test

Selasa, 10 Mac 2009

Geri Halliwell Mahu Berduet Dengan Hishamudin ? (PPSMI)

Setelah melihat kejayaan Hishamudin mempertahankan kedaulatan Bahasa Inggeris di bekas tanah jajahannya, Mungkinkah Geri Halliwell agak berduet dengan Hishamudin Hussien?






Lagu apa yang ingin diduetkan?





Lagu "British Sayang Kamu"
(Muzik ditiru dari Dayang NurFaezah)

Klik



Kusayang kepadamu
British cinta kamu

Hatiku dihantui tanahmu
Sejak mula timah ditemu
Ekonomiku sembuh dari luka dulu
Bila memandang timahmu

Kuhanyut dibuai rasa rindu pada getahmu
Kuingin kan kau diperintah bersama denganku selalu


Kusayang kepadamu
British cinta kamu
Bilakan dapat bertemu
Kusayang kepadamu
British perlukan mu
Kau pengubat di kala krisis ekonomi

Hasil bumimu sentiasa membuatku tertawan pada kamu
Ikhlas konon dilafazkan  dari hatimu buat kucinta kamu
Kukaya dibuai komoditi padamu
Kuingin kan kau dijajah bersama dengan ku selalu...

Rap (Hishamudin):



Kumelayang-layang, terbayang-bayang
Sentiasa oh di depan mata, merata-rata, sini sana
Impi kubawa bahasamu terbang tinggi ke angkasa
Petik bintang berkelipan seakan aura yang diberikan
Lihat  bulan seperti marah melihat  kita berdua
Bisikan jiwa masih tertanya-tanya?
Adakah British masih tidak percaya yang aku cinta dia?
Mungkin ya? PPSMI ku tidak sempurna
Mungkin ya? Belai mesra kutidak seperti mahunya

Kusayang, kucinta tiada apa dipinta
Oh kita berdua akan terus bersama

Rap (Hishamudin):

Ya, sudah pasti sudah tentu
Bahasa Itu yang kumahu, itu yang kaumahu


British sayang kamu....




Kusayang kepadamu
British cinta kamu
Bilakan dapat bertemu
Kusayang kepadamu
British perlukan mu
Kau pengubat di kala krisis ekonomi

--

Rusia dan China PEROGOL?

Eh,
Saya tersalah baca penulisan Dziauddin yang bertajuk

Now China and Russia are pro gold and anti bonds

Anjing British Masih Belum Jumpa Jalan Pulang ke England

Beberapa Anjing British didapati berkeliaran kerana mencari jalan pulang balik ke England.
Sebagaimana pelayar British lambat jumpa Jalan Laut ke Asia, kini anjing British pula tak jumpa jalan pulang ke England.


 

Ada yang berkeliaran di padang.

Ada yang sedih.

Bantulah mereka.

Mereka mahu balik england tengok konsert.



dan pertandingan Ratu Cantik.


Kasihanilah mereka.
Mereka telah cukup setia dengan permaisuri Victoria, mempertahankan kedaulatan Bahasa Inggeris.
Tidak pernah Sembah Derhaka kepada Ratu Victoria.

Isnin, 9 Mac 2009

Unit Simpanan British Masih Belum Jumpa Jalan Pulang

Ketika kurun ke 15,  (1400 - 1500), orang Inggeris masih belum jumpa jalan Laut untuk ke Asia.
 
Hari ini, Unit Simpanan British masih belum lagi menjumpai Jalan pulang ke England.

Bagaimana mereka untuk balik ke Istana Buckingham? Belum jumpa jalan pulang.

Bagaimana polis british nak balik mengadap Permaisuri Victoria?

Eh, Tahukah mereka bahawa Permaisuri Victoria sudah lama mampus.


Kasihanilah mereka.


Gambar Unit Simpanan British sedang mencari Jalan Pulang ke England.



"Kita nak balik lalu mana bos?"
"Jalan Laut belum jumpa lagi kah?"
"Kalau lalu darat tak boleh kah?"



sumber gambar: minoq_jjinggo

Demonstrasi Membantah PPSMI di Melaka 8 April 2009

"Nasionalisme Baru" tahi kucing

Di blog Anwar diberitakan kononnya ada "Nasionalisme baru" berdasarkah "Ketuanan Rakyat".


Selagi persembadanan negara adalah disebabkan siapa jajah siapa,

Jangan bicara soal Nasionalisme baru.

Kalau persempadanan Negara masih ditentukan perjanjian Inggeris Belanda 1824,

Jangan bicara soal "Nasionalisme baru"

Kalau persempadanan negara ditentukan oleh Perjanjian Anglo-Siam 1909.

Jangan Bicara soal "Nasionalisme Baru".

Kalau 100% daripada kawasan negara adalah bekas jajahan British,

Jangan Bicara soal "Nasionalisme Baru".

Terbukti Hishamudin Tidak Cukup Membaca

Agak pelik kenyataan Hishamudin Hussien selaku 'Minister of Lesson' bagi British Malaya.

Hishamudin sebelum ini mempersoalkan kenapa baru menentang PPSMi setelah bertahun-tahun ianya dilaksanakan.
Cari sahajalah maklumat di hujung jari.

Hishamudin juga mengatakan bahawa ianya didalangi oleh 'Pembangkang'.

Secara terang-terangan PAS membantu GMP. Memang PAS ada terlibat, dan PAS tidak sorok.

PAS bersungguh-sungguh membantu GMP, sehingga menyediakan Unit Amal bagi menjayakan perhimpunan yang GMP mahukan. Unit Amal PAS yang dipula dipukul oleh Unit Simpanan British yang setia dengan jelmaan Permaisuri Victoria.

Hishamudin tidak dapat maklumat sebegitu kah?

Sumber berbahasa Inggeris yang kononnya lengkap sebagai "sumber ilmu" tidak menyediakan maklumat sebegitu kah?

Dulu, bukan main cerita kononnya Samad Said diperalat pembangkang.
Hakikatnya, PAS rela diperalatkan oleh golongan Akademik demi masa depan para pelajar.

Adalah lebih baik diperalat golongan akademik, berbanding diperalat oleh jelmaan permaisuri Victoria.

Google+ Hasbullah Pit