British cuba menghalang komunis daripada masuk Malaysia.

no. 2
Pada masa yang sama, ekonomi yang dikawal kapitalis british menguncup.

no. 3
Kapitalis British memperagakan akibat kalau tidak meminjam pada "badan kapitalis berlesen sah".


Sistem kapitalis menyebabkan ramai diantarakita jadi hamba bank.
Kerja, bayar hutang bank,
Kerja, bayar hutang bank
Kerja bayar hutang bank.

Kapitalis British nak bergaduh dengan komunis, biarkan mereka bergaduh.

Kita makan bertih jagung, saksikan drama.

Esok lusa, kita juga yang akan tidak benarkan Kapitalis British itu pulang ke Malaysia.

Selasa, 26 Mei 2009

Tiada Jaminan Kapal boleh Lalu di Selat Tebrau

Sebelum ini ada keluar berita tentang perbincangan Najib dengan Perdana Menteri Singapura tentang jambatan baru yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura.

Adakah benar Malaysia yang mahukan jambatan itu untuk memajukan Johor atau Singapura yang lebih mahukan Jambatan itu?

Apa perlunya jambatan ketiga kalau sudah ada 2 laluan?

Ada pula cerita indah yang kononnya tambak johor akan diroboh.


Adakah benar Malaysia yang mahukan Jambatan atau SIngapura yang lebih memerlukannnya?

Apabila diutarakan soal jambatan menggantikan tambak johor, mereka berdalih.
Apabila jambatan bengkok diutarakan, kata mereka kononnya mengambarkan hubungan yang keruh.

Habis itu mahu apa?

Kami Rakyat Malaysia mahu kapal boleh lalu di selat tebrau dan air boleh mengalir.

Adakah benar cerita indah buaian Najib itu kononnya Tambak johor akan dirobohkan?




P.M Singapura pula mencadangkan supaya tambak johor diperbesarkan.

Jadi memang tiada apa-apa jaminan kapal boleh lalu di Selat Tebrau.

Baik dilupakan sahaja dulu, soal Jambatan tambahan ke Singapura.

Google+ Hasbullah Pit