test

Jumaat, 7 Ogos 2009

Gambar bersama 2 Lai


Di pusat Polis Simpanan Persekutuan Cheras, ketika ditahan bersama 2 Lai.
Laila dan Laicee,

Khamis, 6 Ogos 2009

Tindakan Politik Anda Hari Ini

Sedikit sebanyak, tindakan politik anda hari ini akan memberi kesan terhadap anak cucu kita.

Adakah Tindakan politik anda hari ini anda rasa cukup betul supaya anda tidak dimarahi oleh anak cucu kita nanti?

Adakah tindakan politik UMNO menolak Memorandum Kongres Melayu II demi Suruhanjaya Reid betul bagi anda?

Adakah tindakan politik UMNO menolak Wasiat Raja Melayu demi suruhanjaya Reid adalah betul?

Adakah tindakan politik anda mengenai PPSMI hari ini anda rasa betul bagi anak cucu anda?

Adakah tindakan politik anda terhadap I.S.A betul bagi anak cucu anda?

Anak cucu kita akan tanya, apa tok nenek kita dulu buat, kehinggakan kerosakan yang bermula dari penjajahan itu kekal walaupun setelah 52 tahun merdeka.

Telah berlakunya seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Al Helmy, walaupun dia sudah lama tiada.

Tidak mustahil suatu hari nanti akan wujud seminar pemikiran Nasrudin Tantawi, Seminar Pemikiran Khairul Faizi , Seminar Pemikiran Salahuddin Ayub dan lain-lain.

Adakah anda berada dalam pasukan yang betul?

Itupun akan dipersoalkan oleh anak cucu kita nanti.

Apa yang Atuk kau buat ketika berlakunya H1N1?

Apa yang Atuk kau buat bila berlakunya krisis ekonomi?

Sekiranya anak cucu kita berminat dengan kemahuan politik kita, sekiranya ianya tidak berjaya hari ini, ia akan diteruskan oleh anak cucu kita.

Rabu, 5 Ogos 2009

Kes H1N1 meningkat di Merlimau

Kalau nak berniaga topeng H1N1 sebegini, Berapa harga patut dijual?


RM 3 sesuai?

Perbezaan Bangsa UMNO dengan Bangsa Melayu dari sudut pandangan terhadap Bahasa Melayu

Apa perbezaan ketara antara Bangsa UMNO dengan Bangsa Melayu dari sudut pandangan terhadap Bahasa Melayu?

Bangsa UMNO bertutur dalam Bahasa Melayu, tetapi mengagungkan Bahasa Inggeris.
Berucap dalam Bahasa Melayu, tetapi nama tempat dinamakan dalam Bahasa Inggeris.
Melaka Planetarium, Eye on Malaysia, "MQA".

Bangsa Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, tetapi menggunakan Bahasa Melayu pada nama tempat, nama syarikat.

Bangsa Melayu yakin Bahasa Melayu boleh menjadi Bahasa Ilmu, akan tetapi Bangsa UMNO yakin Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa Ilmu walaupun setelah tamadun Barat jatuh.

Bangsa Melayu mengajak bangsa lain untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu sebagai platform perpaduan.

Bagi Bangsa UMNO perpaduan hanya wujud dalam BN.

Bangsa UMNO menyebut "1Malaysia' sebagai "one Malaysia"

Manakala Bangsa Melayu menyebut "1Malaysia" sebagai "Satu Malaysia".

Bangsa Melayu akui banyak istilah Bahasa Melayu diserap daripada pelbagai bahasa, arab, cina, portugis,

Bangsa UMNO hanya percaya istilah Bahasa Melayu hanya boleh diambil daripada perkataan Inggeris.

Bangsa UMNO mempertahankan PPSMI.
Bangsa Melayu menolak PPSMI.

Selasa, 4 Ogos 2009

Dibebaskan dengan Ikat Jamin , Makanan di Lokap

Saya antara "17" yang lambat dibebaskan dalam penangkapan ketika Demonstrasi Mansuhkan I.S.A.

Saya ditahan pada  11 pagi 1 Ogos, dan keluar lebih kurang pukul 6 petang 3 ogos.

Sebenarnya bukan "17 yang belum dibebaskan", ianya 30.
Kalau tidak termasuk YB Sivarasa, 24 lelaki & 5 perempuan.
1+24+5 = 30.

Ramai yang ditangkap ketika hari demonstrasi, ramai juga yang tidak sempat berdemonstrasi, tetapi sudah ditangkap.


Dalam ratusan yang ditangkap ketika hari itu, tidak sampai seratus yang berjaya polis bawa lari ke Bukit Jalil untuk diremankan.

Orang Melaka ialah saya, Jazlan, Fetri dan Helmi (Unit Amal),

Pada hari ahad, berlakunya perbicaraan dimana pihak polis perlu meminta tambahan haridireman, namun ramai dibebaskan kerana didapati tiada keperluan untuk menambahkan bilangan hari untuk direman.

Maka tinggallah 26 orang lelaki sahaja.

Sel YB Sivarasa berhadapan dengan sel saya, disebabkan kesemua penghuni sel beliau telah keluar, maka dia dipindahkan ke sel C2 bersama saya, Jazlan (Sempang), Fetri (Sempang) dan Syukri (Jertih).

Maka duduklah satu malam bersama YB Sivarasa, sempat juga diadakan sesi bersenam bersama Ahli Parlimen Subang.

Dia beryoga, kemudian saya meniru aksinya tanpa mengikut aksi yang berupa keagamaan.
YB Sivarasa boleh merengang otot dengan baik berbanding saya yang jauh lebih muda.

Makanan?
Di Malaysiakini, ada menyebut tentang YB sivarasa 'bercerita' tentang makanan, akan tetapi saya bukan jenis manusia yang suka merungut tentang makanan.

Saya bukan orang sebegitu, saya menghargai makanan, sudah berkali-kali saya menulis di blog tentang kupon makanan, stok penimbal beras, dan subsidi beras.

Baru-baru ini, ketika berlakunya banjir di Kampung Kilang Berapi Merlimau, saya yang memulakan tindakan supaya diagihkan beras secepat mungkin. Tindakan saya hanyalah berbentuk 2 pucuk SMS, dan kemudian menggerakkan hati-hati mulia untuk menginfakkan beras dan seterusnya dapat diagihkan kepada 29 keluarga.

Di lokap, memanglah makanan tidak semewah di rumah, atau di sekolah berasrama. Akan tetapi saya tahu bahawa ramai lagi manusia yang tidak cukup makan di dalam negara yang melimpah ruah hasil buminya.

Isteri saya pernah bercerita tentang bagaimana ada pelajar Politeknik Merlimau yang hanya membeli nasi dengan kuah sahaja. Ada juga yang makan mee segera.

Di lokap, menu pagi roti bersama planta dengan teh O sejuk.
Tengahari atau malam ada 2 menu.

1. Telur rebus berserta sedikit sayur kobis.
2. Ikan selar kecil goreng beserta sedikit sayur kobis.

Bagi saya ianya cukup untuk terus hidup, ada protien sedikit, ada sayur sedikit.
Boleh mempraktikkan "Berhenti Makan sebelum kenyang".
Apabila nasi sudah habis, kita masih belum kenyang, tetapi ianya cukup-cukup.

Ada orang kaya diluar, hanya makan nasi dengan sumber protien tanpa sayur. Alangkah ruginya anda kalau tidak makan sayur.

Penahanan saya dilokap menyebabkan saya lebih dikenali di kalangan pemimpin PAS, maka agak lebih mudah untuk menyebarkan idea "Stok Penimbal Beras PAS".

Sabtu, 1 Ogos 2009

'Officially 120 datuk'

Di Hq Fru Cheras

Kempen Anti Keganasan Amerika Dijayakan...

Bagi menjayakan Kempen Anti Keganasan Amerika, Amerika tidak perlu
menangkap, membicarakan suspek "pengganas", kerana mereka boleh
menggunakan perkhidmatan "ISA" yang dibekalkan oleh Malaysia.

Bangsa UMNO pula mencanangkan bahawa ISA perlu bagi Melayu

Google+ Hasbullah Pit