test

Ahad, 8 Mac 2009

Video Unit Simpanan British Mempertahankan Kedaulatan Bahasa Inggeris

Ketika Demonstrasi menentang PPSMI , Unit Simpanan British telah dikeluarkan dari simpanannya untuk mempertahankan Bahasa Inggeris.

Kedaulatan Bahasa Inggeris berjaya dipertahankan oleh mereka setelah mereka mengawal "Jalan Atas"  yang perlu dipanjat oleh pendemonstrasi.

Maka Unit simpanan British itu perlu menguasai bahagian yang boleh dipanjat (gambar kawasan yg boleh dipanjat tidak jumpai pula).

Maka Unit Simpanan british melakukan aksi ke arah penguasaan itu.

Livat video

Penyokong PPSMI juga pelik

Dulu mereka kata golongan yang anti PPSMI sebagai golongan yang tidak mahu belajar Bahasa Inggeris.

Mereka katakan golongan pencinta bahasa ini hanya taksub bahasa, kononnya sanggup korbankan bangsa kerana bahasa.

Segala mak nenek hujah pentingnya Bahasa Inggeris itu dikeluarkan.

Dengan 'orang bahasa', mereka bolehlah kata sebegitu. Kebanyakan orang bahasa adalah orang sastera.



Tidak cukup itu, hujah "gas pemedih mata" juga digunakan untuk mempertahankan keagungan Bahasa Inggeris.

Tetapi apabila golongan aliran sains yang anti PPSMI pula bersuara, hujah mereka menjadi lain pula.

Apabila penentang PPSMI datang dari golongan yang mahir berbahasa Inggeris, hujah mereka bertukar.



Saya menyokong PPSMI kerana saya pelajar aliran sains yang lemah dlm BI. Biasanya yg menentang PPSMI ni bukan aliran sains di universiti atau dia memang pandai English di sekolah menengah lagi. Golongan ini tak nampak kegunaan PPSMI kerana mereka tidak mengalami!Maka, mereka tentang tanpa memperdulikan kesannya kpd generasi akan datang didorong oleh dasar bahasa negara (apakah dasar ini tidak mungkin jadi seperti yang disifatkan oleh Nabi Yusuf a. s. dlm Quran “…sammaitumuha antum wa aba ukum..”!). Menyokong membabi buta memang salah, tetapi membantah membabi buta pun salah!


Mana perginya tohmahan kononnya penentang PPSMI tak mahu belajar bahasa Inggeris?
Tidak boleh digunakan sebagai senjata lagi kah?

Bukankah Polis British menyokong membabibuta dasar PPSMI sehingga mengeluarkah hujah gas pemedil mata?
Besar sungguh jasa British menubuh pasukan polis. Sehingga hari ini, British tidak boleh dicabar, Ketuanan Inggeris dijaga rapi oleh mereka.

Demo PPSMI: 5 Polis British Cawangan Khas Kena Jerkah

Apa terjadi selepas A.Samad Said kelihatan seperti ditahan polis British?

Ketika itu saya berada di kawasan atas, akibat daripada gencatan serangan gas pemedih mata apabila adanya Samad Said.

Makin ramai orang berjaya naik ke atas.

Pendemonstrasi di arah untuk beredar, tetapi saya beredar di satu taman di sebelah kanan.

Di sini hanya ada tidak sampai 10 orang pendemonstrasi yang berlindung disitu.

Keadaan agak aman, serangan gas hanya ditujukan kepada pendemontrasi yang masih di jalan atas.



Kemudian Unit Simpanan British digerakkan untuk melakukan serangan untuk terus menguasai jalan atas.



Setelah melakukan beberapa tembakan gas pemedih mata, Unit Simpanan British mara ke depan, mengawal kawasan bukit yang boleh dipanjat tadi.





Maka agak mustahil bagi pendemontrasi untuk menghampiri bukit itu, apatah lagi untuk memanjatnya.

Setelah mereka kuasai jalan atas, cuba tempat saya sahaja yang belum dikuasai, maka Cawangan Khas yang memakai reben merah dilengan datang menghampiri untuk menyuruh kami beredar.

Di kawasan bawah pun ada unit Simpanan British, di hadapan pun ada Unit Simpanan British.

Datang pula Cawangan Khas wanita yang membebel menyuruh kami beredar. 2 orang siswi yang berada di situ juga agak pening memikirkan kemana hendak dituju.

Bawah pun ada polis, depan pun ada.

Oleh kerana bebelan Cawangan Khas wanita yang menyuruh kami beredar, maka saya naik angin.

Saya kembali ke arah mereka dan menjerit.

"Nak suruh pergi, Tapi ke mana?"

Seorang polis British cawangan khas lelaki datang tunjuk handal di depan cawangan khas wanita tadi, terus menangkap saya.

Ketika itu terdengar jeritan polis yang bersedia di tepi pagar istana , "Tangkap! Tangkap!".

Saya cakap pada cawangan khas lelaki itu.

Ya lah, kalau nak suruh keluar, ke arah mana? sana atau sana?

Maka saya pun beredar, ke arah jalan raya .

Kalau nak dikira, mereka tiada hak untuk suruh kami beredar, kami yang tidak sampai 10 orang yang berada di kawasan itu bukan berhimpun. Kebanyakannya bersendirian atau berdua.


Atas dasar apa mereka mahu kami beredar?
Hanya mahu menguasai kawasan?

Ketika itu saya melalui gerombolan Unit simpanan British yang mengatakan "Melayu bodoh, cina berniaga."

Siapa yang bodoh, Peniaga melayu atau orang melayu yang bekerja menjaga kepentingan British?

Melayu Bodoh Kerana Berdemonstrasi, Cina Berniaga - Polis British

Masih terdengar lagi ungkapan seorang polis British yang menyuruh saya beredar ketika Demonstrasi Anti PPSMI.

Melayu Bodoh buat benda ini semua, Cina Berniaga.

Siapa yang bodoh agaknya?

Peniaga Melayu yang mempertahankan bahasa

ATAU

Orang Melayu yang jadi Polis British, mempertahankan kepentingan British.

Anda jawap.

Latihan Badminton dalam Bahasa Inggeris Terbukti Gagal di England

Di blog Saudara Sofi, terdapat berita tentang Lee Chong Wei telah mengalahkan Taufik Hidayat dalam terbuka Seluruh England.

Dari sudut lain, Pembelajaran dan Pengajaran Badminton dalam Bahasa Inggeris telah gagal.

Ke empat-empat pemain yang layak ke separuh akhir dilatih menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia dan Mandarin.


Tahniah Lee Chong Wei, Taufik, Lin Dan dan Chen Jin

A. Samad Said Hanya Kelihatan Seperti Ditangkap Polis British

Saya sempat merakam gambar A. Samad Said sebelum ianya kelihatan seperti ditangkap.

Ini adalah gambar dari atas, setelah saya memanjat 'bukit' ala cicakman.
Sebelum itu, serangan gas pemedih mata oleh Unit Simpanan British telah dilakukan.



Jika anda klik gambar diatas untuk zum, sebenarnya Kelihatan A. Samad Said di dokong oleh 2 pemuda.



Kemudian A. Samad Said berjaya dinaikkan ke atas bukit itu secara di dokong oleh orang lain.



A. Samad Said berunding untuk masuk ke dalam.
Ketika itu seolah-olah berlaku gencatan gas pemedih mata oleh Unit Simpanan British.





Disebabkan namanya ada dalam senarai pemimpin GMP maka dia dibenarkan masuk.
Namun ,Ianya kelihatan seperti ditangkap, kerana pengiringnya tidak dibenarkan masuk.


Saya mengambil peluang untuk terus berada di atas.

Sabtu, 7 Mac 2009

Kemaskini Demo ppsmi 11:30

Ustaz Kamarudin sidek kelihatan di rnr seremban bersama Sofi Wahab dan
Saudara Yuzi.
Sedang mencekik.

Google+ Hasbullah Pit