Rabu, 26 Ogos 2009
Selasa, 25 Ogos 2009
Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil N11 Permatang Pasir
Keputusan rasmi akhir
Ustaz Salleh Man ( PAS ) - 9618 undi
Rohaizat Othman(BN) - 5067 undi
Majoriti : 4551 undi
undi rosak : 83
Keluar Mengundi :14,832 (73.1 %)
Jumlah Pengundi : 20,290 orang
Keputusan tidak rasmi:
PAS 9712
BN 5050
MAJORITI : 4662
JUMLAH UNDI ROSAK : 43
Ustaz Salleh Man ( PAS ) - 9618 undi
Rohaizat Othman(BN) - 5067 undi
Majoriti : 4551 undi
undi rosak : 83
Keluar Mengundi :14,832 (73.1 %)
Jumlah Pengundi : 20,290 orang
Keputusan tidak rasmi:
PAS 9712
BN 5050
MAJORITI : 4662
JUMLAH UNDI ROSAK : 43
Kenapa tatkala krisis gula ini, orang tak berebut-rebut tanam tebu?
Kenapa?

Isnin, 24 Ogos 2009
Nak buat Kuih, Tak ada 'Mixer' di rumah?
Adakah patut isteri saya mengatakan bahawa di rumah tiada mixer untuk mengadun?
Kalau dicari betul-betul, pastikan ketemu.
Tepat 1.30 aku mula operasi. Dahla mixer takde, puas aku godek pakai senduk. Tengok-tengok pula yogurt kurang. Sepatutnya 1 1/2 bekas, tapi aku beli satu. Alah belasah je lah. Sendiri nak makan.
Kalau dicari betul-betul, pastikan ketemu.
Ahad, 23 Ogos 2009
Zahid Nafi Guna Agensi Kerajaan, tetapi Azlina mengaku
UMNO secara terang-terangan menggunakan agensi Kerajaan dalam kempen pilihanraya.
Ini dibuktikan dalam media pro UMNO sendiri, bahawa SEPAKAT, atau Biro Pengaduan UMNO Pulau Pinang, menggunakan Agensi Kerajaan Kor Perubatan ATM, dan kadang-kadang dengan "doktor kerajaan".
SEPAKAT, ATM tawar pemeriksaan kesihatan
Yang peliknya ialah, Zahid menafikannya, tatkala orang suruhannya begitu berbangga menggunakan agensi kerajaan.
Tak hairan kalau satu ketika nanti, Pemuda UMNO membuat laporan bahawa wujudnya pihak yang menggunakan agensi kerajaan ketika pilihanraya, sebagaimana mereka membuat laporan wujudnya pengundi hantu.

Jumaat, 21 Ogos 2009
Dollar Dollar Dollar
Penentangan terhadap penggunaan Matawang USD harus diteruskan.
Matawang USD adalah senjata utama Amerika untuk memperoleh komoditi di dunia tanpa perlu berperang.
Nilai matawang USD masih tinggi sejak pertengahan tahun lepas, walaupun berlakunya bailout, defisit bertrilion, tetapi ia masih tinggi.
Obama cukup risau kalau China tidak beli "hutang"nya. Tetapi China beli juga.
Suatu ketika dulu indeks USD sudah jatuh ke tahap 75, namun ia boleh naik dan hanya turun setakat 78.xx sahaja.
Mahu tak mahu, kalau kita serang USD, kita akan rasai impaknya juga.
Syed Akhbar Ali memberi Amaran juga. Jauhi USD.
Sebelum ini, ada kenyataan tentang Bon 'Emas' dalam USD di Laman Web Bank Negara.
3 bilion USD + 1.5 bilion USD = 4.5 bilion USD
lebih kurang RM 15 Bilion harta milik negara dalam USD
Obama pun dah cuba nak kurangkan defisit.
Ada pihak suruh batalkan pakej rangsangan.
Makin banyak defisit Amerika, makin banyaknya risiko penurunan dollar yang orang kita simpan.

An Urgent Note To Bank Negara Malaysia & Petronas
Sebelum ini, ada kenyataan tentang Bon 'Emas' dalam USD di Laman Web Bank Negara.
10 August 2009 : Press Statement
Landmark Issuance of Emas Dollar Bond and Emas Dollar Sukuk by Petronas
3 bilion USD + 1.5 bilion USD = 4.5 bilion USD
lebih kurang RM 15 Bilion harta milik negara dalam USD
Obama pun dah cuba nak kurangkan defisit.
Ada pihak suruh batalkan pakej rangsangan.
Makin banyak defisit Amerika, makin banyaknya risiko penurunan dollar yang orang kita simpan.
Rabu, 19 Ogos 2009
Bulan Baru Astronomi tidak bererti 1 Ramadhan
Bulan Baru atau New Moon atau Ijtimak dalam ilmu falak, tidak membawa maksud esoknya ialah bulan baru kalendar Hijrah.
Bulan dalam kalendar hijrah adalah merujuk kepada ketampakan anak bulan dan bukannya bulan baru astronomi.
Pening?
Anak bulan hanya boleh dilihat setelah berlakunya ijtimak atau bulan baru.
Berbanding dengan kalendar Cina, bulan baru bermula pada hari berlakunya ijtimak.
Pada 20 Ogos 2009, adalah 1 haribulan bagi bulan baru.
Akan tetapi dalam kalendar Hijrah ianya bukan 1 Ramadhan.
Sekiranya anda pernah mendapat emel sebegini:
Yang berlaku pada jam 6:01 petang ialah ijtimak atau bulan baru atau new moon.
Anak bulan hanya boleh kelihatan setelah berlakunya ijtimak dan kena syarat-syaratnya.
Di Malaysia ada syarat "8 jam", iaitu anak bulan hanya boleh kelihatan setelah usia bulan lebih daripada 8 jam.
Secara teorinya sebegitu.
Ada pendapat supaya syarat 8 jam itu dinaikkan ke 12 jam, memandangkan rekod dunia kenampakan anak bulan hanyalah pada usia bulan 11 jam lebih.
Disebabkan kesepakatan untuk guna 8 jam, maka kita guna 8 jam.
Kalau 8 jam dikatakan agak mustahil untuk melihat anak bulan, inikan pula pada usia bukan 1 jam lebih.
Tapi kita cerap juga anak bulan, kalau-kalau ia boleh muncul dengan kuasa Allah.

Menurut kiraan astronomi hari 01 Ramadhan ialah pada 21 Ogos 2009, Jumaat. Dan 01 Syawwal ialah pada 19 September 2009, Sabtu. (20 Ogos, jam 6.01 petang awal bulan; dan 19 Sept. jam 2.44 pagi awal bulanIanya tidak boleh menentukan bahawa 21 Ogos adalah 1 Ramadhan.