test

Isnin, 3 November 2008

Ustaz Kamarudin Sidek Sampaikan Hadiah pada Umar Hasbullah

Pada 1 November, diadakan satu majlis penyampaian hadiah bagi pelajar PASTI As-Solihin Merlimau.


Umar menerima hadiah kerana dapat No 1 keseluruhan bagi kategori empat tahun. (daripada 5 orang.)

Hadiah pula disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin Sidek , Ketua Pemuda PAS Melaka.



Saya tidak pasti samada saya patut bergembira atas "kejayaan" ini atau tidak. Umar tidak menunjukkan disiplin yang tinggi ketika di sekolah. Ponteng 1 bulan apabila emakya bercuti bersalin, peperiksaan diadakan beberapa hari selepas dia bercuti dan dapat nombor 1.

Mungkin Umar fokus di dalam kelas sebelum ini?

Takkanlah pula saya tidak mengiktiraf "No.1"nya kerana ia tidak cukup sempurna kedatangannya.

Dia sudah berusaha jawap soalan dengan baik.




Faktor "kedatangan" tidak diambil kira untuk menilai pelajar empat tahun?

Umar tidak pernah ditekan supaya berjaya dalam peperiksaan oleh kami suami isteri.
Tujuan asal dia disekolahkan adalah untuk belajar bergual.



Si Hazmah (baju merah) pula kelihatan seperti sama besar dengan pelajar lain, meskipun dia belum 2 tahun.

Ahad, 2 November 2008

Jed Yoong Menggambarkan Cina Lebih Dengki Berbanding Melayu?

Selalunya, sifat dengki sering dikaitkan dengan Melayu. Ya saya akui.

Banyak kes dimana orang melayu memusuhi musuhnya menggunakan kaedah dengki-mendengki dan ugut mengugut.

Ada juga kes dimana apabila seseorang melayu memusuhi melayu, dia akan mengarahkan ahli keluarganya supaya membenci ahli keluarga musuhnya itu.

Ini realiti.

Akan tetapi, Jed telah menulis tentang wujudnya Cina yang kuat mendengki sambil menggambarkan orang melayu kurang mendengki.

This handful of anti-Jed Yoong cybertroopers hate me ‘cos my family was rich.   And because my family benefited from Barisan.  Of cos, this people just see one side of the story.  Without Barisan contracts, there won’t be jobs, with no jobs, people will be poor, complain and probably join parties like the DAP.  These Chinese are the worst.  They are so dengki, just ‘cos they weren’t good enough to get the contracts.  They think those who did are all corrupt.  And what does PAkatan do when they are in power? 


Even when I wrote the most vile things about UMNO or PAS, I never receive such horrible comments on my blog, via email, chat, etc.  I wonder why they bother, just to vent?  I guess that’s a bit like me. But the hatred is unbelievable.

Agak menghairankan.

Adakah dengki mendengki hanya sesuai untuk sesama kaum masing-masing?

Adakah etnik India juga dengki mendengki sesama sendiri berbanding kaum lain?

Adakah budaya mendengki yang dikongsi semua kaum menjadi satu simbol integrasi kaum?



Untuk persoalan Jed, mengapa dia kurang dihentam oleh UMNO dan PAS, mungkin kerana kurangnya pengunjung Melayu yang membaca blog Jed. Sekiranya ada ramai pengunjung Melayu, pengunjung itu ialah jenis yang minda terbuka, kalau tidak masakan mereka datang membaca penulisan Jed yang hentam kiri-kanan.

Saya tidak nafikan cukup ramai pembaca Melayu yang sukakan "cerita-indah", orang PAS baca Harakah/Tranungkite blog PAS, orang UMNO baca Utusan dan blog UMNO.

Jika Jed ingin mengetahui betapa dengkinya Melayu sesama melayu, cuda daftar Tranungkite/MYKMU menggunakan nama gelaran seperti melayu, hantar artikel dalam BM.

Sabtu, 1 November 2008

Apa Kaitan Lim Guan Eng, Ali Rustam dengan Mumbai?

Kalau anda ingin mengkaitkan Ali Rustam dengan Mumbai, mudah sahaja, kaitkan dengan Shah Rukh Khan.

Bagaimana pula hendak mengkaitkan Lim Guan Eng dengan Mumbai? Apa yang Lim Guan Eng sudah buat dengan Mumbai?

Sejak kecil saya hanya mendengar "bombay", entah bagaimana, nama itu hilang tanpa saya sedari.

Kemudian nama Mumbai muncul, agak popular bandar Mumbai, rupanya Mumbai adalah nama baru bagi Bombay.

Hari ini di CNN , BBC, Slashdot tidak lagi kedengaran nama Bombay,

Bombay telah ditukarnama menjadi Mumbai pada 1995, iaitu 13 tahun yang lalu. Bagi saya ini satu kejayaan yang agak baik.

Di Malaysia, "Pulau Pinang" dan "Melaka" walaupun nama rasminya "Pulau Pinang" dan "Melaka" dikenali oleh dunia sebagai "Penang" dan "Malacca". Berbanding Mumbai, ia dipanggil Bombay ketika nama rasminya "Bombay", Bombay akan tenggelam setelah nama rasminya ialah Mumbai.

Di Malaysia "Pulau Pinang" dan "Melaka" sudah lama menjadi nama rasmi bagi dua negeri tersebut. Tidak dinafikan "Penang" dan "Malacca" tidak perlu dihapuskan terus kerana ianya bahan sejarah.

Apabila Pulau Pinang dan Melaka diangkat oleh UNESCO sebagai Heritage City, adakah "Melaka" yang diangkat atau "Malacca" ? "Pulau Pinang" atau "Penang".

Setelah diselidik rupanya "Melaka" dan "George Town" adalah tapak warisan UNESCO.

Melaka adalah nama asal bagi Melaka dan George Town adalah nama asal bagi George Town.
Manakala Pulau Pinang adalah nama asal bagi Pulau Pinang.

Suatu ketika dahulu, Ali Rustam pernah mengatakan bahawa "Melaka" perlu digunakan termasuk untuk merujuk kepada Negeri Melaka dan Bandar Melaka walaupun dalam Bahasa Inggeris.

Saya menyokong saranan itu secara bulat-bulat walaupun saya pembangkang.

Akan tetapi ianya tidak berlaku. Media tempatan berbahasa Inggeris pula yang menggunakan "Malacca". Bukti: cari "Malacca" di http://news.google.com .

Malacca masih lagi dirujuk sebagai nama rasmi bagi negeri Melaka.

Sekiranya gelaran datuk diberikan kepada Shah Rukh Khan untuk mempromosi "Melaka", mengapa Malacca pula yang dipromosikannya?

Lihat bagaimana Media barat, begitu cepat menyesuaikan diri dengan penukaran nama Bombay ke Mumbai, akan tetapi kenapa media tempatan cukup liat untuk menggunakan "Melaka" dan "Pulau Pinang"?

Inggeris telah menjajah India jauh lebih lama daripada Tanah Melayu tetapi mereka lebih cepat merdeka, dan lebih merdeka.

Di negeri Melaka, cukup sukar untuk mencari kemeja-T yang menggunakan nama "Melaka" di gerai-gerai cenderahati.

Ayuh Ali Rustam dan Lim Guan Eng, gunakan nama rasmi Negeri sendiri di serata dunia.
Berlainan parti politik, agama, kaum tidak menghalang untuk menjadi lebih merdeka.

Jumaat, 31 Oktober 2008

Saya Menyokong Ali Rustam Tapi Tidak Semua

Di blog Angkasanuri, terdapat berita akan satu cadangan Ali Rustam supaya
insentif RM 1000 diberikan kepada lelaki yang memperisterikan ibu tunggal.


Agak kontroversi juga apabila hanya yang sudah berkahwin yang pula yang diberi insentif, tetapi teruna yang mengahwini ibu tunggal tiada insentif?

Seronok juga sipencari jodoh kalau boleh dapat komisyen.

10%

WOW

Saya sememangnya suka melihat insentif diberikan kepada pasangan yang berkahwin, supaya dapat mengurangkan maksiat. Alasan tak cukup duit sering kedengaran bagi pasangan bercinta yang bercinta sampai bertahun-tahun tapi tak kahwin-kahwin. Tapi boleh tukar 'handphone selalu.

Bagaimana kita nak jawap?

YB Khalil mempersoalkan Wajarkah Elaun ADUN dinaikkan ?

Bagaimana pengunjung hendak jawap kalau ruangan komen ditiadakan?
Apa salahnya menjadikan komen itu "moderated" berbanding menyembunyikan komen yang ada.

Dalam persoalan itu, saya mengatakan wajar Elaun ADUN dinaikkan sebagai penyesuaian inflasi 8 % yang telah negara kita alami.

TV LCD Besar

Sebelum ini terdapat satu catatan blog Isteri saya mengenai TV besar.

Am now in jb. My sister's house is impressive (compared to mine). Love her widescreen tv the most. Kalau kat rumah ada tv ni, pergh heaven seyh!
Hairan juga, tang mana yang "Impressive" itu?


Mungkin kerana TV yang besar.


Sebenarnya, saya jenis orang yang tidak yakin dengan TV besar. Dulu saya pernah membeli TV terpakai 25" kerana takut TV 29" gambar tidak cantik.


Apabila TV 29" sudah menjadi popular dan harga jatuh, maka memang banyak TV 29" dipasaran yang agak murah berbanding dahulu, akan tetapi saya cukup takut untuk membelinya kerana tak mahu gambarnya lebih buruk dari TV 25" terpakai itu.


TV terpakai 25" itu harganya baru 5xx, kalau digantikan dengan TV 29" yang memburukkan gambar siaran astro, lebih baik kekalkan TV 25".


Maka keluar pula 1 versi TV CRT jenis 100Hz, gambarnya agak cantik apabila dipasangkan dengan astro berbanding dengan TV CRT 29" yang lain.


Bertahun juga menunggu harganya jatuh daripada 2 ribu lebih kepada 1999, sehinggalah 1599 baru beli.
Kini tiada lagi dipasaran.


Apabila budaya TV diLCDkan, maka ramaikan mengLCDkan TV masing-masing.


Tahun lepas, saya ada membuat perkiraan tentang TV LCD 32" yang menggiurkan.


Perkiraan menunjukkan gambar astro akan menjadi lebih kecil kalau menggunakan nisbah 4:3
Bodohlah kalau ganti TV CRT 4:3 29" dengan TV LCD 16:9 kalau guna mod 4:3.


Maka mungkin nilai yang sesuai ialah lebih daripada 32.
Saya belum membuat perkiraan dengan 37"



Petang semalam saya berborak dengan seorang tauke TV yang agak peramah. dia mencadangkan TV LCD 37" Panasonic. Apabila saya ceritakan kerisauan takut kualiti lebih teruk dari sekarang, maka dia tunjukkan siaran dari antena biasa dan bertanya, adakah kualiti sebegitu boleh diterima?

Entahlah.


Saya tidak suka tengok TV siaran 4:3 yang dikembangkan menjadi 16:9.

Terdapat juga TV skrin lebar yang nisbahnya tidak tepat 16:9, maka ia agak lebih sesuai untuk menerima siaran 4:3


14:9 juga dikira skrinlebar.


Ada juga TV LCD yang resolusinya rendah walaupun saiz skrinnya besar.


Di dalam blog Abu Umar Nashrullah (bunyi macam Abu Umar Hasbullah), terdapat satu catatan tentang harga TV LCD yang akan jatuh.


Saya agak pasti harga TV LCD 32" akan jatuh, dalam setahun dua, akan tetapi TV LCD 37" 1080p lambat lagi agaknya untuk jatuh.


Tunggu sehingga 2012?

Khamis, 30 Oktober 2008

Teguran Seorang Kawan

Semalam saya berborak dengan Perisik Rakyat tentang satu perkara, tiba-tiba saya rasa bersyukur kerana saya ada kawan dalam dunia nyata yang menegur saya jika terdapatnya kesalahan saya.

Sebelum ini saya pernah menegur kawan saya, kerana rumahnya mempunyai patung arnab, tak perlu dinyatakan siapa, akan tetapi dia menerima teguran itu dengan baik. Dia kawan saya.

Dia kawan saya, kalau semua orang "kawan" segan nak tegur, siapa lagi yang nak beritahu?

Di dalam dunia blog juga ada kawan yang tegur kawan.
Ada yang tak boleh terima teguran.
Ada yang boleh terima, ada yang cukup "berterima kasih".

Apabila tidak menerima teguran, akan mengakibatkan kawan sudah tidak mahu menegur lagi.
Maka jadikan "No Komen".

Di negeri Perak pula , Setiausaha politik Ir Nizar, Saudara Misbahul Munir cukup berterima kasih kerana kawannya menegurnya.

Kawan saya pun ambil gambar. Jadi maafkanlah saya ye. Tak payah padam pun tak apa. Saya bukan hipokrit. Cerita apa yang sebenarnya. Terima kasih kerana menegur

Saya bersyukur kerana saya masih lagi ada kawan yang boleh menegur saya.

Tatkala umur meningkat, kalau tiada siapa yang menegur, siapa lagi yang menegur?
Kalau berjawatan tinggi, makin ramai orang akan segan untuk tegur.

Cuba ingat balik, bilakah kali terakhir kawan anda menegur anda demi kebaikan?

Google+ Hasbullah Pit