Kali ini demonstrasi menentang kapitalisme tidak diganggu polis sebagaimana berlaku ketika sidang G20. Mungkin kerana ianya tidak dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.
Sepanduk itu disediakan oleh para pelajar, di gerai yang memaparkan bagaimana kaitan sistem wang kertas dengan 'Great Depression'. Memang sukar untuk menerangkan bagaimana kaitan wang kertas dengan peluang pekerjaan. Namun saya pernah terangkan di sini.
Gambar di atas menunjukkan kreativiti para pelajar Dr Halim, untuk menerangkan konsep dinar/dirham kepada orang ramai. Saya datang ke sana bukan untuk diterangkan supaya difahami, tetapi ingin mengetahui sejauh mana pemahaman para pelajar.
Ini adalah satu gerai yang cuba menggambarkan revolusi kewangan yang ke arah emas semula.
Bangunan "wang kertas" akan tumbang dan digantikan dengan piramid emas.
Terdapat satu gerai yang menyediakan wang kertas untuk dipijak.
Maka 'perusuh' tadi memijak wang kertas sambil memegang wang emas. Secara simboliknya menunjukkan emas akan satu hari nanti generasi akan datang akan menolak wang kertas.
Disebabkan para pelajar tidak mampu memiliki dinar, maka syiling emas palsu disediakan. Sepatutnya 'syiling emas palsu itu adalah hadiah bagi permainan, tetapi ianya diberikan percuma kepada 'perusuh kecil' itu.
Dan kemudiannya wang emas itu boleh dimakan oleh perusuh kecil itu bersama bapanya.
Terdapat satu gerai yang saya tidak sempat saya ambil gambarnya, menyediakan 1 keping sampel wang zimbabwe bernilai 50 bilion. Pelajar itu meminta saya memilih beberapa barangan. Maka saya memilih buku nota.
Pelajar itu mengatakan tekaan saya tepat, kerana nilai 50 bilion wang zimbabwe itu hanya mampu untuk membeli sebuah buku nota.
Pemahaman para pelajar agak memuaskan.
Pensyarah, Dr Halim agaknya, meminta pengunjung gerai mereka menulis nama sebagai tanda mereka telah diterangkan. Dan saya menggunakan kesempatan itu untuk menguji pemahaman para pelajar.
Mereka faham tentang pengeluaran wang kertas berleluasa yang menyebabkan inflasi, namun apabila saya sebut "Macam Najib 60 bilion", mereka nampak terpinga-pinga. Mereka tidak boleh mengakitkan pakej rangsangan 60 bilion ringgit, oleh Najib itu sebagai satu kaedah penciptaan wang kertas sewenang-wenangnya.
Terdapat satu gerai yang menyediakan video untuk ditonton pengunjung, maka saya tontonlah bersama 'perusuh kecil', saya katakan pada pelajar itu 'saya sebenarnya sudah faham'. Kemudian saya terangkan pada tentang perak.
"Dinar sebenarnya boleh diumpamakan sebagai 'FD', manakala matawang untuk urus niaga adalah dirham."
Dinar umpama 1 keping nota RM 500 yang jarang digunakan, manakala yang sepatutnya dijadikan urusniaga ialah perak, dimana perak boleh digunakan untuk membeli roti, ayam dan sebagainya.
Sebenarnya tujuan asal saya ke sana adalah kerana 'souk'.
Ingin juga saya melihat model souk Dr Halim, namun ia agak mengecewakan. Tidak seperti
model souq yang saya impikan di Jasin (AJK DPPKJ mesti klik sini) . Tidak wujud suasana dimana, seolah-olah sesiapa sahaja boleh berniaga.
Mahu tak mahu saya teruskan merealisasikan Souq itu melalui DPPKJ.
Akhir sekali, ini hasil tangkapan....
Semua percuma, kecuali Kemeja-T.