test

Ahad, 3 Mei 2009

Liberisasi Ayam

Tatkala ramai orang sikbuk tentang Liberisasi ekonomi, tiba-tiba harga ayam naik dan ayam diugut akan dijadikan barangan kawalan.

Maka akan hilanglah status ayam sebagai binatang, kerana ia sudah menjadi "barangan".

Perlukah ayam merusuh?

Apa yang hendak dihairankan kalau harga ayam naik?
Harga ayam yang dinilai dalam duit kertas pasti naik apabila Najib cetak 60 bilion.

Memanglah harga ayam dalam matawang itu akan naik, apabila matawang itu sudah berlebihan.

Jadi Harga ayam kononnya akan dijadikan barangan kawalan, tetapi sebelum ini sudah ada harga syiling, lebih kurang dikawal jugalah.


Yang paling pening kepala ialah peniaga ayam, sudahlah terpaksa beli dengan mahal, pengguna pula nak murah.

Penternak pula nak juga naikkan harga ayam.

Peniaga ayam seolah-olah kehilangan hak untuk tidak membeli ayam, kerana dia hanya berniaga ayam.
Lainlah kalau peniaga ayam itu ada jual kambing sekali, maka bolehlah dia cakap:

"Hari ini aku taknak jual ayam, aku nak jual kambing"
Pengguna masih mempunyai hak memilih untuk tidak beli ayam, kerana boleh beli ikan atau sumber protien yang lain.

Saya tidak gemarkan sebarang bentuk kawalan harga, selagi masih gunakan wang kertas.
Lambat laun, harganya "terpaksa" dinaikkan juga akibat daripada lambakan kertas itu.

Biar dia apung, tetapi yang penting tiada monopoli.

Sabtu, 2 Mei 2009

Pemuda Harapan Perjuangan

Ustaz Kamarudin Sidek, bersama Khairul Faizi, dan Saudara Latif.




2 blogawan tersohor, "Minda Kembara" & "Assirkami"...

Menghormati Suara Demokratik di Penanti

Berlaku sedikit krisis soal kerusi di Penanti.

Memanglah PAS akan memberi laluan kepada PKR atas dasar perjanjian.

"(Keputusan) ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.

"Semua parti dalam Pakatan telah bersetuju, jika berlaku pilihanraya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihanraya umum sebelum itu," kata pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali.


Kejadian berpunca daripada usul di Mesyuarat Agung kawasan supaya PAS bertanding di kerusi itu & usul itu diluluskan, bagi saya ianya adalah secara demokratik di dalam PAS.


Namun, mungkin ramai perwakilan yang tidak tahu menahu tentang perjanjian sebegitu, yang mengatakan bahawa calon mesti daripada parti yang sama jika berlaku pilihanraya kecil.


Namun, kalau usul itu ditolak, maka akan berlaku perkara tidak demokratik.


Bukan hanya YDP kawasan yang bertindak sendirian, tetapi ianya keputusan majoriti. YDP kawasan perlu menghormati keputusan itu. Maka bagi saya langkah untuk "menunggu arahan atasan" adalah tepat.

Namun apa yang berlaku, ialah Anwar tetap umumkan calon PKR di Penanti tanpa merujuk kepada keputusan demokratik di dalam mesyuarat itu.

Perjanjian perlu dihormati dan Suara demokratik juga perlu dihormati.

Namun terdapat percanggahan ketika menghormati 2 perkara itu , sepatutnya ada perbincangan khas dilakukan antara pimpinan atasan PAS dengan PKR.

Jumaat, 1 Mei 2009

Politik di bawah Bayangan Ayahanda

Saya tidak faham, mengapa mesti Nik Abduh mesti dikaitkan juga dengan ayahandanya.
Ada pihak yang mengatakan dia hanya menumpang tuah ayahanda.

Ada baik buruknya masih ada ayahanda.

Orang yang tiada ayahanda, sedikit sebanyak terasa juga ketiadaan ayahanda.

Akan tetapi, apabila adanya ayahanda, gerak politik diri seolah-olah tidak begitu bebas berbanding dengan yang tiada ayahanda.

Yang dikenalpasti bebas tanpa ayahanda ialah Mujahid, Najib,saya.

Yang tidak begitu bebas kerana ada ayahanda ialah Mukhriz, Khairy, Nik Abduh, Mubin (kau tak kenal).

Dr Mujahid Yusuf, tidak perlu mendapatkan kelulusan ayahanda berkenaan Kelab Penyokong PAS.
Najib tak perlu kelulusan ayahanda untuk buat keputusan merepek-repek yang ternyata bercanggah dengan ayahandanya.

Atau mungkin juga 'Kelab Penyokong PAS' adalah idea ayahandanya yang tidak sempat dilakukan?

Dari segi nama, ada kalanya Mujahid masih lagi digelar "Mujahid Yusuf Rawa", begitu juga "Hishamudin Hussien Onn".

Oh ya, Hishamudin juga bebas daripada perlu mendapat kelulusan 'ayahanda'.

Adakah aku beruntung kerana ketiadaan ayahanda atau sebaliknya?
Entahlah.

Khamis, 30 April 2009

Kenapa Abah Sibuk dengan Makanan?

Seorang anak bertanya kepada emaknya,

"Mak, Abah nak buka kedai makan kah?"
"Kenapa abah asyik sebut makanan?"
"Abah nak buka kedai makan kah?"

"Entahlah" jawap Fatimah.

Namun, Fatimah juga ingin tahu apakah benar suaminya akan membuka kedai makan?

Dia mendekati ruang tamu, untuk curi dengar perbualan suaminya itu, namun tidak berapa jelas.

kedengaran ....

"bla bla bla bihun, "
"bla bla bla beras , kopitiam"
"bla bla bla "bihun"
"bla bla Mee Segera ,  "Mi Celup" ," Telur Rebus."
"bla bla Tempoyak,"

Lalu Fatimah ke dapur semula untuk memberitahu anaknya,

"Abah kau cerita politik"
"Bukannya berniaga"

Adakah Aku Juga Buat Kerja Bodoh dalam PAS?

Masih teringat-ingat petikan tulisan Nik Abduh tentang kerja bodoh dalam PAS.

Kali ini dipetik daripada kerja-kerja bodoh dalam PAS bahagian ke 2.


Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.

Sejak dari awal lagi apabila disebut sahaja "Kerajaan Perpaduan", saya terus mengutarakan maksud yang tidak benar.

Kerajaan Perpaduan == Menolak Sistem Demokrasi Penjajah

Walaupun saya tidak pernah menggambarkan bahawa Kerajaan Perpaduan itu 'masuk BN' atau tubuh kerajaan bersama BN, namun saya telah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tidak benar.

Maka saya pun buat kerja bodoh juga?

Mana mungkin semua orang boleh fahami apa maksud 'Kerajaan Perpaduan' yang difahami oleh Tuan Guru Hadi Awang.

Maka tidak hairanlah kalau orang di sekeliling 'ayahanda' juga tidak memahaminya.

Saya tidak sangka pula 'Kerajaan Perpaduan' yang diperkatakan itu adalah 'ihsan' Barisan Nasional dan bukannya diperolehi secara hakiki. Masih lagi di bawah ruanglingkup sistem demokrasi sedia ada.

Saya terlalu jauh berfikir agaknya.

Mungkin ada perkara yang saya tahu, tetapi tidak difahami oleh 99% penduduk Malaysia.
Sekiranya perkara itu disampaikan secara salah di antara orang yang tidak faham kepada seseorang. Saya tidak rasa itu satu kerja bodoh.

Dunia demokrasi di Malaysia memang tidak adil.
48% undi popular tidak menjamin 48% kerusi.

Di Melaka PAS tidak menang satu kerusi pun. Peratusan kerusi 0% ia tidak bermaksud PAS melaka langsung tidak mendapat undi.

Kerajaan BN mendapat 100% kuasa di peringkat persekutuan, adakah ia membawa maksud bahawa 100% pengundi mengundi BN?

Sistem demokrasi ini perlu di tolak.
Sistem yang diwarisi oleh British.

Namun apa yang menyedihkan ialah walaupun 'Kerajaan perpaduan' diperkatakan, ianya masih dibawah ruanglingkup sistem demokrasi yang tidak adil ini.

Bagi saya, 'Kerajaan Perpaduan' adalah bukan soal antara PAS dengan UMNO, atau BN.

Saya tidak faham mengapa Tulang Besi begitu bergembira 'melondehkan Fraksi UMNO'.

Sebelum ini, Si Tulang Besi pernah mengatakan tentang 'Perpaduan Melayu'.
Pernah juga mengeluarkan hujah Apa Perlunya Kerajaan Perpaduan di Malaysia?

Seolah-olah menggambarkan 'kerajaan Perpaduan' itu adalah untuk 'Perpaduan Melayu', dan tidak perlu.

"UMNO", "Melayu", "BN" sebenarnya tiada kaitan langsung, sekiranya 'Kerajaan Perpaduan' sekiranya ia dilakukan atas dasar menolak sistem demokrasi British.

Eh, ada kaitan sedikit tetapi dalam arus bertentangan.

Disebabkan UMNO adalah penjaga kepentingan Inggeris di Malaysia, maka menyokong Kerajaan Perpaduan Hakiki dengan menolak Sistem Demokrasi British, adalah juga bermaksud menolak UMNO.

Bagaimana Tulang Besi boleh mengatakan penyokong 'kerajaan Perpaduan' sebagai Fraksi UMNO?

Adakah perlu saya melabelkan setiap orang yang masih akur dengan Sistem Demokrasi British termasuk TGNA & TGHH sebagai Fraksi British?

Tidak boleh, kerana maklumat belum  sampai.

Adakah perlu saya melabelkan setiap orang yang tidak faham konsep Dinar/Dirham yang terus menggunakan wang kertas sebagai fraksi Rothchild? atau "buat kerja bodoh untuk Rothchild?"

Selasa, 28 April 2009

Selamatkan Maklumat berbahasa Melayu di geocities

Yahoo telah memaklumkan bahawa mereka akan menutup geocities.com.

'Orang lama' seperti saya dan greenboc terhutang budi kepada geocities, di mana di situlah tempat bermain 'homepage'.

Di situ juga masih banyak kandungan statik yang berguna. Ianya akan terpadam begitu sahaja apabila Yahoo mematikan geocities.

Jadi jika anda penentang PPSMI yang berani mati, inilah peluang untuk menyelamatkan kandungan berbahasa melayu yang masih boleh berguna, supaya ilmu boleh disimpan untuk generasi akan datang.

cuba google "site:geocities.com sejarah"

mungkin ada maklumat yang anda berguna yang akan hilang dari dunia web setelah akibat dari tindakan Yahoo itu.

Apa yang anda boleh buat ialah, kalau ada wget ,


buat direktori sebagai contoh /home/sebol/arkib


$cd /home/sebol/arkib-geocities
$wget -r http://www.geocities.com/tokyo/flats/3795/

Ulangi langkah sama di direktori sama tetapi menggunakan alamat laman web lain.

Anda juga boleh ulangi langkah yang sama dengan mencari perkataan lain, sebagai contoh "site:geocities.com Bahasa" , "belajar", "pantun", "tarian", "petua", "resepi",

Atau mungkin ada mempunyai kaedah lain?

Google+ Hasbullah Pit