Adakah anda semua PASTI babi di Malaysia adalah untuk dalam negeri dan bukannya untuk dieksport ke Singapura?
Persoalan itu saya tak tahu jawapannya, akan tetapi selalu juga nampak lori bawa babi di lebuh raya.
Di
Blog ALHUSSEYN, ada menunjukkan statistik bilangan babi di Malaysia.
Manakala di
Blog Ali Rustam, mengatakan hanya 40k-60kOleh sebab itu, kerajaan Melaka sentiasa memastikan jumlah ternakan tidak melebihi had yang telah ditetapkan iaitu antara 45,000 hingga 60,000 ekor sahaja. Manakala kawasan ternakan yang dibenarkan hanyalah di kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah.
Bukan saya kata, Ali Rustam yang kata.
Jauh pula beza 150k babi dengan 60k babi.
Jika 60,000 had maksimum bilangan babi di Melaka adalah BENAR, nilainya bagi saya tetap terlalu tinggi untuk negeri sekecil Melaka, dengan bilangan penduduk sekitar 648,xxx orang sahaja.
Adakah Kerajaan Negeri mengamalkan dasar
"10 penduduk seekor babi"?
Adakah Negeri Melaka mempunyai lembu sebanyak itu?
Jika nilai 150,000 ekor babi diambil kira, maka dasar 10 penduduk seekor babi perlulah ditukar ke dasar
"4 penduduk seekor babi"atau kalau dibiarkan, ia akan tak mustahil menjadi
"1 penduduk 1 babi"
Negeri Sabah yang mempunyai peratusan penduduk bukan Islam lebih tinggi, bilangan penduduk keseluruah 2.4 juta, hanya mempunyai 69xxx ekor babi.
Adakah Benar Melaka tidak mengeksport babi ke Singapura?
Mari kita ke
australia seketika untuk melihat 1 hasil kajian tentang Bursa babi di Singapura.
The adjacent Malaysian mainland is the primary source, but nearby islands of Indonesia and other South-East Asian countries also deliver produce to the island.
Malaysian pig-farmers stopped pig supplies to Singapore for three days. Because 70% of supplies were coming from Malaysia at the time, the boycott caused havoc in the pork market and attracted much public attention. Pork prices jumped and many butchers' stalls were closed.
Bayangkan, 70% bekalan babi Malaysia datangnya dari Malaysia, sehingga berkuasa untuk memboikot Singapura sehingga peniaga singapura tutup kedai.
Maka,
SAYA TIDAK PERCAYA BABI DI MELAKA TIDAK DIEKSPORT KE SINGAPURA.
Negeri Selangor yang dikatakan hanya ada 250,000 ekor babi, dikatakan untuk penduduk Selangor dan Kuala Lumpur.
Eh tunggu, bukankah Kuala Lumpur tu di bawah persekutuan? biar persekutuan yang tentukan daripada mana bekalan babi untuk Kuala Lumpur diperolehi. Mengapa mesti tanah selangor yang perlu dicemarkan untuk permintaan babi penduduk persekutuan?
Mana dia penyelesaian dari peringkat persekutuan?
Saya melihat permasalah babi ini sebagai masalah persekutuan.
ANDAIKATA, negeri selangor boleh mengawal babi di negeri mereka dengan baik, tentunya kos meningkat harga seekor babi di Negeri Selangor jauh lebih tinggi berbanding Babi di Negeri Melaka.
Pembeli babi nak beli babi dari Melaka atau Selangor?
Pembeli babi Singapura nak beli babi Melaka atau Selangor?
Bagi saya, isu babi ini sepatutnya ditangani di peringkat persekutuan, Jikalau 1 negeri tegas, satu negeri "boleh dibeli", maka penternak babi akan lari ke negeri yang boleh dibeli.
Jika difikirkan, pengharaman penternakan babi di Malaysia adalah langkah yang baik untuk alam sekitar di Malaysia. Pemakan babi boleh mengimport dari Vietnam.
Vietnam adalah pengeksport babi yang agak besar.
Kalau nak difikirkan diri sendiri seperti Singapura yang tak boleh ternak babi tetapi membeli sebanyak-banyaknya dari Malaysia. Kita pun boleh buat begitu.
Akan tetapi adalah satu langkah yang tidak beretika. Daging dibawa ke Malaysia, tahi ditinggalkan di Vietnam.
Akan tetapi ia jauh lebih baik daripada "Daging dibawa ke Singapura, tahi ditinggalkan di Melaka". Tahi di Melaka bererti tahi di Malaysia.
Jadi cadangan saya:
- Kerajaan Persekutuan mesti haramkan terus penternakan babi.
- Penternak-penternak babi di Malaysia habiskan stok.
- Dapatkan duit modal.
- Kumpul duit modal penternak babi dijadikan satu "konsortium penternak babi di Malaysia".
- Kemudian Konsortium itu melabur di membuka ladang berteknologi tinggi di Vietnam.
- Sekiranya terbukti Konsortium itu tidak mencemarkan alam sekitar Vietnam, baru beri kelonggaran untuk ternak babi di Malaysia.